Aku Yang Banyak Berkorban, Tapi… II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-berkorban-tapi/).

Assalamualaikum.. saya Hana. Confessor yang sama confess di dalam post yang majoriti dikecam oleh readers tempoh hari.

Tapi tak apa. Tiada sedikit pun perasaan marah dan kecil hati sebab semuanya tak mengenali saya, keluarga & tunang. Jadi judgement dibuat hanya melalui penulisan saya.

Ramai yang berkata saya perlu memikirkan semula untuk berkahwin dengan tunang krn tunang mempunyai pendapatan yang kecil dari saya. Malahan majoriti komen meminta saya untuk selidik betul2 kenapa tunang menjadi duda.

Ada juga yang mendakwa saya sombong dan tiada hati perut. Saya hanya tersenyum membaca komen2 sedemikian. Tak apa. Post kali ni agak panjang supaya semua kata2 nista itu dapat saya jelaskan disini.

Sebelum mengenali tunang, saya pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki. Lelaki pertama saya kenalkan sebagai A. Saya mengenali A disaat saya baru saja mengenali alam pekerjaan.

A juga seorang duda anak 2. Pendapatan dia ketika itu sangat tinggi dan dia mewahkan saya dengan wang ringgit. Saya rapat dengan anak2 beliau. Malah mak A juga sangat sayangkan saya.

Memang nampak bahagia, kan? Hakikatnya jiwa saya sebenarnya menderita. A kerap naik tangan dengan saya & dia juga adalah seorang kaki perempuan.

Dia sangkakan saya ‘taat’ kepada dia hanya kerana kemewahan yang ditaburkan. 2 tahun bercinta, saya minta putus. Jiwa saya betul2 merana ketika itu.

Tak lama selepas putus dengan A, saya mengenali Z. Z adalah seorang lelaki yang panas baran tapi beliau sangat mencintai saya. Z sentiasa ada ketika saya memerlukan.

Tetapi pantang saya lambat balas mesej, pasti maki hamun yang saya akan dapat. Saya busy dengan kerja. Handset bukan selalu ditangan saya. Tuduhan perempuan sundal, s**l, b***h dah jadi makanan saya hari-hari. Namun Z tidak pernah naik tangan kepada saya.

Walaupun Z sangat mencintai saya, dia juga melayan student2 dia yang cantik2. Ada yang terkantoi dengan saya, dia dah check in dengan perempuan lain. Jadi, sekali lagi saya putus cinta.

Beberapa tahun selepas putus dengan Z, saya jadi single. Serik. Sehinggalah saya mengenali M.

M adalah lelaki yang saya kira jarang2 boleh dijumpai zaman sekarang. Tak ramai kawan. Suka duduk dirumah. Jujur… tetapi cinta kami tak direstui kerana parent M mahukan orang senegeri. Jadi, saya mengundurkan diri.

Sejak itu saya jadi semakin serik untuk bercinta. Sehinggalah pada masa yang sama, walid jatuh sakit. Memandangkan tiada adik beradik yang rela menjaga walid, saya memohon untuk balik bekerja di cawangan yang berhampiran dengan kampung saya.

Disebabkan saya mempunyai hubungan yang baik dengan pihak atasan, maka application saya diluluskan hanya dalam tempoh seminggu sahaja. Alhamdulillah …

Sekembalinya saya ke kampung, keadaan walid semakin pulih. Malah beliau sihat sehingga ke saat saya menaip confession ini. Alhamdulillah. Tetapi saya ada berkenalan dengan beberapa orang sejak pulang ke kampung dengan niat untuk mencari jodoh.

Tetapi apakan nasib saya, semuanya jenis tak senonoh dan mengambil kesempatan. Malah saya berjumpa ramai suami orang yang mengaku bujang.

Jangan terkejut kalau saya katakan suami2 orang itu semuanya bekerjaya hebat & mempunyai isteri yang cantik. Macam mana saya dapat tahu? Well, segala informasi di hujung jari sahaja.. tak susah nak selidik.

Saya tetap berpegang dengan prinsip saya. Saya tak mahu suami orang, tunang orang, boyfriend orang. Saya nak lelaki yang betul2 available. Bujang atau duda tak kisah. Asalkan bukan hak perempuan lain. Saya taknak jadi perampas hak orang.

Pernah rakan sepejabat bertanya “tak nak cari jodoh ke? Umur dah semakin lanjut”. Saya tersenyum dan berkata “Susah nak cari lelaki yang jujur sekarang”.

Disebabkan itu, rakan2 cuba kenen2kan saya dengan beberapa orang lelaki. Tapi ke semuanya tak kena. Sampailah kawan baik saya memperkenalkan tunang dengan saya.

Awalnya saya langsung tiada hati dengan tunang. Mengetahui dia adalah seorang duda membuatkan saya teringat dengan A. Jadi saya mula jadi Detective Conan. Selidik dia dari segala sudut.

Pencarian saya gagal menemui keburukan. Sehinggalah setahun lebih mengenali dia, dia mempertemukan saya dengan keluarganya yang jauhnya hanya bersebelahan dengan kampung saya.

Layanan dari keluarganya menambat hati saya. Sedang sibuk bergelak tawa, mereka akan terdiam apabila azan berkumandang. Baik lelaki atau perempuan, masing2 bingkas bangun untuk cop tempat untuk solat.

Anak2 yang masih berusia 7 tahun pun sibuk mengambil tempat untuk solat. Ya, saya sangat kagum! Keluarga saya sendiri pun tunggang langgang kalau bab solat.

Fast forward, perkenalan sudah masuk ke tahun ke-2. Saya makin rapat dengan keluarga tunang dan anak2 tunang. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dari pihak tunang.

Disitulah muncul kekuatan saya untuk memperkenalkan tunang dengan keluarga saya. Awalnya walid bersetuju dan excited dengan perkhabaran yang diterima tetapi dia berubah fikiran selepas berbincang dengan ibu.

Ibu menentang keras2 hubungan saya dengan tunang. Sepertimana yang pernah terjadi kepada kakak dan abang ipar ketika mereka belum berkahwin (kakak juga gaji tinggi dari abg ipar walaupun mereka 1 pejabat), begitulah situasi yang saya terima.

Cumanya kakak saya bertegas sehingga mereka berjaya melangsungkan perkahwinan dengan segera. Macam2 kata2 nista yang diberikan ibu kepada abang ipar pada ketika itu, kata2 yang sama diterima oleh tunang.

Namun tunang hanya berkata, “kita doakan yang baik2 semoga Allah bukakan hati ibu”.

Kalau pembaca nak tahu, ibu langsung tidak memandang wajah abang ipar sehinggalah anak kakak mencecah usia 5 tahun. Tetapi hubungan ibu dan abang ipar tetap dingin sehingga sekarang walaupun mereka sekarang sudah berjaya hasil daripada rezeki MLM yang abang ipar pernah join.

Dari MLM tu, mereka hidup mewah sekarang. Tetapi disebabkan bengkak hati dengan kata2 nista ibu, segala kemewahan itu kakak dan abang ipar tidak kongsikan kepada ibu walaupun sesen.

Begitu juga nasibnya dengan abang dan kakak ipar. Kakak ipar saya sering menyertai usrah di masjid berdekatan. Apabila saya memperkenalkan tunang dengan kakak ipar, rupa2nya mereka saling mengenali.

Kata kakak ipar, tunang ni memang baik orangnya. Seringkali dilihat di masjid dan hubungannya dengan orang2 kampung juga baik.

Dulu kakak ipar juga sering diumpat ibu. Kakak ipar tinggal serumah dengan ibu kerana abang tidak mampu untuk menyewa rumah lain.

Mereka berdua sering mempunyai masalah kewangan dan saya sering membantu mereka sekeluarga dengan rezeki yang diperoleh. Disebabkan masalah kewangan yang dihadapi, kakak dan abang jarang2 sekali membeli barangan dapur.

Jadi, perkara ini menjadi umpatan ibu. Sedangkan walid yang mengeluarkan duit untuk membeli barang2 dapur dan walid sendiri tak pernah merungut. Pedih telinga kakak ipar mendengar umpatan ibu.

Sehinggalah mereka mendapat rezeki terpijak. Kerajaan memberikan mereka rumah PPRT dengan sewa yang sangat murah. Tanpa berfikir panjang, kakak ipar dan abang terus keluar dari rumah ibu.

Tak lama lepas tu, adik bongsu saya memberi perkhabaran hendak berkahwin dengan calon pilihan hati. Katanya 1 pejabat.

Si bongsu bekerja kerajaan. Jadi ibu sangat suka apabila akan bermenantukan kerja kerajaan. Tetapi apabila si bongsu memberitahu calonnya adalah orang felda, sekali lagi ibu membantah. Jauhlah. Orang ulu lah. Orang kampunglah…

Tetapi disebabkan adik tetap bertegas, dia tetap berkahwin dengan calon pilihannya. Bayangkan ketika perkahwinan adik, ibu enggan mengambil gambar dengan pengantin.

Malah ketika majlis bertandang, ibu hanya berkurung di dalam rumah menunggu orang datang untuk salam keruk. Kedatangan keluarga mentua adik langsung tidak disambut ibu.

Sekarang adik sangat bahagia dengan isteri dan seorang anak perempuan yang comel. Rezeki adik juga bertambah apabila adik mampu membeli rumah PP1M.

Kerana kata2 ibu, adik ipar jarang menjenguk ke kampung. Dia lebih suka balik ke rumah mak ayah dia di felda. Kalau balik pun sekadar bermalam 2-3 malam sahaja. Ini kerana setiap kali adik ipar balik, ada saja yang tak kena dimata ibu.

Kini, giliran saya pula yang terkena dengan ibu. Saya tahu ibu mengharapkan saya berkahwin dengan lelaki yang kaya raya dan sekufu dengan saya. Ibu mana yang taknak yang terbaik untuk anak dia, tapi saya dah usaha macam2. Semuanya tak kena dimata saya.

Banyak kali saya buat solat hajat supaya Allah temukan saya dengan jodoh yang terbaik untuk saya. Malah selepas berkenalan dengan tunang, banyak kali juga saya buat solat istikharah.

Btw, sejak bertemu dengan tunang, saya semakin rajin mengerjakan solat. Jangan anggap saya solat kerana tunang pulak ya. Tapi hari2 tunang mengingatkan saya tentang kepentingan solat, jadi kesedaran itu timbul dengan sendirinya.

Tentang perceraian tunang dengan bekas isteri, saya memang dah dapat jawapan awal2 lagi sebelum bertunang. Well, perceraian berlaku bukan semata2 kerana kesilapan lelaki sahaja.

Ada saja perceraian berlaku kerana keegoan isteri, isteri derhaka / nusyuz dll. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Masih wujud lelaki yang baik di dalam dunia ni. Cuma tak dinafikan memang ramai lelaki durjana seperti yang saya pernah jumpa dulu2.

Ada komen yang mengatakan saya buta perut dan buta mata kerana cinta. Istilah buta perut sebenarnya adalah panggilan ipar duai sebelah walid kepada ibu. Ibu tak rapat dengan ipar duai dia.

Kadang2 saya kesian melihat ibu. Ibu tak belajar tinggi. Dunia dia hanya keluarga saya sahaja. Dia tak ada kawan. Sebab itu kadang2 saya pekakkan telinga dengan kata2 ibu. Hanya 1 benda yang boleh menggembirakan ibu iaitu belanja dia.

Belanjalah apa saja. Makan. Pakaian. Barang kosmetik. Tudung. Handbag. Yang murah pun takpe asalkan belanja. Itulah yang saya buat sehingga sekarang.

Jenis ibu, dia akan baik dengan orang andai orang buat baik dengan dia banyak kali. (Walaupun saya dah buat banyak kali tapi tetap gagal tambah hati ibu)

Contohnya adik ipar ada membelikan dia beberapa helai tudung bawal exclusive. Suka bukan main dia masa tu. Tapi masa tu ajelah. Bila berjumpa lain kali, dia masam muka balik.

Walaupun walid menuruti ibu sahaja, tapi setiap kali tunang datang menghantar makanan atau barang ke rumah, walid melayannya dengan baik. Walid memang pandai melayan orang. Ibu saja yang suka tunjuk muka masam kepada menantu2.

Setakat ini tiada lagi menantu2 yang betul2 rapat dengan ibu. Masing2 menjauhkan diri. Kadang2 saya cuba slow talk dengan ibu tentang hal ini tapi ibu menengking saya balik. Sudahlah dengan ipar duai tak berbaik. Dengan adik beradik dia sendiri pun sama.

Andai kata walid tiada 1 hari nanti, bagaimana dengan nasib ibu? Anak menantu semua menjauhkan diri. Kakak tinggal di KL, setahun sekali balik ke kampung. Walid sakit pun dia tak nak jenguk.

Abang tinggal dekat tetapi jauh hati dengan sikap ibu yang suka mengata orang sana sini. Si bongsu pun sama. Jarang balik kalau tiada keperluan. Hanya saya saja yang tinggal dengan ibu dan walid sekarang.

Saya sayangkan ibu dan saya taknak dia dibenci oleh orang. Bila dinasihat, ditengkingnya saya balik. Apa lagi yang boleh saya buat?

Selama ni saya yang banyak meneutralkan keadaan. Andai adik beradik saya nak marahkan ibu, saya cuba menenangkan mereka. Even ibu bising anak2 tak balik, saya yang explain elok2 kepada dia sehingga dia faham walaupun saya dimarahi. Ya, saya kerap dimarahi ibu tanpa sebab.

Kakak nak berkahwin, saya yang kena marah. Adik bongsu nak kawin, ibu tak bercakap dengan saya sampai 2minggu. Katanya saya selalu tak berpihak kepada dia.

Macam mana saya nak berpihak kepada ibu?

Isteri adik bongsu bekerja kerajaan, pandai masak, tak ramai kawan, tak suka keluar rumah, bercakap lembut, pandai menjahit, dah ada rumah sendiri yang disewakan, dah aset lain.. Hanya kerana dia orang felda, ibu menentang. Patut ke saya sokong ibu?

Tentang pengorbanan saya… memang tak dapat dilawan dengan pengorbanan ibu dan walid dalam membesarkan saya. Tapi, perlukah saya menjadi seteruk2 mangsa?

Walaupun ibu kerap mengata anak menantu tetapi tak seteruk apa yang saya terima. Dari sekecil2 benda sehinggalah perkara besar, ada saja benda tak kena tentang saya dimata ibu. Malah dijajanya pula kepada saudara mara.

Sebab itulah saudara mara mengatakan ibu buta perut. Aib anak yang satu ni dijaja merata2. Sedangkan anak yang satu inilah sering membutakan mata dan pekakkan telinga mendengar kata2 nista ibu hanya kerana dahagakan keharmonian dalam keluarga.

Hal duit, saya tak nak sentuh. Dah menjadi tanggungjawab saya untuk membalas jasa ibu dan walid. Malah ada ketikanya ibu merungut sakit lutut, saya urut lutut ibu sampai ibu terlelap.

Saya dan adik beradik pula memang bersatu tapi disebabkan masing2 menjauhkan diri dari ibu membuatkan kami jarang bertemu.

Saya rindukan zaman dulu2. Kami semua bertemu, berkumpul, bergelak tawa. Sekarang kami hanya video call sahaja untuk melepaskan rindu masing2 dan bergosip.

Saya bukan meminta dibalas jasa tapi sekurang2nya percayalah dengan pilihan anak2. Kakak bahagia dengan abang ipar dan 2 orang anak lelaki yang sekarang ni semua dah lepasan Universiti.

Abang pun sama. Bahagia dengan kakak ipar dengan seorang anak perempuan yang tahun ini bakal mengambil spm. Adik bongsu juga bahagia dengan adik ipar dan seorang anak perempuan yang baru berusia 3 tahun.

Lagipun tak hina seseorang andai membawa status duda / janda. Tak hina seseorang andai bergaji kecil. Yang penting dia mempunyai akhlak yang baik & sikap yang menyenangkan.

Memang sekarang duit itu penting tapi mungkin juga rezeki yang Allah swt berikan kepada saya adalah rezeki untuk orang2 sekeliling saya juga nanti.

Tentang soal nafkah selepas berkahwin nanti, memang saya dah berbincang dengan tunang seawal kami bertunang lagi dan kami berdua bersetuju dengan perbincangan yang dilakukan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan saya dan tunang serta pembaca2 sekalian. Aamiin.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *