AKU TAKNAK KAWAN AKU KAWEN DENGAN LAKI TU!
Aku ada seorang kawan perempuan. Dia ni baik sangat orangnya, boleh kata pakej lengkap lah kalau nak dijadikan isteri. Pandai mengaji(mak dia ajar budak ngaji), solat tak tinggal, pakaian elok muslimah, dia budak pandai, sekarang ni baru habis degree. Dia dah bertunang, tapi masalahnya tunang dia ni PEMALAS. PEMALAS APA? PEMALAS nak KERJA!! Aku geram dengan kawan aku ni masalah dia kalau dah sayang org mmg suka nak back up bf/tunang dia even dia tau benda tu tak betul or tak baik. Ada 1 hari dia mengadu dekat aku yg tunang dia malas nak kerja, penat dia suruh tunang dia carik kerja tp tunang dia taknak kerja, tunang dia bg alasan tak suka kena kerja bangun pg bagai. Tunang dia ada buat jual product jd agent tp masalahnya sale dah drop product tu dah tak femes. Dia takde kerja tetap macammane nak kumpul duit kawen? Dia siap cakap dgn kawan aku takpe lah dia tak kerja, kawan aku kan ada degree boleh kerja bagus, nampak tak? Dia mengharapkankan kawan aku ni yg support dia lepas kawen? Dah lah cemburu buta, lepastu suruh kerja malas banyak alasan. Bila kawan aku suruh kerja jea dia ugut kawan aku kalau cakap pasal kerja lg dia taknak jumpa kawan aku lg dah. Boleh keh macamtu?! Kau ingat kau handsome sangat ke? Soalan aku, macammane aku nak suruh kawan aku ni tinggalkan tunang dia? Mamat ni sweettalker weh, kawan aku ni lemah betul bila mamat ni merayu-rayu, berapa kali dah putus masa bercinta. Putus tunang jea belum. Kitorg sbg kawan mmg taknak dia kawen dengan mamat ni arghhhh! Kitorg kesian dekat dia sebab laki ni teruk harap mulut jea manis! Tp PEMALAS! Aku tak sangka kawan aku ni bangang jugak sebab buta kerana cinta. Nanti dah kawen takbole patah balik dah. Kalau dah sampai ada anak nanti lg naya!
– anonymous