Aku Yang Beria-ria, Adakah Ini Red Flags?

Hi semua, aku Kauthsar. Berumur 26 tahun dan baru menamatkan pelajaran di Universiti Awam.

Alhamdulillah sekarang aku dah tamat pengajian dalam bidang TESL dan kalau ikutkan sekarang aku nak ambil Diploma Pendidikan untuk jadi cikgu. (Doakan aku).

Aku tak tahu nak susun ayat macam mana. Tapi mudahnya begini aku dan A telah kenal lama semenjak tahun pertama pengajian lagi dan A pun ada beberapa kali jumpa mak aku untuk perkenalkan diri dia. Itu pun lepas disuruh oleh aku.

A orangnya baik, sopan santun, rajin menolong orang tuanya dan cara dia hargai aku membuatkan aku rasa dia seorang lelaki yang bagus dan tak mengambil kesempatan. A juga tak merokok. Dia tahu aku tak suka orang yang merokok.

Kisahnya begini. Umur aku sekarang dah lewat dan memandangkan ibu ayah aku dan mak ayah A pun belum pernah berjumpa. Walaupun kami dah berkawan lama tapi A tak pernah lagi bawak mak ayah dia jumpa ibu ayah aku.

Baru-baru ni aku dapat tahu mak ayah A akan ke luar kawasan dan kebetulan akan melalui kawasan rumah aku. Lepastu aku maklumkan boleh lah kalau mak ayah A nak singgah untuk berkenalan dengan ibu ayah aku.

Tapi malangnya A maklumkan yang mak ayah dia segan untuk bertemu dengan keluargaku. Dalam masa yang sama A pula berada di Selatan sedang bekerja di syarikat swasta.

Aku ada maklumkan kalau mak ayah A malu, A datanglah ke sini. A utarakan pada mak ayahnya untuk datang dan menemani mereka tetapi tidak dipersetujui untuk A datang dan naik bas ke sini semata-mata untuk teman mak ayah mereka.

Mak ayah A maklumkan yang mereka belum bersedia untuk berjumpa dan malu (Adakah sebab mereka takut kalau jumpa nanti akan bincang pasal kahwin?). Aku tak tahu lah adakah ini red flags?

Sebab mak ayah A ni macam tak beria nak jumpa aku adakah sebab mereka tak suka kan aku?

Untuk maklumkan A merupakan anak sulung dan mempunyai dan mempunyai 2 orang adik perempuan dan aku perhatikan mak ayah A banyak bergantung pada A.

So sekarang ni mak ayah A tak ready nak lepaskan anak dia untuk kahwin atau mak ayah A tak boleh nak terima aku?

Aku pernah sekali berjumpa mak ayah A sewaktu mak ayah A menghantar A di kolej. Mereka ok je time tu tapi tak tahu lah. Aku buntu.

Aku sayang A. Dia lelaki yang baik. Kalau ikutkan family dia mampu je kalau kami nak kahwin tapi tulah… sayang tak mencukupi,

Dan effort untuk ke arah perkahwinan tu aku nampak A bekerja keras tapi… dari segi penerimaan keluarga tu aku macam was-was.

Apa perlu aku buat? Aku nak kahwin tapi aku nak kahwin dengan lelaki yang aku sayang dan ‘kahwin” keluarganya yang boleh menerima aku dan kalau ikutkan background family aku dan A ni sama taraf je.

Tolong aku… apa perlu aku buat adakah aku perlu cut communication dengan A dan bersedia dengan apa yang bakal berlaku? atau just go with the flow sibukkan diri dengan apa-apa perkara yang aku nak buat.

– Kauthsar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *