Aku Skodeng Rumah Org Warak/Alim

Harap admin approve,aku pembaca tegar page ni tau(!) BTW aku perempuan.

Korang pernah tak dapat intai dalam rumah org2 yang alim & warak? Haaa meh aku share psl "mysterious" life diorang. btw ni TRUE STORIES kay, bukan imaginasi.

Alhamdulillah dalam life aku, dah bbrp Kali la aku dapat menyelinap masuk dalam rumah org2 yg memang amal Agama (jaga agama) so jom kita tengok satu persatu apa ke benda yang beza depa dgn kita

(1) sesi harian baca hadis sekeluarga
Family-family yg amal agama ni,diorang istiqamah gila sesi keluarga nie. iaitu dorang duduk sekeluarga atas lantai pastu salah sorang tolong bacakan hadis-hadis Nabi s.a.w supaya adik-beradik or anak-anak DENGAR sendiri Nabi cakap apa.Depa buat mcm ni hari-hari Kay,ada yg buat 15min ada 30min.

Maknanya anak2 diorang x pyh nak tunggu GI masjid baru ada majlis ilmu, kat rumah pun Mak Ayah dah siap buat 'majlis ilmu' tiap2 malam. Hari-hari hadis Nabi s.a.w masuk dalam telinga. Depa pakai kitab mcm Muntakab Hadis, Fazilat Amal, Riyadhus Solihin Dan mcm2 lagi lah

(2) Takde TV

OK,most rumah yang aku masuk, mostly takde TV. kalau ada TV pun, aku tengok TV tu duk tertutup je x pasang pun (xtaula time aku xde kan). So anak2 diorang takde la duk ngadap drama ke kartun ke macam most budak sejak TV wujud. Aku pun terfikir, anak2 diorang tak boring ke?

Setakat aku perati nie,anak2 dorang OK je xde TV, in fact lagi byk la masa yg Ibu tu main dgn anak2 SBB anak2 tak gaduh nak tunggu kartun pukul 10 pukul 11 bagai.

(3) Apasal takde TV

yg aku tau , sebab MOSTLY benda yg keluar dari TV tu "tak elok". Tau la kan,from TV Tue keluarnya bunyi-bunyi lagu dan muzik,time iklan pun ada lagu/muzik. So if masuk benda2 mcm nie dalam hati anak2, nanti anak2 tu payah nak hafal Quran hafal Doa dsbnya. Bab drama filem from TV tak yah cakapla kan, aksi2 tak Islamik memanjang. Rasanya family2 warak yang ada TV nie kalau dia pasang pun dia Pasang channel Islamik je, so ada kesanla kat hati anak2 diorang tu

(4) Tak gebang hal politik

Ha pastu wpun diorang ni (maybe) ada pegangan politik sekalipun, diorang TAK pung pang hal politik kat rumah apatah lagi ajar anak2 kutuk2 or maki orang. So takdela kau dengar diorang maki kerajaan ke pembangkang ke as topik harian . Anak2 jadi hormat kat semua org sebab x pernah dengar mak ayah burukkan mana2 pihak. Aku mmg cemburuuuuu memanjang tiapkali jumpa family2 warak nie. Ramai jugakla aku kenal.

(5) ikut Sunnah satu persatu

haaa ni la paling mahal. diorang ni sentiasa Cuba ikut Sunnah one by one ya! sunnah kecik ke besar ke mmg depa CUBA buat tiap2 hari. Dari sekecik-kecik benda macam bersugi (miswak) sampaila Sunnah-sunnah time makan time tidur time belajar,semua depa Cuba buat IKUT cara Nabi.

Ada sprang member aku, dia punya ikut Sunnah tu sampaikan segala apa yg dia buat/ambik,akan dibuat dgn bilangan ganjil sbb Nabi s.a.w suka bil ganjil kan (Dan Allah tu ganjil). So aku tanyala,dah tu kalu kau nak masak beras 4 pot, kau tak masak 4 pot la eh? kau masak 5 pot la eh?

dia kata bukannnn.

if dia nak masak 4 pot, maka dia akan ambik 3 pot dulu pastu cekau lagi beras tu dua Kali so jadila 5 pot! Haa sampai begitu sekali dia jaga bab sunnah (dia pakai niqab BTW)

(6) anak2 perempuan tutup aurat sempurna

ada yg anak-anak perempuan dia semua berniqab (purdah) ,ada yg tak semua. Aku pernah jugak tanya2 if diorang pakai sebab mak ayah suruh ke? tapi setakat ni yg aku jumpa ,diorang pakai sbb mmg Allah gerakkan hati utk pakai,sendiri yg mahu bukan parents paksa or suruh. Cantik2 pulak tu anak diorang! Aku perempuan so aku bolehla tengol muka diorang Tanpa niqah ngeh3.

tapiiiii

Akhlak anak2 diorang tu sejajarla dgn niqab tu. Yg aku dah jumpa tu,akhlak mmg tip top la. Semua anak perempuan dia pemalu, suara mcm dengar x dengar je, time makan semua tunduk je and takde la borak hu ha hu ha macam aku masa umur diorang tu bahaha (aku tak hijrah lagiii time remaja)

(7) makan dalam talam

pastu diorang hari2 mmg makan atas LANTAI Di dalam talam yer.wpun family berduit mampu Sgt nak beli set meja makan, tapi sbb nak hidupkan sunnah Nabi maka diorang istiqamah makan atas lantai hari2 beramai ramai.

Tapi bukan sunnah tu je depa buat, pelbagai sunnah lagi buat (sunnah masuk toilet sunnah pakai baju sunnah tidur. Kan semua ni Nabi s.a.w tunjuk dah camne. So depa ni IKUT . tak macam kita yg malas nak ikut)

(8) IBU main peranan

ibu-ibu diorang JAGA percakapan dgn anak-anak. If anak-anak mintak apa2, Ibu akan remind supaya —–> mintak dgn Allah dulu. Nak aiskrim? mintak dgn Allah. nak toy? mintak dgn Allah.

pastu mulut parents tu tak lekang cakap pasal Allah pasal Nabi. Allah buat tu Allah buat ni, Nabi dulu macam tu macam nie. So anak2 tu diorang membesar dalam suasana AGAMA

—> mak ayah CREATE suasana agama dalam rumah <—–

(9) amal amal mmg istiqamah

bab2 amal mmg diorang jaga gila. Most ayah-ayah diorang mmg solat 5 waktu kat masjid. Kalau tak 5x Di masjid pun,maybe 2-3 waktu Di masjid Dan selebihnya tu Di rumah or tempat kerja. Meaning,depa jaga gila tuntutan Nabi supaya LELAKI bersolat Di masjid melainkan mmg ada uzur. Isteri2 mostly solat kat rumah and tarbiyah anak2.

Quran mmg hari2 diorang baca.

Pagi2 baca Yaseen (tiap hari) pastu lepas Maghrib tu mmg mostly tak tinggal surah Al Milk/As Sajadah Dan Al Waqiah. Aku agak fail sket aku sokmo skip Al Waqiah huhuuuu *imantakkuat*.

Ada member aku yg hari2 mmg habiskan 1/2 juzuk wpun ada tngjawab sbg isteri/IBU. Susah woi nak maintain even 1/2 juzuk everyday, tapi mmg rasa sakinahhhh je masuk rmh dia.

Solat2 sunat mmg depa buat, and Tahajjud Tue memang biasala dalam family diorang cuma aku x pastila istiqamah x Tahajjud ye la mana boleh aku intai tiap2 malam selama 1 bulan kan hahaa. Maybe ada la malam2 yg depa x bangun jugak (cam aku ni ha ,lagi byk TAK bangun Dari bangun)

(9) masuk usaha dakwah

diorang nie mostly laki bini akan luang masa utk to long usaha2 agama (dakwah) aku malas la sebut usaha-usaha apa sebab byk kan ada. Dakwah kan sunnah Nabi yg paling besar, so bila diorang sanggup korban utk jaga sunnah paling besar(utama) so Allah macam "mudahkan" hidup diorang. Allah bagi anak2 yg dengar cakap,anak2 yg lembut hati mau agama

(10 ) depa ada Mesyuarat harian

family2 yg betul warak mmg depa ada "mesyuarat" harian sebab sunnah Nabi, keputusan2 adalah dibuat mlalui msyuarat. So parents ni akan make sure ahli keluarga semua duduk DLM bbrp minit pastu bincang apa2 pasal harini/esok dan tulis DLM logbook. Amir (ketua) mesyuarat iaitu bapa akan putuskan. Misalnya

Abang kata esok abang nak guna motor (DLM mesyuarat) tapi Adik Kata Adik pun nak guna motor SBB ada hal esok. So ayah tu akan main peranan utk tngk sape lbh perlukan motor tu pastu ayah tu decide dalam mesyuarat camne nak settle. Anak2 kena patuh keputusan msyuarat SBB keputusan msyuarat mmg Allah janjikan ada keberkatan. Member aku cerita,

kengkadang anak2 dia ada jugakla langgar keputusan mesyuarat. misalnya Ayah dah putuskan OK Adik jgn beli dulu henfon tu. Tapi Adik ni x sabar so GI beli jugak (kira langgar keputusan syura la).

member aku kata,usually anak tu sendiri akan menyesal sebab dia nampak sendiri TAK berkat tindakan dia. Henfon tu asyik rosak la…motor asyik problem…kereta org khianat. So last2 anak ni ngaku kat ibu bhw dia salah,dia langgar keputusan syura (syura family).

nie family member aku la. family aku x istiqamah lagi bab mesyuarat ni ya Allahhhh lemahnyaaa.

So tu la antara benda yg aku perati. Setakat nie dalam family2 macam Tue mmg aku x jumps lagi la masalah2 sosial macam Pedofile ke or Zina ke or Couple2 ke, memang terjagaaaaaa je hidup diorang. Ah lagi satu diorang jarang main FB hahaa.majoriti takde FB or social media, especially yg isteri2 pakai niqab kan so diorang mmg jaga akhlak/hijab so x de la tayang2 gambar kat internet or chat2 kat internet. Diorang habis masa utk amal or tarbiyah anak2.

So aku mmg x jumpa lagi family2 warak nie yg either cerai berai or anak2 tak menjadi, mostly anak2 depa menjadi. Samada anak2 diorang end up jadi hafiz Hafizah Dan alim Alimah or ada yg masuk course selain agama jugak. Jealousla jugak diorang anak2 sampai 3-4 org hafal Quran huhu aku nie nak ajar anak surah pendek2 pun dah mcm singa ngeh3 (insyaAllah semoga kita pun dapat macam diorang jugak!)

yg penting aku rasa dioramg jaga amal la. solat 5x mmg jaga betul pastu Qur'an tak tinggal, sunnah2 pun x tinggal and paling penting diorang byk la korban masa and duit untuk to long usaha2 agama jadi Allah berkatkan hidup kot. Takde la masalah teruk2 mcm kes kes yg kita duk baca skrg nie

wife2 diorang yg pakai niqab tu so far aku tngk akhlak mmg SELARI dgn niqab tu. Taklah bersembang Dgn laki, mengata mngumpat org. kiranya perilaku dia tu sesuai la dgn purdah diorang.

laaaaaaa aku lupa mention tadi!! OK nie last

(11) makan asking

depa if buat makan-makan,depa confirm asking Laki Pompuan. puak2 laki makan kat bhg pain yg perempuan kat bhg lain so takde la laki kau borak dgn Bini aku, bini aku borak dgn anak bujang kau. kiranya mata TERJAGA. takde intergender punya socializing.

wife2 cuma bersosial sesama wife je , husband2 sesama husband je. So xde la husband A ternampak anak dara B pastu nak try2 ke apa. mmg always ada "Tabir" atau dinding Di antara tempat laki makan and perempuan makan. TAK BERCAMPUR. satgi nak balik pandai2 la call wife/husb masing2 bagi signal kata siap dah makan,nak balik. Wedding pun depa buat macam tu, TAK CAMPUR laki perempuan

OK pjg gila dah aku tulis nie, semoga kita dapat buat macam nie jugak dalam family kita

– Anastasia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

157 Comments

  1. Xbyk kwn yg alim xtreme. Tp penahla pegi rumah kwn yg famili dia much better dr famili kita dr segi agama. I enjoy it so much. They are modest, down to earth, respect other ppl n peaceful.

    Kalo pg rumah yg org yg kononnya alim or baru nk up or wannabe alim masyallah rasa pegi neraka dgn mulut derang melaser ikut suka xrespect airmuka & hati tetamu.

  2. Berharap kita semua dpt membentuk kluarga mcm ni…prnah jumpa yg ala2 islamik dr segi pemakaian.tp bab akhlak kurang.pakai niqab tp kebersihan x trjaga.pkai kopiah bagai tp sesuka hati potong q.

  3. What I can say is jangan ingat org yg berlagak alim sgt ni bagus betul ye. Bagus mmg bagus tp klu ikut sejarah hidup aku plak aku kenal org2 yg siap purdah sana sini, yg laki plak pi masjid setiap kali masuk waktu TAPI hubungan dgn manusia TAK JAGA! Boleh kah mcm tu?? Pemalas, tak bergaul, malas kerja, buat bini mcm hamba, kasar suka menengking dan kdg2 mcm tak betul, mulut xjaga, Baaaaaaanyak lg. diringkas kan senang kata tak seimbang dunia akhirat. Pun Allah xsuka ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *