Aku Tidak Mampu Jadi Seperti Khadijah

Assalamualaikum. Saya dah kahwin hampir 4 tahun. Masa saya kahwin, saya baru habis master lepasan luar negara. Saya dapat tawaran sambung phd oversea tapi bila fikir kosnya, saya tolak dan cuba cari kerja. Saya mahu pegang duit sendiri.

Tak sangka susah betul cari kerja bila ada master, semua orang tak nak hire saya, tak demand pun, sebab sedar diri takde pengalaman kerja.

Jadi jobless lah saya selama 2 tahun lebih, jadi suri rumah sepenuh masa tapi keinginan nak bekerja tu tetap ada sebab saya anak sulung, nak bagi contoh pada adik2 yang sedang sambung belajar jugak.

Saya juga teringin nak hulur duit kepada parents saya yang dah banyak berkorban untuk saya sambung belajar. Tapi masa tu, saya tak mampu, duit poket yang suami bagi saya simpan untuk kecemasan. Dia bagi saya RM500 dan kereta myvi saya dia sambungkan bayar.

Duit poket yang dia bagi saya guna untuk bayar bil hp 200 lebih (Ini harga dengan device sebab handphone lama saya rosak lepas kahwin jadi suami belikan yang baru).

Mula2 dia bayarkan bil lepas beberapa bulan dia minta saya bayar sendiri sebab saya pregnant, dia nak simpan duit untuk anak kami.

Balance duit poket memang simpan untuk emergency sebab kadang2 hujung bulan suami tak cukup duit, jadi saya bagi balik duit yang dia bagi tu. Takde simpanan langsung.

Gaji dia masa tu dalam 3k. Account saya kosong. Kami rumah tak bayar, tinggal di rumah sewa bapa mertua. Bapa mertua tak minta sewa, minta dibayarkan bil api & air je.

Alhamdulillah ayah mertua memahami. Komitmen suami masa itu adalah 2 kereta myvi, bil hp dia, duit poket saya dan belanja barang dapur. Barang dapur pun kadang parents saya dan parents suami yang sponsor.

Kami suami isteri datang dari keluarga yang agak senang tapi saya dan suami tekad untuk cuba berdikari sendiri. Kami jarang makan di luar, dari tak pandai masak langsung, saya dah boleh masak macam2 sampai mak mertua mintak resipi (padahal saya pun google).

Selain honeymoon di Bali, kami takde jalan2 pun, cuti2 malaysia pun takde, memang jimat habis. Niat utama nak beli rumah sendiri.

Tiada sambutan hari jadi untuk saya selama berkahwin, tiada sepotong kek, tiada makan sedap2, nak hadiah bersyarat; barang bawah RM100@200 ikut kewangan suami ketika itu.

Alasan suami kerana birthday saya sama tarikh dengan ayah mertua jadi selalunya adik2 dia dah belikan kek untuk ayah mertua saya. Tidak perlu banyak kek.

Tahun pertama kahwin, nama saya ada sekali di atas kek ayah mertua saya. Tapi ayah mertua saya perli2 dan touching kek dia tak special. Jadi tahun2 seterusnya saya pinta dengan adik2 ipar semoga tiada lagi nama saya di atas kek. Kelakar kan?

Tapi tidak masa birthday suami saya, tak belikan kek, dia touching dan dia minta hadiah walaupun tahu saya tidak bekerja. Gelang mas kahwin saya putus lepas kahwin, suami janji dia akan betulkan bila dia ada duit lebih bila anak dah lahir. Anak dah pandai jalan dah, janji yang tinggal janji.

Dah 3 tahun kahwin, tahun pertama raya, suami belikan sepasang baju kurung untuk saya. Ya, itu lah baju pertama dia belanja saya selepas jadi isterinya.

Tahun kedua pula, suami minta saya guna duit poket yang dia bagi saya untuk beli baju sendiri sebab dia nak simpan duit untuk belanja anak yang baru lahir. Tahun ketiga, saya diminta beli sendiri baju raya saya dan anak kerana saya dah kerja.

Ya, saya dah kerja. Itulah antara punca masalah saya sekarang. Saya baru dapat kerja 6 bulan yang lalu. Alhamdulillah ada yang sudi memberi peluang kepada orang macam saya.

Saya dapat kerja berdekatan dengan rumah parents saya. Parents saya volunteer jaga anak saya sebab mereka pencen awal dan tak izinkan kami hantar cucu sulung mereka ke nursery.

Kami anak beranak pindah masuk ke rumah parents saya sebab rumah yang kami duduk sekarang sangat jauh dari tempat kerja saya. Suami pun dapat kerja baru dengan gaji yang lebih besar hampir 6k. Alhamdulillah saya anggap kami hanya menumpang rezeki anak.

Tapi, sejak saya kerja 6 bulan yang lalu saya sudah tidak diberi duit poket langsung. Saya cakap dengan suami, kalau saya dah kerja saya nak bayar kereta sendiri sebab saya dah segan dia bayarkan selama saya tak bekerja. Dia kata ok dan janji duit minyak dia sponsor.

Gaji basic macam saya dalam 2k lebih. Saya bagi separuh gaji (1k lebih) saya kepada suami sebab suami nak kumpul duit nak beli rumah sendiri bila saya dah dapat kerja. Balance gaji saya yang separuh?

Saya bayar bil hp, tol, minyak kereta (akibat suami mungkir janji), bil klinik anak, bayar bil api & air rumah parents saya, belikan barang dapur sebab saya segan parents saya taknak duit saya bagi sebab tolong jagakan anak saya & saya juga belikan pampers, baju & makanan anak saya.

Saya tidak dibesarkan dengan biasa meminta2, jadi bila saya perasaan bila barang keperluan anak sudah hampir habis dan suami jugak tidak keluar membeli, saya yang dahulukan beli dulu barang keperluan anak.

Saya fikir mungkin dia kesempitan duit, mungkin dia ganti duit saya suatu hari nanti. Bulan pertama, jadi kedua, jadi ketiga sampai lah dah 6 bulan. Suami tak keluarkan satu sen pun untuk anak kami.

Saya sangat sedih dengan hal ni. Takn ak bagi saya duit takpelah, anak saya masih ada ayahnya, anak kami tanggungjawab dia bukan tanggungjawab saya seorang.

Kami juga pernah diperkenalkan dengan seorang agen insurans, dia cadangkan buat insurans untuk anak saya. Kami berminat tapi tahu suami saya cakap apa?

Bagus plan ni, nak buatkan untuk anaklah tapi abang takde duit, awaklah bayarkan bulan2 komitmen untuk anak. Speechless saya. Kalau dia tak minta separuh gaji saya memang saya on je bayarkan.

Balance gaji seribu itu lah saya bayar buat itu ini sampai saya masih tak dapat nak self reward diri. Duit cukup2 je takut nak belanja untuk diri sendiri takut ada kecemasan. Baju yang saya pakai sekarang semua baju zaman anak dara saya. Baju2 tidur pun hampir lusuh.

Minta dibelikan baju tidur murah2 harga RM10, suami kata boleh beli satu je atau ‘lain kali je lah’ jawabnya. Sedih kan? Bukan suami saya takde duit langsung.

Saya pelik kenapa dia tak tergerak hati langsung untuk membeli keperluan anak. Saya tak tahu pergi mana duit dia sebab boleh kata dia takde tanggungan langsung lepas kami pindah masuk rumah parents saya. Saya tidak tahu kenapa dia begitu kedekut dengan saya dari hari ke hari.

Adakah bila saya dah kerja, saya yang perlu tanggung semua perbelanjaan? Materialistik kah saya bila meminta suami duit poket atau duit buat saya belikan pampers, makanan dan keperluan anak?

Tapi itu bukan masalah utama saya. Masalah utama saya adalah saya sangat penat. Sebelum bekerja, saya memang suri rumah sepenuh masa. Saya seorang pembersih tapi suami saya sebenarnya seorang yang pemalas.

Bila dah duduk serumah sebilik sekatil barulah saya tahu perangai dia yang sebenar. Disediakan laundry bag pun bajunya dilonggok dimana-mana saja, minum tak pernah basuh cawan, suka makan jajan tapi plastiknya tak dibuang walaupun tong sampah didepan mata. Sampai bersemut meja dan katil.

Charge handphone laptop cabut plugnya tapi switchnya tak ditutup, bahayakan bila ada anak kecil? Barang2 saya yang dia pinjam semua tak terjaga, ada yang rosak, hilang dan semuanya tidak diganti balik. Bila dibebel, esok jugak dia buat lagi.

Suami saya kerja 6 hari seminggu, jadi dia bila ada di rumah saya memang tak minta tolong dia buat kerja rumah langsung sebab tahu dia penat. Bila tak kerja, dia tidur sepanjang hari, dah nak maghrib baru mandi, keluar bilik untuk pergi toilet dan makan sahaja.

Dah ada anak pun macam tu juga. Memang lah saya tak minta dia tolong, tapi dia memang takde rasa belas ihsan ke nak tolong saya sikit? Saya masak, menyapu vacuum sambil dukung anak yang sedang menangis. Suami saya? Tidur dalam bilik.

Bila dikejutkan untuk tolong jaga anak kejap, dia marah saya balik, ‘orang penat tak nampak ke?’ Dia suruh saya berhenti masak, jaga anak je. Masalahnya kalau saya tak masak, kami nak makan apa? Suami tak suka beli makanan dari luar.

Itu antara cerita ketika saya masih seorang suri rumah. Bila saya dapat kerja, suami saya janji dia akan tolong jaga anak kami sama2 sebab dia kata penat orang bekerja ni lain dan lagipun kami menumpang di rumah parents saya. Saya tak minta dia janji ya, suami yang cakap topik ini dulu.

Tapi, janji hanya janjilah. Di rumah parents saya, dia hanya duduk di bilik je, takde nak beramah mesra dengan family saya macam zaman kami bercinta dulu. Keluar bilik bila nak turun makan je. Takde nak menolong buang sampah ke mop vacuum semua takde. Jaga anak apatah lagi.

Saya terpaksa minta parents dan adik2 jagakan anak saya jika ada hal padahal suami saya sendiri ada di dalam bilik. Suami saya kuat tidur & boleh mengamuk kalau tidurnya diganggu. Lagi2 di musim pkp, saya sampai naik segan dengan parents saya walaupun diorang tak cakap apa2.

Bilik saya tu siang malam ke sama je, langsir tak pernah ditarik bagi cahaya siang masuk, dengan bau kepamnya ya Allah. Aircond 24hr sebab dia tahu saya yang bayar bil api air. Takde langsung usaha nak bonding dengan anak walaupun tengah pkp ni suami boleh wfh.

Saya tak wfh masih kena datang office. Bangun pagi2, siapkan makanan anak saya, mandikan anak saya sebelum pergi kerja, buang sampah (pampers) dalam bilik air, basuh baju kotor semalam.

Dukung anak bawak turun bagi parents saya jaga pulak. Balik kerja, saya mandikan anak, bagi anak makan malam, basuh dan sterilize perkakas pump susu, main dengan anak & tidurkan dia.

Bila anak tidur saya kemas bilik yang bersepah dengan plastik jajan, lipat kain (suami tak kasi ibu saya lipatkan baju kami anak beranak, dia kata dengan ibu saya dia nak lipat, tapi tulah bila dia janji, sayalah yang kena buat).

Harapkan dia menggunung la baju atas katil. Bila saya kerja, adik2 dan parents saya sibuk, memang terpaksa ketuk pintu bilik untuk pass anak pada suami. Takde rasa maluka dia?

Ibu cuma pesan saya untuk bersabar je. Ya mungkin dia tahu, cuma taknak mengeruhkan keadaan.

Tapi bila kami balik rumah parents suami, masyaAllah kemain rajin suami, tak payah disuruh, suami dah buat dulu. Tak reti duduk diam. Sentiasa berpeluh kerana ada saja benda dia nak buat. Bilik parentsnya pun dikemasnya. Saya rasa macam suami saya ada bipolar pulak.

Ibu mertua saya sangat baik & sporting, jadi kami macam kawan. Mak mertua saya ada kerja yang bagus. Dia tidak lokek dengan saya. Macam2 dia belikan saya, barang kemas, baju, perkakas dapur semua.

Alhamdulillah untuk dikurniakan ibu mertua yang sangat baik. Kecewa dan penat macam manapun, saya tetap tak sampai hati nak bercerita pada ibu mertua pasal tingkah laku anaknya yang melelahkan saya, takut dia cop saya menantu yang tak bersyukur dan mengadu domba.

Saya pernah gaduh besar dengan suami sebab menuntut janji2 yang pernah dia buat. Dalam amukannya dia mengasari saya, menunjal kepala saya (ibu bapa saya pun tak buat macam ini), baling barang pada saya dan jerit bodoh banyak kali.

Dia kata saya berlagak sebab dah ada kerja sekarang. Dia suruh saya berhenti kerja dan janji bagi duit poket sama dengan gaji saya sekarang. Saya sudah tidak terpedaya dengan janji2 dia. Kami bergaduh besar depan parents saya, dia kata saya tuduh dia bukan2, memalukan dia.

Dia tidak tidur, dia ‘wfh’ dalam bilik. Saya cabar dia buka pintu bilik kalau betul dia wfh. Biar ada yang saksi. Biar ada yang nampak betapa bersepahnya bilik saya bila saya tiada di rumah. Tapi dia tak buat pun.

Saya tahu berdosa bila seorang isteri minta cerai pada suami. Bergegar tiang arasy. Tapi saya sudah tidak tahan lagi, physically and emotionally exhausted. Saya tidak boleh menipu diri saya sendiri untuk bertahan dalam perkahwinan demi anak saya.

Saya tidak bahagia, macam mana saya nak bahagiakan anak kecil saya?

Kehidupan yang saya jalani sekarang tak ubah macan ibu tunggal. Semua saya lakukan diri sendiri dengan sedikit pertolongan ibu bapa saya dan bukan suami saya. Saya minta dilepaskan tapi dia mengamuk cakap taknak lepaskan saya.

Dia bagi syarat, anak kami dia yang jaga. Dia kata saya bukan ibu yang baik sebab membuka aib suami dan gaji dia 3 kali ganda lagi besar dari gaji saya. Dia lagi mampu berbanding saya yang lemah.

Saya sangat2 kecewa bila dia gunakan anak untuk menjerat saya. Anak saya menyusu badan lagi. Tergamaknya dia. Sesungguhnya saya sudah hilang sayang pada suami saya. Berdosa kah saya ya Allah?

Saya mungkin tak ditakdirkan untuk jadi sehebat Khadijah binti Khuwailid tapi tolong doakan agar saya dapat merasai sedikit hidup yang bahagia disamping anak saya.

– A young mother (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *