Assalamualaikum. Aku berumur 40 an, dah berkahwin dan ada anak, kami bahagia dengan cara kami.
Yang aku nak cerita pasal mak aku. Aku ni dari kecik memang dikongkong.
Kalau kesekolah aku tak dibenarkan menyertai apa2 aktiviti di sekolah pada sebelah petang. Habis sekolah pagi, mesti balik rumah.
Aku tak macam pelajar lain yang aktif sukan, berpersatuan.
Bila cikgu tanya kenapa tak datang perjumpaan, aku diam.
Keadaan ini berlarutan sampai sekolah menengah.
Aku tak ada bff macam orang lain, sebab mak tak bagi aku bersosial. Balik sekolah ko kena duduk rumah.
Kalau ko nak keluar bermain tunggu pukul 6. Alahai pukul 6 orang lain dah masuk rumah kot…
Aku memang jadi rendah diri dari kecik. Langsung tak motivated bila aku dah mula bekerja pun macam tu.
Habis waktu kerja kalau aku lewat sampai rumah, mak akan call tanya kat mana.
Ok korang rasa mesti sebab dia risau kan?
Bukannnn. Dia tak bagi aku pergi mana2 lepas kerja waima kopi2 dengan kawan2 opis.
Habis waktu keje aku mesti balik terus. Korang rasa jenis hidup apa aku macam ni ye?
Aku stress sampaikan aku pernah telan ponstan lebih 10 biji. Nasib Allah panjangkan nyawa aku.
Bila dah kahwin, nasib suami aku ok. Dia tak kisah kalau aku nak ke mana mana asalkan bagitahu dia.
So aku rasa sangat2 free. Tak macam masa aku tinggal dengan mak dulu.
Ingat dah settle masalah mak, tapi mak pulak mana aku pergi dia nak ikut walaupun masa tu ayah masih ada. Tak kira lah mana aku nak pergi, dia nak follow.
Aku layan kan ajelah, ikutlah mak. Tapi satu perangai mak aku dia kalau ikut, ko kena ikut cara dia.
Kena balik cepat2, padahal yang bawa keta aku, dia duduk sebelah je.
Masa anak sulung aku belajar di asrama. Tiap kali aku kesana dia mesti nak ikut.
Ada masa aku nak me time so aku tak bagi dia ikut. Tapi dia akan buat muka, so memang aku kena bawa dia.
Pun aku layan jugak kerenah dia, sebab apa? Sebab aku tak nak jadi anak derhaka, aku takut dosa.
Mak memang tak pernah cuba memahami urusan anak2. Tak cuba nak bagi ruang pada aku.
Sampai sekarang ni, setelah usia aku 46 tahun mak masih tetap macam tu.
Aku pernah cakap bukan aku tak nak bawa mak lagi, masalahnya kereta aku tak muat.
Dulu2 anak2 masih kecik boleh la berpangku, sekarang semua dan bujang dan dara.
Kalau kereta sedan tu naik 6 orang pun dah penuh, inikan nak naik 7 orang.
Allahuakbar. Aku kalau nak kemana2 takdelah aku tinggalkan mak, aku suh anak aku sorang temankan dia.
Arwah ayah ada tinggalkan mak rumah kat taman perumahan, tapi mak aku ni jenis penakut. Walaupun hari siang hahaha… Mungkin dia dah terbiasa selama ni ada je orang teman dia kan.
Mak ni memang jenis tak nak berkawan dengan sesiapa.
Aku pernah suggest nak hantar dia belajar pondok ala2 pondok al barakah ustaz kazim tu kan.
Setidak2nya dapat gak dia berkawan2. Belajar ilmu agama, solat jemaah, belajar mengaji.
Sebab aku tahu mak aku ni banyak benda dia tak tahu walaupun dia dah hajah. Tapi dia tolak mentah2, alih2 aku yang kena marah.
Aku nak buat benda baik ni, dia tak nak. Sekarang ni aku depressed, maybe sebab dah lama pendam perasaan.
Maybe sebab aku ikut je apa kehendak mak aku. Sebab satu, aku takut dosa.
Tapi bila makin lama aku pendam, sakit kat dalam hanya Allah yang tahu. Sekarang aku banyak berdiam diri aku tak pernah kongkong anak2 aku.
Aku jadikan mereka kawan2. Aku support apa yang anak2 aku buat asalkan benda baik.
Aku pesan pada anak2, bila ibu dah habis tanggungjawab menjaga kamu semua. Ibu nak ke pondok mencari ilmu Allah, korang pepandai la jalani kehidupan masing2, Ibu tak nak ganggu.
Aku jadi murung, tapi aku tak nak benda ni berlarutan. Aku takut macam2 penyakit datang.
Kalau korang ada idea atau apa2 cadangan bagitahulah aku.
Terima kasih, maafkan kalau ayat aku berterabur.
– Lynn Manja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit