Cerita ini bermula 2 tahun yang lepas….
Kejadian ini masih segar di ingatan aku. Aku akan menangis apabila terpikir mimpi tersebut. Bukannya obsess, cuma hati aku tersentap jika teringat kembali.
Mimpi yang aku alami terasa begitu real and pelik..
Dalam mimpi tersebut aku sedang mengerjakan solat.. apabila aku pandang ke hadapan, aku dikelilingi oleh ramai lembaga ataupun susuk tubuh yang semuanya memakai baju berwarna putih dan bercahaya.. Dalam mimpi tersebut aku masih lagi solat tetapi dalam keadaan mengigil and ketakutan kerana diperhatikan oleh semua lembaga bercahaya tersebut akan tindak tanduk aku ketika mengerjakan solat.
Akhirnya, tetiba aku terjaga.. aku segera tengok hp and waktu ketika itu pukul 310 pagi..
Badan aku berpeluh-peluh ketika aku terjaga.. dada aku berdebar-debar… aku tak tahu nak buat apa.. aku tidur kembali sebab esok nak kerja.. takut bangun lambat pulak….
Peliknya, mimpi aku tu bukan sekali tetapi dua kali!!!
Malam kedua aku mimpi yang sama… dan aku terjaga kembali pada pukul 310 pagi…. Kali ni aku bangun and terus solat sunat…… solat sunat apa pun aku lupa dah… sebab takut sangat… perasaan takut tu tak dapat digambarkan.. sebab semua lembaga bercahaya yang mengelilingi aku tu macam tengah mengawasi aku kerana mereka seperti membuat bulatan mengelilingi aku…
Perasaan aku adalah takut and gerun… walaupun aku tak nmpak muka dorang sebab muka dorang semua bercahaya putih yang terang.
Tetapi, mimpi aku tu masih menjadi misteri kepada aku………..
Selepas hampir 2 bulan bermimpi pelik tersebut, aku diuji oleh satu lagi ujian kedua dalam perkahwinan aku. Aku tidak boleh menceritakan apa yang berlaku kerana ini akan membuka aib aku and suami aku secara terbuka.
Tetapi cukuplah aku katakan, yang pergaduhan kali ni telah mengugat emosi and keimanan aku.
Kami jarang bergaduh, tetapi kali ni apabila bergaduh tidak ada apa yang boleh diselamatkan.
Aku akan ceritakan kronologi apa yang berlaku and apa yang aku lakukan..
Punca pergaduhan adalah disebabkan tiada nya kepercayaan, runtuhnya komunikasi, and tegarnya ego. Dan akhir sekali, lemahnya iman kita untuk melawan hasutan syaitan and iblis dalam membisikkan keburukan pasangan kita di telinga kita.
Kejadian pergaduhan ini berlaku 2 tahun yang lepas… Apa yang aku ingat tarikhnya adalah semasa hilangnya MH370 berlaku..
Masih segar lagi berpengalaman tersebut diingatan aku..
Kejadian tersebut juga berlaku semasa aku baru sahaja menyambungkan pelajaran untuk master di IPTA. Bayangkan betapa kusutnya hati and otak aku. Baru seminggu aku sambung belajar, ditimpa pula ujian dalam perkahwinan.. Hidup aku serabut and kusut….. Setelah berbincang dengan family aku dan suami aku, kami bersetuju aku berpisah sementara dengan suami aku dan tinggal di rumah keluarga aku di kampung dengan niat untuk bermuhasabah diri.
Hampir seminggu aku solat dan berdoa minta petunjuk kepada Allah. Memang benar kami telah berbincang bersama keluarga, tapi hati aku tidak tenang and tenteram.. Aku tidak boleh tidur malam dengan nyenyak.. aku menangis memikirkan apa yang berlaku.. menangis dan menangis sorang-sorang….
Akhirnya, aku buat keputusan…
Aku kene solat and berdoa sungguh-sungguh kepada ALLAH apa yang perlu aku lakukan. Aku berdoa setiap hari dan doa aku adalah;
"Ya ALLAH, Engkaulah MAHA Pemurah lagi MAHA Pengasih lagi MAHA Mengetahui.. Aku merupakan hambaMu yang kerdil dah hina disisiMu.. Engkau ampunkan lah dosa ku samada dosa yang aku ketahui or tidak kutahui… Engkau bukaklah hijab ku tuk mengetahui apakah yang aku tak nampak dalam menyelesaikan masalah aku ni Ya Allah.. Aku buntu dalam menyelesaikan masalah dalam kemelut rumah tangga ku.. Aku lemah, aku kusut.. tetapi aku sentiasa percaya apa yang berlaku kepada ku adalah dengan izin mu… dan jalan penyelesaiannya juga adalah dengan izinmu.. Bantulah aku Ya allah, sesungguhnya engkau lah Maha Berkuasa dan Maha Penentu.. Engkau tunjukkan kepadaku jalan yang lurus, Engkau permudahkan perjalanan hidup ku.. Sesungguhnya aku tahu, kepada engkau lah aku sembah dan meminta pertolongan.. Aamiin.."
Inilah doa yang aku doa without miss setiap kali aku solat… menangis…. Dan menangis… sambil bengkak mata tak sapa yang tahu… aku tengah tulis ni pun macam nak menangis jugak apabila mengenangkan nya…
Hurm……..
Aku percaya kepada kuasa DOA.. and aku yakin apabila berlaku masalah, ALLAH lah tempat mengadu yang paling reliable or dipercayai… Bukannya social media… bukannya kawan.. bukannya manusia…. Jawapannya hanya satu, ALLAH….
Memang benar, kita akan rasa macam bila dah susah baru lah nak doa bagai nak rak… kita akan rasa malu nak berdoa.. so, kita ambil pendekatan buat bodoh jelah, tak yahlah doa lebih-lebih sangat.. lek lek cool udah..
Tapi, tak kanlah bila kita susah, kita taknak doa??
So, bila kita nak DOA???
Nasihat aku;
Tak payah nak tunggu kita dah sempurna baru nak start doa… tak payah nak tunggu kita tutup aurat baru nak doa… kita boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja, hatta dalam hati sekalipun… Berdoalah tanpa rasa jemu… berdoa lah tanpa berprasangka buruk, berdoalah selagi anda boleh berdoa.. Nescaya, anda akan rasa ALLAH begitu dekat dengan anda… Percayalah….
Lebih kurang seminggu macam tu (aku masih di rumah keluarga aku di kampong), aku macam tetiba rasa aku kena buat sesuatu.. Aku tak boleh duduk diam sahaja.. aku kena pikirkan sesuatu.. tetiba selepas berdoa after solat asar, aku macam rasa, aku kene jumpa uztaz perubatan islam..
Tetiba idea tu macam muncul macam tu sahaja…
Aku pun naik pelik, dah kenapa aku terpikir nak jumpa uztaz ni??? Secara jujurnya, sepanjang hidup aku, aku tak pernah or jarang pun jumpa uztaz.. last jumpa uztaz pun jumpa masa nak bayar zakat pendapatan masa aritu lah.
Kawan-kawan aku pun semuanya bukan uztaz or uztazah.. semua biasa-biasa sahaja.. Seriously?? Apahal lah aku boleh pikir pasal uztaz ni?? Perubatan islam pulak ni… aku tak pernah langsung jumpa uztaz untuk membantu menyelesaikan masalah peribadi aku dalam sepanjang hidup aku. Tapi why now??
Tapi bila mengenangkan aku berdoa dan berserah kepada ALLAH untuk menolong aku selama seminggu, dan aku juga percaya perasaan aku ni pun datang dari ALLAH.. Oleh kerana instinct aku tuk jumpa uztaz perubatan islam tu macam membuak-buak dan membuatkan aku resah… aku utarakan idea aku tu pada mak aku.. Aku pesan dekat mak and ayah aku.. jangan lah pulak bawak uztaz yang tah apa2 pulak.. sekarang ni kan bukan boleh dipercayai.. tak pasal2 jadi apa tah nanti.
Ayah aku cakap dia ada kenal uztaz ni, memang selalu lah berubat-ubat orang and dia memang tolong ikhlas ja. Tiada bayaran khas macam sesetengah perubatan islam. So, aku lapangkan dada, and teruskan lah planning aku dengan jumpa uztaz perubatan islam tersebut.
Mai sini aku nak citer kat korang… Aku ni kan bukan lah isteri yang bagus pun.. Kadang-kadang aku macam rasa aku ni jahat giler. Kejahatan and kebengangan aku kalau muncul memang orang akan panas lah dekat aku. Sebab apa? Maybe memang betul lah orang cakap, sapa ada tahi lalat atas mulut ni memang kalau bercakap, orang yang dengar maybe akan menangis sakit hati atau benci dekat aku.
Itulah aku!!!
Aku ada tahi lalat atas mulut. Maybe tahi lalat tu akan menyerikan wajah aku. Kalau aku senyum maybe orang akan pengsan kecairan. Hahahhaha… Tapi kalau aku bukak mulut masa aku tengah panas hati, maybe orang akan pengsan kepanasan…
Aku isteri derhaka!!! Aku isteri jahat!!!! Itulah benda yang bermain dalam fikiran aku sementara nak tunggu uztaz tu…… Sementara menunggu uztaz tu, aku tetiba teringat balik kejahatan yang pernah aku buat… Aku memang rasa aku ada buat banyak silap dalam hidup.. Aku bukanlah isteri yang sempurna di mata suami aku.. Aku juga bukan lah sempurna di mata Allah….. Banyak benda salah yang telah aku buat samaada aku sedar or aku tak sedar.
Memang benar lah kebanyakkan kaunselor rumah tangga ada cakap kalau masa bergaduh tu cuba lah ingat balik benda-benda baik pasangan anda ada buat dekat anda. Sebab dari pengalaman aku, memang aku rasa annoying giler masa aku gaduh ngan suami aku.. Aku macam rasa dialah suami yang paling tak guna…Dialah suami yang paling tidak bertanggungjawab… Dan macam-macam lagilah bisikan dekat telinga aku dengar ketika itu. Bila terpikir kembali aku akan terasa annoying giler!!!!
Tapi apabila berfikir kembali, aku terpikir; Adakah aku ni syaitan yang bertopeng kan manusia apabila aku tengah marah??? Adakah benar aku ni syaitan yang bertudung apabila aku mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang ketika aku tengah marah?? Ataupun adakah aku ni syaitan yang specky apabila aku sentiasa buruk sangka dengan orang lain???
Adakah apa yang aku fikir ni benar???
Akukah syaitan specky???
Benda ni bermain-main dalam fikiran aku sementara menunggu uztaz tersebut…
Aku macam cuak lah pulak nak jumpa uztaz ni. Hati aku macam senak and rasa gelisah. Ayah aku tengah jemput uztaz tu datang ke rumah. Apabila uztaz tu datang rumah aku.. Aku lihat uztaz tu berjubah putih and dia datang sorang ja.. Umurnya 60 tahun. Dia mengucapkan salam, and senyum..
Aku??
Ya allah segan giler kot.. Aku ni memang jenis pemalu.. lagilah bertambah pemalu… Muka dah rasa macam ada tembok dah.. Tebal giler.. Tapi aku tetap teruskan.
Bermula lah perbualan aku bersama dengan uztaz tu bersama-sama dengan ayah and mak aku. Aku menceritakan segala-galanya apa yang berlaku. Uztaz tu hanya senyap sahaja. Tetiba dia bersuara..
"Engkau ada anak tak??"
Aku jawab,
"Takde.."
Uztaz sambung lagi,
"Ada usaha tak?"
Dalam hati aku ketika ini; Ala soalan cliché ni lagi ka.. Tapi aku jawab jugaklah;
"Ada.. Sentiasa usaha uztaz.. Macam-macam saya buat dah. Buat rawatan moden dah, urut2 sudah.. and macam-macam lagilah."
Uztaz tu senyap lama jugak lah.. adalah dalam 30 saat.. tetiba dia bersuara…
Apa yang dia cakap ni adalah sentapan hati aku buat pertama kalinya dalam hidup aku ketika berumur 28 tahun!!!! Aku tak pernah rasa sesentap ini!!! Aku menangis bila dia cakap.. Tak pernah seumur hidup aku menangis depan orang yang aku tak kenal. Lagi2 lah depan uztaz.. Rasa macam malu giler kot… Tapi seriously!!! Aku memang menangis and menangis….
Kata-kata uztaz tu panjang, tapi aku masih ingat sehingga ke hari ni…. Dia berkata dengan lemah lembut, senyuman, tanpa sarcastic dan penuh hikmah.. Kata-katanya biasa sahaja, tapi tak tahulah aku kenapa kata-katanya menyentap hati aku ketika itu dan sehingga sekarang.. Inilah kata-katanya;
“Orang islam zaman sekarang ni kebanyakkannya adalah manusia akhir zaman.. Solat?? Kalau ditanya kita solat ke tak?? Semua orang akan jawab; Saya solat.. Tak pernah miss solat… Tapi bilakah kita solat??? Bagaimanakah solat kita?? Kualiti ke solat kita?”
“Kebanyakkan orang zaman sekarang solat yang diamalkan adalah solat budaya.. Sebab dari kecik dorang solat sehingga lah dorang tua. Tapi masih ramai tak faham and rasa nikmatnya solat.. Saya bagitau dekat awak ni, awak kena jagalah solat dengan solat tepat or diawal waktu.. Awak kene buat, sebab tu adalah pedinding or perisai awak daripada bisikan syaitan and iblis.”
“Ujian yang awak terima ni dari ALLAH.. Awak jumpa saya ni pun, ALLAH yang bgtau dekat awak… Saya datang ni pun, ALLAH yang suruh saya datang.. Saya tahu awak kuat.. Saya tahu awak boleh hadapi.. Dan saya tahu bukan senang nak jadi baik.. Bila kita jadi baik, bukan senang macam tu ja.. Macam-macam kita akan hadapi nanti ni.
Macam saya suruh awak ni.. Saya tahu awak solat.. Tapi kalau lepas ni, awak cuba buat benda baik dengan solat tepat pada waktunya.. Saya yakin mesti ada dugaan yang awak akan hadapi.. mesti ada ujian lain yang awak akan hadapi.. Sebab tu merupakan ujian dari ALLAH yang awak kene hadapi tuk menentukan kuat ke awak?? Betul ka taatnya awak kepada-Nya, or just hangat-hangat tahi ayam jer.. Sebab tu, awak kene kuat…. Sebab bukan senang nak baik, bukan senang nak tangkis bisikan syaitan di fikiran kita.. Bukan senang, tapi saya tahu awak boleh buat.. Buatlah dengan bersungguh-sungguh… dan YAKIN.. Saya pasti pada suatu ketika nanti, hidup awak akan tenang, tenteram and gembira.”
“Jangan risau, ALLAH tahu apa terbaik untuk awak.. Banyakkan BERSABAR…..SABAR banyak-banyak…. Dan BERDOALAH tanpa henti and jemu.. tempat luahan hati awak tu bukan pada manusia.. tapi tahajud pada waktu malam… BERBUAL lah dengan ALLAH… saya tak paksa awak buat.. Tapi kalau awak boleh buat.. buatlah.. jadikan tikar sejadah tu tempat awak berbual dengan ALLAH.. cuba buat.. awak akan rasa nikmatnya….”
“Dah2, jangan nangis dah… Jangan lupa buat nanti apa saya cakap tu.. Sebab nak berubat dengan saya ni, solat tepat pada waktu tu kena buat.. tu pedinding kau tu..”
Uztaz tu senyap sekejap… yelah.. Dah panjang lebar cakap.. Aku pulak amik tisu lap mana-mana yang perlu… Then, dia sambung balik,
“Hurm, aku akan buanglah mana-mana yang ada dekat engkau ni.. Apa yang aku perasan and nampak, ko ni ada pedamping… pedamping ko ni dari ko kecik lagi ni dah ada… tapi kadang-kadang je dia akan masuk badan ko. Benda ni tak bertapak… just damping ko and masuk bila ko leka or lalai.. Selalunya dia akan ganggu kawasan rahim ko, kawasan leher ko, kawasan pinggang ko.. dan paling banyak dia gantung dekat telinga ko.. Banyak gaklah bisikan kat telinga ko ni.. Tapi ko kerap jugaklah tepis.. tapi kadang-kadang ada jugaklah termakan bisikan tu jugak”
Apakah???? Pendamping??? Apa benda tu??? Aku ni bukan jenis percaya sangat benda2 mistik bagai ni?? Dah kenapa aku ada pendamping pulak ni?? Pelik pun ada ni…. Rasa macam tahyul pun ada ni.. Dari aku menangis tadi.. terus terbantut dari feeling2 nangis. Dah rasa macam was-was lah pulak..
Aku tanya balik uztaz tu;
“Uztaz, biar betul ni?? Pendamping tu apa?? Dah kenapa dari saya kecik dah ada?? Or ada orang hantar kat saya ka?? Nak rosak kan rumahtangga saya ka?? Macam santau tu ka???”
Uztaz tu senyum ja.. dan dia sambung jawab;
“Bukan… Pendamping ni, semua manusia dekat dunia ni ada.. syaitan and iblis lah tu.. dorang ni sentiasa akan ganggu umat islam dengan bisikan benda-benda tak baik dekat manusia. Kalau manusia ikut, diaorang happylah.. bagi kes ko ni, pendamping ko ni memang dah ada dengan ko dari kecik. Mungkin bila ko dah baligh…”
“Apa yang aku rasa, pendamping ko ni khas untuk ganggu proses ko nak mengandung.. Dia tak nak ko melahirkan zuriat.. dia nak ganggu lahirnya umat2 islam dekat dunia ni.. Tapi sebab ko ikhtiar and usaha.. ni mungkin salah satu cara kita boleh singkirkan pendamping ko ni.. Sebab pendamping ni bukan jenis bertapak dekat ko. Dia just lompat2 keluar masuk ja.. Sebab tu aku suh ko solat tepat pada waktunya ni merupakan salah satu cara jadikan pendinding buat ko sampai bila2.. Jangan risau, takde apa2pun.. Tak payah takut.. kita takut dekat ALLAH ja.. yang penting kita usaha and selebihnya kita tawakal.”
Aku terkedu tanpa suara… just senyap jalah.. Fikiran aku terawang2an.. Antara nak percaya or tak percaya…
Seriously!!! Tak logic!!! Kalau ada pendamping, kenapa aku tak pernah rasa meremang ka apa sepanjang hidup aku?? Selalu citer hantu dalam filem kan selalu ada angin bertiup kencang, lilin terpadam lah… Ni aku tak pernah rasa macam tu pun.. tapi aku redha jelah.. sebab aku rasa ikut jelah.. aku pun tengah usaha ni.. Buat jelah..
Walaupun hati aku masih rasa ragu-ragu..
Uztaz tu suruh aku mandi air yang ada limau dalam tu yang telah dia bacakan ayat quran and doa.. Uztaz tu sambung balik kata,
“Air ni ko buat mandi.. pergi mandi sekarang.. sebelum ko nak siram, kuatkan diri and tetap kan hati.. engkau kene kuat tau jangan takut pulak nanti.. Kuat semangat sikit.. Selawat 6 kali, and siram air ni terus atas kepala ko and bagi kena seluruh badan ko..”
Aku pun siap2lah pi mandi.. Aku mandi dulu, and niat betul-betul and harap lah kalau betul lah wujudnya pendamping tu, aku minta pada ALLAH tolonglah jangan ganggu hidup aku dah. Aku siram guna air uztaz tu selepas selawat 6 kali and niat… Masyallah!!!! Aku siram air tu and aku bukak mata, satu lembaga hitam, bermata merah and berambut panjang mengerbang berdiri betul2 rapat di hadapan aku!!!! Vision tu hanya seketika and bila aku mengerlipkan mata aku balik.. lembaga itu hilang dari pandangan.. Masyallah!!!!! Apa tu???? Badan aku mengigil seluruh badan.. Tapi aku gagahi jugak, aku kutip balik semua limau yang jatuh sebab uztaz suruh aku kutip sebab kena buang di luar rumah..
Masa aku keluar toilet, mak aku aku tercegat dekat luar toilet tunggu aku mandi.. Aku tanya mak aku,
“Laaaaa, ibu tunggu saya mandi ka?? Buat apa tunggu?”
Ibu aku jawab;
“Uztaz suh tunggu awak lah dekat luar toilet ni.. Takut ada apa-apa jadi ka.. Macam mana? Ok tak mandi??”
Aku terkesima.. Uztaz ni tahu ka apa yang jadi dekat aku tadi?? Aku buat muka cool and jawab,
“Alhamdullilah ok ja..”
Ibu jawab;
“Betul ka ni.. Muka macam pucat ja?”
Aku jawab dengan cool;
“Air sejuk sangat…”
Aku pun bergegas masuk ke bilik tuk pakai baju baru and siap2 sebab proses nak buang pendamping ni masih belum complete. Tapi dalam fikiran aku terdapat sejuta pertanyaan and aku masih belum dapat percaya apa yang aku lihat…..
Proses kedua, uztaz tu suh aku duduk and dia akan baca ayat quran and al fatihah and dia guna daun apa tah.. tuk amik pendamping tu dekat badan aku and cepat-cepat daun tersebut kena masuk dalam plastic.. Daun tu pulak kene segera dibuang di luar umah dekat dalam sungai…lepas tu uztaz tu pesan dekat aku;
“Alhamdullilah selesai dah. Sekarang engkau kene kuat.. solat tu jangan tinggal dan solat tepat pada waktu and sentiasa berzikir.. banyakkan Zikir SUBHANALLAH.. Usaha kena buat semua tu. Jangan duduk sorang-sorang buat masa sekarang.. banyak kan solat tahajud tu.. berdoa lah ya.. Daun tu pulak, kena buang segera tu.. tak boleh tunggu lama-lama dekat umah ni.. Aku rasa, daun tu kena suh ayah ko yang buang.. biar lakilah yang buang.. mak ko kena temankan ayah ko pi buang.. takut apa-apa jadi ka.. baik ada temanlah masa nak buang.. ko duduk dekat umah lah tak payah ikut..”
Masa uztaz tu nak beransur balik turun tangga rumah aku.. aku segera jumpa dia and cakap senyap-senyap dekat dia;
“Uztaz, tadi masa saya mandi, saya nampak…..”
Tak sempat aku nak habiskan ayat aku, uztaz tu terus sambung;
“Aku tahu.. engkau tak payah nak sebut2 dah benda tu.. jangan dok ingat2 dah.. Kuat semangat and jangan dok menangis sorang-sorang dah.. menangis lepas tahajud or solat boleh.. Jangan terbawak-bawak perasaan sedih tu.. ni semua ujian tuk ko ni.. Aku akan sentiasa berdoa yang terbaik tuk ko.”
Aku terkesima and hanya mampu menjawab;
“Terima kasih uztaz…”
Lepas melihat kereta uztaz tu beransur pergi.. ayah and mak aku pulak nak gerak keluar..
Masyallah!!! Masa mak and ayah aku nak amik je plastic yang ada daun pendamping aku tu, tetiba pokok dekat kawasan luar rumah aku tetiba bergoncang, angin bertiup kuat giler, and terus hujan dengan lebat giler.. Mak and ayah aku pandang aku.. Ish.. apa hal pulak tetiba ni.. Suasana di luar rumah aku betul-betul macam suasana filem hantu Melayu scene nak berlawan dengan hantu tu.. Sebijik!!!
Aku tak tipu.
Kami anak beranak berpandangan antara satu sama lain.. Kami tak bercakap apa-apa and tak tegur apa-apa… Mak and ayah aku teruskan jugak sebab uztaz sudah pesan kena buang daun tu keluar umah secepat mungkin.. Aku hanya memandang kereta ayah aku bergerak keluar rumah dengan diringi hujan lebat and petir..
Selesai sudah semuanya pada malam itu.. lebih kurang 2 jam rasanya ayah aku keluar untuk buang semua benda-benda pendamping tu..
Pada malam tu juga, kami hanya mendiamkan diri.. Aku pulak banyak bermuhasabah diri and aku tetapkan azam and berusaha untuk solat tepat pada waktunya…
Keesokkan harinya, baru aku tetiba rasa macam nak tanya ayah and mak aku apa jadi masa buang daun tu..Tapi lembaga yang aku lihat tu aku masih merahsiakan dari ibu and ayah aku..
Lepas aku tanya ayah aku.. Ayah aku pun cerita lah;
“Masa abah nak buang daun tu. Daun tu kan kena buang dalam sungai kan. Hujan punya lah lebat.. Air sungai pulak punyalah deras.. Payung mak ko pegang semua tercabut dah. Nasib baik abah pakai baju hujan.. Daun tu abah payah nak buang pada mulanya…”
Ayah aku tetiba senyap… Aku tanya abah balik;
“Apa maksud abah payah nak buang?”
Ayah aku pandang mata aku.. and sambung cerita balik;
“Masa abah dah pegang daun tu dekat kereta, leher abah dah meremang sampai satu badan meremang.. Rasa berat sangat nak buang.. Abah senyap jelah.. Sebab tak nak bagi mak ko cuak and kalut.. ko tau jelah mak ko nanti.. lagipun, abah nak jalan ke sungai lagi, sungai tu dah lah nak turun dekat tebing.. So abah senyap jelah.. Abah gagah jugak lah pegang daun tu.”
“Lepas tu, abah dah turun dekat tebing sungai tu, abah sorang-sorang jelah.. sebab mak atas tebing.. bahaya lah pulak suh mak ko turun sekali sebab air sungai pun deras.. Masa abah nak baling daun tu, daun tu tak nak pergi.. pelik jugak lah.. and abah rasa macam perasaan abah ada benda pegang or paut dekat tangan abah dengan kuat and keras…… Masa tu, Masyallah!!! Dah rasa takut sangat… badan dan mengigil dah… Abah cepat2 azan… Mak ko dah menjerit dari atas tebing dah.. Sebab dia pelik dah kenapa abah azan tetiba.”
“Masa abah azan tu….. Ayah nampak…..”
Ayah aku senyap tetiba… Aku tanya abah aku balik;
“Abah nampak apa??”
Ayah aku sambung;
“Abah nampak lembaga hitam, rambut panjang….. abah pandang je lembaga tu tanpa kelip mata… sambil habiskan azan tu, and habis je azan sekuat hati abah cakap; “Pergi engkau dari sini, Jangan ko ganggu anak aku lagi!!!” terus lepas tu abah buang daun tu kat dalam sungai… terus hilang dah lembaga tu… Abah memang takut masa tu, tapi sebab dah uztaz pesan berkali-kali dekat abah tadi kena buang betul-betul daun tu.. Abah gagahi jugak lah buang betul-betul.. ni abah nak tanya ko ni.. ko ok tak lepas berubat dengan uztaz ni?? Ada benda-benda pelik tak berlaku dekat ko?”
Aku terkedu bila ayah aku cerita segala yang terjadi semasa buang daun tu.. And sudah pastinya aku yakin apa yang aku nampak adalah benar and bukan khayalan aku. Aku pun cerita lah pulak pengalaman aku dekat ayah and mak aku.. Dan kami semua berpandangan antara satu sama lain…
Kami bukan takut.. Cuma kami masih tidak percaya adakah benar apa yang kami lihat?? Adakah lembaga yang kami lihat adalah syaitan and iblis yang mendamping aku? Begitu kah rupa syaitan and iblis??
Sampai sekarang kejadian misteri itu masih menjadi tanda tanya kami sekeluarga….
Kejadian misteri tu bukan berakhir masa tu jer..
Lepas hari kedua aku berubat, aku terjaga pada tengah malam.. Masa aku terjaga tu.. Aku terlihat satu lembaga hitam tinggi dalam bilik aku berdiri tegak depan katil aku.. Oleh kerana aku rabun jauh, aku tak nampak dengan jelas rupanya.. tapi aku sempat tengok jam masa tu.. and waktu ketika itu adalah pukul 330 pagi.. Aku cepat-cepat capai cermin mata aku and aku tengok kembali ke arah lembaga itu.. Tetapi lembaga itu hilang dah…
Cuak giler!!!! Korang bayangkan tetiba ja terasa meremang…. Terjaga tido… Nampak pulak macam entity berwarna hitam depan hujung katil ko…. Sebab tak nampak aku cepat-cepat capai cermin mata… Tapi lepas tu hilang dah.. aku terus bangun and duduk senyap je dekat atas katil..
Lepas tu, aku terus ambil wuduk and tahajud malam. Aku berdoa and doa aku adalah seperti ini;
“Ya ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi…Aku hamba Mu yang lemah… Kadang-kala aku tak terdaya dengan ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Kadang-kala aku hampir tersungkur kerana lemahnya iman and taqwaku kepada-Mu… Maka Engkau bantulah aku mengharungi dugaan aku ni Ya allah.. Engkau tetapkan iman and taqwa ku kepada Mu.. Engkau mempermudahkan ujian yang aku terima ni..
Jika benar jodoh aku ni perlu dikekalkan.. Kekalkanlah… Jika benar jodoh aku ni perlu berakhir disini Engkau pisahkanlah dengan mudah supaya aku dapat menerimanya dengan hati terbuka… Sesungguh2nya aku redha dengan apa yang berlaku.. Aku tahu, Engkau adalah Maha Perancang and tahu apa yang terbaik untukku. Aku terima ketentuan Mu Ya ALLAH… Sesungguhnya, Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.. Aamiin..”
Aku berdoa sambil menangis teresak-esak….. Sebab ketika itu, aku macam dah tahu apa yang bakal aku hadapi kelak.. aku dah tahu apa yang akan berlaku… Tetapi aku tahu ALLAH akan sentiasa ada denganku.. Aku hanya menangis di tikar sejadah… Perasaan takut aku terhadap lembaga hitam itu sudah lenyap.. Tidak juga rasa meremang pada leher aku. Apa yang aku rasa adalah tenang…..
Gembiranya aku rasa… Nikmatnya aku telah rasa… Hati ku sudah mula terasa dekat dengan ALLAH…. Walaupun aku baru sahaja bermula bertahajud malam pada malam tu.. Aku telah rasa nikmatnya….. Maybe ini dinamakan nikmat tahajud malam.. Alhamdullilah sangat..
Anda bila lagi??
Jangan jadi seperti aku, yang bila dah ada ujian.. Baru nak pergi bertahajud.. Tapi aku tetap bersyukur kerana wujudnya ujian tersebut aku berubah ke arah yang lebih baik.. Maybe inilah yang dikatakan oleh sesetengah orang.. Ujian yang diberikan oleh ALLAH kadang-kadang boleh dijadikan manis jika kita faham and tahu apa yang perlu dilakukan..
Esok pagi nya aku mandi seperti biasa, tetiba mak aku tegur aku;
“Eh, kenapa dengan peha awak tu??”
Aku terus tengok peha aku.. Ya ALLAH!!! Ada kesan lebam sebesar gengam tangan aku dekat peha aku… Bila aku amati betul-betul terdapat seperti kesan gigitan.. Aku menggigil ketakutan.. Muka aku macam takde darah langsung.. Aku and mak aku cepat-cepat masuk bilik and tengok balik lebam tu sekali lagi.. Memang benar.. Kesan lebam tu amat besar and pelik. Aku tekan lebam tu.. Tapi tak rasa sakit pun. Sebab kalau lebam kena jatuh ke apa.. kita akan rasa sakit kan??? Tapi bukan lebam ni… Aku tak rasa sakit langsung.
Aku cerita dekat mak aku mengenai lembaga yang ada dekat dalam bilik semalam.. Mak aku terkejut dan suruh aku call uztaz untuk tanya pendapat dia.
Aku pun telefon uztaz untuk ceritakan mengenai apa yang aku nampak malam tadi.. Cuak jugaklah.. dah kenapa ada balik lembaga tu??? Lepas berubat, aku sudah mula solat tepat pada waktunya.. aku juga dah mula solat tahajud semalam… Tapi baru semalam lah kan bermula…
Uztaz tu jawab balik;
“Macam ni… ko kena faham. Aku dah bgtau ko tempoh hari. Bukan senang nak jadi baik.. Tapi takde lah susah nak jadi baik jika kita tahu caranya.. Nampaknya hijab ko dah terbuka.. Walaupun bukan sepenuhnya.. Engkau dah mula nampak apa yang ghaib sekeliling ko.. Pendamping ko or nama lainnya, syaitan and iblis ni akan sentiasa mengganggu umat islam, lagi-lagi kita nak berubah ke arah yang lebih baik. Mereka naik risau.. Mereka dah mula cuak and bengang bila ko dah mula nak ke arah baik…
Kesan lebam tu kemungkinan adalah kesan kemarahan pendamping ko tu dekat ko… dia marah sebab ko dah buang dia and dia marah ko jugak sebab ko dah mula nak buat benda baik.. dengan erti kata lain, dia bengang lah dekat ko. Sebab pendinding diri ko masih belum kuat, so, dia boleh masuk sekejap dekat badan ko and mencederakan ko. Ni aku nak tanya ni, engkau dah mula solat tepat pada waktu ka??”
Aku jawab;
“Alhamdullilah.. Saya dah mula dah uztaz.. Subuh tu kena usaha lebih sikitlah.. Solat tahajud tu saya baru mula semalam.. Tu pun sebab terbangun tetiba.. Saya tak niat pun nak kunci jam sebenarnya.. Malam nanti saya boleh cubalah kunci jam tuk tahajud malam.”
Uztaz tu jawab;
“Alhamdullilah… Bagus ko ada usaha nak buat tu.. Sebab tulah takutnya syaitan and iblis.. Pesan aku, ko usaha sungguh-sungguh solat fardhu tepat pada waktu tu.. buat dulu dalam seminggu.. nanti ko akan nampak perubahan dalam diri ko sendiri.. Engkau yang akan rasa.."
“Solat tahajud tu cuba buat jugak.. buat slow-slow yang sunat tu. Solat sunat lain ko boleh buat solat dhuha and solat istikarah.. Dua Rakaat je pun.. Bukan lama sangat.. Dhuha ko buat pagi before zuhur, istikarah tu kene buat tengah malam selepas tahajud.. Tapi kalau buat lepas magrib pun boleh jugak.. Paling bagus ko cuba solat sunat tasbih.. Nanti ko baca lah sendiri macam mana solat tu. Solat tu ko buat sekali seumur hidup pun ok dah.. lagi bagus seminggu sekali.. And kalau nak tambah lagi.. Ko buat solat sunat taubat setiap hari lepas ko solat isyak tu.. senang sikit nak ingat kan.. jadikan amalan semua solat sunat tu.. Mula-mula memang payah sikit.. Tapi lama-lama ko akan rasa sunat ko mcam wajib.”
“Lepas tu, ko mulalah sedekah sikit-sikit.. Tak perlu banyak pun. Sikit pun jadilah..or paling bagus masa hari jumaat.. Ko suruh lah ayah ko dermakan untuk ko dekat tabung masjid ka.. senang sikit sebab senang nak ingat and jadikan amalan hidup ko untuk bersedekah tu. lepas tu, kalau ko rasa sihat sikit, puasa lah isnin and khamis… Bagus puasa ni sebab bagi doa ko lagi senang makbul.. Doa orang berpuasa ni ada barakah and hikmahnya.. ko cuba buat nanti..”
“Nasihat aku dekat ko; ko buat sikit-sikit semua sunat tu… Jangan pressure sangat mengenai solat sunat ni.. Penting fardhu tu.. dan yang paling penting konsisten or istiqamah… Buat berterusan supaya jadi routine untuk hidup ko… Aku yakin ko boleh buat.. Senang ja.. tak susah pun.. Buat slow-slow… Kalau ko berjaya buat, ko akan rasa nikmatnya… Insyallah. Aku yakin ko boleh buat.. Mengenai lembaga hitam tu jangan dok risau lah.. Benda tu bukan boleh buat apa2 pun.. Takat tengok jelah.”
“Nanti masa doa lepas solat fardhu tu, ko tambah sikit doa ko cakap; Ya Allah, ko lindungi lah aku dari bisikan syaitan and iblis.. Sesungguhnya aku ingin menuju ke jalan Mu yang lurus and dikelilingi oleh orang-orang yang beriman kepada-Mu.
"Apa-apa pun ko tu kena jaga diri.. Jangan layan perasaan sedih tu sangat.. Jangan dok nangis-nangis tak tentu hala dah.. Masa doa takpe.. Nangis atas katil guling-guling semua tak nak buat dah.. Kuat semangat sikit. And sabar banyak-banyak. Aku yakin ko boleh hadapi ujian ALLAH bagi dekat ko ni”
Aku dengar dengan tekun apa uztaz cakap dalam telefon tu..Rasa sayu sangat.. Macam nak menitik air mata pun ada… sebak dalam dada.. Seperti biasa, suara uztaz tu lemah lembut, penuh kebapaan, and penuh hikmah.. Takde pun unsur sarcastic.. tapi penuh dengan ketegasan and nasihat.. Nasihat yang aku rasa amat menyentap hati aku sekali lagi.
And aku yakin aku boleh ikut pesanan dan nasihat tersebut..
Segala yang dikatakan oleh uztaz tu semua aku pernah dengar dah… dah banyak kali dah mak aku suruh buat.. Aku buat bodoh je.. Muka keras ja… takde perasaan pun.. uztaz cakap dekat aku dalam telefon je pun….. dengar suara je.. Tapi hati aku dah tersentap, dan keinginan untuk buat tu macam tinggi menggunung… keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik tu macam kuat and semangat..
Adakah ini dinamakan HIDAYAH dari allah kepadaku??
Inikah HIDAYAH??? Aku pun tak pasti..
Masih lagi menjadi tanda tanya sampai sekarang..
And yang pasti, sejak panggilan telefon tu (kira-kira 2 tahun yang lepas), sehingga kini, aku masih berusaha untuk solat tepat pada waktunya, menjaga solat sunat aku, bersedekah, berpuasa sunat, and membaca al quran setiap hari….
Aku masih berusaha..
Sebab macam yang aku cakap, bukan senang nak jadi baik.. walaupun kita seorang uztaz, walaupun kita mursyid, walaupun kita pendakwah tegar… semua umat manusia mesti berusaha untuk menjadi baik.. Aku sentiasa berdoa, supaya Insyallah kita semua akan sentiasa berusaha menjadi baik, bertaqwa, beriman supaya diredhai oleh ALLAH di dunia dan di akhirat.. Aamiin..
Kesimpulannya;
Kenapa aku cerita semua cerita ni kepada korang??
Aku bukan nak suh korang pergi jumpa uztaz perubatan islam… Aku bukan suruh korang nampak iblis or syaitan.. Korang nak ke tengok??? Aku nasihatkan tak payah lah tengok. Buang beras ja.
Tapi aku just nak kongsi apa yang aku buat and apa yang berlaku kepada aku setelah aku mengalami ujian besar dalam hidup aku.. Dan apa yang aku lakukan untuk keluar dari kemelut ujian yang aku hadapi..
Macam aku dapat melihat benda-benda halus. Sampai sekarang kadang-kadang aku boleh merasai kehadiran mereka and bayangan mereka. Tetapi selalunya aku akan tepis dengan membaca al fatihah and ayat kursi supaya mereka tidak menggangu aku and membisik dekat telinga aku.
Confirm setiap orang ada mempunyai ujian besar masing-masing dalam kehidupan anda.. Tapi cara untuk menyelesaikannya pun berbeza.. setiap masalah ada lah unic begitu juga jalan penyelesaiannya…Tapi bagaimanakah kita tahu apa kita kena buat dalam keadaan anda kusut, serabut, panic, kabut…??
Nasihat aku;
Kembalilah kepada ALLAH…. ALLAH adalah MAHA Pendengar yang setia… Dia lah Maha Mengetahui.. Memang benar, keluarga, kawan, social media adalah tempat untuk meluahkan perasaan.. Tapi itu bukan lah medium yang buat anda tenang and tenteram.. itu lah medium untuk melepaskan nafsu kemarahan anda… nafsu ketidakpuasan hati anda, nafsu dendam anda, and pelbagai jenis nafsu lagilah malas nak tulis.. penat dah tulis…
Tetapi apabila anda berdoa dan berkomunikasi dengan ALLAH..
tiada nafsu yang wujud ketika itu.. tetapi….
ketika itu hati anda akan tunduk tawaduk kepada ALLAH..
ketika itu anda akan rasa kerdil di depan ALLAH…
ketika itu anda akan malu depan ALLAH dengan dosa-dosa yang telah anda buat sebelum ini…
ketika itu anda akan menangis sayu sebab anda tahu betapa Maha Berkuasa nya ALLAH..
dan ketika itu juga…
Anda tahu, anda pastinya akan tahu….
Bahawa tiada tempat yang layaknya anda sembah and minta pertolongan selain kepada ALLAH sahajalah..
kerana anda tahu…
Bahawa kun fa ya kun adalah milik ALLAH..
Nasihat aku lagi;
Tolong lah sentiasa berwaspada kepada bisikan di telinga anda… bila mulanya or wujudnya bisikan dekat telinga anda, anda kena cepat2 tepis and tersedar…jangan dok layan je.. sebagai contohnya bisikan dalam diri anda;
-Malasnya aku nak solat ni, layan tv dululah.. sekarang ni maghrib habis lambat pukul 840malam.. lek lek cool dululah..
-Ek eleh, menyampah betul lah aku tengok uztaz ni.. meluat pulak aku tengok.. bajet bagus sangat lah tu nak nasihat orang.. kubur masing- masing.. bukan nak mati esok pun..
-Bingit betul lah telinga aku dengar nasihat mak aku ni.. aku dah besar dah pun.. tahu lah aku nak handle hidup aku..
-Ni paling aku menyampah… bape kali nak derma ni.. asyik minta jelah.. pergi lah minta duit dekat orang kaya ka?? minta dekat aku buat apa??
Aku boleh menulis contoh bisikan ni sampai kiamat aku rasa sebab contoh nya adalah infiniti…..
Terbitnya bisikan adalah daripada syaitan and iblis..
Syaitan and iblis akan sentiasa and tidak jemu untuk membisikkan kemungkaran di telinga kita.. Please, aku merayu kepada korang.. tolong tersedar dari bisikan tersebut.. Aku tahu anda boleh… tips untuk tersedar dari bisikan syaitan and iblis yang aku amalkan adalah;
• Setiap kali aku terdengar bisikan dekat telinga aku, aku terdiam sejenak and aku amalkan analisa dalam otak aku.. Aku diam and fikir sejenak and doa dalam hati aku, “Ya Allah, betul ke aku kena buat macam ni??”
Cuba anda buat.. inilah proses untuk kita tahu mana yang benar and salah.. sebab kadang kala kita tak pasti betul ke tak apa yang kita buat. Adakah benda kita buat ni betul di sisi syarak and di sisi ALLAH. Kita bukannya sempat nak bukak hadis or al quran untuk rujukan..
Otak kita pulak kadang kala berkecamuk dengan bisikan or firasat or insticnt…
So, solutionnya kita kena kembali kepada ALLAH.
Percayalah… Insyallah.. kita dapat tepis bisikan jahat dalam otak kita tu…
• Memperbanyakkan zikir harian.. Anda boleh search zikir yang hari isnin kene zikir ni jer.. hari selasa zikir ni jer… and seterusnya.. Sila tampal dekat tempat anda selalu sorang-sorang cth dalam keta.. so, kalau anda amalkan.. otak anda tidak akan senyap or sunyi.. Kalau anda tengah sorang2 or tengah senyap, otak anda telah dipenuhi oleh zikir harian.. So, op kos lah.. bisikan nak masuk pun tak boleh tembus sebab anda dah ada kubu dah.. entah2, syaitan and iblis pun dah lari jauh marathon dari anda sebab kepanasan… hahah.. kita tak tahu.. maybe itulah kot yang akan berlaku dekat dorang.
Aku dah cuba amalkan, and alhamdullilah berkesan.. Anda kena cuba tau…
Sebab hidup kita ni kena berexperiment.. tak salah kalau kita nak cuba.. selagi kita tak cuba.. kita tak akan tahu berhasil ke tak… Tapi kalau kita tak pernah cuba or malas nak cuba.. Sampai bila2 anda akan tergolong dalam golongan yang rugi.. Amat merugikan.. And jangan lupa.. ALLAH amat marah pada orang yang putus asa and MALAS.. tak takut ka dengan ALLAH?
Fikir-fikirkanlah ya..
Nasihat aku lagi and lagi.. Aku rasa ni nasihat terakhir aku untuk chapter ini.. Sebab aku yakin, kalau aku bagi nasihat banyak2 sangat.. takut anda ingat aku macam makcik pulak kang.. so, I think, three is enough.
Tolonglah jaga solat anda….
Aku merayu kepada anda.. Tak susah nak jaga solat.. 5 kali sehari ja pun.. 5 kali sahaja….. Mudah sangat.. masa untuk spend solat 5 waktu tu pun hanya 10-15 minit.. Total tuk 5 waktu solat fardhu; 50 min – 1 jam 15 minit….
Apalah sangat…. Luangkanlah masa bertemu dengan ALLAH, jangan sombong sangat tau.. Orang sombong ni selalu muka tua tau…haha
Bagi mereka yang telah cukup 5 waktu solat.. Cuba pulak solat tepat pada waktunya.. Yang ni kena usaha lebih sikit.. Tapi percaya lah cakap aku.. Kalau anda cuba buat.. Anda akan dapat nikmat yang tak terkata.. Aku akan ceritakan pengalaman aku setelah berusaha untuk solat tepat pada waktunya dalam chapter seterusnya.
Tips untuk solat tepat pada waktunya;
• Setkan masa pada hp or hafal waktu solat untuk kelima-lima waktu tersebut.
• Sedia 10 minute awal dari waktu solat tu. prepare siap2 untuk amik wuduk. Bagi lelaki senang aku rasa.. perempuan ni payah sikit sebab kena bukak tudung lah, basuh foundation lah, basuh celak lah.. and macam-macam lagilah.. So, aku rasa 10 minute cukup aku rasa..
• Setkan pada minda bahawa waktu solat tu macam waktu meeting or waktu yang penting yang anda kena tepati macam waktu exam ka or apa2lah yang dekat untuk anda rasa waktu solat tu adalah amat penting bagi anda untuk anda tak boleh nak miss or terlambat.. Sebab kalau anda miss, banyak isu akan timbul or maybe kena marah kalau lambat sampai..
• Sematkan pada diri anda juga yang anda rasa kesian pada ALLAH…Anda taknak bagi ALLAH tunggu anda untuk ucapkan syukur or memuji Dia sebab….
ALLAH dah bagi banyak nikmat untuk anda yang anda kena syukuri.. ALLAH dah banyak tolong anda bila anda dalam kesusahan.. And pelbagai lagi yang ALLAH telah tolong anda..
Anda tak boleh nak biarkan ALLAH tunggu anda walaupun seminit untuk anda ucapkan tanda syukur tu.. contohnya lah kan;
Anda ada minta tolong dekat mamat ni untuk pinjam duit masa anda susah.. tetiba hari lain dia telefon anda ajak nak jumpa saje-saje just tuk borak2.. janji pukul 9 pagi nak jumpa.. Anda rasa anda akan rasa malu tak kalau anda datang pukul 930 pagi, dan mamat yang pernah tolong anda ni, tercongok setia ja tunggu anda.. siap dah order air 5 gelas dah sebab dah tunggu anda 30 minit dah…Sebab mamat tu datang tepat pukul 9 pagi…
Ada tak anda ada rasa secebis perasaan malu?? Perasaan kesian?? Ataupun perasaan sedih sebab biarkan orang yang pernah tolong anda dahulu menunggu dengan penuh harap tuk berborak dengan anda terpinga2 keseorangan selama 30 minit???
Perasaan itulah yang anda kena sematkan.. MALU, KESIAN, SIMPATI kepada ALLAH kerana biarkan ALLAH menunggu anda….
Macam yang aku katakan tadi.. Anda semua kena cuba buat.. kena berusaha buat.. Kalau kita solat sungguh2 and berusaha untuk solat tepat pada waktunya.. ALLAH akan tolong kita dalam segala genap masalah..
Percayalah…
Aku memang serius nak kongsi apa aku buat and apa yang aku dah rasa… And aku taknak rasa selfish sebab aku dok senyap-senyap and biar aku sorang je rasa benda best ni.
Aku nak korang jugak rasa macam mana yang aku rasa. Sebab aku rasa, korang berhak untuk rasa tenang, tenteram, and aman sebab korang telah dilahirkan dalam keadaan muslim and muslimat…
Sebab bila ko dah mula rasa… percayalah… ko akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ko rasa… Alhamdullilah..
Kisah aku masih belum habis lagi…
Aku akan sambung lagi…
Aku minta maaf pada anda semua kalau terpaksa buat sambungan kisah confession aku ni.. sebab kisah hidupku ni agak panjang… Minta maaf banyak-banyak…Insyallah, nantikan sambungan seterusnya…..
-BERSAMBUNG-
– Cahaya
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Nur Amanina
Fuh panjang beno!
Lukislah
Pheww..gigih betol aku baca pnjg2 ni hahaha
Hayati Shuid
pjgnya crita dia….mls nak baca..haha
Aliff Radzi
Panjangnyaa. Nasib habis gak baca
Lukis la kak oi. Bani melayu malas membaca
Fuhh, gigih membaca. Tp betui la tu confessor.
terima kasih sebab sanggup tulis pjg2.. sgt byk pengajaran dan hikamh.. semoga kita sama terus istiqamah nak melawan bisikan2 dlm diri ni
Nnea Aenn bca bawah2 ada pasal berubat kt ustaz
Thanks for sharing.barakallah fiik
Abis jgk bace..panjang benar..tp isi cerita boleh dimanfaatkan.terima kasih.
Wafi Noh
apak panjang gile
Walaupun panjang, sgt sarat penuh dgn pengajaran.tersentuh hati..tme ksh utk peringatan2 ni. Moga Allah sentiasa jaga kita smua. in Shaa Allah
Ain Hadi
Panjang gileeeee
baca sampai habis Mohd ….jgn skip satu pkataan pun
boleh sy tahu dgn siapa confessor berubat? kat mana? harap boleh pm.. thanks
Wani Wahub
Tlg smbung lagi. Apa jadi dgn rumahtangga awak?
Nabilah Nissanto
Didnt expect it to be this long ?? Mohd Fikry baca ni tapi mesti ko malas juga mcm dog kan
BZ Arzad weh baca ni
Plis…..bg alamat ust tu jgk sis…nk jgkk no fon or alamat umah beliau kt mne…
Ko ni igt org rajin nak baca
Baca la. Bguna utk ko ni
Org baca suku je..nantila
Ko scroll je. Bc yg point penting je
peh ala ala cite munafik pulak aku baca hii
Cerita kita hampir sama, bezanya aku belum kawin. Huhu.
Nurfarah Zulkulnain
yg part 1 punya ada x
Alaaa kenapa smp aku tanya abah balik je .. ?
Gigih baca cerita ni. Dugaan kita sama cuma nak tambah jgn lupa amalkan doa2 harian pagi & petang (boleh beli buku doa Al-matsurat / fortress of a Muslim) kalau rasa2 macam lemah or gangguan tu datang balik, amalkan ayat2 Ruqyah niat utk benteng diri sendiri & keluarga dari iblis syaitan. ❤️
Ahmad Dasuki Shahnun Hasida Binti Mohammed Siti Halifah Mohd Rameli DOn DaugHter Siti Nur Hidayah
Homme’apartir de L’est
Ayie-na Mezlan Ain Diniah Azlin Zuhayra
Syazaril Fathurrahman
Woooo aku baca sampai habis. Full with pebgajaran dab seram hehe
Antara banyak-banyak confessions, ini yg paling menyentap jiwa raga. Semoga kita semua dpt jadi hamba Allah yg sentiasa berusaha untuk ke arah kebaikan. Aamiin.
Park
Azira Zakaria Nurnabilah Zakaria Athirah Najwa Zaaba Zahariah Zahrom Farah Nadia Miaemi QuinSayas :) moh baca ;)
Norhasnida Abdul Wahap Nur Imani Esya MEy Mahabbah
Pnat mmbca…huh…gud info..
ada gik sambungan nya kak..lps nya amal solat on time ya nya dpt skip master trs g PHD n so on..byk rezeki dtg..hehe
Uiii…ku salu da bnda bgerak2 lam tbuh..sa dtg gik lah bnda ya msok lam bdn ku..pas d buang ustaz d rompin mrik..
ku meremang juak maca part ustaz ya ehh..amalkn solat on time kak..baca ktk part 3..byk klbihan nya dpt..
watsapp2..haha
Screenshot save lm hp… bgus tok
nice confessor…
all the best for next confession
Aja Faeiz Nur Hafate
Athirah Razak
Akemi Lina Eipuff RodhiShahirah Sulaiman bca smpi hbs, jom try nk
Allahuakbar.. aku lalai n slalu lewatkn solat..huhu ok mulai skg awalkn waktu solat.. n solat sunat pelan2 kita try.. huhu bagusnya confession ni.. pnjg berjelar n penuh intipati
Aisyah Azmi silaa baca
Zati Hulwani Mohamad baca ni
MNasir Rokman
Akhtar Azhar
Ain Najeehah