Aku Yang Lemah atau Ujian Yang Berat? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-lemah-atau-ujian-yang-berat/).

Hai iium confession readers. Aku Honeydew. Coretan kali ini merupakan sambungn kisah Aku Yang Lemah atau Ujian Ini Yang Berat? Seperti yang aku katakan sebelum ini, sebolehnya aku tidak mahu ceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

Namun memandangkan ada segelintir pembaca yang agak kabur dengan penceritaan ini, mungkin aku boleh memberi sedikit sebanyak bayangan kasar apa yang terjadi sebenarnya kepada aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang agak panas baran.

Aku mempunyai dua abang, dan kedua duanya panas baran. Tersalah kata atau tindak tanduk, aku akan dipukul. Dari darjah empat hingga aku masuk universiti. Kerana terlalu kerap dipukul aku jadi agak trauma kalau nak buat silap.

Kesan pada mental aku jugak, aku jadi seorang yang agak pengecut dan takut nak mengaku silap. Kadang kadang aku menipu untuk menyelamatkan diri dari dipukul oleh abang abangku. Mak aku pula selalu membanding banding aku dengan adik beradik yang lain.

Mak aku sedikit strict dalam mendidik anak-anak perempuan lebih-lebih lagi aku perempuan sulong dalam keluarga. Sekiranya aku membuat salah, aku menjadi umpatan mak aku sendiri. Dia mengata aku di belakang ku.

Abang abang aku hanya mendengar, kadang kadang tambahkan minyak di bara api yang panas ada juga. Kerana terlalu kerap diperlakukan begini, aku tertekan. Aku serabut dengan penilaian orang sekeliling aku. Aku tak berguna sangatkah?

Aku juga mempunyai adik perempuan. Umur 20 an. Muda setahun dari aku. Dia pun agak panas baran juga dan boleh dikatakan menjadi batu api antara aku dan mak aku.

Dia boleh dikatakan anak emas mak sebab dia ada semua ciri ciri perempuan yang mak nak anak perempuan dia ada. Walhal aku tidak ada semua tu.

Pernah kawan aku datang rumah ajak aku keluar makan di kawasan rumah aku juga. Kawan aku siap naik atas rumah minta izin mak aku ajak aku keluar, adik aku mencebik muka dari jauh dan mengomel aku selalu keluar.

Terus mak aku muka lain macam tak nak bagi keizinan. Tapi hanya iyakan saja permintaan kawan aku. Banyak lagi kejadian macam ini tapi aku dah tak ingat.

Aku dilayan serupa anak tiri, adik beradik yang lain dilayan umpama raja tapi aku? Aku selalu dimarahi walaupun masalah kecil saja. Aku selalu salahkan diri sendiri kerana menyebabkan ibu bapa aku terasa terbeban ada anak macam aku.

Kesian mereka penat layan aku. Membazir air liur saja membebelkan aku sebab aku anak tak berguna untuk mereka. Kenapa aku harus wujud dalam dunia ini kalau hanya untuk menyusahkan orang? Mak selalu juga cakap, baik aku tiada daripada ada. Hanya menyusahkan orang saja.

Orang cakap aku terlalu fikir orang cakap. Aku akui aku banyak kelemahan. Mungkin salah aku terlalu fikir apa orang cakap pasal aku. Andai aku ada kekuatan untuk tidak pedulikan apa orang cakap, sudah pasti aku tidak sakit seperti sekarang. Aku pun tak nak semua benda ini jadi dekat aku.

Siapa saja yang mahu ibu bapa dan adik beradik sendiri pulau dan layan seperti kita anak dan adik tiri?

Aku tiada kekuatan untuk berdiri seorang diri hadap semua ujian ini melainkan hanya mampu menangis. Mungkin itulah sebab Allah uji apa yang aku lemah dengan asbab untuk menguatkan aku di depan hari.

Aku sayang keluarga aku. Walau apa pun yang terjadi, mereka tetap keluarga aku. Aku hanya mampu menganggap semua yang terjadi ini merupakan takdir yang tertulis dalam helaian kamus hidup aku. Mungkin untuk lebih menguatkan diri ini.

Allah knows better. Kekurangan aku banyak, terlalu banyak. Mungkin dari situ Allah jentik sedikit ujian untuk menguji kelemahan aku.

Aku amat berterima kepada psycologist psycologist di media sos**l yang sudi dan tidak pernah jemu berkongsi tentang ilmu ilmu kesihatan mental. Sedikit sebanyak membantu aku untuk bangkit kembali dari minda dan jiwa yang dulu. Jiwa yang kosong dan suram.

Sungguh, aku rindukan keceriaan yang pernah aku rasai sewaktu ketika dahulu. Terlalu rindu. Jiwa yang sentiasa ceria dan positif. Aku pernah saja pergi kaunseling di tempat pengajian aku tapi aku malu untuk berkongsi kisah hidup aku. End up aku masih begini juga.

Kalau boleh aku tak nak orang tahu pun apa yang aku rasa. Kalau aku cerita pun, adakah mereka akan faham apa yang aku rasakan selama ini? Jadi aku mengambil keputusan, biarlah aku bangkit dengan cara aku sendiri walaupun memakan masa yang lama.

Seperti yang aku coretkan pada bingkisan yang lalu, aku ada nyatakan soal aku ketapkan gigi (ketapkan gigi merupakan salah satu cara aku paksa otak aku berfikir seperti orang sekeliling aku nak) buat masa yang lama supaya minda aku fokus kepada pemikiran yang baru.

Proses ini memakan masa juga untuk train minda aku ikut apa yang aku nak. Kesannya, ketika aku ‘bukan diri aku’, memang aku tidak ingat langsung personaliti aku yang neutral.

Tapi bila diri aku yang neutral datang, aku lupa apa yang ‘personaliti palsu’ aku buat (apa yang dia cakap atau aktiviti harian yang dia buat) dan cara pemikirannya. Aku dapat rasakan tingkah laku ‘bukan diri aku’ dan ‘aku yang neutral’ sangat berbeza.

Sikap ‘bukan diri aku’ lebih agresif, kasar dari segi percakapan dan agak heartless manakala ‘aku yang neutral’ iaitu sifat semula jadi aku lebih bersahaja, agak sopan sedikit bila bercakap dan sensitif jugaklah.

Boleh dikatakan bila personaliti neutral aku datang, aku jadi lupa perangai kawan kawan aku di universiti. Aku ingat nama sahaja, tapi aku lupa perangai dia.

Tapi kalau aku jumpa orang yang spread hate pasal aku, aku tak boleh lupa perasaan disakiti tu macam mana. Tapi perangai dia aku lupa. Aku tak ingat langsung. Banyak benda yang aku tak ingat bila aku kembali neutral.

Kadang-kadang aku rasa bersyukur jugak kalau ‘personaliti palsu’ aku datang bila aku mula rasa sedih (ini sewaktu personaliti neutral aku datang mengimbau kenangan pahit atau teringat kawan kawan yang toxic di uni) autom4tik rasa sedih tu tiada.

Kadang-kadang ‘personaliti palsu’ membantu aku untuk heartless dengan persekitaran tapi ada masanya juga memberi kemudharatan kepada aku terutamanya pada ingatan, tahap kesihatan mental dan tindak tanduk aku.

Kadang-kadang aku boleh jadi seorang yang agresif dan terlalu emosi dengan orang sekeliling tapi bila datang saja personaliti semula jadi aku, aku terus lupa kenapa aku terlalu marah dengan hal tersebut padahal benda tak sepatutnya emosi begitu sekali pun. Dan banyak lagi perbezaannya tapi ini saja yang boleh aku kongsikan.

Kerap kali juga terlintas di fikiran suicide adalah jalan yang terbaik untuk aku akhiri bebanan yang tak tertanggung selama ini. Kalau hidup pun dibenci dan dihina. Buat apa untuk terus hidup?

Tapi Alhamdulillah, aku berterima kasih juga pada pihak kerajaan sebab semenjak Perintah Kawalan Pergerakan, aku mula dalam proses menyembuhkan mental aku secara perlahan lahan.

Aku lebih spend kan masa aku untuk melakukan aktiviti aktiviti yang aku suka buat dulu. Dari situ aku mula jadi lebih tenang dan tidak tertekan. Berbeza bila ‘personaliti palsu’ aku datang menjengah di fikiran, aku jadi mudah serabut dan sakit kepala.

Masalah mental inilah yang membelengu aku sejak tingkatan empat hingga ke final year degree aku, yang pada asalnya bermula dengan rasa down dan useless dan berakhir dengan ada dua personaliti dalam satu jasad.

Nasihat aku buat pembaca di luar sana, jangan sedap bercakap dan mengata pasal kehidupan orang lain kalau kita tidak tahu hujung pangkal cerita.

Boleh jadi tindak tanduknya itu dipengaruhi oleh dalamannya yang bermasalah. Kerapkan bertanya dan mendekati orang sekeliling anda sekiranya anda nampak diri mereka bermasalah instead of menghukum mereka.

Ketahuilah, ia tidak membantu mereka untuk perbaiki tindak tanduk mereka sekiranya anda hanya bercakap cakap di belakang tetapi makin membebankan mereka dengan judgement anda.

Perbanyakkan mendengar dan memahami perasaan dan luahan orang lain, jangan terus cakap ‘aku pun pernah rasa macam kau dulu’ or etc. Percayalah, itu tidak membantu si confessor sama sekali.

Terima kasih sudi membaca luahan aku sampai ke akhir ayat. Aku hargai sangat sangat. Doakan aku bebas dari belenggu minda aku sendiri. Aku dah penat. Bukan sebentar aku menanggung tapi sudah bertahun tahun.

Mungkin aku perlu cari environment dan circle yang lebih baik untuk aku selepas ini. Senang untuk aku menenangkan dan menyemai kembali jiwa aku yang sudah lama gersang tanpa kehadiran benih benih kebahagiaan yang aku sendiri ciptakan.

Sincerely,

– Honeydew (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *