Assalamualaikum. Nama aku N. Aku harap pengalaman aku ini disiarkan untuk memberi pengajaran kepada majikan dan pekerja-pekerja bahawa memang wujud majikan seperti ini di dalam dunia, walaupun kami profesional.
Untuk majikan yang bertindak seperti ini, aku harap kamu bertaubat. Untuk pekerja, selidik dulu latar belakang majikan anda sebelum tandatangan kontrak.
Untuk pengetahuan korang, aku merupakan seorang doktor di klinik swasta. Aku nak ceritakan tentang ex-bos aku.
Bos aku ni ada lebih dari 20 cawangan klinik di bawah branding yang sama, yang memang dimiliki olehnya ; bukan sewaan lesen. Syarikat ini diterajui oleh sepasang suami isteri, yang kedua-duanya doktor.
Disebabkan itu, aku bercadang untuk join syarikat ini as a resident doctor. Salah satu sebabnya adalah klinik ini sudah well-established dan sebab fokusnya adalah pada kesihatan keluarga (terutamanya women wellness), itu salah satu passion aku.
Suatu hari, aku nampak iklan klinik ini yang sedang mencari doktor untuk mengisi kekosongan di cawangan mereka.
Sebelum hantar resume, aku survey dulu tentang klinik ini dari kawan-kawan yang berada di GP. Aku memang dah pernah tahu tentang “cerita” bos klinik ni daripada pemilik klinik yang lain.
Pemilik klinik ni memang terkenal di kalangan pemilik klinik lain, selain daripada “kemewahan” cawangan yang beliau ada.
Aku teringat seorang doktor pernah beritahuku begini “Klinik ** ni memang la bayar gaji banyak tapi owner dia tak jaga kebajikan doktor pun. Cepat saja turnover doktor-doktor dekat situ”, kata Dr M.
Then, aku tanya kawan aku lah. “Eh, okay saja join klinik ni. Sebelum ni, ramai resident keluar tu sebab taknak buat detailed scan”.
Untuk pengetahuan korang, salah satu requirement as resident doctor di sini adalah wajib buat detailed antenatal scan, 3D4D5D scan, scan thyroid, breast, hepatobiliary and KUB.
As you know, detailed antenatal scan hanya dibuat oleh Maternal Fetal Medicine specialist atau sonographer sahaja. Ada saja Medical Officer yang perform detailed scan ni di klinik swasta lain, selepas training oleh sonographer.
Tetapi, depends pada apa yang doktor clarify pada patient (sebab ini melibatkan kepakaran dan credentials juga), serta harga yang dicaj lah. Kalau buat screening anatomy sahaja, harga tu janganlah Yahudi sangat kan, compared to sonographer atau MFM yang buat.
Okay, berbalik pada kisah aku.
Aku pun hantar lah resume lepas dapat recommendation dari kawan aku. Dalam hati aku “Alah, join saja lah. Mana-mana pun sama saja. Janji jaga attitude and treat patients well. Jangan buat taik dengan bos”. Tak lama tu aku dapat whatsapp dari chief resident untuk hadir interview.
Disebabkan ada lebih daripada 20 cawangan, so ada Medical Officer In-Charge lah bagi beberapa cawangan. Klinik ni ada 5 orang chiefs. Interview dibuat oleh chief resident. Kerja kami kelak pun akan dipantau oleh chief resident, yang akan direct dengan bos kalau ada apa-apa.
Basically, kontrak kerja aku macam ni. Bound by kontrak 2 tahun. Kalau nak resign sebelum 2 tahun, kena hantar notis 2 bulan atau bayar gaji 2 bulan lump sum kalau nak resign dalam masa 24 jam.
Basic gaji 8k++. Ada elaun standby RM500. Standby ni maksudnya dalam sebulan, korang kena pilih siap-siap 3 hari untuk standby cover cawangan lain kalau MO tu MC/EL, etc. Gaji tak termasuk insentif per procedure and patient.
Tak lama lepas tu, aku pun dapat email dari HR untuk sain offer letter. Aku pun baca kontrak lagi sekali supaya tak miss apa-apa yang penting. Aku pun start lah kerja di klinik ini, ala-ala “Megah Holding” gitu.
Bulan pertama kerja, aku dilatih oleh sonographer untuk buat detailed antenatal scan. Training ni 4 jam saja. Namanya kursus “Advanced Obstetric Scan”. Itupun kongsi pesakit dengan doktor lain.
So, 1 training melibatkan 2 doktor. Lepas tu, chief resident pantau aku buat detailed scan. Bila dah confident dengan skill aku, barulah aku dilepaskan untuk perform seorang.
Awalnya, kami diberi tempoh masa 6 bulan untuk perform detailed scan ni. Kemudian, boss tukar kepada 2 bulan; meaning dalam masa 2 bulan, doktor mesti ‘mampu’ untuk perform lah.
Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang aku bekerja di sini; bos tiada good communication dengan staff. Bayangkan whatsapp group MO sahaja ada >60 orang doktor.
Kita hanya berbincang tentang hal kerja – hal klinikal, prestasi klinik, termasuklah patients’ complaints. Resident tidak boleh menyuarakan pendapat tentang win-win situation for the company. Patient complaint means it’s always the staff’s fault. Patient is always right.
Dulu pernah ada aduan daripada pesakit iaitu pintu klinik kunci (status masih “Open”) – ketuk-ketuk pintu tetapi tiada orang respon. Kebetulan masa tu, staff tengah solat dan doktor tak perasan ada orang ketuk pintu klinik.
Kalau korang hairan kenapa kunci pintu in the first place, adalah sebab sebelum itu ada orang mabuk merayau-rayau masuk klinik.
Korang tau apa respon bos dalam whatsapp group klinik? Bos mengamuk dan menuduh staff dan doktor nak tutup periuk nasi dia. Astaghfirullah.. Boleh saja selidik ; call dan tanya elok-elok kan. Dah la keselamatan tak terjamin. Tiada button emergency call kalau apa-apa.
You can’t talk or else, you will be teased and the bos will target you. Sarcasm dia tahap dewa lah. Benda yang tiada kena-mengena pun akan diungkit.
Kalau staff ada buat salah sampai dapat aduan daripada pesakit and boss attacked dalam whatsapp group clinic, staff takkan berani nak reply pun. Sebaliknya, minta doktor yang reply.
Waktu Covid-19 baru melanda, kita dah start PKP kan masa tu. Faham saja lah bos pun mengalami masa yang sukar untuk bayar gaji pekerja.
Aku rasa waktu ni semua pemilik bisnes pun terkesan. Kami ditawarkan cuti tanpa gaji atau gaji ikut berapa jam bekerja sahaja. Elaun standby dan rate locum pun turun.
KWSP and income tax (Potongan Cukai Bulanan) tetap dipotong dari slip gaji, tetapi tidak dicarum. Tetapi, kita faham saja and follow the flow. Husnuzon~
Bila dah habis PKP 2 bulan, kes Covid dah makin turun, patient dah start ramai balik, so sales naik semula. Bos pun decide nak buka 5 cawangan baru.
Awalnya, gaji dibayar macam biasa sahaja.. Tiada delay. Tetapi, KWSP and income tax belum carum lagi. Masih ada tunggakan beberapa bulan, despite sales dah okay.
Then, bulan Oktober 2020, bos announce nak tukar kontrak baru. Sesiapa yang tidak bersetuju, boleh hantar surat perletakan jawatan. Ada beberapa doktor yang sudah mula berani untuk bersuara di dalam whatsapp group residents tentang kontrak baru yang tak masuk akal.
Aku highlight point-point penting lah yang memang membuatkan orang nak resign. Yang pertama, kontrak kerja selama 2 tahun. Kalau nak resign sebelum 2 tahun, bayar gaji 2 bulan lump sum atau kerja 2 bulan TANPA GAJI. Bab komisen tu dah kurang tu aku boleh kompromi lagi.
Ada kisah lain pulak melibatkan doktor di cawangan lain, yang juga baru buka tak sampai sebulan. Tiba-tiba sahaja bos whatsapp (bukan call tau), bagitahu yang klinik ni tutup serta-merta STAT. No explanation, nothing.
Next, gaji bulan November dibayar secara berperingkat, mula-mula RM4k, then RM2k dan bakinya pada 8hb.
KWSP hanya carum beberapa bulan sahaja sepanjang tahun 2020. Potongan cukai bulanan pun tak diremit. Kami boleh access sales report klinik masing-masing dan sales memang okay sangat.
So, tiada sebab untuk bayar gaji lambat dan potongan yang sepatutnya tidak dibuat. Clinic assistant lagi terkesan. Dah la gaji RM1400++ saja, tu pun bayar full by 14hb.
Begitu pun, masih lagi boss plan nak tambah cawangan baru, termasuklah Klinik Pakar Wanita dan Klinik Pakar Kanak-kanak.
Caj kepada patient dah lah mahal – konsultasi, ubatan dan prosedur. Kos ultrasound saja dah nak sama harga hospital swasta. Lagi cakap takde untung ke.
Disebabkan tak nak sign kontrak baru yang ridiculously ridiculous, aku pun resign. Ramai juga lah doktor-doktor lain yang resign time tu.
Aku ambil appointment KWSP untuk laporkan aduan tentang majikan tidak membuat caruman. Tetapi, KWSP hanya ambil maklum sahaja dan tak ambil apa-apa tindakan. Hats off to LHDN officer.
Disebabkan nak buat e-Filing dan ada lebihan bayaran, aku pun fail aduan tentang majikan tak remit PCB.
Pegawai LHDN memang pantas dan terbaik. Siap call aku inform progress case lagi. Dalam 1 bulan, LHDN berjaya “kejar dan paksa” bos remitkan PCB aku.
Kenapa aku musykil dengan financial status boss aku ni. Sebab dia memiliki nearly 30 branches (by his own). He received awards year by year. Siap ada medispa, ada electrical service, printing service and pharmaceutical.
He bought an Audi for his mother as a birthday gift in August last year.
Not to mention the Range Rover in June and the McLaren – within the same year. Mesti korang tertanya-tanya dari mana aku tau. Aku tak upah spy pun pergi ikut dia. Aku stalk dekat Facebook saja.
Kalau boleh sangat nak menunjuk-nunjuk income tu, so do your part as an employer to pay what you should pay. Aku tak dengki pun. Lantak kau lah kan. Tapi, bayar lah hak orang dulu.
To my ex-boss, you can’t get away in this world and HereAfter. Kami memang akan tuntut hak kami legally di mahkamah dan juga di padang mahsyar.
If you’re still practising this, please lah bertaubat – termasuk juga sebab menzalimi kakitangan you. Kalau kamu rasa Allah bagi kekayaan di samping kamu masih berbuat dosa, ketahuilah itu hanyalah Istidraj.
Sayang sekali dengan prestasi klinik yang cukup baik, well established, tetapi asasnya begitu buruk sekali.
Truth to say, I enjoyed working in your clinic in terms of the experience that I gain from the patients. But, thinking of the new agreement terms and how you abandon our rights, I choose to protect my mental health.
I know there are a few MOs fighting against him legally. May Allah ease your journey.
To my colleagues who are still working because you have to (I understand everyone has their own obstacles), please stay strong till the end. I pray that you will meet a good boss in the future.
To MOs who’re still searching for a job, please do a little research about your future boss. Read the contract thoroughly.
To current employers and future employers out there, you need to have empathy too towards your staffs. Jangan asyik suruh kakitangan saja ada empathy pada patients. But, you guys kerah keringat pekerja sampai kering, dengan layanan yang teruk lagi.
Sekian.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit