I’m Done

Assalamualaikum semua. Aku L, umur 31 tahun ini. Tak tahulah sempat ke tidak jengah usia bersara. Kalau tak sebab aku sedar banyak dosa, dah lama minta Tuhan tarik je nyawa aku. Tapi, tulah. Loser kan… duduk dunia pun menekan, duduk akhirat tak tahu apa jadi. Dasar. Heh.

Panjang tau. Saja nak meluah. Boring. Skip je kalau dah malas.

Masa aku menaip ni, aku tengah numb. Aku rasa, workplace depression episode aku dah relapsed. D@*n it. Aku dah hampir relapsed. Ke, dah relapsed? Entah. Pergi m****s.

Beberapa malam lepas, aku boleh mimpi aku tengah bekerja. Orang lain mimpi kahwin dengan anak raja, kena lamar dengan crush, atau mungkin mimpikan percutian indah yang lepas. Aku boleh pulak mimpi tengah buat kerja. Serupa je macam aku tak tidur. Baik aku buat je kan? At least, nyata.

Tapi, tulah. Kerja aku siap dah semua. Kalau bangun pun, nak buat apa? Nak solat tahajjud, kena lelap dulu. Aduh. Nak lelap tu yang payah. Bila lena, nak bangun punyalah berat.

Punca semua ni jadi sejak 3 tahun lepas. Company aku ni, buat reorganization. Masa tu, common hampir kebanyakan big players dalam hampir kesemua industri buat reorganization. Termasuklah company aku. And my nightmare started since then.

Dulu, tempat aku bekerja ni, ialah dream workplace aku. It’s a very healthy environment with very good leaders. Walaupun bayarannya sekitar 15-20% kurang berbanding competitors, ianya sebab company ni compensate dengan benefits & work-life balance yang sangat sangat baik. Hence, many people stayed despite the lower salary.

In fact, banyak je ex-pekerja competitors yang datang ke sini walaupun dengan gaji yang lebih rendah. Aku sendiri pun, terima tawaran tersebut dengan pengurangan 40% daripada gaji di syarikat lama. Just to give you a better picture of how good it was.

Datanglah reorganization. Dengan anasir-anasir asing yang pelbagai sikapnya.

Company ni ada beberapa cabang. Bangunan tempat aku bekerja ni, bahagian operasi. Minions lah kebanyakannya, senang cerita. Yang anasir-anasir ini datang dari bangunan HQ utama, kebanyakannya lebih tinggi dalam carta organisasi.

Masa itu, aku ditawarkan promotions. I was happy & berbesar hati. I accepted it. Aku sangka, semua pekerja syarikat ini punya budaya yang sama. I was wrong.

Mereka sangatlah toksik. Dan toksik itu dibawa menjangkiti tempat kerja idaman aku.

Dalam team ini sendiri, pembulian verbal yang disorok dengan ayat “it’s just a joke” berleluasa. Joke Abah kau kalau kau target 2 orang tu aja. Joke Nenek kau kalau disertai smirking merendahkan. Joke ***i mak kau kalau asyik mengulang benda sama pada orang-orang yang sama.

I noticed all that, and I refused to be part of them. Jadilah aku kera sumbang yang penakut untuk bersuara. Banyaklah dramanya.

Diorang mengata aku kat belakang. Said I was a gloomy mr. know-it-all that was hard to work with. Aku tahu ni sebab aku confront one of them. Gila tak gloomy? Tengok perangai korang macam tu?

Aku bagitau apa yang korang memang tak tahu secara berbesar hati (was asked. Bukan aku yang terhegeh-hegeh bagitau), tiba-tiba aku kena cop mr. know-it-all? Mak bapak aku tak pernah ajar aku jadi manusia vain yang take pleasure in ridiculing someone else.

Memanglah susah nak kerja dengan orang yang asyik cari salah orang. Walhal I was among the best in my former team. Benda baru, mestilah ada silap. And we learn from there. Nampak tak how systematic they killed someone’s motivation?

Tapi kemudian, aku pecah team. Jadi, tak terlibat sangat. Buat nohen jelah. Dengan doa semoga Allah balas perbuatan mereka. Ya, selemah-lemah Iman. Aku tahu. I was an enabler too. Padan muka aku.

Sampailah, bila kawan sekerja terdekat aku, workplace bestie aku kena dengan those hyenas.

Silap dia, kecik sangat. Tapi diperbesarkan, dipanjangkan & dihukum secara kebudak-budakan & tidak masuk akal dilakukan oleh sekumpulan dewasa yang rata-rata dah berumur 30-an. Dan kesilapan tersebut pula, takde kaitan langsung dengan kerja seharian kami.

Apa silap dia? Dia cuma bersuara je. Bagi feedback pasal venue & menu untuk dinner event team kami. Bukannya dia kutuk pun. Kau faham tak, feedbacks? Dan dia tak paksa tukar pun. Layaklah bersuara sebab nak buat dinner event tu pakai allocation dari HR untuk satu team.

Si A ambil hati sangat sebab dia yang arrange. Si pemfitnah menyampaikan yang B kawan aku ni siap mengata begitu-begini. Walhal, si B cuma komen yang menu set lain tu mungkin lebih sesuai. Pemfitnah kata ke A, B tak nak makan kalau pilih menu set itu. Aku lah…fuh…

Dia kena pulau, kena perli sampai give up & undurkan diri. Aku kat mana? Aku long leave masa tu. Balik-balik, Ya Allah. Benda yang aku sangka dah settle, rupanya melarat sampai tahap itu.

Aku terpaksa gali apa yang jadi sampai berjaya cantumkan puzzle. Sebab mulanya rentetan peristiwa tu ada missing link. We didn’t know there was a satan delivering a slander.

Team lama aku, benda gaduh situ, habis situ. Kalau A gaduh dengan B, tiada C D E F G masuk campur & sebelahkan mana-mana. C D E -Z buat tak tahu je & buat macam biasa je. Lama-lama A&B akan baik sendiri. Tapi eh…team baru ni. Alphabet lain nak masuk gelanggang juga jadi Batu api.

My depression started when she left, I think. Aku dah hilang kepercayaan pada diorang. It wasn’t there from the beginning. Never there.

But, then, workplace bestie aku ni yang slowly tarik aku untuk percaya sedikit & open up. It was an arduous process. But, I did it. With her help. Hanya untuk diorang buat dia begitu? Untuk satu benda bodoh je. The trust I built was gone with her.

Dan perempuan sihir yang memulakan fitnah (& tak pernah insaf mahupun rasa bersalah atas tindakan kejinya) itu, masih rasa dia tak bersalah. Kelakar. Walhal, jelas dia fitnah kawan aku. Aku sendiri salah seorang dari 5 saksi. We heard what exactly B said. Bukan apa yang dibisikkan oleh betina tu.

Aku dah pun bagitau Manager aku hal sebenar. Tapi Manager yang naik pangkat asbab kabel ni, sama bebal dengan batang pinang. Dia tak mahu masuk campur konon. Puih! Cakap je kau penakut!

Okay. Panjang kan? Part mana kena-mengena dengan aku dalam hal ni?

Last month, perempuan sihir (PS) tu snap dalam meeting ke aku. Aku terus confront manager aku untuk dia jadi mediator.

1. PS kata dia tak recall.

2. Manager tagune aku cuba justify dengan alasan si PS tengah pregnant. Heh. Pregnant bukan alasan untuk kau jadi a rotten person.

3. Manager aku sebenarnya hampir lupa, ya, dia cuba mengelak lagi.

Lepas sesi tu, aku kira selesai dengan PS. Perempuan ni memang jarang kena call out dalam hidup dia. She’s on edge & agak squirmish. Tapi aku berjaya buat dia mengaku juga. Itupun dah cukup sebagai balasan dia. Orang hodoh perangai ni paling benci kalau diberikan cermin.

Mengandung? Aku bukan laki dia yang aku kena tolerate pulak bullshit dia asbab mengandung. Bukan aku yang buntingkan dia. Perangai kalau memang puaka sejak kau kosong, jangan pulak nak fitnah anak yang innocent tu. Kalau betul aku buntingkan kau, baru kau tahu, perempuan!

Aku belum habis dengan manager tagune aku. Rupanya, benda tak habis situ. Dia bergosip kes tu guys. Eh jantan ni. Kalah mulut puaka tebing biru! Kadang aku nak check betul ke tidak dia kaum aku ni. Tapi tu lah, anak dia dah 1.

Dia punya incompetencies bikin team mates aku yang lain susah juga tau. Kau orang bayangkan. Kitorang ni, banyak buat kerja coding monkeys. Tapi dia ni, benda mudah pun tak hafal lagi.

Eh, letihlah nak explain benda sama tiap kali. At least ingatlah tiap kami jaga program mana. Itu je pun, dia ambil setahun setengah nak ingat. Frustrating punya mangkuk. Dasar skibidi.

Dia naik sebab ditolong ex-manager dia. Walhal, kat department lama dia dulu, semedang merah Oracle indicator dia – benda asas tak siap melebihi SLA. Sibuk join side projects menempel dengan engineers – hanya buat finishing je alahaiii. Faham kan?

NATO memang selalu naik cepat. Yang buat kerja diam-diam macam kami ni, siapalah nak kisahkan. (Ex-managers team aku bagus. Kau cakap banyak tagune. Tunjuk indicators kau hijau je)

Entahlah. Nak patah balik team lama, aku pun nak career progress jugak. Kenapa eh, kena tolerate situasi toksik? Kenapa perlunya normalize toxicity?

Aku tak nak luahkan semua ni pada family & kawan-kawan aku. Taknak family aku risau. & my friends deserve much better than a moping complaining loser who kept telling same tales. Iya. 3 tahun dah masalah sama.

Orang kata, everyone have their own limits. Kalau selalu & sama, nanti orang jelak. Aku sendiri pun dah jelak dengan masalah ni.

Ya Allah, bagilah aku team yang jauh lebih baik, jauh lebih sihat & rezeki yang lebih banyak & berkat ya Allah. This, or I think I can no longer be sane. I don’t want to say I’m done. I’m not. But close.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. For me, “Politik pejabat” ni mmg x boleh tidak terjadi, walau macmne ‘perfect’ or canggihnya organization tu, tp klaw wujud org2 yg “toxic”, mmg conflict akan terjadi, lgi lah klaw top mgmt pon ‘bias’ to them.. kipas-mngipas, bodek-membodek, back-stabbing n ckp2 d blkg tu dah jd ‘routine’ harian mrk.. kita yg kononnya nk bekerja dgn ikhlas (hanya krn Allah) ni, nk seret kaki ke ofis pon mcm ada batu 1 tan yg diikat di kaki.. dlm hati toksah ckp la, mau je nk resign pn the spot, (provided ada offer yg lbh bagus la).. tp sementara tu kena ‘hadap’ la semua karenah diorang tu.. for me, klaw nk ‘brgaduh’ or bertekak dlm meeting tu, is not a good step, but at the same time, keeping quiet or being ignorance pon is a ‘stressful’ situation.. so, getting out somewhere maybe bole ‘tukar environment’ ckit, but bare in mind, things may getting better or even worse.., unless u kerja sendiri, then ko nk jd jutawan or muflis pon sendiri gak.. haha.. so, to be on the ‘safe side’, buat jela kerja ‘hakiki’ ko dgn tenang, tanpa idea yg lebih2, or “bombastic”, just to get some recognitions from others.. balik keje on time, n have quality time with ur family n also ibadah.. sometimes ‘communicating’ wth Allah is much more better than communication with those culprits.. n promotions..? Just believe that “rezeki tu di tgn Tuhan”, klaw ada, alhamdulillah, always bersyukur dgn apa yg ada.., lastly, just remember semua dlm dunia ni x kekal, so mngkin at d end of the tunnel, masih ada ‘cahaya’ yg menunggu.. insha Allah

  2. Wahai dek L. Acik yang pompuan pon tak tahan staf bawah acik kuat cuti. Dari sebelum pregnant kuat cuti. Minggu pertama kerja dah cuti. Belom setahun kerja lagi deknon!!!!!

    Berlarutan sampai tahap dah nsk masuk hampir 2 tahun kerja. Dia lah TERPALING ADA ANAK ADA LAKI ADA MASALAH PENGASUH. Acik nih anak dah 4 orang dari zaman muda sampai la nih tak pernah ambil UNPAID LEAVE sebulan sampai 2 minggu lebih!!!! Tak reti urus kerja. Berhenti deknon!

    Jangan susahkan rakan sekerja kerap kerja seorang tanggung beban kerja hengkau!!!!!!

    Staf senior mulanya sebelum staf muda toksik terpaling ada masalah hidup kerap cuti nih masuk elok sahaja kerja. Cemerlang!
    Tapi semenjak staf muda terpaling bermasalah hidup masuk, kasihan acik tengok. Banyak kali bertahan sampai acik nasihat ambil cuti panjang karna acik tengok staf lama acik terlalu burnt out kerja karna di staf baru pemalas ituh!

    Kalau tak kena ceramah haram nak buat kerja betol betol. Acik baca aduan kamu acik paham. Staf lama acik pasti rasa begini karna staf baru yang toksik dan pentingkan diri!!!!!!!

    Suka up status wasap nsk orang sokong perangai toksik dia untuk cuti sesuka hati banyak kali tanpa fikir komitmen kerja yang rakan sekerja harus tanggung

    Sebelum beranak pon pemalas, masa dah mengandung banyak masalah. Nanti lepas melahirkan anak entah apa alasan untuk lagi. TIAP BULAN WAJIB CUTI 2 MINGGU MENYUSAHKAN ORANG?

    TOKSIK SATU HAL. KERJA MACAM TAK KERJA PON SATU HAL.

    Orang lain toksik kerja buat. Ini TOKSIK TAK MAHU KERJA TAK FUNCTION. DAH JADI SUPERVISOR PON ASYIK MENGELAT BALIK AWAL SESUKA HATI. Acik sebagai Manager pon benci staf begini. Masih beri muka karna fikir dia masih muda.

    Tapi lepas acik bagi warning letter esok kalo masih TINDAS RAKAN SEKERJA. PHYSICAL ABUSE GURAU TEPUK CUIT KASAR SESUKA HATI BULI STAF LAIN.

    TUNGGU SAJA DI BUANG KERJA!

    TAK AMANAH. MAKAN GAJI HARAM. KERJA TAK CUKUP JAM

    BIAR RAKAN SEKERJA SEORANG.

    MASALAH ATTITUDE KERJA KUAT MENIPU KELUAR SESUKA HATI JAM KERJA.

    Esok belom tua keluarga sendiri yang baru di bina hancur jangan salahkan takdir.

    SALAHKAN DIRI SENDIRI SUAP DAN BELANJA ANAK SUAMI MAKAN GAJI HASIL KERJA TAK CUKUP JAM.

    ACIK AS A MANAGER PON FED UP WITH U!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *