Akukah yang salah?

Pertama sekali aku harap nama aku dirahsiakan and kalau sapa2 tahu pon sapa aku, mohon buat2 tak tahu. Thanks in advance kalau story aku ni posted kat confession ni. Mungkin korang cam pelik kenapa aku nak rahsia2 bagai padahal gatal post story ni kat sini. Sebabnya aku nak korang komen sama ada Akukah yang salah atau tindakan aku memang rasional n masih dalam batas pemikiran rasional.

Kisah ni baru je lagi, jadi time aidilfitri 2016. Baru je lagi. Kalau makan petai pon, bau petai tu masih segar bertebaran. Aku ada adik yang terlalu baik hati sampai xpikir baik buruk bila buat kebaikan. Bunyi memang macam mulia tapi bahana disebalik 'kemuliaan' tu memang aku tak dapat terima. Alkisahnya sehari sebelum raya dia bawak balik seorang kawan. Katanya akan stay rumah aku n beraya bersama sampai raya ke-4. Aku memang agak rengsa bila adik aku bawak balik orang asing/ yang keluarga kami tak kenal. Dah la sebelum bawak balik kawan dia tu langsung tak minta kebenaran parents aku ke apa, tup2 nak stay sampai raya ke-4. Tambah pula aku jenis tak berapa suka orang yang aku tak kenal ni duduk lama kat rumah aku. Aku jadi macam ni pun sebab pengalaman lepas.

Sebelum ni pun adik aku penah bawak balik n tumpangkan kawan dia. Bukan sekali, tapi DUA kali. Dua kali tu peristiwa yang berbeza2 sampai berbulan lamanya duduk di rumah kami. Tu bukan tetamu lagi dah. Dah patut dapat status PR dah. Nak jadi cerita, satu malam tu ada sepasukan/segerombolan/sekawanan polis datang rumah aku. Buat raid. Aku pelik la atas dasar apa nak raid rumah aku. Time tu adik aku n kawan dia tu tak da kat rumah. Aku yang masa tu masih lagi di tahun ketiga di law school rasa nak gunakan la hak2 dalam perlembagaan persekutuan and undang2 yang ada kat malaysia ni. Aku persoal polis tu kenapa nak masuk rumah aku. Atas dasar apa? Waran mana? Sapa head operation? Apa? Kenapa? Standard la lawyer memang banyak bunyik sikit. Polis tu pun macam dah x selesa aku banyak dok terjah dorang, salah sorang dari polis2 tu pun mengalah n cakap suspek adik aku ada dadah. Lepas jawab tu, dorang pon retreat n berambus dari rumah aku. What the hell? Dadah apanya ni? Sepantas kilat aku call adik aku tanya ada kat mana suma n bagitau dia ada polis cari dia. Rupanya kawan adik aku yang menumpang tu bf dia pusher daa..Memang kami syak polis cari kawan dia, bukan dia. Tapi dah dia menumpang rumah aku agak lama, polis datang rumah aku la. Tu la sebabnya aku cukup rengsa bila adik aku bawak balik kawan dia yang pelik2 ni.

Ok, habis dah flashback. Berbalik kepada cerita asal, time adik aku tengah mandi, aku pegi confront kawan dia, aku tanya orang mana, tinggal kat mana, kenapa tak balik raya dengan family. Budak tu jawab rumah jauh, bukan orang sini n memang dah biasa tak balik raya dengan family. Aku tak puas hati, aku tanya lagi, ish, hari raya kot, takkan tak balik jumpa parents? Bukan duduk oversea pun sampai tak boleh balik. Dia sengih2 ja. Aku pun berlalu pergi dengan ketidakpuasan hati yang menebal. Aku dengan family syak budak tu ada masalah dengan family dia. Tengok gaya pun macam jenis sosial ni.

Time buka puasa kami makan sama2. Aku tanya budak tu, nak stay sini sampai bila? Kalau stay lama bukan tetamu dah, so bole la tolong2 apa yang patut sebab esok kan raya. Banyak benda belom setel kemas lagi. Adik aku rasa tercabar la kot aku dok tanya banyak sangat kat kawan dia. Maka bermula lah sesi pergaduhan time dok sesedap berbuka tu. Adik aku sejak tinggal rumah sewa n duduk jauh dari family dia jadi berangin semacam. Dia dah naik syeh, dia genggam nasi dia balingnya kat aku. Bayangkan orang dok genggam salji pastu main baling2. Bezanya salji tu bertukar jd nasi. Dah la malam raya dia boleh buat macam tu. Dicampaknya pinggan dalam singki, sejam lepas tu dia angkut suma barang dia n balik rumah sewa. Aku baru tanya macam tu dia dah naik syeh sampai macam tu. Bukannya aku halau ke aku herdik maki hamun pun.

Aku kesian sangat kat mak aku tak dapat beraya dengan semua anak- anak dia. Adik aku sorang ja tak da pagi raya tu. Sayu sedih semua ada. Dia sanggup tak beraya dengan family semata-mata sebab kawan dia yang dia kenal baru berapa bulan. Semangat setiakawan yang sangat tak masuk dek akal. At the same time aku salahkan diri aku jugak sebab kerana aku family aku jadi tak lengkap di hari raya. Tapi aku memang jenis tegas. Boleh dikatakan suara aku dalam rumah tu macam veto la. Parents aku pun tak de la marah aku pun pasal aku tegur adik aku tu. Mungkin dorang pun nak buat benda yang sama tapi sebab dah foresee keadaan akan jadi macam ni, so dorang diam ja. Aku pulak jenis kalau aku tak suka, aku cakap takda simpan2 nye. N sampai ke hari ni yakni syawal ketujuh adik aku masih belum balik. Aku tak pasti sama ada aku ni terlalu ikut emosi atau aku dah bertindak dengan rasional. Aku pun tak pasti. Memang sekali pandang seolah-olah aku yang menghalau secara impliedly. N memang time tu aku memang tak nak orang luar yang aku n family aku tak kenal seenak rasa datang rumah n menumpang. Kadang tu aku ada rasa aku ni selfish gila. Tapi budak tu bukan anak yatim pun. Ada parents, family yang masih hidup tapi kenapa nak datang menumpang rumah aku? Dari situ bole nampak budak tu jenis orang yang macam mana. Lagi 1, aku tak nak adik aku jadikan ni lesen untuk dia bawak balik orang luar macam yang penah jadi dulu. Dia memang xpenah serik. Biarlah orang tengok aku macam kakak yang teruk, selfish, tak bertimbang rasa n semua kejian yang ada. Asalkan benda yang penah jadi sebelum ni tak berulang lagi.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *