Aku takut, dia selalu tegur

Salam,

Nervous nak taip tapi aku gagahi juga. Begini..Aku jarang sangat selfie (aku perempuan) apatah lagi nak post dekat fb/ ig. Biasa biasa je aku

Tapi kan ada satu makhluk Allah ni..

Classmate aku

Dekat whatsapp tu kadang kadang jela aku letak gambar muka aku.

Classmates aku lelaki tak pernah tegur aku tau unless bila ada hal sampailah ada seorang ni

Bila aku tukar DP je,
Dia akan wasap aku

Dia tegur.

"kan cantik kalau kau pakai dp pokok tu je dari muka kau"

Ok aku takut so aku mengalah

Lama lama aku lupa..
Aku tukar dp lagi

Dari dp ayam ke dp muka aku

Dia muncul balik.
Dia tegur lagi.

"aku rasa better kau simpan muka lawa kau tu.. Tak manis perempuan selfie tunjuk kat orang"

Sentap. Huhu

Banyak kali weh jadi gitu. Hmm

Agak-agak kenapa ye dia selalu tegur? Kemungkaran ke aku tukar dp aku jadi gambar selfie? Tak la menggoda pun. Biasa je.

Risau pula aku dengan lelaki ni. So end up aku letak je dp apapum dan dah tak ada nafsu nak bergambar. Nanti dia tegur lagi.

Istiqomah sungguh dia tegur aku dah dekat 3 tahun

– giraf

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

29 Comments

  1. Camni jea: awk sudah mengundang perhatian dia. (lelaki)

    Ya, apa nak buat?
    Ikut ajaran islam, stop to wat profile your face.

    Kita tak tahu dia duk simpam kot gambar awk tu. Kan?
    Whatsap kan skang buka je profile sebenaenya da simpan da gmbr.

    Ok pastu , kalau dia sibuk tanya awk: terima kasih menegur, dan sy rasa awk patut jaga ikhtilat awk dan sy pun tak mahu jd fitnah orang .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *