Assalamualaikum and Hi guys
Hope admin approve cite aku. Thanks in advance.
Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada 2 org anak yg kiut hehe. Aku jugak adalah student lapuk kihkih.
Saje nak share kisah aku kat sini mana la tau boleh jadi pengajaran kat sape-sape yang baca.
Macam tajuk kat atas, aku memang ada 3 penyakit tapi aku tak tau la kronik ke tak sebab aku tak pernah buat rawatan lanjut. So, aku senaraikan penyakit2 aku ye..eh mcm list beli barang plak haha.
1. Semput
2. Scoliosis
3. Thalasemia Carrier
Yang no. 1 tu memang ada sejak aku kecik lagi. Masa sekolah menengah, aku langsung tak kena, alhamdulillah. Tapi sekarang kena balik cuma sekali sekala.
Yang no. 2 tu aku tau masa ayah aku kena jangkitan TB, so satu rumah kena buat chest x-ray. So dari situ tau tulang belakang aku bengkok. Sakit ni paling buat aku sedih huhu.
Yang no. 3 plak tau masa mengandung anak pertama. Patutlah makan apa pon HB darah aku tak naik2. Alhamdulillah cuma carrier, so risiko kena kat anak kurang. Tapi masa mengandung anak kedua sampai masuk 1 pain darah, lepas beranak pitam sekejap. Aku redha, tq pada yg menderma darah tu ye hihi.
Apa perasaan aku? Frust menonggeng beb. 3 penyakit sekaligus tu. Tapi tu dulu. Sedih mmg sedih tapi aku dah redha sekarang. Aku terima, ni lah ujian untuk aku. Syukran Ya Allah.
Ada satu drama masa aku mula2 tau aku menghidap scoliosis. Aku sedih, kecewa, sume perasaan ada. Aku tanya Allah, why me? why? whyyyy??? haa gitula lebih kurang. Aku rasa aku ni cacat. Aku rasa aku tak layak kawin. Aku cakap kat boifren aku, tolonglah tinggalkan syg, syg tak layak utk abg, syg tak normal, syg cacat.. laju je airmata aku turun time tu. Sedih sgt aku tak boleh jadi yg sempurna utk dia. Bila aku ckp aku ade penyakit ni, dia tak kisah pon, still nak jgak kat aku. Alhamdulillah kawin jugak kami. Terima kasih ya Allah, nikmatmu jauhhhh lebih banyak berbanding ujian yg kau berikan.
So, aku nak bagitau pada yang rasa rendah diri sebab gemuk lah, gelap lah. Terimalah dirimu seadanya and try buat yg terbaik. Yang paling penting bersyukurlah atas setiap nikmat kurniaan Allah yang jauh lagi banyak dari apa yang korang concernkan sgt tu. Fighting..
Salam Ceria guys..jangan sedih2 ok..
– pengembara hidup
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit