Alfatihah sepupuku
Assalamualaikum..firstly aku bkn budak uia..tapi aq rase page ni sesuai untuk meluahkan segala2nya..aku nak share la sikit pasal berita kematian sepupu aku malam tadi. Aku kesian tengok mak arwah sebab tak dapat tengok anak dia dah nak dekat 3 minggu sebab arwah menjalani rawatan di sebuah hospital di KL. Arwah ada kanser prostat. Arwah sebenarnya tak nak buat rawatan tu..mula2 doktor cakap nak ambil air tulang belakang tapi arwah tak nak. Ayah dia pujuk pun dia tak nak..sampai ke doktor pujuk..tak lama tu dia sendiri cakap nak pergi,hjg bln 12 dia pergi jugak hospital untuk rawatan. Doktor tak jadi ambil air tulang belakang sebab nampak okey.. n penyakit ni pun agak rare kat malaysia (doktor cakap la). Sepatutnya dua minggu arwah kena stay hospital tu. Arwah wat kimor semua okey. Then doktor nak cuci darah dia..da cuci, buah pinggang lak problem. Doktor kasik ubat bagi cuci kidney. Mcm2 ubat la. So tambah lagi seminggu. Mak dia cikgu.. johor cuti jumaat sabtu..so mak dia nk la turun hospital sana khamis ptg tapi ayah dia xbagi..so plan arini subuh nak gerak sekali dgn anak2 yang lain..kebetulan anak dia yang kedua ni belajar kat JB so mak cik aku dgn anak sulong dia tunggu la nak saing g KL terus. Okey arwah anak ketiga dan bongsu. Isyak tadi mak cik aku datang dgn anak sulong dia kat umah aku, biasa la lepak kazen2..umah lak satu baris dgn umah aku..baru je datang lepak tak sampai 10 minit pakcik aq call cakap arwah dah tak ada.. wei terkejut kita org. Arwah sakit tapi nampak sihat. Dia dah hampir 1 tahun sakit. Dia dah tangguh study 1 sem n kalau okey bulan 6 naik sem baru.. tapi Allah sayangkan dia.. dia meninggal disebabkan tekanan darah dia turun terus dan sel kanser dia pecah. Sekarang kami tengah tunggu jenazah arwah. Baru gerak dari kL 1.20pg td. Mak arwah tak dapat nak tatap wajah anak dia masa arwah tengah bertarung nyawa. Tak dapat teman sepanjang 3 minggu hanya borak dkat telefon tu pun suara anak dia macam mengah2.. arwah pun tak dapat nak rasa pelukkan ibunya buat kali terakhir. Ya Allah aku dapat rasakan betapa terkilannye mak cik aku. Pakcik aku jaga siang malam dekat sana bagi semangat dekat arwah tapi……. Sebenarnya arwah ni aku kesian kisah hidup dia sedih sngat.. ayah dia kurang bagi perhatian dekat arwah semenjak arwah sakit baru lah nampak pakcik aku rapat dgn arwah. Mungkin Allah nak tnjuk dekat pakcik aku yang dia ada lagi sorang anak yang patut dia jaga yang patut di kasihani. Ko bygkan lah makcik aku nak hantar lauk untuk arwah masa arwah dekat asrama. Asrama mse dia spm dekat je asrama tu dgn taman kami. Pakcik aku boleh tak bagi tapi anak lain dia bagi. Ko bayangkan la selama ni arwah pendam apa dia rasa bila bapak sndri layan mcmtu..hmmmm.. Allah dengar doa dia dan ambil dia duduk dekat syurga. Ya Allah ko tempatkan lah arwah di kalangan2 kekasih2MU Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa2 beliau. Lindungilah beliau dari seksa kubur dan api neraka.. andai diri ini ada menyakitkan hati ko, aku minta maaf…aku sayang semua cousin2 n family aku.. alfatihah ameng.
#maafkalauayattungganglanggang#harapfahamapayangakutaipni
– Hamba Allah