Kadang-kadang Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak..
Ingatkan presentation next week, rupanya malam tu jugak.. dahlah tak prepare lagi.. aduhai.. memang kalutlah nak siapkan semua bahan petang tu jugak. Kerja last minute memang aku dah agak pasti kena hentam dengan lecturer. Pasti dalam hati aku. Semasa bergegas gegas menjuju ke kelas aku membaca Surah Taha ayat 1-5 dengan harapan Allah lembutkan hati lecturer tu supaya tak hentam kami dengan teruk masa present nanti..
Tiba2 masa tgh present kena stop dgn lecturer, dia marah semarahnya sambil buang kertas tugasan kat lantai.. Kawan aku yang sama present kat sebelah dah tutup muka malu dan mula menangis…
Aku pulak blurr je tgk lecturer aku..tapi aku rasa tenang dan mengantuk.. tapi blurr lah..mcm rasa takda ape2..aku pelik dengan diri aku.. sebab aku ni jenia yang panas baran dan bolehlah dikatakan ego.. tapi aku rasa macam takda apa2 bila dimarahi dengan teruk depan kelas. aku hairanan kenapa aku kena marah ni.. apa pulak salah aku ni.. dia tak puas hati dengan presentation
dan kertas tugasan yang diberi.. aku minta maaf sbb buat kerja last minute sbb tu serba tak kena..dan kami pun diberi peluang untuk buat balik..
Hurmm bila dah selesai drama tadi, kawan2 kelas aku memberi kata2 perangsang .. lam hati aku pujuklah kawan aku yang nangis tu..aku rasa okay jer ni.. seriously aku rasa sgt pelik, selalunya aku akan rasa marah balik tapi hati aku rasa okay jer..rasa tenang semacam walau lepas kena marah teruk..selalunya akan serabut kalau kena marah..aku juga pelik kenapa petikan Surah Taha yang aku baca tadi tak memberi kesan kat lecturer aku..kenapa dia masih ngamuk kat aku dan kawan aku? hurmmm puas aku fikir..
Rupa-rupanya, khasiat surah tu berkesan kat aku.. patutlah hati aku rasa tenang bila hadapi situasi tu tadi.. Allah hu akbar.. Betapa indahnya kebesaran dan keagunganMu.. Tidak rugi beramal denganAl-Quran.
Hamba Allah