Aku Tak Pandai Membaca

Assalamualaikum. Di sini aku ingin ceritakan kisah aku yang tidak pandai membaca Al-quran. Aku seorang wanita berusia 36 tahun. Aku memiliki suami dan 3 orang anak.

Walaupun aku tidak pandai mengaji, namun aku tidak pernah meninggalkan solat dan boleh membaca surah2 serta doa2 dalam solat, aku juga menutup aurat dengan sempurna.

Semasa zaman kanak-kanak ku, aku di hantar oleh ibuku untuk belajar mengaji dengan jiran. Selepas maghrib, aku akan membawa senaskah al quran untuk mengaji.

Pada waktu itu, kami hanya mengikut apa yang di baca oleh makcik yang “mengajar” kami membaca al-quran.

Setiap hari aku hanya mengikut bacaan sehingga boleh hafal dan baca sendiri surah2 itu, namun aku tak pandai untuk mengeja ayat al quran.

Aku juga kerap ponteng untuk pergi mengaji kerana sukar untuk membaca sendiri.

Aku hanya mengikut apa yang dibaca, jiran-jiran ku yang lain semua boleh membaca sendiri, tapi aku masih tidak boleh mengeja ayat2 tersebut. Sehinggalah aku meningkat remaja.

Bila aku mula baligh, aku semakin malas untuk ke rumah makcik yang mengajar mengaji.

Akhirnya aku berjaya ke universiti, di universiti, aku lihat ramai pelajar yang bawak tafsir al-quran dan membacanya ketika menunggu bas atau ketika di cafe, aku rasa sangat malu dengan diri sendiri.

Ketika ini tiada siapa pun yang tahu bahawa aku tidak pandai membaca al quran.

Sehinggalah suatu hari, aku tersalah masuk ke group usrah, aku diperkenalkan sebagai ahli baru, dan sebagai penghormatan kepada ahli baru, aku di minta untuk membaca satu mukasurat ayat alquran.

Aku mengambil kitab suci tersebut dengan gementar membaca bismilah dengan yakin, seterusnya aku terus membaca maksud ayat tersebut yang ditulis dengan huruf rumi. Mujur lah tiada yang memaksaku membaca surah tersebut.

Selepas kejadian itu, aku membuat pengakuan kepada seorang sahabatku yang merupakan ahli usrah itu, aku minta dia ajarkan aku Al quran, namun dia memberikan alasan yang dia tidak pandai mengajar.

Jadi aku teruskan hidup seperti biasa sebagai seorang pelajar universiti yang buta al quran.

Selepas tamat universiti, aku telah berkahwin dengan kawan semasa zaman persekolahanku, awal awal lagi, aku berterus terang dengan nya mengenai kelemahanku yang tidak pandai mengaji. Dia kata dia tidak kisah.

Untuk pengetahuan semua, suamiku pandai mengaji dan rajin ke masjid. Selepas berkahwin dan bekerja, aku sangat2 takut apabila tempat kerja atau jiran jiran mengajakku menyertai acara bacaan yassin atau tadarus al-quran.

Aku bekerja sebagai pendidik, jadi semua orang menjangkakan aku pandai mengaji.

Setiap kali bulan ramadhan, aku akan mencari alasan untuk tidak terlibat dengan tadarus dan setiap kali acara bacaan yassin diadakan, aku hanya mengikut bacaan orang ramai.

Namun, setiap kali mengandung, aku tidak putus berzikir untuk menggantikan “kegagalanku” untuk mengaji.

Aku berusaha untuk belajar mengaji dengan suamiku, namun, kekangan masa, dan sikapku yang cepat terasa apabila ditegur suami menyebabkan aku masih gagal untuk membaca Al quran.

Sehinggalah umurku hampir menginjak ke 30 tahun, aku rasa tidak sempurna hidupku jika aku tidak mampu membaca al-quran.

Aku membeli alquran digital, aku belajar sendiri, aku tulis setiap huruf, aku tampal di dinding, alif ba ta, konon untuk anak anak tengok, namun, hati dan minda aku sangat2 kelam, aku masih gagal membaca dengan betul.

Setiap malam aku bangun dan solat hajat, aku menangis sesungguh hati, meminta bantuan dari Allah.

Ya Allah aku mahu belajar al quran, aku mahu membaca al- quran, izinkan aku Ya Allah. Aku menangis seperti anak kecil yang merayu meminta simpati.

Akhirnya ketika anak sulungku berusia 6 tahun, aku mencari guru al quran buat anak anak ku, aku bertemu dengan seorang gadis remaja lulusan sekolah pondok yang bekerja sebagai guru mengaji.

Dia akan datang ke rumah2 orang untuk mengajar, pada mulanya aku membayar upah untuk mengajar anak2ku seramai 3 orang. Kemudian, aku meminta izin untuk menambah pelajar.

Pada mulanya aku suka berborak2 dengan ustazah muda ini, bila dah serasi, aku meminta ustazah mengajar aku mengaji. Bila ustazah tanya, akak nak baca dari surah apa, aku kata, dari alif. Ya, aku bermula dari alif baa, taa.

Setiap hari ustazah muda ini akan datang ke rumahku dan mengajarkan aku Al-quran, suamiku memberikan sokongan dengan membayar yuran bulanan kepada ustazah.

Ustazah muda ini sangat memahami situasiku, dan aku boleh menerima cara teguran bersahaja nya.

Kini alhamdulilah, aku sudah mampu membaca al-quran, dan tidak pernah meninggalkan al quran.

Surah al waqiah dan surah al mulk menjadi surah kegemaranku. Aku dan anak2 bergilir2 mengaji bersama2 ustazah muda setiap malam. Jika ustazah tidak dapat hadir, kami akan tetap mengaji secara online.

Itu sahaja secebis kisah tentang hidupku yang tidak tahu membaca, kini sudah tahu membaca. Alhamdulillah.

– Pelajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *