aku suami kakna – 11:31 AM

aku suami kakna

baru2 ni aku ada baca cerita tentang "kakak iparku" yg kecoh sampai semua page masuk. aku yakin maya tu adik aku, walaupun dia xletak nama sebenar dia.. dan ana tu mmg bini aku. aku terpanggil nak confess kat sini lepas aku jejak, rupanya sini startingnya. adik aku tu bukan budak uia pun. sebok je dia nk cakap hal kami. heee
ada yg tnya mcm mana aku test bini aku. sebenarnya aku kenal bini aku kt fb. aku nampak dia komen something kt page oh media xsilap aku. nampak kelakar aku terus add. lama jgk baru dia approve.
dah sebulan lebih chatting kt fb, aku whatsapp dia konon2 nk beli barang sbb mmg dia ada meniaga online masa tu. mmg aku trpaksa beli la kan dah nk berlakon sangat. aku x mention pun aku kwn dia kt fb. lepas dh sampai brang aku konon2 call dia, knp barang x sampai lagi kan… masa tu la first time dgr suara dia, aku jatuh hati. bergetar habis jiwa raga. tp lepas tu kantoi dia check tracking barang tu dh delivered, atas nama aku sendiri. memang aku bodoh sikit la masa tu sbb aku xtahu brg poslaju boleh track. aku tipu ckp adik aku yg terima tp lupa bgthu heeee…
dah lama sikit whatsapp ngn dia aku ckp aku ada hal nak ke negeri dia, mintak tlg dia ambik. ana mula2 taknak, lepas aku merayu baru dia setuju. utk pertama kalinya aku naik bas long trip punya la letih. ana dtg jemput aku kt stesen bas lepas subuh, masa tu gelap aku x nampak sgt muka dia, tp pagi2 lg suara dia dh ceria. lepas rehat kejap kat masjid, aku mandi solat aku pergi kt kereta, baru celik sikit mata aku. memang mula2 tengok ana, kulit dia agak gelap sikit, parut jerawat pn bnyk, xjatuh cinta pun aku masa tu. rasa mcm nk balik pn ada. entahlah. aku terus takda mood aku diam je dlm kereta last2 aku trtido.
aku bukak mata xtahula kt mana aku masa tu, ana pun tido jgk kt sebelah. dia park kereta bawah pokok dekat ngn mall. aku pggil dia, dia bukak mata pastu marah aku. tido mati nk pergi mana pn xtahu, urusan apa pn xtahu, dia kejutkn pn aku xbangun. aku buat2 terkejut then bgthu dah termiss waktu jumpa dgn client, padahal mmg aku takda urusan apa pn.
ana bawak aku gi makan, sedap juga la. kedai kopi je tp mknn dia semua best2. aku mmg jnis kuat makan lepas satu, satu aku cuba. ana yg dr td masam muka pn tergelak dia perli kat makcik kedai tu, kata dia bawak dinosour dtg makan.
ana bawak aku pergi bnyk tempat jgk la, tp mana2 je dia pergi mesti jmpa org kenal. ana mmg friendly dgn semua org kot. aku pn makin selesa dgn dia. dia xgedik pun, mmg treat aku sepatutnya sbg seorg kwn. sampaikn bila ada sorg mamat ni bersembang mesra ngn ana, aku rasa mcm cemburu, mcm ada org tgh tackle org yg aku suka. masa pergi bank ana terserempak ngn kakak dan anak2 buah dia. berlari dua2 org budak tu peluk ana. pastu taknak lepas, nak ikut cikna, nak ikut cikna. slowly aku mula nampak kualiti yg ada pd bini aku tu. she is nice with everyone, and layan budak2 pn pandai. senyuman pun manis. heeee ayat dah start jatuh cinta la kan.
lepas tu kitorang semua pergi kt taman, aku dukung budak, ana pimpin yg lg sorg. time tu la perasaan aku lain sgt, rasa mcm dukung anak sdri, rasa mcm bini kt sebelah tgh pimpin anak. rasa mcm terus nk kawin time tu jugak.
bnyk yg aku uji ana, aku xtunjuk pn aku org senang. aku ckp aku xda harta benda, xda kereta, keja pn meniaga pasar malam je. tp mula2 ana reject aku tau, sbb katanya dia xminat org kulit cerah mcm aku, sbb nampak manja. lgpn handsome2 susah jaga heee… aku putar belit ayat ckp, atau sbb aku org susah dia xnak kt aku. ana ckp kalo berani masukla meminang, ana akan terima sbb nk buktikan ana bkn pndg harta je.
aku desak2 ummi suruh pergi meminang sbb seriously lepas jumpa ana, aku takut sgt kalau2 jatuh ke tgn org lain.
bila dh meminang, ummi sarung cincin kt ana baru aku lega. mlm tu ana call nangis, ckp kesian kt aku sbb family dia letak hntaran 13k. ana kesian kt aku sbb takut aku mampu, pastu janji nk kumpul duit sama2. aku gelak kekekeke dlm hati jela.
hadiah hantaran semua dia beli yg berguna utk org susah mcm aku, mcm phone baru, jam baru, kasut comfort. bila dh kawin kantoi aku dh pakai iphone sbnrnya, dh ada kereta, dh ada jam mahal. merajuk jgk dia, so terpaksalah aku letak tepi iphone aku, pakai samsung yg dia bg tu n jam casio.
dah xtau nk ckp apa, cumanya aku dh bnyk pengalaman dgn awek2 lawa ni, semua xmenjadi. ramai yg pndg harta dan rupa. ada yg curang, ada yg nampak sgt jenis pisau cukur. belum lg yg mengada2 gedik bagai. bagi aku la, ana ni anugerah tuhan yg sempurna utk aku. terima kasih ana hadir dlm hidup abg dan family abg.

– husband

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *