Alasan sebenar kenapa aku membuka purdah

Assalamualaikum . Nama aku Rara . Panggilan manja aku . Pertama sekali , aku nak mintak maaf kalau ada sesetengah pihak merasakan confession aku ni macam ntah apa-apa tapi aku hanya mintak korang faham cerita aku .

Nak dipendekkan cerita , aku seorang niqabis tapi tak suka makan kubis . Ni memang betul . Aku tak suka kubis tapi aku seorang niqabis lah . Suatu ketika dahulu . SUATU KETIKA DAHULU .

Ada beberapa kenalan aku tanya aku yang aku dah tak pakai purdah ke ? Aku jawab ye . Kau tahu , usaha aku nak pakai purdah dulu punyalah banyak halangan dan dugaan tapi akhirnya rezeki aku mengenakan purdah . Gembira tak terkata weyh . Tapi sekarang semua tu dah tak ada dah . Memang aku rindu nak pakai purdah tapi aku tak berani . Kawan-kawan aku pelik kenapa aku bukak niqab . Kau tahu apa yang merunsingkan aku ???

Kata-kata dan pandangan orang lain terhadap aku kala aku bukak niqab . Aku lebih memikirkan kata-kata manusia daripada hati aku sendiri . Aku tak nak orang lain anggap aku mempermainkan purdah . Asyik on off on off . Nak pakai , pakai lah betul-betul :( Sedangkan ini adalah alasan kenapa aku buka purdah . Mereka tak tahu tapi hanya tahu membuat kesimpulan secara membuta tuli :(

Sejak aku pakai purdah , aku terima banyak pujian . Ada yang cakap aku ni baguslah . Solehh lah . Wanita muslimah yang susah nak jumpa di akhir zaman lah . Semakin hari aku dipandang mulia . Hanya kerana wajah aku bertutup . Tapi dalam hati , hanya Allah je tahu apa perasaan aku terhadap kata-kata pujian tu semua . Aku malu . Sebab aku menyembunyikan kejahatan aku melalui purdah . Hanya aku yang tahu betapa jahatnya aku , betapa teruknya aku , betapa banyak dosa yang aku buat tapi aku sembunyikan semua tu di sebalik purdah aku . Aku malu :(

Cukuplah sampai sini rezeki aku memakai purdah :) Suatu hari nanti , aku akan mengenakan juga . Bila tiba waktu yang lebih tepat . Sekarang ni , biarlah aku baiki dulu amalan aku dan diri aku . Aku tak nak wanita berpurdah lain yang baik menjadi mangsa disebabkan manusia hipokrit macam aku :)

Satu je aku nak pesan . Jangan sesekali buat kesimpulan mambabi buta terhadap seseornag sebelum cuba selidik terlebih dahulu :) bukan mudah nak jadi baik sebab iman ni kena selalu sado . Dua-dua fasa , fasa jahil fasa setan fasa jahat dosa semua dan fasa baik fasa berubah fada penghijrahan , dua-dua aku dah rasa . Susah nak berubah jadi baik sebab banyak dugaan . Aku nak korang doakan aku ye . Semoga aku berjaya jadi baik :)

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit