Aku Yang Sedang Diuji

Hai. Aku Bunga Tulip. Sudah berkahwin mempunyai 2 orang anak, yang sulung lelaki 7 tahun, dan yang kedua perempuan 5 tahun. Rumah tangga aku alhamdulilah ada pasang surutnya.

Cuma nya, aku ingin meluahkan perasaan aku, perasaan yang tak dapat di gambarkan perihal anak sulung aku. Aku namakan Abang.

Abang di takdirkan tuhan sebagai anak autisme dan sekarang, Abang bersekolah di aliran PPKI.

Ada masa, aku selalu terpikir kenapa aku di takdirkan tuhan untuk di uji menjadi ibu kepada sorang anak autisme.

Abang ni di diagnos autisme masa umur dia 6 tahun, dia ada masalah speech delay Dan several development delay (SDD). Alhamdulilah juga, Abang bukanlah jenis yang tantrum.

Cuma dia ada 1 sikap yang buat aku hilang sabar. Abang suka kacau budak2. Suka baling batu dekat anak2 jiran.

Baru2 aku terpksa hentikan Abang dari transit. Sebab dapat aduan dari cikgu yang Abang ada gigit budak, pijak kepala budak. Aku ibu bekerja.

Lepas habis sesi persekolahan, aku akan hantar Abang dekat transit tadika tempat dia belajar dari umur 4 tahun sampai 6 tahun. Masa umur dia 4-6 tahun, memang tak ada issue Abang kacau kawan2.

Cikgu2 di tadika pun sedia maklum yang Abang special need, dan aku pikir kan tentu tak ada masalah untuk Abang transit selepas sesi persekolahan.

Tapi aku tak tahu di mana silapnya. Kenapa Abang tiba2 jadi macam ni. Kenapa tiba2 Abang boleh pukul budak, pijak kepala budak.

Abang tak pandai becerita, bila aku tanya cikgu apa punca, masing2 cakap tak tau dan tak perasan.

Aku putuskan untuk wasap personal parents budak dan minta maaf. Nasib baik parents tu paham dan tak nak panjangkn issue.

So untuk elak dari masalah ni making serius. Aku putuskan untuk stop hantar Abang ke situ

1 lagi sikap Abang yang aku bertambah stress. Abang tak nak potong rambut. Rambut dah panjang. Aku tak tau nak buat macam mana.

Sejak dia masuk umur 7 tahun ni.. Makin menguji kesabaran aku. Tak nak potong rambut. Tak nak makan ubat bila demam.

Baru2 ni Abang demam, ciri berit, muka bengkak sebab alergic. Tapi suruh makan ubat tak nak. Habis tu tak kan nak biarkann je? Apa yang perlu aku buat? Pening aku pikir.

Rambut dah panjang, tak kan aku nak biar je? Dah puas aku pujuk. Bawak kedai gunting rambut perempuan tak nak, kedai lelaki tak nak. Asyik2 cakap takut. Jadi apa perlu aku buat?

Macam mana patut aku buat?? Patut ke aku berhenti kerja? Jaga Abang sendiri di rumah? Sebab aku bimbang jugak nak hantar transit ke tempat lain.. Takut Abang stress..

Nak hantar ke pengasuh memang aku tak berani. Takut di apa2 kan.

Di sini aku perlukan pendapat. Apa yang patut aku buat?

Oh ye.. Suami aku okey. Kami memang tak ada masalah rumahtangga. Alhamdulilah.

Cuma aku perlukan pendapat dan pandangan supaya aku boleh membuat keputusan yang tepat demi anak aku Abang.

– Bunga Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *