Aku Yang Tidak Tahu Menghargai

Salam admin dan semua yang membaca. Namaku Saiful (bukan nama sebenar). Aku terdetik untuk luah isi hati aku disini supaya ada pengajaran yang boleh dipelajari oleh rakan rakan di luar sana.

Ini kisah aku dan teman wanita aku. Aku berusia 22 tahun, dah teman wanitaku 3 tahun lebih berusia berbanding aku.

Saat aku tulis semua isi hati aku ini, aku telah kehilangan kekasih hati yang bagiku begitu sempurna. Kekasih yang telah aku kecewakan untuk kesekian kalinya, entah berapa kali aku juga tidak tahu.

Dia wanita yang sangat baik, terima aku seadanya. Seribu kesilapan yang aku buat, 1001 kali dia maafkan. Kami berkenalan melalui platform sosial media.

Di awal perkenalan, terlalu banyak penipuan yang aku lakukan. Aku tidak jujur tentang keluargaku, tentang pekerjaanku, tentang apa pon.

Bahkan umur dan kereta jugak aku cerita yang sebaliknya. Pokok pangkalnya, perkenalan aku dibina atas penipuan. Sedangkan si dia, jujur mengenai segalanya.

Lama kelamaan, aku menjadi begitu selesa dengan cerita rekaanku, semakin lama berhubung, semakin banyak penipuan yang keluar dari mulutku.

Dia begitu naif sehingga tidak pernah mempertikai segala apa yang aku beritahu.

Sebelum aku lanjutkan cerita, biar aku ringkaskan serba sedikit mengenai si dia,

Dia seorang yang educated, mempunyai ijazah sarjana muda, muka agak cantik dan sedap mata memandang, comel orangnya, bekerjaya dan sangat berdikari orangnya.

Dari apa yang aku perhatikan, si dia sangat independent dan matang orangnya. Seorang yang ikhlas dan tidak memandang harta kekayaan.

Walaupun di awal perkenalan, aku kenalkan diriku sebagai pegawai kerajaan berpangkat atasan, mempunyi kereta Honda (sejujurnya aku berkerja biasa biasa saja, dan tiada kenderaan).

Setelah sekian lama berbohong, penipuan ku akhirnya dihidu oleh si dia.

Pada mulanya si dia sangat marah kerana terlalu kecewa dengan tindakanku.

Namun, kerana sayangkan aku, dia buka pintu hati dan ajak aku berkenalan semula dari awal. Malangnya, aku masih ambik kesempatan untuk berbohong.

Lagi sekali aku reka bermacam cerita untuk nampakkan aku ini seorang yang hebat, dan ideal untuk dirinya.

Aku masih berbohong mengenai keretaku, walhal setelah hampir setahun berkenalan, aku lebih banyak menumpang kereta dia.

Bilamana ada temujanji dengan dia, aku pasti berikan pelbagai alasan yang aku tak boleh bawak keretaku sendiri (rosak, belum service, itu ini). Kadang kadang aku pinjam kereta kawan.

Tapi dia langsung tiada syak wasangka. Si dia tidak pernah memintaku apa apa, bahkan seringgit pon tidak pernah. Kerana dia seorang yang berkerjaya.

Tapi, lama kelamaan, mungkin terlalu penat dengan sikapku yang tidak pernah berubah, si dia seakan berubah. Si dia semakin menjauh dariku.

Awalnya dia merupakan seorang yang caring, lama kelamaan menjadi seorang yang kuat merajuk, overthinking, dan selalu emosi.

Aku cuba bersikap jujur, namun mungkin terlalu lama berbohong, perbuatanku seolah olah menjadi habit dan perangaiku.

Aku kerap mungkir janji, aku selalu cancel janji temu, biarkan si dia menunggu walhal aku dirumah menonton tv. Aku janji mahu bawa dia bersiar sia.

Tapi aku tidak muncul muncul. Aku seolah olah tidak merasa bersalah dengan perbuatanku.

Aku ingin menulis semuanya, tapi aku malu dengan diri sendiri. Aku rasa terlalu kejam dan keji perbuatan ku.

Sayang, seandainya dirimu salah satu pembacaku. Aku mohon sekali lagi ruang dan waktu, agar aku bisa memperbaiki salah silapku.

Aku terlalu rindu. Aku terlalu menyayangimu. Aku benar merasai kehilanganmu.

– Saiful (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *