Aku Su4mi Tapi Bini Aku Garang

Kisah Tawar hati ke Tawan hati tu kalau tak silap aku, (https://iiumc.com/tawar-hati-dan-tawan-hati/). Macam sama pula dengan kisah aku.

Isteri aku pun bagi elaun dekat aku RM31 dan aku penggemar games online. Perangai aku pun yang satu ini isteri aku memang tahu.

Aku memang kena main games online untuk release tension dekat rumah. Biasalah bila main games online ni memang lama la cerita dia.

Kita rasa sekejap tapi bila tengok jam sedar tak sedar boleh sampai 5 jam.

Pasal bini aku pula. Masa kahwin sebenarnya aku adalah berjanji dengan dia, Aku akan kurang main games dan spend masa dengan dia.

Tapi tulah, Aku kenal games dulu dari dia dan sudah sebati dengan aku. Memang payah la nak berubah. Tapi aku berubah juga la walaupun sedikit.

Isteri aku ni jenis seorang yang pendam perasaan dan baran. Anak nombor 2 kan. Perangai tough lain macam.

Ok berbalik pada isteri aku, bila sudah kahwin memang banyak benda isteri aku buat. Aku asal memang dari bandar dan dari keluarga yang agak senang.

Terbalik pula dengan keluarga isteri aku. Mereka dari kampung dan dari keluarga kucar kacir tapi semangat adik beradik sangat kuat.

Bergaduh bertumbuk macamana pun akhirnya mereka bergelak ketawa balik.

Isteri aku ni kuat membebel tapi bila aku suarakan pada adik ipar lelaki aku dulu, dia cakap aku bernasib baik isteri aku hanya membebel sebab dia pernah buat satu kesalahan yang hampir memalukan keluarga, iaitu merokok.

Nasib baik tidak patah hidung dia dek di tumbuk isteri aku.

Adik ipar aku melawan. Katanya dia menampar sipi isteri aku tapi isteri aku balas dengan kunci pergerakan dia. Silap sikit je bergerak memang terkehel tangan.

Aku pada mulanya ingat mereka besar-besarkan cerita tapi sebenarnya tidak.

Ada suatu kejadian membuat aku percaya dan takut sedikit dengan isteri aku. Kisahnya bermula apabila aku tidak tahan isteri aku membebel.

Tanpa ada kewarasan aku terpukul isteri aku. Isteri aku tidak membalas. Dia berlagak seperti biasa esoknya tapi layanan dia pada aku dah lain.

Makan pakai aku masih di jaga. Anak kami pun masih lagi dia hantar dan jemput setelah pulang dari kerja. Aku pula masih dengan dunia aku. Games online.

Sampai satu tahap isteri aku tiba-tiba balik kampung bersama anak aku. Aku mula tu seronok sebab sudah tiada lagi bebelan tapi aku silap.

Makan baju aku mula tak terjaga. Duit gaji aku boros aku guna top up games online. Nafkah anak dan isteri memang ke laut lah. Tidak lama lepas itu, aku dapat surat dari mahkamah.

Isteri aku fail kan penceraian dan tuntut hutang nafkah. Dia datang bukan tangan kosong tapi penuh catatan. Rupanya selama ini, dia catat perbelanjaan kami dan nafkah diri dan anak yang tertunggak.

Aku terduduk dan aku minta untuk tidak bercerai. Aku sayang dia. Dia wanita baik dan isteri terbaik untuk aku.

Anak aku pula memang tak nak dengan aku sebab aku pernah tertampar anak aku sebab dia off games aku masa aku tengah fight.

Isteri aku setuju dan kami kembali berbaik tapi aku masih lagi dengan cara aku.

Sekali lagi aku leka, dan aku masih lagi cuba mengembirakan isteri dan anak aku. Suatu malam dia ajak aku keluar. Aku janji pukul 8.30 malam tapi terlajak sampai pukul 12 malam.

Aku ingat dia sudah tidur rupanya tidak. Kami keluar berjalan walaupun hari dah tengah malam. Aku penat aku ajak isteri balik. Dia protes dan mula meletakkan syarat.

Aku mula tu OK sebab isteri aku sudah tidak kacau tapi aku silap.Aku sudah biasa main games online dan beli item games online.

Elaun aku RM31 sahaja. Memang tidak cukup la. Duit minyak sebulan je isteri aku bagi. Bil telepon pula isteri aku bayar siap dah bulan-bulan tapi duit games untuk aku tak ada.

Suatu malam tu masa aku tengah main games online anak aku datang kacau. Di tariknya tangan aku masa tu.

Aku tanpa sedar terpukul anak aku. Anak aku meraung dan pergi dekat isteri aku. Tidak lama lepas itu, isteri aku datang dekat aku. Tanpa ada amaran atau petunjuk. Dengan muka tidak ada perasaaan.

Wajah aku yang kacak ini kena lempang dengan kuat sekali oleh isteri aku.

Aku yang terkejut dan marah masa itu, cuba untuk melawan tapi aku lupa isteri aku ni bekas naib juara silat kategori lightweight masa dia study dulu. Memang berdas das aku kena masa tu.

Pergelutan kami berakhir dengan laporan polis dari jiran tetangga yang mendengar jeritan minta tolong aku. Hasil dari kena lempang dengan bini aku.

Gegendang telinga aku koyak dan aku jadi amat sensitif dengan bunyi kuat sehingga kini. Main games online sudah tidak boleh pakai headphone dah.

Nak main, isteri aku bagi 2 jam setiap hari. Elaun aku masih lagi RM31. Elaun ini tidak cukup sebenarnya tapi aku terpaksa terima.

Kalau aku minta memang dia naikkan tapi tulah rasa macam tak berbaloi. Nasib baik juga rumah aku dekat dengan tempat kerja.

Lepas balik kerja aku makan. Minyak motor aku pula RM6 je seminggu. Yang lebih tu aku kekadang beli jajan atau ice cream dekat isteri aku. Happy je mood dia masa tu.

Apa aku nak cakap. Apa yang bini kita larang tu untuk kebaikan kita dan sebelum kahwin selidik betul-betul latar belakang pasangan kita.

Sekarang ni aku tengok setiap hujung minggu isteri aku akan bersenam bersilat dengan anak aku umur 5 tahun tu. Aku pun seram..

– Suami Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *