Ibu Tunggal

Assalamualaikum semua readers. Aku Leha (bukan nama sebenar), sudah bercerai, dan menjadi ibu tunggal untuk dua orang anak kecil yang berumur bawah 5 tahun.

Aku pernah luahkan isi hati di sini sebelum ini, ketika aku begitu serabut memikirkan cara untuk aku besarkan anak2 aku sendiri.

Banyak benda rasanya nak luah. Tapi ada satu yang sangat mengelirukan ku.

Aku ingin bertanya kepada readers, terutamanya pada single mother, adakah korang co-parenting. Atau korang block anak2 korang daripada jumpa ayahnya? Atau korang limit hours- sejam atau dua jam sahaja bersama ayahnya?

Buat masa ini, aku sangat bersyukur bila ayah kepada anak2 aku mengambil anak2 pada hujung minggu. Aku sangat lega kerana aku tahu anak2 aku seronok dapat jalan2, dapat main bersama ayahnya. Dan aku pula dapat masa untuk buat kerja rumah, rehat dan me-time.

Tapi sometimes, aku rasa marah bila ex tidak punctual, tidak menghormati aku ketika dia ambil anak, ex hilangkan barang anak2 aku dan banyak lagi.

Kadang aku rasa, ex take me for granted dan membuli ku atau sengaja buat aku marah. Aku fikir kebaikan untuk anak dan diriku, jadi aku sanggup je hadap semua benda ni.

Tapi, melalui apa yang di beritahu kepadaku oleh sesetengah pihak, kebanyakan single mothers tidak akan memberi keizinan untuk bermalam atau spend banyak masa dengan ayah. Adakah ini benar? Jika benar, kenapa ya?

Adakah aku buat pilihan yang salah? Adakah bila anak spend banyak masa dengan ayah, single mothers takot anak2 akan tinggalkan mereka suatu hari nnt sebab lebih sayang kepada ayah?

Atau adakah dengan limitkan hours yang anak2 spend dengan ayah, single mother itu dapat membalas dendam kerana ayah mereka tinggalkan mereka sebelum ini? Atau kerana ayah tidak memberi duit nafkah yang secukupnya?

Aku sangat berharap aku boleh dapatkan jawapan kepada persoalanku daripada readers.

Aku juga marah/ geram/ sedih ex aku quit on me and my kids and our marriage ketika anak2 aku masih kecil. Tapi kini aku sudah redha.

Aku redha dengan ujian daripada Allah. Aku redha dengan segala kesusahan dan kepenatan yang aku perlu lalui sebagai seorang single mother.

Dan aku redha dengan amount nafkah anak yang sedikit. Aku redha dan buat masa ini aku hanya ingin buat yang terbaik untuk anak2 aku.

Aku selalu penat/burn out menjaga2 anak2 aku terutamanya pada hujung minggu, kerana aku sendirian, dan selalunya aku akan lose control dan marah/jerit pada anak2 aku.

Jadi bila salah seorang anak aku pergi kepada ayahnya, aku lebih happy dan tenang. Anak aku pon happy mendapat masa dan perhatian daripada ayahnya.

Kalau di beri pilihan, tentunya aku mahu dua orang anak aku bersama aku sentiasa tapi aku redha yang inilah hidup anak aku sekarang yang perlu tunggu hujung minggu untuk spend time bersama ayahnya.

Aku tidak pernah block ex aku. Aku beri keizinan untuk ex aku ambil anak anytime. Ex aku yang tidak mahu.

Honestly, aku tidak sangka aku akan menjadi a single mother dan aku tak tahu banyak benda dan tentunya aku sangat risau dan penat besarkan anak2 aku sendirian. Aku bekerja dan bekas suami ada juga memberikan nafkah anak bulanan yang sedikit.

Aku dan ex juga sudah uruskan hal ini di court, ex tidak mahu hak penjagaan dan hanya mahu melawat anak pada salah satu hari di hujung minggu. Anak sulungku suka akan ayahnya dan anak kedua masih tidak begitu rapat dengannya.

Parents aku jaga anak2 aku ketika aku keluar bekerja dan aku mengambil mereka pulang ke rumahku setiap hari.

Jadi, aku harap readers boleh share opinion korang dengan aku. Betol ke tidak tindakan aku membiarkan ex aku meluangkan masa bersama anak2 pada hujung minggu.

Aku juga mohon nasihat daripada korang, bagaimana korang urus anak2 kecil sendirian tanpa rasa terlampau tertekan/ penat/ burnt out.

Terima kasih korang.

– Leha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dlm kehidupan berumah tangga, tiada siapa yg mahu bercerai-berai atau pon bertahan tp x bhagia sebenarnya.. kputusan utk bercerai atau ‘berpisah hidup’ dibuat setelah habis jln utk bersama lg.. of coz, ank2 juga akn ‘terkesan’ dgn keputusan parents mrk, demi kesejahteraan bersama.. alhamdulillah puan sudah ‘redha’ dan mngkin dah “move on” to the ‘next phase’.. tentang hak penjagaan or giliran bertemu ank2, mngkin ianya hasil persetujuan atau atas perintah mhkamah yg dikeluarkan.. walau apa pon, ianya utk ‘menjaga’ hubungan ank2 dgn parents mrk.. bg saya, personally saya x prnah tetapkn syarat atau ‘boundaries’ utk mrk berjumpa, or bermalam or whatever activities utk mrk buat bersama.. dlm mse yg sama, sya pon x pernah ‘take side’ atau memburukkn pihak ayah mereka.. pd saya, mereka sbg ank (x kira umur), akn tahu menilai sendiri.. pd awl thn2 setelah bercerai dlu, mmg x-husband kerap juga bwak kluar ank2, kdg2 waktu cuti skolah sampai seminggu dia bwak ank2 blk kmpong dan jln2, ank2 mcm ok, tp bla dah lma2, n my ex pon dah re-married n ada ank2 dgn family baru, mrk jd mcm ‘reluctant’ bla diajak kemana2 oleh ayah mrk.. bkn saya mnghalang, tp mngkin mrk yg x ‘selesa’, lagi pon bla mningkat dewasa, mrk dah bnyak aktiviti, esp. dgn kwn2 diorang.. begitu juga dgn nafkah ank2, ada juga mse2 yg ‘culas’ dibyar, sbb my ex bekerja sendiri (biz), so ada jugak mse2 yg biz x brpa untong, so pandai2 la dia nk cover blk.. tp dr segi hubungan, ank2 dah x brp rapat dgn ayahnya.. bru2 ni ayahnya ‘sakit’, hanya seorang anknya yg prgi melawat, yg lain tu kta x dot pergi, dgn ‘alasan’ msg2.. bkn saya halang, malah saya suruh pergi tengok n mintak maaf, mana lah tahu klaw umurnya x pnjang lg, to diorang tetap mcm tu dan seolah me’wakil’kan kakak sulung shj utk pergi.. apa2 pon, ank2 tahu kat mne yg diorang ‘selesa’ berada, mngkin sbb on my part, i x remarry, (bkn xde yg nk), sbb xnk ank2 jadi ‘jauh’ dari kita.. wallahu a’lam bissawab..

  2. hi, sebagai seorang anak dari broken home. bagi saya, tidak salah puan membiarkan anak anak puan bersama ex husb puan. masa mereka umur sebegini lah puan perlu didik mereka supaya akrab dengan ayah mereka. mereka tidak salah, mereka masih kecil. mereka perlukan kasih sayang dari seorang ayah dan seorang ibu. jadi, bagi saya biarlah mereka meluangkan masa bersama ayah mereka , supaya mereka tidak mempertikaikan bila besar nanti. selalunya bila dah besar, mereka akan cakap yang mereka tidak cukup kasih sayang dan sebagainya. dulu ibu saya juga seorang ibu tunggal. semoga puan lebih berfikiran positif. semoga puan fikir tentang perasaan anak puan dahulu sebelum perasaan puan . mereka ingin rasakan kasih sayang.

  3. Salam leha,apa yang Allah takdirkan untuk awk ianya terbaik untuk awk.Ye,bukan senang nak hadap 2 org anak as single mom but u can be a wonderful mother to your kids.Sis,masa ni lah kita nak sama2 dgn anak kita sebab masa diorang membesar dgn kita tak lama.Paling lama sampai umur diorang 12 tahun je nak bermanja dgn kita as parents.Memag burn out,penat,marah semua dgn urusan kerja,rumah ank lagi.Tapi percayalah penat kita tu sekejap je.Tau2 anak kita dah besar.Buat yg terbaik sebagai ibu.Tak semestinya dengan duit tapi dgn perhatian.Bawa diorang jalan2 pantai,taman yg tak perlu keluar duit banyak.Kalau ex husb sis nak jumpa anak sis izinkan,mungkin weekends sis boleh bagi ex tngok anak.Bawa anak jalan2 pergi makan.Nak bermalam tu pastikan ada juga keluarga lain mcm nenek diorang.Kalau anak sis tu perempuan la.Kalau boleh jgn putuskan hubungan anak dan bapa.Biar anak2 sis kenal siapa bapa diorang.Masa anak lecil nie diorang perlukan kasih sayang seorang bapa. Jgn biarkan anak2 sis tertanya siapa bapa diorang.Jgn macam saya,bapa pun tak pernah nampak byg selama 17 tahun.Tau2 elok sihat bukannya masuk penjara ke strok ke hilang ingatan tak kenal anak sendiri.Semoga sis kuat harungi hidup as singe mom.Ramai single mon yg berjaya contoh macam ibu saya.Saya pon dah ada keluarga semdiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *