Salam, saja nak meluahkan perasaan kat sini since tak tau nak luah dekat mana.
Aku rasa aku manusia paling gagal dalam dunia ni. Hidup aku tak de arah tujuan. Aku pun tak tau apa yang aku nak.
Masa matriks, aku ambik course biologi, then dapat result yang ok. Tapi masa nak masuk ipt, tak de satu pun course yang aku apply sangkut. Aku dapat course engineering. Ok fine. Aku pun sambung degree in engineering di uia.
Kelas pun aku jarang2 sangat attend, and aku langsung tak ambik tau pasal belajar. Result sem 1 memang flop habis. Pointer aku 1.8 je. Tapi disebabkan takut family aku marah, so semester2 seterusnya aku study sikit2. So aku grad degree dengan pointer 3.3
Masa sem last, student lain sibuk cari kerja, aku pun sibbuk cari kerja jugak. And alhamdulillah, dapat beberapa interview. Tapi pada masa yang sama, ramai student lain sibuk nak sambung master, aku pun sibuk nak sambung master. Aku ni cepat terpengaruh aku rasa.
Aku rasa, better aku sambung master, sebab aku boleh buat part time bisnes sebab aku agak minat bisnes. Jadi aku pun sambung master by research. Tapi aku dapat rasa, family aku agak tak setuju masa tu sebab aku ni memang jenis manusia yang sangat tak suka belajar sebenarnya. Tapi alhamdulillah, aku cepat tangkap walaupun aku tak belajar sangat.
Sambil2 buat master tu, aku buat online bisnes. Memang masa aku banyak habis untuk bisnes je. Master entah ke mana. Duit elaun bulan2 yang aku dapat, aku enjoy. Aku rasa duit tu tak berkat, sebab aku langsung x buat master. Boleh katakan, selepas dua tahun master, progress research aku hanya 20%. Aku tipu supervisor aku macam2. Aku datang campus, buat bisnes. Balik kampus, buat bisnes.
Dan setelah sekian lama, baru aku tersedar. Aku decide untuk quit sebab perasaan bersalah dekat supervisor dan aku rasa bukan ni yang aku nak sebenarnya. Online bisnes aku flop. Mungkin sebab tak berkat.
Dan sekarang aku tengah cari kerja menggunakan degree aku. Dah berbulan2 aku mencari, tapi satu interview pun belum dapat. Umur aku dah 25, tahun depan 26. Tapi belum ada satu benda pun yang aku berjaya capai dalam hidup ni. Malu sebenarnya, masih menumpang parents dan masih belum mampu hulurkan duit untuk diorang. Sedangkan kakak2 aku dah berjaya, jawatan besar. Masing2 dah bekeluarga. Adik aku pun dah bekerja dengan jawatan yang besar, tapi aku tak de apa2 lagi.
Tengok fb, kawan2 satu batch dengan aku semua dah berjaya. Tapi aku, nothing. Hidup aku gagal. Belajar tak habis, kerja tak dapat. Nak jumpa semua orang malu. Nak kata result degree aku teruk, elok je result aku. Nak kata majikan taknak ambik perempuan as an engineer, ramai je kawan2 aku perempuan jadi engineer pangkat besar2. Tapi aku? Tak de apa2. Rasa tersisih. Rasa rendah diri sangat2 dengan family, dengan kawan2.
Macam mana aku nak bangkit dari belenggu masalah ni? Kalau korang ada apa2 nasihat, minta komen di bawah ye. Hobi aku sekarang baca confession and komen dekat iiumc ni, sebab aku nak cari nasihat2 yang boleh aku guna pakai untuk hidup aku. Aku pun nak hidup macam orang lain. Nak berjaya. Tapi aku tak tau macam mana.
– manusia gagal