Assalamualaikum. Aku saja nak confess kat sini. Mana tahu korang ada nasihat dan pendapat untuk aku. Cerita macam ni, sekarang aku tinggal dengan adik beradik aku je di rumah arwah mak aku. Aku sorang je perempuan. Yang lain semua laki dan belum berkahwin.
Mak aku dah takde. So hal2 rumah ni banyak aku yang kena handle even aku bukan anak sulung pun. Abg2 aku jenis tak ambik port. Suka buat hal sendiri. Senang cite suke lepas tangan kat aku je.
Mesti korang pelik asal aku tak sebut pasal ayah aku? Haaa ayah aku ada je lagi tapi dia tak stay serumah dengan kitorang. Dia stay rumah mak tiri aku. Kadang2 dia adelah jugak balik rumah jenguk kitorang. Tapi tu lah.
Kitorang semua dah besar 20an-30an. So ayah expect kitorang dah boleh berdikari, boleh survive hidup sendiri. Aku pulak memang pandai masak. So takde masalah nak makan ke apa. Semua dah bekerja.
Okay sebenarnya aku nak cerita yang aku agak kepenatan dan stress sebab rasa macam aku pikul 1 beban yang besar lepas mak aku meninggal. Bab dapur sah2 lah aku yang settlekan. Tapi bab kemas rumah semua pun aku yang handle.
Mana adik bradik lain? Padahal aku pun keje jugak. Aku pun ada life aku. Aku punya umur dah agak nak menjangkau ke stage andartu jugak lah kot. Haha. Sebab kawan2 sebaya aku majoriti dah kawin, beranak pinak dan aku masih di sini sendirian. Kah3.
Aku ingat lepas mak takde adik beradik aku berubah lah. Jadi rajin ke jadi seorang yang bertanggungjawab sikit ke. Ini tak. Memang bulat2 jatuh atas bahu aku. Ya aku tahu aku perempuan kena buat kerja dapur bagai. Tapi dorang pun boleh masak. Pandai masak. Takde langsung nak bagi kerjasama.
Aku penat2 kerja balik nak kena masak bagai. Semua sedap je order kan. Tolongnya tidak. Lagi2 bulan puasa. Semua orang nak demand. Berbuka nak makan sekian. Dinner nak makan sekian. Sahur nak makan sekian. Hahaha. Hoi ingat aku orang gaji ke??
Aku ingat lagi pernah 1 hari tu. Aku dah siap masak then aku kepenatan terus tertidur. Aku bangun2 ehhh makanan yang aku masak tadi dah habis weii. Aku yang masak ni tak merasa langsung kau tahu. Sedih hidup.
Bab pemalas ni 1 hal. Hal 1 lagi ‘selfish’. Kalau nak beli makanan untuk rumah tu memang berkira. 50 sen pun kau nk kira. Hahaha. Lepastu kalau beli makanan beli untuk diri sendiri je. Takde nak offer. Aku rasa dah macam stay rumah sewa. Bukan stay rumah family. Kedekut ya amat memasing dah macam orang luar.
Kadang2 beli barang dapur tu adalah jugak mintak share kan. Tapi bila tak cukup duit memang akulah yang kena guna duit aku. Yang lain semua buat tak tahu je. Padahal aku lah yang paling bergaji kecik dalam rumah ni. Abang2 aku gaji 2x ganda dari aku.
Okay ni last. Ada lagi 1 hal. Tapi hal ni semua berkaitan je. Dorang ‘tak menghargai’ aku. Aku dah penat masak banyak2. Boleh pulak nak complaint itu ini. Kau dahlah tak tolong, banyak bunyi pulak kan. Bersyukur jela aku dah masak tu. Dari aku ni memang tak pandai masak lagi naye masing2. Makanlah korang kat luar.
Kes ni bukan adik beradik aku je. Ayah aku pun join the club suke merungut. So aku yang masak ni jadi down, stress, depressed semua lah. Rasa nak lari rumah pun ada. Biar dorang survive sendiri.
Aku bukan taknak duduk luar tapi aku ni biaselah kan perempuan. Hati lembut. Kesian kat abang2 aku kalau asyik makan kat kedai je. Sebab zaman arwah mak aku hidup memang kitorang tak dididik selalu makan kat kedai.
Memang jenis jarang makan kat kedai dan jarang nak tapau2 makanan ni. So aku dah terbiasa masak kat rumah. Lagipun aku kesian kalau dorang sakit ape sume takde orang nak jaga. Maybe aku terlalu kesiankan orang sampai orang tak kesian kat aku kot.
So kesan dari apa yang aku tengah alami ni. Aku rasa sangat stress. Aku selalu menangis sorang2. Jadi rindu mak aku. Selalu persoalkan kenapa mak aku tinggalkan aku awal sangat. Aku kena buli. Pernah sampai tahap aku rasa biarlah Allah ambik nyawa aku cepat2. Biar padan muka dorang menggelupur bila aku takde. Aku rasa nak lari tapi tak sampai hati.
Aku penat kerja. Penat buat kerja rumah dan penat melayan kerenah family aku. Kadang2 dorang tu macam tak faham yang aku ni kerja n ada life aku. Waktu kerja aku agak panjang. 12jam. Kadang2 balik tengah malam tapi disuruh masak. Dah rasa mcm kena buli pulak. Hmm.
Aku bukan tak pernah mintak tolong. Pernah tapi takde yang nak tolong. Semua acah2 busy je. Kadang2 bende simple mcm nak panaskan makanan n buat air pun suruh aku. Ya ampun. Dorang cuti bolehlah masak ke apa. Sibuk tunggu yang aku yang bekerja ni balik untuk masak atau beli makanan untuk dorang. Serious stress.
Setakat ni jelah confession aku. Aku sedih dan down sebab dibuli oleh family sendiri. Dah nak raya ni lagi aku penat. Semua benda aku buat. Ayah aku just datang sekali sekale je rumah ni. Tu pun datang sorang untuk dinner. Aku memang tak rapat dengan bini dia.
So bab dapur takdenye bini dia nak amik tahu. Aku harap sesiapa yang baca kisah aku ni boleh lah bagi pendapat atau nasihat.
Sorry kalau penulisan aku agak memeningkan pembaca sebab aku memang takde bakat menulis. Hahaha. Mana tahu ada sesiapa yang pernah alami apa yang aku alami ni, boleh berkongsi pendapat.
Sekian. Assalamualaikum.
– Noor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit