Aku Yang Tak Pandai Urus Kewangan

Hello semua. Serba ringkas mengenai aku, umo mid 40, kerja kerajaan, bujang dan duduk dengan adik aku sefamily. Dorang yang duduk dengan aku sebab 90% expenses rumah aku yang cover.

Sebelum tu maafkan aku kalau penulisan ni campur omputih sana sini. Memang macamtulah gaya aku bercakap pun. Amaran: tulisan nak panjang dan tak menarik pun.

Aku tulis ni sekadar nak share perjalanan kewangan aku yang ke laut dalam dan boleh diambik iktibar oleh anak-anak muda zaman sekarang yang baru nak mula hidup. Jangan buat macam aku.

Latar belakang family, arwah mak aku dulu kerja kerajaan dan arwah ayah aku plak kerja agak hebat tapi sebab pilihan dia sendiri, dia quit kerja tu and akhirnya declare bankrup.

Adik beradik aku complicated sebab ayah aku kahwin lebih dari sekali. Kami tak susah mana tapi kami jugak bukan golongan kayangan walaupun pekerjaan asal ayah aku tu memang boleh sangat nak hidup gaya terpaling t20.

Alhamdulillah, cukup semua dan tuhan pelihara kami daripada berlebih-lebihan kan? Mak aku very strict bab duit tapi ayah aku total opposite. Kalau dia ada duit dia splurge, minta apa je dapat. Kalau takde duit, dia mintak mak aku. Kihkih.

Tu masalah rumahtangga dorang lah. Malas aku nak layan. Semoga roh keduanya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aamiin.

Kenapa aku cerita latarbelakang family ni? Sebab aku rasa punca aku jadi bongok nak urus kewangan ni adalah macam ada satu dendam dalam diri aku, masa kecik aku tak dapat bila dah besar n kerja aku nak semua benda yang aku boleh dapatkan. Padahal aku tak perlu pun benda tu.

Arwah ayah aku sejenis takda duit, so masa belajar kat u aku takdela mudah dapat duit. Dia bagi pinjam 10k dah kerja sila bayar ye. Masa study aku tak kerja sebab aku guna je duit ptptn dan duit ayah aku bagi tu. Kira memang sejenis berdikari jugaklah.

Mak aku meninggal masa aku umur 20 so aku takde la dapat pau dia masa belajar tapi dia kerja kerajaan, so ada bahagian pencen untuk aku sampai aku habis belajar.

Aku plak extend sem sebab selalu keluar masuk hospital. Aku ada penyakit kronik tapi alhamdulillah hidup lagi sampai sekarang.

Aku ni syukur sangat sebab sejak aku grad aku memang tak pernah rasa menganggur. Sentiasa ada je kerja sampailah dapat kerja sekarang ni. Aku tak banyak duit, takde sponsor mak bapak, tapi aku hidup je dengan apa yang ada.

Bukan jenis memilih, sesekali gila beli perfume sale kat hotel masa tu. Bila aku fikir2 balik, mana lah aku dapat duit masa tu. Rezeki tuhan nak bagi kan. Tak mampu kita manusia ni nak comprehend.

Tapi tulah, bila dah start kerja kerajaan dan mudah sangat nak dapat segala jenis loan aku lupa diri. Seronok pegang duit belas-belas ribu padahal gaji dalam 3k je masa tu.

Aku kerja luar kawasan jadi dapat elaun banyak, bila balik ke negeri sendiri, elaun banyak kena potong, mula la aku gatal tangan buat loan lagi. Tu la kerja aku, asyik ambik loan sampai lah recently. Gali lubang tutup lubang kan.

Masa ayah aku ada, ada gak aku pau dia. Maklumla aku sorang je dalam adik beradik yang tak kahwin and selalu attend dia. Memang bahagia hidup. Bila ayah aku meninggal, hmm buatla loan lagi. Haih.

Apa aku buat dengan duit tu? Aku membazir, shopping sana sini. Shoppaholic tahap kronik, pergi tido kat hotel saje2. Arwah ayah aku bising gak dulu suruh beli rumah.

Aku bising balik, I tak kahwin why I nak kena ada rumah. I takda anak. Kalau I kahwin takkan laki I syok je masuk cuci kaki. Banyak cantik muka dia.

So ayah aku pun malas layan aku. Masa tu aku memang tak fikir pun, aku seronok lagho dengan kehidupan aku. Kawan-kawan joli. Sponsor orang sana sini.

Ada satu budak belajar kat uni, aku kenal dia through blogspot, lelaki. Adik angkatla konon. Memang 2 tahun pertama dia belajar tu aku sponsor dia, makan minum, kelengkapan belajar, semualah dia mintak n perlu aku bagi.

Oh jangan salah faham, aku tak nak kahwin dengan dia pun, saja aku suka membazir. Lol. Aku seronok tengok dia senang sebab aku masa belajar dulu susah nak dapat apa aku nak.

Now dia dah selamat kahwin and tak contact aku dah. Tahun ke 3 dia belajar jumpa bini dia tu and kahwin bila masa tah. Tak jemput aku pun. Takpela janji dia bahagia.

Pastu aku memang suka belanja orang. Tah apa perangai pun taktau. Selain daripada suka beli benda bukan2 macam gadjet dan tudung, aku suka makan tempat best dan aku selalu ajak member and belanja.

Aku tak suka sangat mekap. Kalau suka lagi parah la kan. So memang personal loan tu aku guna untuk membazir.

Ada satu personal loan ni aku agak menyesal ambik. Yang tu menyesal sikit je yang ni menyesal banyak jugak. Sebab apa tau?

Ha camni cite dia, masa tu gaji aku patutnya dah takleh buat loan. Tapi aku gatal jugak nak buat and ada orang boleh buatkan tak masuk slip gaji. So auto debit la dari akaun bank.

Masa tu aku seronok nampak duit je. Ratus ribu jugak aku rasa loan tu sebab sekarang aku bayar dalam 1.6k sebulan, OPR tu asyik naik je. Hauk betul. Pastu loan dahla banyak, masa aku ambik loan tu, orang tu mintak komisyen RM15k.

Kau bayang, aku bank in gitu je 15k kat orang tu. Hmm yelah aku kan jujur je. Haha. Duit dapat kat tangan dalam 30k kot masa tu. Tak masuk 15k tu lah. Macam2 cara orang dapatkan duit kan.

Tu lah kisah 7 tahun lepas kot. So kira aku ni level master dah buat personal loan. Takyah hantar slip gaji kira. Aku sendiri boleh kira berapa aku layak. Haha.

Sampai satu tahap this year, slip gaji aku dah exceed 60%. Aku dah panic. Matilah aku kan. Pastu hutang credit card aku dah 11k. Selalu aku prompt payer. Sampai dapat hadiah nilai 10k la dari bank tu.

Sekali tahun ni calar rekod sebab aku tak mampu dah nak bayar 2k bulan tu. Aku deal email semualah. Aku bukan jenis lari hutang ye. Tapi dah deal pun aku takleh lg bayar n bank tu dah start deduct duit ikut suka dia je dari acc.

So bila aku dah bajet nak bayar benda 500, sekali tengok tinggal 100 sebab bank dah deduct untuk cc, aku mula laa frust. Nak marah tak leh la sebab memang hak dorang ye. Tapi aku ada sikit dendam la dengan bank tu so aku dah tak simpan duit situ dah n tak guna untuk transaction.

Bila jadi macam ni, aku tak pinjam orang ye. Sebab prinsip aku kalau nak pinjam kena mampu bayar and ada set date bila nak bayar.

Aku pun pergila AKPK lepas cuti raya tu. Orang AKPK ni baik yakmat ye. Sangat membantu dan tak judge kau langsung. Aku pergi dengan cuak tapi balik dengan happynya.

Dalam 3 weeks settle masalah credit card tu aku bayar kat AKPK dan ada hutang dalam slip gaji aku, aku boleh kurangkan. Walaupun RM200 tapi tu penting untuk percent dlm slip gaji tu.

Utk cc aku bayar less than 200 sebulan. Lega banyak otak aku. Tapi nanti dah ada duit, aku nak buat step up la. Tolonglah pergi AKPK kalau korang rasa takleh go dah, dorang ni memang paling best. Aku rekomen habis la.

Oh btw aku ada buat part time juga tapi malas la nak cakap kerja apa nanti orang tau kerja sebenar aku, haha. Part time ni bantu banyak tapi nama pun part time income tak stabil la jugak. Tapi better dari takda.

Aku happy je hidup walaupun kadang2 biol je pk takde duit. Sekarang aku nak kurangkan la beli benda tak perlu n slow2 control balik duit aku, jual apa yang tak nak. Tayah hutang yang tak perlu. No more personal loan.

Memang tak leh la sebab dah masuk AKPK kan. Haha eh aeon pun aku ada hutang. Grabpay pun ada shoppe pay pun ada sloan pun ada. Astaghfirullah… Mohon insaf wahai diri.

Doa aku satu je, semoga aku mati bila semua hutang aku dah selesai dan Allah ampunkan kejahilan dan kebodohan aku.

Aku cite panjang2 ni kenapa ye. Sebabnya adalah… Kalau adalah diluar sana yang rasa hidup korang takleh nak go on sebab takde duit n berhutang, don’t give up, setiap masalah ada jalan keluar.

Walaupn kau bodoh ke jahil ke Tuhan tetap sayang kau. Mintak je tolong kat dia. Jangan dwell too much on your problem. Solat dan sabar. Usaha. Malaysia ni banyak peluang cari rezeki. Jangan malas je.

Tahniahla sapa yang baca sampai habis. Anda memang rajin membaca, haha..

Dah pergi sambung buat kerja korang.. bye..

– Lady Gugu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *