Aku Wanita Merokok

Assalamualaikum semua. Maaf kalau topik ni ramai yang tak suka. Semua orang ada dark side masing-masing kan, and ini dark side aku.

Dari kecik aku suka sangat dengan asap yang keluar dari mulut ni. Kalau tak salah aku, aku dah start berjinak-jinak dengan asap ni sejak umur aku dalam lingkungan 7 atau 8 tahun. Aku membesar di suasana kampung di mana petang-petang aku akan bermain di rumah jiran-jiran aku.

Kadang-kadang kami main api, bakar segala yang ada. Ranting, ranting kayu kecik aku bakar dan sedut asap tu macam rokok. Aku tak batuk tak apa.

Aku rasa best tengok asap keluar dari mulut. Dan sebenarnya asap dari ranting kayu tu bagi 1 flavor yang unik. Dalam takut-takut orang nampak, aku beranikan diri cuba benda tu.

Biasa kat kampung ni dah jadi budaya petang-petang cakar sampah kemudian bakar sampah-sampah. Aku kalau bab nak bakar-bakar ni aku cukup suka. Sebab boleh ambik kesempatan sedut asap sampah tu lepas tu lepas semula dari mulut.

Biasa kalau ahli keluarga aku nak bakar sampah, aku dah standby dekat ruang tu. Tapi kan, di rumah aku tiada seorang pun lelaki yang merokok. So aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka benda ni.

Rumah pusaka kami didiami 14 orang. Semua orang lelaki dalam rumah tu atuk aku, pakcik, ayah aku. Semuanya tidak merokok sama sekali.

Even sampai sekarang pun, baik sepupu sepapat lelaki mahupun abang-abang aku sendiri, memang takde tabiat merokok ni.

Senang kata orang lelaki dalam rumah aku langsung tak merokok termasuk keluarga mendatang lelaki jugak tidak merokok. Tapi aku satu-satunya perempuan yang merokok dalam rumah ni.

Dan aku menyimpan kemas rahsia aku ni sampai sekarang. Tapi style aku merokok ni pelik sikit. Aku bukan heavy smoker macam orang lain.

Kalau sebatang rokok tu, aku hisap sikit-sikit. Lepas tu bila-bila pulak aku hisap lagi. Aku pernah ada sekotak rokok dalam 14 batang tu, aku tak ingat berapa tahun baru habis rokok tu.

Sebab aku tak hisap setiap masa. Kalau aku rasa nak hisap, baru aku akan hisap itu pun 2 3 sedut ja. Lepas tu aku simpan semula baki rokok tu, bila-bila nak baru aku guna semula rokok lama tu.

Balik pada cerita zaman aku kat kampung tu. Aku ada jiran nelayan sorang. Pakcik tu selalu hisap rokok daun sambil repair pukat dia.

Kami selalu main area dia jala pukat tu, so kami kadang-kadang main dengan rokok daun dia tapi tak cucuh api la. Sebab dia akan letak tembakau dalam rokok daun, so dia akan cari daun yang lebar.

Daun kecik-kecik tu dia buang so kami ambil sorang satu pura-pura macam merokok jugak. Sekadar main-main letak-letak dalam mulut.

Tapi aku selalu bawak balik rokok yang kosong tu sebab lepas tu aku nak hisap betul-betul. Kalau line clear, aku akan hisap dalam tandas masa mandi.

Kalau tak aku simpan dulu, bila-bila line ok baru aku hisap. Rumah kami dulu bilik mandi dekat luar rumah yang ada telaga tu. So ruangan dia besar.

Mungkin orang tak perasan ada asap. Lagipun aku hisap jenis sedut sikit-sikit, so asap pun lepas sikit-sikit. Kadang aku lepas dalam telaga.

Nak dijadikan cerita lagi, dulu dekat kampung ada satu abang ni, masa kami tengah main dia suka la datang-datang kacau. Dia memang merokok dan satu hari dia kata tengok ni abang buat magic. Dia cucuh rokok dia, lepas tu asap keluar bulat-bulat.

Kami bila tengok tu terus teruja dan berlawan nak tangkap bulatan asap tu. Aku berulang kali suruh dia tunjuk macam mana dia buat, sebab aku pun nak buat jugak. Balik tu aku try guna kertas.

Oh ye, aku kadang gulung-gulung kertas ja buat macam rokok sampai sekarang pun. Sebab aku jarang beli rokok sebab aku just nak asap ja tak kisah dari sumber apa pun. So aku buat dengan kertas tak jadi. So aku fikir mungkin kena rokok betul-betul.

1 hari ayah kawan aku merokok, tapi dia hisap separuh ja lepas tu dia buang. Tak tahu kenapa, aku ambik rokok tu bawak balik. Lepas tu practice dengan rokok tu sampai aku berjaya buat asap bulat tu.

Lepas tu aku selalu kutip baki- baki rokok yang orang hisap tak habis dan aku hisap bila-bila aku nak. Bila kenang balik sekarang ni, aku rasa jijik dengan diri sendiri.

Actually masa zaman kanak-kanak aku tu, agak kerap jugak aku merokok sebenarnya. Asal ada peluang aku akan sedut seasap dua. Lepas tu one day tu, kawan aku dapat adik.

Satu hari aku pi rumah dia nak tengok baby tu. Masa tu aku tengok nenek dia hisap curut. Lepas tu dia tonyoh-tonyoh dekat gigi dia.

Masa bagi mandi adik baby tu, kami ni kerumun la tengok baby. Nenek tu bawak abu curut tu sapu dekat tali pusat baby. Katanya untuk elak baby kembung perut.

Tapi aku masa tengok kejadian tu, aku rasa orang perempuan merokok tak salah pun. Sebab ramai nenek-nenek tua kat kampung aku merokok. Tak de pun sapa-sapa marah depa. Tapi depa hisap curut la.

Tapi aku tak kisah curut ke rokok daun ke, aku just suka ada asap keluar dari mulut. Kadang kalau pergi kedai makan order air ais, aku akan kepam ais batu dalam mulut lepas tu lepaskan asap. Sampai sekarang pun aku suka buat macam tu.

Dulu-dulu iklan merokok dalam tv kan open, aku rasa stylish sangat bila tengok iklan tu. Dalam tu lelaki perempuan semua hisap rokok. Aku rasa macam benda tu tak salah tapi still aku rasa takut dengan family.

Aku masih ingat sampai sekarang. Ada sekali tu masa aku main dengan kawan-kawan, kami kononya berangan, kalau masuk syurga nak mintak apa.

Ye la masa mengaji kan ustaz cakap dekat syurga mintak apa pun dapat. Aku dengan lantangnya terus cakap aku akan mintak semua jenis rokok dalam dunia ni. Punya obses sampai aku nak tahu setiap brand tu rasa apa.

Sampai umur aku menganjak 11 tahun, aku dah berani beli rokok sendiri. Zaman tu ada jual rokok batang, 30 sen ja. Dulu dekat kampung ada 2 kedai runcit. Satu tu dekat dengan rumah, tapi dia tak jual rokok. Yang satu tu jauh sikit tapi dia jual rokok.

Kalau mak ke nenek kirim barang apa-apa aku akan pergi yang jauh tu walaupun depa pesan pergi yang dekat, tapi aku akan kata aku nak pi kedai tu jugak.

Sambil beli barang dapur, aku beli sekali rokok batang. Orang kedai memang tak akan sangka aku yang hisap. Mesti depa fikir sapa-sapa kirim.

Tapi bukan semua brand dia jual sebatang. Ada yang kena beli kotak. So aku sanggup kumpul duit beli rokok sekotak yang ada 7 batang kalau tak salah, semata-semata nak tahu apa rasa dia.

And aku suka g*dang g*ram yang full brown warna dia. Aku rasa tembakau dia sedap, berbeza dengan rokok lain. Zaman dulu, semua rokok yang ada kat kedai aku dah pernah try. Tak de brand yang aku rasa aku tak pernah try.

Dan actually aku sangat suka rokok putih berbanding rokok yang penapis dia warna kuning tu. Dulu favourite brand aku s*leem, m*ld 7. Lepas tu g*dang g*ram full brown. Sekarang aku tak nampak dah rokok tu kat kedai.

Macam biasa, aku akan merokok bila line clear, dan lepas tu cepat-cepat kunyah daun jambu batu supaya hilang bau, ataupun makan chew gum.

Dulu pernah jugak kami beramai-ramai kawan main hisap rokok betul-betul guna rokok daun pak saat. Tapi masa tu ada ja nenek aku, nenek kawan-kawan aku. Depa tak marah atau tegur pun.

Mungkin depa fikir kami main-main macam tu ja kot tapi sebenarnya orang tak tahu aku dah sebati dengan activity ni.

Naik form 1, aku dapat kawan baru nama Azu. Dia sebenarnya tua aku setahun. Dia sebenarnya sepupu kepada kawan aku yang aku kata dapat adik baby tu.

Dia tu orang Johor, dia pindah sini katanya mak ayah cerai, so mak dia hantar dia kat sini stay dengan nenek sementara waktu. Dan dia ni sangat liar.

Selalu aku tengok kena pukul dengan nenek dia sebab dia curi duit. Dan dia sangat open bercakap perkara lucah walaupun di depan orang-orang tua kampung. Dia langsung tak rasa malu atau takut walaupun orang tegur tak boleh cakap macam tu.

Dia pun jenis kuat memberontak, kaki pukul, kaki menjawab dan characters dia macam budak-budak jahat la.

Tapi aku boleh ja kawan dengan dia walaupun budak-budak kampung lain termasuk sepupu dia sendiri tak suka sangat kawan dengan dia. Tapi dia baik dengan aku, dan aku pun baik dengan dia.

Aku form 1, dia form 2. Kami sekolah yang sama. Masa tu dia ramai boyfriend sebab orangnya sangat cantik walaupun dia liar.

Tapi aku takut nak boyfriend2 ni sebab rumah kami dilarang budaya masa tu ketika study. Dan setiap malam ada ja boyfriend dia datang belakang rumah dia senyap-senyap bercakap dengan dia.

Satu hari dia tanya aku direct, aku merokok ke. Aku terkejut sangat. Aku tanya macam mana tau, ye la aku kan makan macam-macam untuk hilangkan bau. Tapi dia kata dia tau la walau apa pun aku buat untuk hilangkan bau tu.

Dia kata kadang baju aku ada lekat asap rokok. Lagipun boyfriend dia semua merokok dan dia pun kadang-kadang merokok jugak kalau jumpa boyfriend dia. So dia dah familiar dengan bau tu.

Aku dah cuak masa tu, ye la aku takut family aku tahu. Makcik-makcik aku boleh tahan garang. Tapi dia kata tak payah takut la.

Dia tak akan cakap kat sapa-sapa. Dia tak kisah pun pasal tu. Tapi yang bestnya, lepas dia tau aku merokok, dia selalu supply rokok kat aku.

Kadang dia curi pakcik dia punya, kadang dia pow boyfriend dia. Aku tak pernah dah beli rokok sejak aku kawan dengan dia sebab aku selalu dapat free. Bila ada brand yang aku tak pernah try, aku akan bagitau dia supaya dia bagitau boyfriend dia untuk beli brand tu.

Sebab tu la aku dah pernah try semua brand rokok yang ada dalam pasaran masa tu. Tapi dia macam kurang minat dengan rokok ni. Tapi kerap la rokok pakcik dia kena sapu sebab dia tak suka pakcik dia.

Tapi dalam 2 tahun ja la aku kawan dengan dia, sebab lepas tu dia dah pindah ke Johor. Aku dah hilang kawan baik aku. Aku pun dah tak beli rokok dah sebab stock dia tinggalkan pun banyak.

Aku pun dah mula slow sangat-sangat bila nak dekat-dekat spm. Aku focus study. Tapi masuk u, aku bawak ja rokok yang berbaki 2 3 kotak lagi.

Aku sebenarnya plan lepas habis rokok-rokok tu semua aku tak nak terjebak lagi. Tapi aku jarang jugak hisap kat u. Macam biasa bila ada apa-apa trigger aku untuk hisap contoh tengok member laki hisap baru aku rasa nak hisap jugak.

Tapi still aku hisap 2 3 sedut. Lepas tu rokok tu simpan bertahun balik.

Satu hari roommate aku dapat tahu sebab dia terjumpa rokok dalam almari baju aku. Dia marah kat aku. Bebel macam-macam.

Tapi lepas tu, asal dia stress dengan boyfriend dia, dia pun mintak rokok nak hisap. Sampai ada kawan-kawan dia pun mintak. So stock rokok aku berkurang dengan cepat dah lepas tu.

Aku happy la bila banyak berkurang. Sebab nak buang rasa sayang. Nak bagi orang rasa macam aku merosakkan orang pulak.

Aku sebenarnya tak pernah cerita kat sapa-sapa pun hal ni termasuk kawan baik aku. Aku jaga baik-baik supaya tak de orang tahu. Dengan budak-budak u tu, kami masing-masing pegang rahsia. Takde siapa yang tahu jugak.

Aku rasa perkara ni sangat memalukan sebenarnya dan masyarakat tak boleh terima perempuan merokok. Habis study, masuk zaman kerja, aku ada ramai kawan chinese, and depa merokok. Yang bestnya family dia orang sporting.

Kawan aku sorang nama Mei Ling, aku tanya macam mana dia boleh rokok. Dia kata dia tengok bapak dia hisap, one day dia pun ambik hisap depan bapak dia ja. Tapi family dia tak cakap apa.

Sampai sekarang dia smoke tapi tak selalu. Ok la aku faham budaya tak sama. Cuma apa yang aku risau sekarang ni, bukan risau actually, tapi aku rasa macam aku tak layak atas segala kebaikan yang aku dapat sekarang.

Sebab aku sebenarnya disegani oleh orang kampung. Family bangga dengan aku. Masa zaman tu, aku paling berjaya dalam kampung tu.

Selalu orang jadikan aku contoh even sampai sekarang. Aku ada career, aku berjaya dalam semua benda. Aku seorang perempuan bertudung, sopan dan orang selesa dan sayang dengan aku terutamanya orang-orang tua.

Orang kampung selalu datang mintak tolong aku untuk bantu apa-apa. Sampai abang aku selalu perli, rakyat jelata datang nak jumpa.

Orang sangat respect dengan aku, tapi aku rasa tak layak dengan semua tu sebab baru-baru ni ada kejadian berlaku dalam kampung tu dan aku rasa aku tak layak untuk terima penghargaan tu.

Dan aku terfikir macam mana kalau 1 hari orang tahu aib aku. Bukan kata family, tapi orang kampung, kawan-kawan mesti semuanya kecewa dengan aku. Sebab aku sangat baik di mata mereka.

Aku tak mampu bayangkan segala kebarangkalian yang akan berlaku. Bila makin tua ni, oh ye aku dah 35 tahun sebenarnya. Aku pun belum berkahwin sebab aku sebenarnya tak dapat buang habit aku dan asap ni.

Aku risau macam mana kalau aku tak mampu stop feeling aku untuk merokok. Aku risau perkara tu akan effect rumahtangga aku. Semua ni menyebabkan aku takut untuk berkahwin.

Kalau nak cakap jujur, kalau merokok ni tak haram, aku rasa aku mesti teruskan ja. Sebab aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku bila ada rasa asap tu dalam mulut. Cuma aku tak de la sampai nak beli vape semua aku tak pernah buat.

Aku seorang yang sangat menjaga maruah dan harga diri diri aku sebenarnya. 2 minggu lepas last rokok yang hisap stock 2017. So sekarang aku dah tak de apa-apa rokok dah.

Aku ingat aku akan ok. Rupanya aku salah. Lately ni aku dah kerap fikir pasal rokok sebab beban kerja dan stress aku makin bertambah.

Aku dah mula teringat asap tu. Aku dah cuba makan gula-gula dan sebagainya. Tapi tak berkesan.

Setiap kali pi 7 E, mata aku mesti pandang rokok dan meronta-ronta untuk beli. Tapi aku lawan perasaan tu. Last-last untuk hilangkan rasa tu, kertas a4 jadi mangsa hembusan asap dari mulut ke.

Lepas aku buat tu terus aku rasa ok, rasa lega. Aku dah kemaruk dengan asap sampai aku terfikir aku dah masuk kategori ketagihan ke.

Aku mula rasa stress fikirkan hal tu. Aku pun tak tahu macam mana nak buat dah. Aku rasa aku dah macam tak normal.

Aku boleh ja continue hisap dari kertas, tapi lama mana? Adakah ini satu penyakit yang perlu dirawat. Aku buntu setiap masa fikir hal ni.

Nak cerita dengan orang aku tak de kekuatan. Sebab macam aku kata tadi, aku menjaga nama baik aku. Kalau boleh nak jaga sampai bila-bila.

Ada ke apa-apa cara untuk stop dari bergantung pada benda bodoh ni. Aku hargai segala pandangan dan nasihat dari pembaca.

– Vexana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *