aku tak suka jadi aku – 2:05 PM

aku tak suka jadi aku

assalam, hai korang2

memandangkan aku tengah boring2, so aku luangkanla sikit masa kt sini.

first, aku bukan budak uia. aku belajar kat satu kolej di selatan tanah air. sekarang aku stay dengan bekas pekerja ayah aku kt satu kawasan perumahan nie.

nk dijadikan cerita, orang kenal aku sebagai seorang yang pendiam, nerd, miskin, comot ( sebab ada jambang) padahal kalau aku shave, hensem kot! sudahh perasan plak..maaf2. tapi for your information, setiap sem aku memang aku tak masuk dean list, tapi pointer aku always 3.3 above.

ye aku dikenali sbagai orang yang macam tu. aku pergi kelas naik skuter je. dalam kelas aku suke duduk belakang (sebab dapat tengok member2 punye perangai,haha) aku tak suka nk dress up macam sesetangah budak kat kolej aku ni.pakai macam nk pergi pavi jer..padahal gi kelas je pon. aku lebih selesa pakai jeans, dgn kemeja (aku pakai kemeja panjang sebab suka lipat sampai siku) , dan aku pakai cap dan spek. actly spek tu tak ade power pon.. aku dipaksa untuk pakai. sebab tu member assume aku nie nerd.

kalau dieorang ajak keluar aku selalu tolak. selaluu sangat tolak. at the end orang malas nak ajak. so tambah satu lagi point. aku digelar budak anti sosial pulak.

gadis2 pun banyak mengumpat aku kat belakang berbanding nk ngorat aku. tak pe ahh aku tak kesah.

sebenarnya, untuk pengetahuan korang aku memang ditrain utk jadi macam tu semata2 nak hide true identiti aku ni. aku memang tak boleh utk jadi orang yang menonjol. sebab perkara ni boleh menyebabkan family and group ayah aku terancam. sebab tu laa aku tak boleh ada kawan,terutamanya kawan yang korang gelar bff tu. dan atas sebab itu jugak aku tercampak kt kolej nie. kat sini aku kena mulakan hidup baru dengan xada sorang pun yang kenal aku.

kalau lah dieorang semua tahu aku nie sebenarnya anak tunggal kepada ketua perisik macam mana laa agaknya ya. ayah aku banyak musuh. kiteorang memang kerap berpindah randah.
sejak kecik lagi aku memang dah diajar segala ilmu martial art. dari teakwando, judo, karate,main senjata ..sampai memasak pon semua aku kena belajar weyh. sampai nanges2 aku bila kena paksa!

kadang2 bile aku duduk sensorang. aku rase betapa tak bestnya jadi diri aku ni. tak ada kawan. rumah besar n harte banyak pun tak guna sebab hidup selalu tak aman.
cepat atau lambat memang aku akan take over kerja ayah aku.
aku teringin nak rasa real life yang normal macam orang lain. ada family yg boleh kita hang out sama-sama.. gi makan2, lepak2 dengan kenkawan .. tapi..

tujuan aku tulis nie bukan nk menunjuk2 ke or nk buat cerita.. tapi aku rasa macam nk meluahkan je.

dah ah..penat tulis panjang2.. thank you admin if u approve my confession :)

– abc

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *