Aku Yang Asing

Assalamualaikum hi semua. Terima kasih admin kerana siarkan cerita saya.

Hi, nama saya Lisa (bukan nama Sebenar). Saya berusia 28 tahun. 

Saya ada banyak cerita nak diluah kerana saya bukan jenis orang yang meluah pada orang lain, bila terlalu banyak benda di dalam otak saya ni, saya jadi buntu dan rasa give up untuk hidup.

Saya dari kecil dibesarkan dengan keluarga yang sederhana, dan banyak masalah.

Saya dari kecil memang dah ada trauma childhood, dimana saya kena abuse dengan abang ipar saya sendiri.

Saya pendam tak bagitahu sesiapa sebab saya takde tempat untuk mengadu selain Allah.

Ayah saya meninggal ketika saya masih kecil umur 3 tahun, dan mak saya meninggal ketika saya berumur 13 tahun.

Jadi saya dibesarkan oleh kakak2 ( kakak dah kahwin) dan abang2.

Untuk pengetahuan semua, abang2 saya dua2 orang penagih dadah walaupun saya dibesarkan dengan mereka tapi saya rasa kosong.

Saya tak dapat kasih sayang, jujur saya cemburu melihat kawan2 saya yang masih ada mak dan ayah.

Saya juga pernah dihina oleh makcik saya sendiri macam anjing kurap saya dihina. Saya membesar dengan sendiri, hidup sendiri, kerja sambil sekolah.

Disebabkan saya membesar sendiri dari dulu, saya jadi seorang yang berdikari sekarang, saya belajar sehingga sijil sahaja sebab tak mampu untuk ambil diploma.

Saya memang minat untuk sambung belajar tapi saya takde duit so saya terus kerja.

Dipendekkan cerita, saya mampu beli motor sebijik dengan duit hasil kerja saya. Dipendekkan cerita lagi, di tempat kerja saya jumpa dengan suami saya sekarang dan kami berkahwin.

Alhamdulillah, saya dapat mak dan bapak mertua yang sangat baik, mereka menganggap saya macam anak sendiri saya rasa bahagia sangat sebab saya tak pernah merasa ada keluarga yang lengkap dari kecil saya hidup sendiri.

Alhamdulillah, suami saya juga baik tapi bahagia saya tak lama. Suami saya ni seorang yang malas berusaha, kerja pun malas, memang dia kerja tapi takde usaha nak cari duit lebih.

Kami memang sangat terkesan dengan ekonomi sekarang harga barang naik. Duduk di KL ni apa saja yang murah, semua mahal. Suami saya seorang ketagih p*rn, dan suka melanc*p sendiri.

Saya tak faham dengan suami saya, walaupun ada bini tapi tetap buat perangai macam tu, nafkah zahir batin saya tak pernah bagi.

Walaupun saya dah berkahwin saya tetap rasa macam hidup seorang, suami saya suka main game dan tengok handphone sahaja.

Dia memang dengan dunia dia sahaja, kalau saya ajak bersembang dia macam malas layan, dia iyakan saja apa saya cakap.

Jadi saya jadi malas untuk bercakap, walaupun kami serumah tapi kadang tak bercakap langsung walaupun kami tak bergaduh.

Saya makan hati dan rasa tawar hati dengan suami saya. Jadi, saya masih rasa sama seperti dulu hidup yang asing dan kosong.

Saya selalu berdoa untuk Allah makbulkan doa saya untuk berpisah dengan suami saya, bagi saya hidup seorang lagi tak membebankan fizikal dan mental saya.

Sekarang duit saya kena support husband saya kerana husband saya gaji kecil dari saya, makan semua saya tanggung dan dia takde usaha untuk mencari rezeki yang lebih. 

Tapi jika ini ujian dan dugaan dari Allah untuk saya dapat hapuskan dosa dosa saya, saya redha dan semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran dalam diri saya. 

Sebenarnya, panjang lagi cerita tentang saya dari kecil, dan cerita tentang suami saya. Tapi saya tak pandai mengarang ayat jadi kalau pembaca semua suka dengan cerita saya saya akan tulis lagi nanti.

Saya minta yang mana baca tulis saya ni doakan saya kuat, sabar dan bahagia yaa.

Terima kasih.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *