Akukah Syaitan Specky??? (Hijabku separa terbuka…..)

Sebenarnya, aku malas nak cerita satu lagi babak kisah hidup aku ni kepada orang ramai… sebab tu aku just lompat to the conclusion terus… Tapi instict aku mengatakan aku perlu sambung balik..

Korang tahu tak sebab apa aku buat confession ni??? Lepas tu, tulis pulak panjang-panjang… in details….

Padahal aku pun tengah sibuk dgn Phd aku…

Sebab…..

Hujung Bulan May ni adalah ulang tahun aku yang ke-30…..

Aku nak hadiahkan diri aku sendiri dengan infiniti pahala kalau diizinkan Allah S.W.T…

Aim aku: Jika aku dapat menyedarkan orang utk solat tepat pada waktunya dan berusaha untuk tidak meninggalkan solat…

Aku rasa itu adalah ultimate hadiah untuk diri aku sendiri…

So, cara mudah untuk merealisasikan nya adalah dengan menulis….

So, izinkan aku sambung balik kisah hidup aku yang telah aku skip semalam… tapi, maaf, sebab panjang jugak penulisan aku ni…

Kadang-kadang aku sendiri tak beberapa faham kenapa aku terpilih untuk mengalami benda-benda ni…

Aku sendiri tak percaya dengan mata aku…

Tapi, aku rasa aku perlu jugak cerita babak penting yang telah aku skip semalam ni…..

Dalam Part 2, aku ada cakap yang aku sekarang ini masih dapat rasa lagi kehadiran syaitan and iblis disekeliling aku or orang lain. Aku kadang-kadang terpikir kenapa aku rasa and dapat keistimewaan seperti ini.. Tapi seriously, aku dah tak rasa takut dah….

Kalau aku nampak dorang aku just ignore ja.. and baca al fatihah and kursi… tapi aku terpikir.. kenapa aku dapat tengok dorang???

Tetiba aku terflashback balik… Aku ada terdoa supaya Allah bukak hijab aku untuk aku lihat apa yang berlaku di sekeliling aku dalam perkahwaninan aku..

And ya!!!

Doa aku tu makbul… Alhamdullilah (Rujuk PART 2)..

Aku dapat lihat lebih jelas lepas aku berubat dengan uztaz.. Lepas kejadian lembaga hitam yang berdiri dekat hujung katil aku tu.. Kejadian itu tidak berakhir di situ… terdapat banyak kejadian pelik yang berlaku selepas itu.. tetapi sebelum aku cerita mengenai kejadian itu aku nak kongsi satu cerita yang pernah berlaku ketika aku masih dalam kandungan ibuku sehingga umur aku 3 tahun..

Masa mak aku mengandung kan aku.. Usia kandungan mak aku ketika itu baru 3 bulan. Rumah yang didiami oleh kami adalah rumah pusaka turun temurun dari generasi arwah atok aku. Rumah pusaka korang tau lah kan..

Kadang-kadang kawasan agak keras..

Mak aku pernah mengalami kejadian mistik sepanjang mengandungkan aku.. Kejadiannya adalah.. mula-mula mak aku pernah nampak satu lembaga hitam tinggi melintas cepat-cepat depan mak aku masa mak aku turun tangga dalam rumah aku.. Lepas benda tu melintas, nasib mak aku agak baik sebab ada jiran yang singgah and tengah duduk dekat dapur nampak mak aku macam nak jatuh and menjerit.. Dia cepat-cepat sambut and pegang mak aku daripada jatuh..

Tapi mak aku memang pitam teruslah masa tu. Tapi sekejap jalah.. Jiran aku ambil air and percikkan air dekat muka mak aku, baru mak aku sedar balik..

Tapi kandungan mak aku ketika itu takde apa2.

Kejadian mak aku pitam ni tidak berakhir dekat sini. Kali kedua, usia kandungan mak aku dalam 4 bulan kot… Mak aku tengah sapu sampah dekat luar rumah.. Tapi masa tu nak sapu dekat tangga luar rumah pulak..

Rumah kampung korang tahulah kan.. Banyak tangga.. tetiba mak aku ternampak lagi satu imbasan hitam laju bergerak depan mak aku and mak aku terus terjatuh masa tu.. darah kuar banyak gaklah.. Masa tu mak aku memang dikerjakan ke hospital..

Tapi Alhamdullilah.. Aku dalam kandungan masa tu masih selamat and terus hidup.. Kedua-dua kejadian mistik mak aku ni bukan berlaku pada tengah malam.. Tetapi pada waktu tengah hari.. pukul 12 tengah hari.. Sebab tu orang tua-tua selalu cakap, waktu tengah hari jangan kuar rumah.. Maybe ada benar lah banyak benda-benda mistik ni tengah kuar rumah kot..

Kejadian pelik yang berlaku ni buat aku terpikir. Adakah benar sejak aku mempunyai denyutan nadi lagi… Telah banyak entity jahat yang menggangu hidup aku???? Kenapa dorang sanggup pamerkan diri dorang depan mak aku???

Adakah dorang tahu bahawa aku akan dapat menyedarkan ramai orang supaya solat tepat pada waktu pada masa akan datang?? Ataupun adakah dorang memang nak aku mati??? Pelik kan???

Kejadian tu aku just biarkan sahaja menjadi tanda tanya..

Kemudian, masa aku dilahirkan.. Aku merupakan bayi yang amat baik.. Mak aku cakap, aku senang dijaga and aku selalu minum susu, makan and tido ja.. Tapi peliknya aku ni, mak aku pernah cerita dekat aku.. Ketika umur aku 2-3 tahun..

Aku selalu cakap sorang-sorang. Mak aku macam nampak aku ada imaginary friend..

Seriously, aku tak ingat apa yang berlaku.. Aku tahu ni pun sebab mak aku yang cerita. Apa yang berlaku dekat aku masa aku umur 2-3 tahun.. aku tak dapat ingat apa-apa. Yang aku tahu masa aku kecik muka aku comey jer.

Yang lain aku tak tau..hahahaha..

Aku hanya ingat keadaan masa aku umur 4 tahun kot.. Aku dah mula pi tadika main-main masa tu.. Tapi before that, aku memang tak ingat sangat..

Mak aku ada cerita, masa tengah malam, pukul 3-4 pagi macam tu.. Mak aku selalu terjaga and nampak aku tengah main sorang-sorang dalam bilik tidur.. and gelak-gelak.. Macam cakap dengan orang.. Pelik kan???? Selalunya mak aku akan amik aku, and suh aku tido jer..

Kadang-kadang mak aku pelik jugak.. and dia tertanya-tanya… dengan sapa aku cakap???? Korang jangan tanya aku.. Aku serius memang tak ingat..
Tetapi sekarang ni, setiap kali aku terkenang kembali.. Aku akan terpikir dengan rasional.. adakah aku bermain dengan malaikat???? Or adakah aku bermain dengan orang bunian???? Or aku bermain dengan pendamping aku yang dikatakan oleh uztaz tempoh hari??

Entahlah!!! Wallhuallam..

Selain itu, kalau korang nak tahu.. family ayah aku ada satu benda pelik dalam salahsilah keluarga ayah aku…. Moyang aku belah ayah.. moyang lelakilah.. Rumah dia adalah sebelah rumah aku sekarang ni.. Dulu kawasan rumah aku ni adalah tanah moyang aku.. dia dah bahagi-bahagikan and agihkan pada semua anak dia.. And rumah ayah aku ni bahagian nenek aku..

Sekarang ni, rumah moyang aku telah dirobohkan and telah dibuatkan rumah batu sebelah rumah aku ni..

Tapi kalau korang nak tahu.. moyang aku ni dulu penghulu.. So, masa zaman jepun, moyang aku agak famous lah.. And rumah dia besar giler.. memang cantik.. klasik giler.. style rumah kayu klasik.. tetapi dah roboh.. masa roboh banyak gile masalah pelik berlaku.. aku akan cerita kemudian..

sebab apa dorang roboh?? sebab stended lah.. orang selalu malas nak jaga rumah kayu.. and kos pun tinggi.. so, sedara-sedara ayah aku dah robohkan.. and buat rumah batu.. masa robohkan tu, aku baru umur 8 tahun kot.. tak ingat sangat.. lama dah.

Ok berbalik pada cerita moyang aku..

Dia dikatakan oleh ayah aku pernah menghilangkan diri dalam setahun kot sebab masa tu adalah zaman perang dengan Jepun.. moyang aku telah pergi ke hutan untuk cari makanan.. tetiba ja hilang macam tu ja.. tapi lepas tu dikatakan balik semula.. tetapi masa moyang aku balik… Dia cakap, dia dah berkawen dengan orang bunian……. And telah berada dekat zaman bunian sebulan sahaja.. moyang aku cakap dia minta izin sekejap untuk pulang ke dunia manusia.

Tapi bila dia balik, dah setahun rupanya di dunia manusia..

Lepas tu ayah aku cakap, moyang aku ada jugaklah balik ke dunia bunian semula kadang-kadang. Sebab nak jumpa isteri bunian dia.. Yalah.. nafkah batin kena jugak lah bagi kan.. nama pun bermadu.. hahhahah..

moyang aku cakap.. anak bunian dia dah ramai dah.. semua dah beranak pinak… so, kalau nak dikira, kalau betullah apa yang dikatakan oleh moyang aku terdapat ramai zuriat bunian dia.. maka salahsilah keturunan ayah aku belah nenek aku ada orang bunianlah…

So, maknanya, aku ada sedara bunian!!!!

Tetiba aku teringin nak tengok macam mana rupa bunian.. rupa macam citer elf dalam filem Lord of the Rings tu ka?? or macam citer Nora Danish berlakon dulu drama tajuk Bunian tu… entahlah…

Kalau korang nak percaya ke tak.. itu terpulanglah.. Sebab aku pun sampai sekrang tak percaya.. hahhaha..

Tapi mak aku pun pernah cerita.. aku percaya apa yang dikatakan oleh mak aku… Sebab mak aku kot!!! Apalah mak aku akan dapat bila tipu aku.. So, aku yakin apa yang mak aku cerita adalah jujur….

ok, cerita mak aku adalah, masa rumah moyang aku masih belum dirobohkan.. mak aku dah duduk dah dekat rumah pusaka yang sekarang ni..

rumah moyang aku memang dibiarkan kosong sahaja ketika itu.. Ramai sedara mara ayah aku kata.. rumah tu agak keras sikit. Sebab dikatakan kuturunan moyang aku yang bunian tu dah duduk dekat situ bersama dengan anak pinak yang lain…

Sepanjang mak aku menginap dekat rumah aku ni, pernah sekali dia terjaga masa dekat-dekat nak subuh.. masa tu dia dengar macam rumah moyang aku tu bising and terang sangat…. Dia pun bangun and jenguk dekat tingkap rumah aku untuk jenguk rumah moyang aku… mak aku terkejut giler… apa yang dia nampak, ramai giler orang yang berbaju putih naik tangga luar rumah tu untuk masuk ke dalam rumah tu… Dalam rumah tu terang giler..

Padahal takde satu lampu pun dekat rumah tu… mak aku tak dapat cam sangat macam mana muka-muka orang tu sebab muka tu macam samar-samar and tak jelas…

kemudian, mak aku terus tido balik.. Sebab macam tak percaya dengan apa yang dia lihat.. Apa yang mak aku dengar macam dorang tengah berselawat and berzikir.. Tapi masih tak jelas sangat apa yang dikatakan..

Mak aku jugak pernah cerita… Rumah tu tak pernah berhabuk!!!!!!! Pelik kan…

Apa yang aku rasa, maybe benarlah apa yang dikatakan oleh sedara mara ayah aku bahawa rumah moyang aku tu didiami oleh sedara bunian aku..

Kemudian, masa nak robohkan rumah moyang aku tu… sedara mara ayah aku terpaksa memanggil uztaz masa tu tuk pulihkan rumah tersebut and berbincang dengan orang bunian yang tinggal dalam tu.. pada mulanya rumah tu tak dapat nak robohkan….. kejadian ni aku sendiri alami and lihat.. betapa ramainya kontraktor tuk robohkan rumah moyang aku cancel and tak jadi robohkan rumah tersebut..

Tapi apabila dipulihkan.. Alhamdullilah rumah moyang aku dapat dirobohkan.

Masa umur aku 14 tahun.. Aku masih ingat yang keluarga ayah aku ada jumpa dengan ada 3 orang perubatan islam ni.. dorang ni ada gifted boleh berubat and lihat benda ghaib.. dorang ni terdiri daripada 2 orang adik beradik lelaki, dan seorang perempuan, isteri kepada salah sorang dari lelaki tersebut. Dalam berubat dorang, mereka terpaksa bergabung gifted masing-masing sebab setiap dorang mempunyai kelebihan masing-masing..

Sorang dapat mendengar, seorang laki lagi dapat berkomunikasi dan yang perempuan tu boleh melihat.. cara perubatan dorang, dorang menggunakan ayat quran and surah al fatihah..

Hajat keluarga ayah aku.. mereka teingin nak berkomunikasi dengan keluarga bunian or isteri moyang aku. Masa acara nak jumpa tu.. aku and mak aku tak boleh tengok.. sebab kata 3 orang yang perubatan islam tu.. isteri bunian moyang aku tu hanya ingin berkomunikasi dengan keturunan suami dia sahaja… dia tak benarkan yang lain nampak dia… so, yang hadir dalam acara tu.. hanya ayah aku.. and adik beradik ayah aku sahaja…

Yup!!!! Memang pelik tapi benar.. Ayah aku kemudiannya menceritakan yang dia dapat lihat isteri moyang aku tu.. keadaan fizikalnya amat tua.. dah bongkok sangat dah.. tapi masih boleh berjalan… adalah yang diborak kan oleh dorang. Tapi ayah aku tak ceritakan kepada kami.. Kata ayah aku.. terpaksa dirahsiakan atas arahan isteri moyang aku.

Tak tahu nak percaya ke tak…. Tapi memang boleh dikatakan hampir benar..

Yup!! Maybe benar aku ada sedara orang bunian..

Tetiba aku terfikir sejenak… Maybe kawan imaginary aku tu adalah sepupu bunian aku kan??? Sapa tahu kan?? Betul tak?? Kalau sepupu bunian aku.. Aku legalah sikit.. takdelah rasa macam cuak bermain tengah-tengah malam dengan iblis and syaitan..

Rasa macam pelik lah pulak kan..

Tu salah satu kejadian mistik dalam hidup aku..

Berbalik pada benda pelik aku alami pulak…

Mengenai hijab aku.. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar perkataan hijab.. Hijab ni macam six sense. Manusia biasa hanya dapat lihat benda yang nyata di depan korang.. Tapi hijab korang telah ditutup oleh Allah.. supaya korang tak dapat melihat apa yang ghaib disekeliling korang.. So, apabila hijab korang terbuka, korang akan nampak apa yg ghaib disekeliling korang..

Hijab aku sebenarnya macam separa terbukak.. nak bagi korang faham.. korang pernah tengok tak cerita hantu tajuk The eye?? Tapi filem The eye.. Perempuan tu dapat lihat dengan jelas rupa hantu tu… tu memang high level lah hijab dia terbuka 100%.. Tapi aku punya hijab tak terbuka seperti tu..

Nak bagi korang faham.. kalau korang google video hantu lah.. korang pernah tengok tak kadang-kadang video dapat captured lembaga hitam ja macam bayang-bayang hitam terbang. Or dalam CCTV kadang-kadang orang post dekat you tube, ada bayang-bayang hitam terbang and dorang bulatkan and claim tu adalah hantu??

Yup!! Benar.. tulah benda ghaib yang benar.. tulah image syaitan and iblis..

Tu salah satu benda yang aku dapat nampak kalau diizinkan Allah.. Aku tak nampak macam yang mula-mula aku nampak macam masa aku mandi air limau masa aku berubat tu.. Aku hanya nampak imbasan.. Tapi walaupun imbasan, sudah jelas aku rasa bahawa itulah adalah syaitan and iblis..

ok aku ceritakan kali pertama aku rasa benda ni..

Masih teringat aku.. kejadian berlaku selepas sebulan berubat dengan uztaz..

kali pertama aku dapat vision adalah ketika..

Aku hendak bersama dengan suami aku.. aku pernah ternampak sekali imbas, belakang suami aku ada satu lembaga hitam belakang dia.. besar sangat.. Pada mulanya aku terkejut giler…. Muka lembaga tu tak jelas. Apa yang aku nampak adalah lembaga hitam tu merangkul suami aku dari belakang… aku ternampak sedikit atas kepalanya tanduk pendek.. seperti lembaga tu adalah sejenis jin… lembaga tu memeluk suami aku dari belakang!!!!!

Ketika itu aku terkejut!!! Aku cepat-cepat pakai cermin mata aku.. tapi lepas pakai cermin mata takde dah bayangan yang nampak itu.. Aku berpeluh-peluh ketika itu… Ya Allah.. Aku takut giler… ketika tu suami aku terkejut.. dia cakaplah kenapa aku macam terkejut…

Aku terus tanya suami aku..

“Awak dah solat isyak ka?? dah pukul berapa ni… Pukul 12 malam dah”
Suami aku jawab..

“Belum lagi.. relax lah dulu.. nanti solat lah.. kita ehem…. ehem lah dulu….”
Ketika itu, aku hanya membiarkan sahaja suami aku memuaskan nafsu dia ke atas aku.. dan ketika itu… Ya!!! Aku hanya tetap memakai cermin mata aku!! Aku takut nak tanggalkan, sebab aku takut kalau aku ternampak semula lembaga hitam tersebut ketika suami aku berasmara dengan aku.. aku tak sanggup nak lihat lagi.. Sebab aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak…..

Selepas kami berasmara… suami aku terus tidur… Yup!! Sudah semestinya.. suami aku tak mengerjakan solat isyak… Aku ketika itu, hanya berfikir sorang-sorang.. Masih lagi aku memakai cermin mata.. aku terfikir apa sebenarnya yang berlaku.. Aku lihat sahaja suami aku… ketika itu sedang nyenyak tidur.. Tak tergamak aku nak kejut kan dia untuk dia mengerjakan solat isyak..

Tetiba aku terfikir sejenak… kenapakah terdapat lembaga or jin yang merangkul suami aku??? Adakah sebab suami aku tak mengerjakan solat fardhu??? Adakah suamiku termakan hasutan jin tersebut dengan tidak mengerjakan solat??? Maka lembaga tersebut kekal merangkul suami aku supaya suami aku tetap tak mengerjakan solat?? Sebab apabila aku tanya suami aku pun.. suami aku membalas dengan berkata;

Nantilah solat tu….

Ya allah!! Aku amat takut dengan apa yang aku lihat.. Adakah benar apa yang aku lihat??? Adakah benar apa yang aku fikir mengenai solat tu?? Aku tak dapat nak fikirkan ketika itu.. keliru… and takut…..

Aku terus tertidur… aku terjaga semula apabila terdengar azan subuh berkumandang.. Aku gerak suami aku untuk solat subuh.. Suamiku kata suruh aku yang pergi solat dulu… Aku masih takut untuk membukak cermin mataku ketika itu… aku teruskan dengan mengambil wuduk and solat subuh terlebih dahulu..

Selepas solat subuh aku nak gerak suami aku di atas katil.. Ketika itu, aku tidak memakai cermin mata… Ya Allah!! Aku ternampak kembali lembaga hitam tersebut…. Kali ni lembaga hitam tu berdiri di sebelah suami aku.. Rupanya masih tidak jelas. Maybe disebabkan aku rabun, aku tidak dapat melihat dengan jelas rupanya.. Apa yang aku nampak adalah keseluruhannya adalah lembaga hitam yang tinggi and besar.. Dan masih lagi ternampak seperti tanduk dia atas kepalanya..

Kali ni aku macam rasa meremang satu badan!!! Aku macam tak terkeluar suara untuk mengerakkan suami aku.. Lembaga tu macam tajam memandang ke arah aku.. Aku cepat-cepat membaca al fatihah dan memberanikan diri untuk mengerakkan suami aku tanpa memandang lembaga itu.

“Awak, bangunlah solat subuh.. Dah pukul berapa dah ni.. nanti habis waktu nanti..”

Suami aku menjawab,

“Penatlah.. nantilah bagi 5 minute lagi… Nanti I bangun and solat..”

Aku ketika itu senyap sahaja… Aku memberanikan diri melihat lembaga itu.. lembaga tu masih berdiri tegak di sebelah suami aku… Muka nya memandang tepat ke arah aku.. Aku ketika tu takut yang amat…. Tapi memberanikan diri memandang lembaga itu juga.. sambil melihat ke jam.. sebab nak tengok pukul berapa lagi aku boleh gerak suami aku.. sebab dia cakap bagi dia masa 5 minute lagi kan..

Peliknya, kenapa lembaga tu tak kacau aku.. Dia macam kekal duduk di sebelah suami aku sahaja… Tapi lembaga tu kekal memandang tepat ke arah aku.. Ketika tu, aku tidak takut dah.. Aku dah dapat kekuatan untuk melihat lembaga itu. Tiada dah perasaan meremang and sebagainya.. aku teruskan menggerakkan suami aku untuk solat..

“Awak, bangun…. pukul berapa dah.. dah pukul 650 pagi dah.. nanti habis waktu subuh…”

Aku sempat memandang ke arah lembaga itu. Kali ni lembaga tersebut memegang bahu suami aku!!!

“Ish!!! Sibuk lah you ni.. Biarkanlah I tidur.. You jangan sibuk-sibuk gerak I lagi.. I nak tidur!!!”

Aku terkesima!!! Seumur hidup aku… Tidak pernah suami aku marah aku jika gerak dia solat… Kali ni dia marah aku!! Aku senyap seribu bahasa.. sambil memandang ke arah lembaga hitam tersebut.. korang nak tahu apa aku nampak?? Semakin jelas pandangan aku, aku nampak lembaga tersebut melepaskan tangan dia dari suamiku, memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum!!!!! kemudian hilang dari pandangan aku… Hilang begitu sahaja apabila aku mengerlipkan mata aku.. lembaga tersebut hilang dari pandangan aku.. Hilang dari berdiri tegak di sebelah suami aku…..

Aku masih terkesima seketika di sebelah suami aku yang masih nyenyak tidur…. Aku terfikir sejenak… apakah tujuan lembaga tersebut berdiri disebelah suami aku?? Apakah tujuan dia memegang bahu suamiku?? Apa yang aku mula faham adalah… Kemungkinan besar lembaga yang aku lihat adalah jin or syaitan yang menghasut suami aku daripada bangun tidur untuk mengerjakan solat.

Bukan niatku tuk memburukkan suami aku.. tetapi suami aku memang susah mahu bangun solat subuh sepanjang perkahwinan aku jika hari tu adalah hari minggu.. kadang-kadang aku pun ada juga tertinggal solat subuh kerana dipengaruhi oleh suami aku.. Suamiku juga kebanyakkan harinya tidak cukup solat 5 waktu… ada sahaja waktu solat fardhu yang ditinggalkannya… tapi aku selalu buat tak tahu sahaja..

sebab dari fikiran aku, maybe suami aku belum terima hidayah lagi untuk mengerjakan solat 5 waktu secukupnya..

Ya Allah… Ini kah yang dinamakan godaan syaitan?? Inikah namanya umatmu telah termakan oleh godaan syaitan???

Peliknya, kenapa lembaga tersebut tidak mengganggu aku?? Adakah disebabkan aku sudah mula solat tepat pada waktunya… syaitan and iblis menjauhi aku kerana aku telah mula membuat pendinding di sekeliling badan aku….

Oleh disebabkan itu, Syaitan and iblis hanya mengganggu orang disekeliling aku sahaja,,,, Aku masih tak pasti kenapa kejadian tersebut berlaku… aku masih terfikir and senyap sahaja… Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku dekat aku..

Suamiku ketika itu masih tidur nyenyak…. Aku ketika itu?? Hanya senyap sahaja and berfikiran jauh memikirkan kejadiaan yang telah berlaku itu.

Kejadian pelik yang aku alami tu, masih tersemat di hati aku.. Sejak peristiwa itu, suami aku pulak jarang bersama dengan aku dah, disebabkan dia selalu menginap di kuarters rumah di tempat kerja baru.. so, aku hanya ditinggalkan di rumah pusaka keluarga aku kerana suamiku cakap rumah tersebut adalah rumah kuarters yang dikongsi oleh staff lelaki bujang yang lain.. kehidupan kami ada pasang surut.. Kami masih seperti biasa cuma kami tidak tinggal bersama seketika..

Setiap kali aku berjumpa suami aku, kami hanya akan berjumpa ketika suami aku cuti or off day.. Setiap kali aku berjumpa dengan dia…. Setiap kali tu jugak aku akan melihat lembaga hitam tersebut ada bersama dengan suami aku…Walaupun hanya samar-samar sebab aku memakai cermin mata… Aku masih boleh nampak lembaga tersebut tetap berdiri teguh di belakang suami aku… Aku sudah lali…. Tidak ada perasaan takut dah ketika itu… tidak ada perasaan meremang ketika itu… Bagi ku lembaga hitam tersebut seperti manusia lain.. Aku tidak gerun.. Cuma hatiku terdetik…..

Kemungkinan besar suami ku masih tidak mengerjakan solat..

suamiku masih meninggalkan solat….

Perangai suami aku juga makin lama makin berubah… Dia dah mula menghisap rokok semula.. Setiap kali suamiku menghisap rokok…. Setiap kali tu jugak…. Aku melihat lembaga hitam tersebut tersenyum… Malah, terdapat 3 lembaga hitam mengelilingi suami aku…. Aku hanya boleh memandang sahaja lembaga hitam tersebut tanpa boleh buat apa-apa…

aku takut kalau aku menegur suami aku.. suami aku akan termakan bisikan or godaan lembaga tersebut, aku akan dimarahi oleh suamiku..

Ada juga lah aku cuba untuk menasihati suamiku….
“Awak, janganlah hisap rokok… awak tahu kan merokok ni haram.. dosa besar ni…”

Suamiku membalas,
“Laaaa…. Tak yahlah awak risau.. Taulah I nak taubat nanti..”

Aku cepat mengerlingkan mata melihat ketiga-tiga lembaga hitam tersebut… Mereka memeluk or merangkul erat suamiku dari belakang badan suami aku….

Ya Allah!!! Korang tak tau dekat siapa aku nak bgtau… Aku hanya boleh melihat sahaja… sejak aku mempunyai kelebihan aku ni… aku hanya pendam sorang-sorang sahaja… Aku tak pernah bgtau dekat mak and ayah aku.. aku selalu senyap sahaja..

And kebanyakkan masa aku hanya menghabiskan masa solat and berdoa sahaja supaya suamiku kuat melawan godaan syaitan yang ada dekat dia..
Korang bayangkan… Kalau aku cerita dekat dia… korang rasa suami aku akan percaya tak????

Aku tak rasa dia akan percaya.. Dan aku juga percaya korang yang membaca ni pun tak semua akan percaya dengan apa yang aku tulis ni… tetapi aku harap korang percayalah… sebab aku takde masa nak tipu… tak berbaloi aku nak tipu korang.. Apa yang aku dapat kalau aku tipu korang..

Aku bukan boleh jadi jutawan pun…

Aku hanya nak korang faham, ni adalah reality kehidupan kita di dunia ni… kita kena percaya bahawa segala kejahatan apa yang kita lakukan adalah daripada kesalahan kita sendiri.. Kita lemah untuk menolak godaan syaitan… kita lemah untuk menepis bisikan syaitan.. kita juga lalai dengan tidak mengerjakan solat fardhu..

Padahal solat tu adalah pendinding korang…. Pendinding aku….

Selepas kejadian itu, suami aku pergi out station ke luar negara selama 3 bulan…

Aku cuba mencari uztaz perubatan islam lain… untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai masalah rumah tangga aku ini.. Aku merahsiakan daripada ayah aku.. Aku hanya ditemani oleh mak aku sahaja..

Aku menceritakan segala-galanya kepada beliau… selepas uztaz tersebut mendengar… Dia ada menyuruh aku bersabar and sentiasa berdoa and menyerah kepada Allah.. Sebab kadang-kadang ada perkara yang di luar jangkaan kita and di luar bidang kuasa kita.. Apa yang kita boleh buat adalah berdoa and sentiasa berdoa moga Allah menolong kita.

Selepas aku mendengar nasihat uztaz tersebut.. Aku tetiba tergerak hati untuk menceritakan kisah mimpi aku tu kepada uztaz tersebut… Dari riak uztaz tersebut dia macam terkesima and terdiam sebentar. Aku and mak aku juga terdiam.. Kami senyap sebentar menunggu respon uztaz tersebut untuk memberi respon balas kepada mimpi aku.

Tetiba uztaz tu bersuara….

“Saya nak tanya ni.. Kamu ni berasal daripada mana??”

Aku menjawab,

“Kami berasal dari Perak…”

Uztaz tu sambung kembali…

“Ni adalah pendapat saya.. di zaman akhir zaman ini terdapat ramai orang islam yang telah menjadi teruk dengan bergelumang dengan maksiat… maksud saya, mereka tidak solat, berzina, minum arak and macam-macam lagilah.. selain itu, di syurga terdapat ramai wali-wali Allah.. Wali-wali Allah ni akan selalu berdoa moga keturunan mereka di bumi sentiasa berusaha menjadi orang yang beriman and bertaqwa kepada Allah.”

“Kemungkinan besar doa mereka diperkenankan oleh Allah, Allah memakbulkan doa mereka dan Allah menghantar malaikat supaya menolong keturunan mereka supaya mereka tabah menghadapi dugaan hidup di bumi Allah ini.”

“Kemungkinan besar juga, awak merupakan keturunan wali-wali allah terdahulu. Maybe moyang awak… or maybe juga atas moyang awak… orang-orang yang memakai baju putih and bercahaya itu adalah malaikat yang diturunkan oleh Allah supaya menyedarkan awak supaya kembali ke jalan Allah and menjaga awak supaya awak sentiasa dijagai oleh mereka.. Sebab itu dalam mimpi awak, awak dikepung oleh mereka. Itu menunjukkan awak dilindungi dan dijagai oleh mereka.”

“Saya rasa awak tak perlu risau lah.. Awak kene beruntung kerana Allah memilih awak… Awak bertuah… Insyallah.. Awak akan dapat mengharungi segala ujian yang Allah berikan kepada awak.. Sekarang awak hanya kena jaga solat pada awal waktu. Cuba belajar sikit-sikit mengenai tasawuf…

Insyallah awak akan mula semakin rapat dengan Allah..”

Saya terkesima!!! Biar betul??

Aku keturunan wali Allah??? Wali allah tu pun aku tak tahu apa maksudnya.. Wali allah tu macam malaikat ka?? Nak tanya uztaz tu malu lah pulak… Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada uztaz tersebut.. so, aku dah dapat jawapan kepada mimpi pelik aku.

Walaupun aku tak pasti kesahihannya. Aku just boleh terima explaination uztaz tersebut secara lapang dada and terbuka.

And kesimpulannya aku memang yakin.. Aku hanya perlu and mampu berdoa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangga aku. Tidak ada apa-apa yang boleh aku lakukan.. Aku tak boleh memaksa suami aku untuk menjaga solatnya.. Aku tak dapat memaksa dia supaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.. Aku juga tak dapat memaksa dia supaya berhenti menghisap rokok.. Semuanya dia kena usaha sendiri and sedar sendiri bahawa apa yang dia buat tu adalah salah and berdosa..

Sampai je rumah, aku terus baca mengenai wali Allah… rupanya maksud wali Allah adalah kekasih Allah or orang yang amat dekat pada Allah. Mereka ni juga sentiasa tekun beribadat serta tidak mementingkan duniawi. Mereka ni bukanlah para Nabi.. tetapi darjat mereka tinggi di sisi Allah.

Cara mengenali wali Allah ni, wajah mereka bercahaya, mereka tidak takut, mereka tak sedih di kala orang lain merasa takut and sedih. Syarat utama mereka adalah mereka sentiasa beriman and taqwa. Kelebihan orang yang digelar wali Allah ini, doa mereka segera dimakbulkan oleh Allah.

Yup!! Kalau benarlah apa yang diperkatakan aku adalah keturunan wali Allah aku amat bersyukur kerana terpilih… Dan aku yakin bahawa aku dapat mengharungi segala ujian yang diberikan oleh Allah kepadaku kerana aku pasti Allah tidak akan membebani ujian yang tidak tertanggung olehku..

Aku redha… and aku yakin bahawa solat tepat pada waktu adalah kunci kepada segala-galanya.

Aku pernah mendapat wassap dari kawan aku dia bagi video mengenai kenapa kita kena solat.. video tu adalah tape recorded suara ceramah dari Dr Zakir Naik. Aku lupa tajuk video tu sebab sudah hampir 2 tahun berlalu.
Tetapi aku just summary apa yang dikatakan dalam video tu oleh Dr Zakir. Isi dia mudah sahaja.. tahu tak kenapa kita solat??? Tahu tak apa maksud dalam setiap kita solat itu?? Dr Zakir berkata;

“Ada orang tu bertahun-tahun solat, just solat macam ayam patuk makanan di tanah…. Kita just solat sebab orang lain pun solat.. Aku pernah bertanya kepada seorang muslim yang terpelajar mempunyai pangkat professor and sudah tentunya mempunyai PHD..sanggup belajar tinggi-tinggi dalam sesuatu bidang.. tetapi bila aku tanya dia satu soalan mudah; Anda tahu tak kenapa anda solat? Tahu tak maksud setiap ayat dalam solat anda??
Dia jawab, I am not Arabic.. I do not know arabic language..sedih.. amat sedih… sanggup belajar bersungguh-sungguh dalam bidang lain dan gah di mata dunia.. tapi untuk luangkan masa sedikit untuk mengenali setiap butir kata or perkataan di dalam solat dia tidak tahu… Amat menyedihkan sebab tidak tahu and sentiasa memberi alasan untuk melarikan diri dari hakikat sebenar bahawa anda tidak berminat hendak tahu.. anda tidak berminat nak amik peduli..

Cuba lah renungkan; jika anda tahu hebatnya solat, anda tidak akan cuba berani hendak tinggalkan solat.. anda akan sentiasa bekejar-kejar mengambil wuduk, anda akan sentiasa menunggu waktu solat fardhu.. kerana anda sentiasa rindu untuk mengerjakan solat dan berjumpa dengan ALLAH…."

Selepas aku mendengar ceramah tu, aku terpikir sejenak.. Dan bertanya kembali kepada diri aku; Aku tahu tak kenapa kena solat? Aku tahu tak setiap butir perkataan dalam setiap solat aku tu?? Aku jawab balik kepada diri aku …. Aku tidak tahu.. sebab aku tak tahu bahasa Arab… memang benar tulah jawapan aku..

Memang benar aku solat tepat pada waktunya tapi aku hanya tahu makna Al Fatihah sahaja.. Yang lain aku tak tahu pun kenapa aku sebut.. Aku hafal and lafaz jelah tuk setiap perbuatan solat tu… And pada masa yang sama.. aku sibuk belajar untuk master dalam jurusan aku.. terkejar-kejar tahap pendidikan di dunia…Tapi aku amik enteng pembelajaran agama… terutamanya adalah solat itu sendiri….

Aku rasa amat malu tetiba…. Malu pada ALLAH.. Malu kepada diri aku sendiri..

Selepas tu aku segera mencari buku solat untuk tahu apakah maknanya dalam setiap bacaan dalam setiap perbuatan solat.. Subhanallah!!!! Aku tak akan cerita secara detail..

Anda boleh cuba cari sendiri and explore sendiri makna setiap ayat solat yang sebenarnya.. Apabila anda dah tahu sendiri dengan pencarian sendiri anda akan lebih menghargai apa sebenarnya maksud ayat dalam setiap solat tu sendiri..

Tapi apa yang aku faham and dapat simpulkan..
• Solat ni adalah tanda kita bersyukur kepada ALLAH dengan nikmat yang telah kita dapat di dunia ini…
• Solat juga adalah doa or permintaan kita kepada ALLAH supaya ALLAH dapat tolong kita jika kita berada dalam kesusahan and sentiasa berharap tergolong ke dalam golongan yang beriman.
• Solat juga adalah tempat kita memuji-muji keagungan and kebesaran ALLAH ketika kita bersujud khususnya…
• Solat juga adalah memberitahu bahawa kita sentiasa berselawat ke atas Rasullullah SAW and sentiasa percaya bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH….

Setelah aku belajar erti setiap makna bacaan solat tersebut.. Aku lebih memahami and lebih dekat perasaan aku kepada ALLAH and juga rasullullah.. Alhamdullilah..

Anda juga boleh cuba.. Tak susah pun.. so, tunggu apa lagi, hafal lah makna setiap ayat tu.. Anda boleh hafal lagu omputih, Janam-janam lagu Hindustan.. itu lagi panjang and mengelirukan..

Apalah salahnya luangkan masa hafal sikit makna bacaan solat dalam bahasa melayu… Senang sangat.. lepas dah hafal tu sematkan dalam hati.. penuh kan dalam hati makna tu..

Insyallah lama-lama nanti akan sebati nanti..

Percayalah….

Akhir kata dari aku….

Aku nak ucapkan Aamiin kepada semua doa-doa positif para pembaca kepada aku.. Aku terharu jugaklah daripada komen-komen korang…

Just aku nak pesan……

Kita kena rajin membaca…. Kalau kita malas nak membaca kita tidak akan dapat ilmu… Orang yang Malas membaca adalah orang yang rugi sebab dorang hanya nampak perkara surface sahaja… padahal benda yang berharga adalah didasar, bukan dipermukaan..

So, aku percaya dengan membaca anda semua dapat menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat…

Insyallah..

Alhamdullilah aku bersyukur dapat menyiapkan penulisan aku dan share pada korang…

Aku berharap walaupun identity aku dirahsiakan… Aku selesa menjadi nobody…. Asalkan, nasihat-nasihat aku boleh dijadikan iktibar or panduan oleh pembaca semua.. Aku pun masih baru dalam usaha menjadi baik.. and masih lagi akan berusaha sehingga ke akhir hayat aku..

Sejak penceraian aku… Hijab aku semakin berkurangan… tetapi aku masih dapat merasai kehadiran mereka.. Cuma kali ni aku sudah berani… tiada lagi gentar berhadapan dengan mereka and aku aku yakin bahawa aku hanya perlu takut kepada Allah S.W.T.

Aku juga masih juga membuat dosa secara langsung or tidak langsung. Masih lagi tidak sempurna as muslimat. Tetapi sebagaimana yang aku katakan tadi, aku tidak akan putus asa untuk mengubah diri aku lebih baik dari semalam.

Insyallah, kita hanya perlu ikhlas, yakin and berdoa agar amalan kita diterima oleh ALLAH. Sesungguhnya kita pasti mengidamkan syurga kerana itu adalah kehidupan hakiki kita and duniawi adalah medan pertempuran bagi kita untuk mengumpul pahala and amalan ke syurga kelak….

Insyallah mudah-mudahan dimakbulkan oleh Allah..

Jom, kita sama-sama berkumpul di syurga…

Aamin..

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

60 Comments

  1. Mungkin cerita ini benar. Wallahu’al bissowab. Hanya ALLAH yg maha mengetahui. Saya ade terbaca mengenai Kasyaf (hijab pandangan terbuka) ,malah ade dibincangkan oleh para ilmuwan.

  2. Hanya org yg pernah mengalami je faham perasaan awak. Ni kalau org baca pun mesti kata awak gila. Sy ada kawan macam awak. Siap boleh masuk alam jin. Tapi sebelum dapat kelebihan tu mmg macam2 ujian lah hehe. So takda apa yg pelik, kelebihan masing2 :)

  3. Sy pl jnis tak suka sgt bkongsi..hny dgn suami..apa yg sy nk ckp kt sni..Awk bljr tinggi..mgkin ada kelebihan..dr segi merasa kehadiran jin..tp 1 je nak pesan..kite jgn rse lebih baik drg org lain..maaf ini mungkin menyinggung..tp kdg2 bkn semua pekara kita patut kongsi..i feel u sis..

    • ntahla part 1 ngan part 2 mcm ok…masuk part special ni ade pulak kisah aib sendiri n aib suami…x perlu kot nk cite

    • Sbnrnya sis ni tgh main emosi dgn dirinya sendiri..Terikut2 dgn perasaan sgt..untuk sis ni..cube tenangkan diri…jangan pergi jauh sgt..pe2 kelebihan yg d bg anggp juga itu satu ujian..zikir byk2..please sis,jgn smpi mkn diri..i feel u sis

  4. Xkisahla cite die ni betul ke x..yg penting die sedarkan aku betapa pentingnye solat di awal waktu n betapa pentingnye makna dalam solat..kadang2 kite ni abis waktu baru nk solat..

  5. kalau ada sambungan saya nak baca lagi.. cerita la pula sama ada confessor masih nampak tak benda2 ni masa bulan puasa.. dan ikutla saranan ustaz tu, cuba dalami ilmu tasawuf.. cari guru yang benar2 ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *