“Derhaka” Demi Hidup

Aku tak suka sangat nak scroll timeline FB memanjang, tapi kebetulan pulak hari ni terlalu satu post yang aku boleh relate gila-gila:

“Anak nak kerja, tapi bapak suruh tunggu offer kerja gomen sampai anak jadi suicidal”

Or lebih kurang begitu la. Screenshot komen pergi buat post nak trigger orang.

Kebetulan, aku pun ter-triggered. Kebetulan, aku pun pernah lalui benda yang sama.

Aku malas nak bukak sangat aib sendiri, tapi aku just nak bagi hint je kepada mereka yang more or less berada dalam situasi yang lebih kurang sama:

1) Kalau “menderhaka” itu boleh menyelamatkan nyawa korang, “derhaka” la.

2) Kau dah buat sebaik mungkin, pendam and peram segala perasaan/nafsu kau; and yet tetap makbapak kau “tak nampak” benda yang kau dah buat.

Faham-faham je la karenah manusia ni, Tuhan dah bagi dia emas setimbun pun dia berani ungkit “tak cukup”; daripada kau niat buat benda “kerana mak/abah”, baik kau niat kerana Tuhan. Tuhan tak akan kecewakan kau.

3) Koyak hancur macam mana pun mental dan hati kau, jangan give up. Walaupun kau “tak boleh” menjawab balik ayat-ayat celaka dan tohmahan orang kepada kau;

Kau gunakan setiap ayat dan tohmahan yang kau terima tu sebagai peluang untuk doa tidak terhijab.

Yang ni bukan aku main-main buat tips; memang ada hadis yang sebut doa orang yang ditindas tidak dihijab.

Subhanallah, aku sendiri pun terkedu bila doa-doa yang aku buat terus termakbul.

Doa. Doa banyak-banyak, walaupun kau rasa diri kau tak berapa “layak” untuk minta daripada Tuhan. Yang memakbulkan doa kau tu Tuhan, bukan manusia- jadi jangan “segan” daripada berdoa.

Dengan itu, aku doakan kau; yang ketika ini berasa sedih, terhina dan hiba- tak kisah la kau hadapi situasi yang sama atau tidak; kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Aku doakan kau, semoga Tuhan membalas balik dengan kebaikan kepada segala kesabaran kau beri- semoga Tuhan menaikkan darjat kau dan meletakkan kau dalam kalangan orang-orang yang baik.

Aku doakan semoga kau jumpa jalan yang terbaik untuk selesaikan apa jua masalah yang kau hadapi.

– Eri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *