Aku yang cuai – https://iiumc.com/forumv2/
Assalamualaikum..
Mohon admin dapat post confession saya ini. Im begging u. Saya ada sedikit masalah. Dan ingin meminta pendapat/pertolongan daripada warga iium confession. Saya baru 5 bulan bekerja di salah sebuah company swasta di bahagian pentadbiran. Tugas saya adalah menguruskan pinjaman pelajaran pelajar-pelajar di kolej tersebut. Urus dokumen perjanjian, penghantaran dokumen perjanjian dan termasuklah pembayaran tunggakan pinjaman. Pada hari Isnin minggu lepas seramai 10 orang pelajar membuat bayaran penangguhan pinjaman kepada saya dan saya perlu membayar duit tersebut kepada kaunter pinjaman berjumlah RM1500.
Pada hari Khamis yang lepas, saya ingin membuat bayaran tersebut di kaunter dan baru saya perasan duit tersebut tidak ada bersama-sama dengan saya. Saya jadi gelabah dan terus telefon opismate saya untuk tanya sama ada saya tertinggal duit tersebut di opis atau pun tak. Tapi malangnya duit tersebut tidak ada di opis. Saya jadi serabut sebab jumlah nya begitu banyak pada saya jika ianya tercicir. Puas saya mencari di dalam beg yang saya bawa bersama. Tapi still tak jumpa. Saya terus pulang semula ke opis. Sampai je dekat opis terus saya selongkar tempat saya cari duit tersebut. Tak jumpa. Saya cari dekat kawasan saya lalu. Tak jumpa. Saya mencari dekat kawasan parking kereta pun tak jumpa juga. Saya rasa nak nangis je time tu. Sebab duit tu hilang disebabkan kecuaian saya sendiri. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya masa tu. Saya rasa down sangat sebab dah hilangkan duit tersebut. Tiap-tiap hari saya fikir mcm mana nak kumpul balik duit tersebut dalam masa yang singkat. Sampai saya berniat untuk pinjam daripada along. Tapi saya takut jadi pape di kemudian hari.
Hari ini (Isnin 29/2) datang seorang pelajar yang membuat pembayaran tersebut untuk mengambil resit pembayaran. Tapi saya mengatakan saya belum lagi pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dan saya memaklumkan resit akan saya serahkan kemudian. Jadi saya nak tanya sahabat-sahabat sekalian. Dekat mana saya boleh buat pinjaman yang diluluskan dengan segera macam easy rhb tu. Sebab saya perlukan dengan segera duit itu untuk membuat pembayaran bagi pelajar-pelajar tersebut.Saya telah pun pergi ke easy rhb untuk mohon express loan. Tapi tidak diluluskan sebab caruman kwsp company saya tidak cantik. Disebabkan company saya buat bayaran kwsp secara 4 or 5 bulan sekali. Saya semak penyata pinjaman dan kali terakhir caruman kwsp dibuat adalah pada bulan OKT.. Jadi pinjaman tidak boleh dilakukan. Sekarang saya buntu.Dekat mana lagi saya boleh dapatkan wang sebanyak itu disebabkan saya langsung tiada simpanan.
Saya telah meminta pertolongan daripada beberapa kawan saya untuk pinjamkan wang. Tapi cuma RM500 sahaja yang berjaya saya pinjam. Saya juga nak jual handphone saya ni di kedai. Tapi kedai tak nak ambil disebabkan tiada harga. Handphone saya beli dulu pun handphone bajet je. Cukup syarat untuk wassap je.Sekarang ni saya tak tahu nak buat macam mana. Saya nak jual moto saya. Tapi kalau saya jual moto ni, saya nak pergi kerja naik ape. 40 minit perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja. Sesiapa tahu tempat saya boleh pinjam wang selain ahlong boleh maklumkan kepada saya. Saya amat-amatlah terdesak.
Dan saya juga ingin bertanya kalau-kalau ada sesiapa mahu pinjamkan wang kepada saya beserta dengan agreement dan interest sikit-sikit pun saya tak kisah. Saya sanggup. Sebab saya dah tak tahu nak buat apa. Huhu. Dan saya sanggup untuk jadikan moto saya sebagai cagaran cuma saya perlukan sekurang-kurangnya basikal untuk ke tempat kerja. Harap sahabat-sahabat semua dapat memberi saya pendapat atau cadangan yang bernas.
Terima kasih.
– Bro cuai