Aku Terlalu Bod0h Melepaskan Yang Terbaik

Hi. Aku single parents yang mempunyai dua orang anak.

Aku bercerai dengan arwah ex husband aku sebab ingin mundur dan memberi laluan kepada dia untuk lebih bahagia. Dia ada orang yang lain.

Perkahwinan yang dibina selama 4 tahun berakhir kerana aku mengalah. Aku tak nak dia bahagia. Aku memilih jalan untuk bercerai demi kebahagian aku dan dia.

Short story aku mula pergi hiking untuk lupakan kesedihan aku.

That time aku rasa aku perlu rebound after aku cerai. Aku still sayangkan ex aku but i need rebound.

Finally aku meet seseorang tapi itu pun aku yang tegur dia. He not my type actually but he kind and full of love.

Aku pergi hiking actually dengan dia dekat tempat hiking yang famous dekat selatan, johor dari situ kami mengenal hati budi.

Waktu berlalu pantas. Dia melamar aku but aku tal bersedia time itu tapi aku still menerima lamaran. He kind and ada intention untuk menghalalkan aku.

Aku terharu akan tetapi aku rasa aku tak nak kawen lagi aku kata bole tak kita chill dulu. Dia tunjukkam effort, menyayangi aku dan paling penting menyayangi anak anak aku.

Entah kenapa aku rasa aku takde connection dengan dia. Tiada spark walhal dia dah tunjuk effort yang sepatutnya.

Allah jahatnya aku. Dia pernah menyuarakan aku tentang perhubungan ini. Aku diam membantu. Bukan tak nak berkahwin tapi 50-50. Aku seperti trauma.

Tapi aku gagahi juga untuk buat HIV test, cuma aku tak menghantar borang perkahwinan. Aku dah lost dan aku pun tak tahu nak buat apa apa dengan perasaan aku.

Akhirnya dia putus pergi begitu sahaja. Aku try untuk pujuk dia kembali. Aku ambil effort untuk cari dia.

By the way aku dah beli rumah and few barang rumah untuk perkahwinan kami kelak. But at the end dia dah give up dengan diri ku yang tak memberi jawapan tentang hala tuju perkahwinan aku.

Finally on 26 feb which means my birthday dia telah bernikah dengan orang lain (orang pantai timur) hati aku retak seretak retaknya sebabnya aku berazam untuk 2023 aku nak berkahwin.

And our last conversation itu pun aku guna hp kakak aku untuk telefon dia sebabnya dia dah tak angkat call, tak whatsapp (lama giler aku reach dia)

Finally he decide tak nak teruskan and he puts blame yang parents dia meninggal sebab tak sempat lihat dia ke jinjang pelamin walhal dia pun berkahwin tanpa kehadiran parents dia di hari bahagia.

Now aku try move forward. Tipu lah kata aku tak broken sebab aku dah sediakan rumah untuk perkahwinan kami dan akhirnya dia memilih pergi. Doakan aku diberikan kekuatan dan yang paling penting ketenangan.

Aku terkilan dia lelaki yang baik, bertanggungjawab dan yang penting menjaga solat. Wujud kah lelaki seperti itu yang dapat menerima ibu tunggal seperti aku.

Jujurnya aku setiap hari menangis mungkin kerana sikap aku. Ini semua salah aku. Entah mengapa perasaan cinta itu menurun.

Mungkin bukan jodoh aku dan jodoh sudah sesat. But at the end im happy for him. Aku selalu doakan yang terbaik iti si dia.

Terima kasih sayang sebab pernah ada dan aku tak menyalahkan dia langsung ini semua berpunca dari aku.

Bila jodoh sudah tiada. Noktah..

– Siri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *