Aku tak mahu balik raya

Assalamualaikum semua.
Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Ramai yg excited nak balik utk beraya.
Berlainan pula dgn aku.

Aku telah bekerja. Umur pun telah lebih dari 30. Masih bujang. Kerja, alhamdulillah, dapat kerja bagus, dan gaji pun agak bersesuaian. Aku telah kehilangan ibu hampir 10tahun yg lalu. Ayah aku pula telah berkahwin baru. Disini bermula cerita kenapa aku tak mahu pulang beraya.

Aku merupakan satu-satunya anak yg masih belum berkahwin. Jadi, biasa lah, yg tak kahwin nie lah akan jadi keldai suruhan setiap kali raya. Pikir pasal tu pun dh boleh buat aku penat. Balik rumah, dah tentu rumah penuh habuk, barang- barang yg ayah aku suka kutip, beli bundle, simpan barang2 lama. Mak tiri aku? Entahlah. Memang perangai xreti kemas rumah. Jika aku bercuti dan tinggal di rumah, aku dpt lihat, makcik aku hnya menonton tv shj. Mujur perkahwinan dgn ayh aku, dia xdapat zuriat. Kalau tak,lagi pening.

Kalau aku tak kemas, dimana adik beradik aku yg bakal pulang utk beraya nak tinggal? Sudahlah most of kami allergic dengan habuk. Ada juga yg resdung. Ayah n mak tiri aku shj yg imun habuk nie. Dari luar rumah hingga ke dapur, semuanya berhabuk. Hingga di tv pun naik sawang. Baru-baru ini, bumbung bocor. Ayah aku dah bg hint pada aku supaya aku repairkan. Sebelum ni aku juga yg tukarkan mentol bilik air. Aku tak kisah buat tu semua. Tapi naik geram, bila kita penat kerja, balik umah, kerja lagi.

Bab beli barang dapur. Oleh sebab aku je yg xkwen lagi, maka aku lah yg jadi mangsa untuk beli barang dapur rumah setiap bulan. Kalau setiap bulan pun dah abis RM300 lebih. Untuk raya, pasti berganda. Mana dengan bahan mentah lagi, kuih raya lagi. Duit raya untuk ayah n mak tiri lagi. Baju raya mereka lagi. Sesekali aku nak juga rasa, balik kampung, ayah aku jd macam ayah org lain. Belikan barang dapur sebab anak nak balik. Aku xmintak beli banyak pun. Sikit pun jadilah. Ayah aku? Dia buat tak tahu jer. Korang yg balik, korang ar yg beli. Nak kata ayah aku takde duit. Ayah aku dapat duit pencen setiap bulan. Mana ada org lain ayh aku kena tanggung selain mak tiri aku. Barang2 dapur rumah pun aku yg tanggung. Bil elektrik n air? Sebulan baru rm50 utk kedua2 bil. Astro? Akak aku yg bayarkan setiap bulan. Aku juga kadangkala mahu juga sesekali balik, ada org tolong masakkan makanan kegemaran aku. Mak tiri aku? Jangan harap lah. Balik je kami, dia takkan sentuh lansung kerja2 rumah. Nak kata dia tua, baru umur 43tahun. Kuat lagi. Yg dia buat, tengok tv. Masak pun xmahu, tolong kemas pun xmahu. Lastly, akulah jadi mangsa. Akak2 yg lain dan adik2 yg dah kawen, bagi alasan nak kena jaga anak. So xboleh tlg.

Penat sgt. Bila raya, kena masak untuk semua. Kemas lagi. Bila orang datang kena layan. Mak tiri aku tahu duduk di ruang tamu, konon-konon layan tetamu. Aku nie kat dapur dah macam ada 8 tangan.

Tahun lepas aku sengaja balik KL awal. Sebab meluat dgn mak tiri aku and ayah aku juga. Bila orang datang berkunjung di rumah, aku nie dh mcm chef. Ayah and mak tiri aku order je apa dorang mahu. Aku juga yg kena hidangkan. Kalau aku merungut mak tiri aku tak tolong, ayah aku akan marah2 aku. Katanya dia masih hidup tapi aku dah jadi kurang ajar dengan mak tiri. Walhal aku cakap dengan tertib. Nak cakap apa pun tak boleh. Kalau balang kuih pecah, aku juga yg kena beli baru. Sarung kusyen raya, aku juga yg disuruh beli. Alasannya aku dah kerja dan aku tak kawen lagi.

Nak sahaja aku cari jodoh secepat mungkin. Raya kat umah mertua. Tak balik rumah. Pandai2 lah korang organize rumah.

Aku cerita ni sebab aku dh tak tahan. Duit gaji aku habis untuk dorang. At least appreciate lah sikit. Namun tak. Tenaga aku lagi dikerah. Nak lindung diri sendiri, mula ayh aku kuar ayat, yg penat je dia bg belajar tinggi tapi aku derhaka pada dia. Aku tak pernah pun cerita pada sesiapa tentang ini. Selama ini aku pendamkan. Atas alasan, biarlah berhabis utk berbakti pada ayah n mak. Tapi aku kecewa. Seolah2 aku nie maid.
Harap-harap raya kali ini tidak seperti selalunya.

– Perantau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

121 Comments

    • Setuju. Simpan duit dari awal tahun lepastu pergi holiday kat indonesia ke, europe ke, south africa ke, turkey ke. ??

    • Aini Nasir bagus nyer cadangan anda. saye yg tua ni pun teringin. raya ni kita nak yg sederhana saja supaya dapat enjoy sama. kalau dah masak berjenis jenis. petang raya rasa mengantuk.

  1. Cepat kahwin…bab brg dapur tu kena kongsi le adik beradik…jgn biasakan semua luar duit sendiri…kongsi dgn adik beradik ok…bab msk tiri tu..erm…terpaksalah redo

  2. Cuba ingat juga jasa ibu ayah kepada kita.. mungkin mereka tidak mampu.. mereka juga lbih bnyk brkorban untuk kite.. sal ibu tiri no komen sbb xde pnglmn

  3. Slalunya mmg mcm tu…yg x berumahtangga lh yg akan jadi kuli batak…habis habisan dikerah…semua main lepas tangan…alasan yg diberi xdew masa…busy memanjang…

  4. aduhai.. masalah mak tiri hampir sama.. pemalas dan hidup nak senng je.. ada baiknya time raya xyah balik.. kalau balik pon masa pagi raya.. tgah hari atau ptg dah cabut kata sibuk bnyak kerja.. dari layan org camtu baik layan jiwa merantau bercuti lagi best..

  5. tmpt ibu tiada galang gantinya. Nmpk tak..? Kalau ibu awk msh ada msti dia kena buat semua tu. Tp ibu ni x mngeluh. Kita sndiri x mampu gnti tmpt ibu. Betapa bsr jasa mereka. Blklah jmpa ayh sblm kehilangan dia pula.

  6. Nak suruh cepat kawen maybe susah lah nk kate jodoh bukan mcm beli brg kat kedai… paling senang… time cuti raya gi bercuti sorang2 ke ckp x leh balik.. pehtu cari la kawan2 mane ke yg sesuai beraya ngan family derang… atau join anak2 yatim ke ape2 persatuan yg memerlukan kite beraya dgn mereka..pom ok.. tgk biar derang handle sendiri bile awk xde… kalau ayah tanye time tu la nk ckp ape yg terbuku di hati…

  7. Kesian..patut la ramai yg nk cepat kawen n dpt ank..supaya ade alasan utk xtlg wat kerja mgemas n memasak..adik beradik pun kne beri kerjasama juga.. mohon doa agar mereka lembut hati ..

  8. Klu x keberatan, pm la sy encik perantau, mak sy pun dh sibuk tanya bile nak ade calon… At least kenal2 dlu pun xpe

    P/s: sy serious, ni bukan main2…

  9. Pm saya, kte kenal2 dlu, insya allah klu ade jodoh, sangkut la…
    Mak sy slalu pesan, jodoh ni xdatang gitu je, kena cari…

    P/s: saya serious ni….

  10. Kalo akak pom..mybe akak xnak balik raya gak dik.beraya umah kampung kwn2 pom ok.bkn nk phargaan sgt pun.tp kurang2 rs disayangi sbg ank..ni tak..dh mcm kulibatak..bertabahla dik..

  11. X jauh beza pun umur ko dgn mak tiri tu, sekolah kan aje pompuan tak tau malu tu. Kalo dh perangai hazab sgt jgn bg muka. Kalo ayah marah ko luah kn je semua. Mak tiri je bkn mak kandung pon. Mak tiri tu janda ke anak dara Awat la pemalas sgt

    • X bleh jgk sis main nak bahasakan.sbb setitik air mata mak tiri dosa sama mcm derhaka kat mak sndiri.kena cr cara lain yg lbh halus utk ajar mak tiri tu.

  12. Huhu stress betul kalau macamni.. bila kita jadi baik, ramai je nak ambik kesempatan… Takpe la untuk raya ni la korban sikit, anggap je la semua tu sedekah..semoga next raya, dapat beraya di rumah mertua, takpun, pergi la bercuti kat mana2, biar family members tahu sikit berdikari… Aku pon ada kakak2 yg dah kawen jugak, walopon ada anak2, tapi tahu la role masing2, kalo x mampu sumbang tenaga, at least sumbanglah duit..

  13. Are u women or man? Saya xsure awak ni bro or sis. Apapun situasi kita seakan sama bab jadi chef and dari bab tanggungjawab. Cuma yg lain xsama. Tapi saya suka memasak dan lebih suka di dapur dari di ruang tamu. Hehe.. takpe bro or sis awak ikhlaskan je apa juga pengorbanan awak sementara boleh berbakti. Saya percaya rezqi awak lepasni mencurah2 melimpah ruah. Setiap kesabaran awak walaupun dlm hati merungut tetap Allah pandang. Allah tahu awak penat. Tapi ada natijahnya nanti. Ada hikmahnya selepas awak penat nanti. Allah tak kejam. Yang kejam manusia tutt yang langsung x faham masalah awak. Jodoh dan berkahwin bukan penyelesaiannya kalau attitude kita tetap sama. Cuba firm dan betul2 disiplin bab duit. Berbincang dan berkongsi kewangan supaya yang berat jadi ringan bukan awak pikul sendiri. Dan bab kerja rumah bahagikan tugasan siap2.. dan.. doa byk2 di bulan mulia ni moga ada keajaiban nanti. Jangan pencilkan diri dari keluarga. Balik la kpg. Sementara ada ayah hargailah. Walau buruk mcmna sekalipun sikapnya dia ttp ayah awak. Apapun ikhaskan bakti dan tenaga tu biarpun geram,penat,dan lelah. Sbb syurga itu manis utk setiap kepahitan ujian dan dugaan2 kehidupan yang mungkin salah satunya keperitan ujian sebegini.. wallahuaklam..

  14. Xboleh tu, ptotnya kakak ngan adik pon sama terjun bersilat kt dapur. Jgn guna alasan da kawen nak jaga anak bagai, minta la tolong somi tu take over kjap. Aduss..

  15. Rasanya jgn blk.ada kan kwn2 yg ada family..cer try ikut blk kg dorang.tp ko jgn la jujur sgt kat family maksudnya jgn smpai ayah tu kecik ati.yg lain tu lantakkan.bg alasan yg baik nape x dpt blk raya.tgk mcm mana keadaan umah masa ko x ada.tgk keadaan family kwn ko tu beraya ngn family mcm mana.kdg2 apa2 permasalahan yg kita perlukan jawapan tu bukan ada dlm fikiran or hati tp ada kat mana2 di sekitar kita.so jadikan raya kali ini berbeza.

  16. Aduhai… silap2 haribulan.. bila dah kawin, dapat mertua yang lebih kurang sama dgn ayah dan mak tiri awak mcm mana?…

    Melancong time raya pun ok juga.. hehe..

    Kemas2 tu… angap je la berbakti pd orang tua…

  17. Bila mereka da takde time tu baru kita akan menyesal.. believe me..
    Mereka orang tua.. tak kesah la berapa umo, larat ke tak.. tp pngkat orang tua.
    Dari marah kat diorg rasanya elok lg kemarahan tu bg kat adik beradik. Alasan nak kene jaga anak?
    Selama ni kat kalau tak balik kg diorg buat keje rumah mcm mana??

  18. kakak2 ko bole tahan mengelat…mak tiri ko tu dah kenapa?? ayah ko pun sama…ape kata ko takyah sumbang ape2 duit dah…ko ckp skrg ni company byk cut cost…ckp je camtu…1st raya jgn balik…balik raya time kakak2 ko da balik kl…time ko balik tu kalau xde mknn…mkn je kat luar…ko buat diri mcm tetamu je…pandai2 la dorg nk idup cari mkn sendiru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *