AKU SUKA TENGOK KEBAHAGIAAN ORANG
assalamualaikum semua.
aku taktahu nak mula macam mana.kadang kadang aku taktahu apa nasib hidup aku tapi aku tahu Allah nak ajar aku something.disebabkan aku dulu budak nakal kat sekolah,sebelum aku sambung belajar zaman universiti,aku selalu doa semoga aku boleh jadi the better person di masa hadapan & kurniakan aku sahabat yang dapat membimbing aku kat universiti ni.
tapi alkisahnya aku selalu ditempatkan bersama housemates yang sentiasa menguji keimanan aku.first housemate,suka sangat gaduh dengan pakwe dia sampai selalu hempas2 pintu.sekali tu dia penah campak laptop kat aku sebab dia emo dengan pakwe dia.tak cukup dengan tu,dia ni jenis tak boleh nampak aku bangun awal study.nanti mesti dia angin dengan aku satu hari.sampaikan sebab taknak dia tengok dia angin,aku kadang2 buat2 lambat bangun tidi.dia dah bangun baru aku bangun.ni satu.
yang kedua ni pulak suka marah tak memasal.tak puas hati dengan orang terus cerita pasal kita kat orang & update status media sosial.
pastu yang lain pulak jenis suka complain macam2 benda.ini tak betul itu tak betul.dia je yang betul.aku ni jenis memang ayah marah kalau complain macam-macam.so aku agak serabut bila dengar macam-macam complain ni.
pastu aku ni memang jenis peramah kalau orang ramah dengan aku.pastu aku akan layan je orang berbual dengan aku.then ada sorang housemate aku ni memang suka berbual,aku memang layankan je lah.then ada sorang housemate ni penah sound aku sebab kitorang ni suka buat bising.then after kena sound tu,memang kitorang dah tak bising sangat lah sbb dah kena marah.then bila senyap ni,dia duk jaja cerita yang aku marah bila dia sound aku.memanglah terasa tapi takdelah sampai aku marah dia.aku senyap sebab dia tak suka bising.
kalau nak cerita,banyak lagi yang boleh cerita.bila keadaan housemates macam tu,memang kadang2 tu rasa berat je kaki nak balik rumah.aku suka je tengok orang lain bahagia dengan housemate masing-masing.sedangkan aku ni duduk dalam keadaan macam tu.
korang semua doakan aku ye.moga aku kuat hadapi semua ni.kadang-kadang rasa down sangat bila kita buat apa2 ada je yang tak kena.
– tulip