Tawar Hati dan Tawan Hati

Aku ada baca 1 confession tentang Tawar Hati. Kisah penulis itu hampir sama dengan kisah aku cuma cara aku melawan dan menyelesaikan isu itu tidak sama dengan penulis.

Aku rasa penulis itu agak lemah lembut dan aku pula jenis hati keras dan kering. Sama macam penulis itu, aku ada anak dara juga. Baru menginjak umur 5 tahun dan aku tidak curang.

Aku berkenalan dengan suami aku sekitar 2014 dan kahwin pada tahun 2019. Pelbagai benda dan red flag aku dah dapat masa bercinta dan bertunang tapi iyalah, masa itu bercinta semua nampak indah. Yang buruk pun nampak indah.

Ok berbalik pada suami aku. Dia memang suka games dan macam suami penulis, suami aku beli PC. Macam – macam cara dia buat dan pujuk aku nak beli PC. Setelah hampir setahun pujuk baru hati aku lembut tapi dengan beberapa syarat.

Pertama Gaji dia semua kena serah pada aku tanpa gagal, kedua – urusan anak kami waktu malam dan hari cuti dia, dia kena buat tanpa bantuan aku. Ketiga, Kalau aku ajak keluar dia kena cakap dia akan keluar lepas dia habis games.

Ini memang gaduh juga sebab, pernah sekali, dalam pukul 8.00 malam. Aku boring dan aku ajak dia keluar jalan-jalan. Dia cakap ok, bagi dia main lagi 30 minit. Lepas tu habis katanya. Ore klate cakap Blawok. Dia main sampai 10 malam.

Aku dan anak aku yang excited pada awalnya terus masuk bilik tidur. Suami aku? nampak aku tidur, makin galak dia main games sampai 12 malam.

Lepas dia habis main games, aku kejut anak aku dan kita orang paksa dia keluar juga. Tengah malam pun jadi. Apa aku kisah. Kedai mamak ada kan. Kami tinggal dekat KL. Lepas pergi mamak dia ajak balik.

Aku tak nak balik, aku ajak pergi danau kota pula masa tu. Suami aku pula cakap dia penat dan mengantuk. Aku apa lagi naik hantu la. Aku mula membebel dan bandingkan diri aku,masa aku, masa anak dan waktu dia main games. Dekat mana dia banyak habiskan.

Mula -mula dia diam, mungkin dia rimas dengan bebelan aku,suami aku mula bergaduh mulut dengan aku. Aku apa lagi, terus lawan dan cakap. Awak nak main games kan. Ok baik. Terus aku bagi syarat seperti yang di nyatakan.

Nafkah zahir dan batin kena adil untuk aku dan anak. Gaji dia agak besar dan aku hanya bagi elaun RM30 sahaja dari semua gaji dia.

Itu sahaja duit makan, minyak motor dan apa-apa dia nak dalam sebulan itu. Pandai -pandai lah. Tapi Suami aku dah kemaruk nak main games tanpa gangguan dari kami anak beranak. Ok takpe teruskan.

Bermula aku mula perang untuk tawan balik takhta dan kuasa aku dalam rumah tangga kami. Shift aku dengan suami aku tak sama. Aku kerja office normal.9 pagi – 6 petang. Isnin – Jumaat. Suami aku pula kerja shift pagi. Dari 7 pagi – 3 petang. Isnin – Jumaat juga.

Anak kami pula Tadika dari 7.30 pagi – 7.30 malam. Jadi para pembaca tahu kan siapa lagi banyak masa kan? Ya Suami aku tapi dia tak tolong aku.

Dia terus balik rumah tanpa mandi, dia on games dia dan main sampai aku dan anak sampai rumah pukul 7.30 malam. Mulanya aku sakit hati tapi sejak dari pergaduhan dia taknak teman aku dan anak berjalan-jalan, aku mula keras hati.

Setiap kali sebelum balik rumah. Aku dan anak akan makan dahulu. Baju aku dan anak aku basuh asing. Dapur masih lagi aku bersihkan walaupun suami aku yang sepahkan. Aku buat selama 30 hari.

Suami aku dah perasan tapi dia tidak tegur. Aku dan anak masih lagi dengan rutin kami, Sebelum balik kami akan makan dahulu dekat kedai.

Baju anak aku basuh tangan dan siap-siap masuk dalam beg pada waktu malam untuk hari esok. Semua yang berkait dengan suami aku, aku abaikan. Kalau nak suruh PC dia buat.

Malam hari kalau nak bersama. Aku tuntut biar masa dia bersama aku sama masa dia luang bersama games online dia. Tiap kali dia gagal, aku akan psiko suami aku sampai dia pun tak tahan.

Pernah dia curang chat2 perempuan lain tapi duit melayang dan muka dia terpapar dekat FB aku dengan tagline SUAMI CURANG CHATS*X DENGAN AMOI. Itu bukan aku tulis tau, tapi scammer yang tulis.

Masa tu aku pula memang friend dengan semua saudara mara suami aku dan keluarga aku. Memang kecoh lah. Masa ni suami aku melutut, menangis minta tolong aku. Tolong dia untuk keluar dari kekusutan ini.

Mana tidaknya semua saudara call suami aku tanya hal ini. Aku pula kalau mereka call aku cakap aku dah lama tak bercakap dengan suami aku.

Dia minta nak me time. Jadi dari jawapan aku pun mereka boleh agak kami bermasalah. Suami aku ni buta IT tapi bab games celik IT pula. Masa ini lah baru nak cari aku,minta kerjasama aku. Aku buat keras aku dan aku teruskan kehidupan aku seperti biasa.

Setelah kejadian tu, suami aku mula masak nasi dan basuh baju kami setiap kali dia balik kerja. Barang nak masak lauk. Awal-awal dia keluarkan dari peti.

Air putih pula sentiasa dia masak dan top up dalam botol dalam peti. Baju yang kering dia tolong angkatkan. Dia mula berubah. Masa dia mula banyak untuk kami. Mungkin dia sedar kot kalau dia terus macam ni aku memang takkan peduli pada dia.

Baru-baru ni, suami aku minta elaun dia dinaikkan. Tak kisah berapa.Aku cakap Ok dan aku naikkan. Dari RM30 kepada RM 31 sahaja. Kira naiklah kan. Suami aku, diam tak cakap apa. Dia cakap nanti akan aku ungkit dan bebel semuanya perangai buruk dia.

Akhir kata dari aku. Kalau suami buat hal takpe. Kita jangan makan hati, nanti kita yang tua. Kita enjoy juga. Enjoy duit dia.

Duit kita jangan bagi pinjam sikit pun. Semua kena catit dalam buku kemas-kemas.

– Peminat Anime Jepun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *