Algorithma Pelajar Praktikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Amat berbesar hati jika artikel ini dapat disiarkan untuk tatapan warga pembaca tentang bagaimana persediaan bagi seorang mahasiswa yang akan menempuhi alam perkerjaan.

Nampak mudah bukan? tapi saya pasti ramai yang akan mengalami “culture Shock” itu, cuma sedar ataupun tidak. Berubahan itu boleh berlaku dari pelbagai faktor sebagai contoh emosi, perlakuan dan pemikiran.

Mahasiswa tidak boleh “move on” dengan suasana Universiti mereka kebiasannya ialah kepada mereka yang mungkin sangat “enjoy” dalam life universiti ataupun sangat aktif dalam pelbagai acara, program dan sebagainya.

Mengingatkan perkara-perkara ini menyebabkan mereka rasa, “ohh, seronok sungguh zaman belajar aku”

Maka, tercetuslah emosi sedih yang akan memberikan kesan kepada perlakuan sebagai contoh lemah, lesu dan tidak bersemangat dan kesan kepada cara pemikiran sebagai contoh cepat putus asa.

Tetapi, bukanlah penulisan saya ini untuk menakutkan mahasiswa-mahasiswa yang separuh langkah digelar Graduan ini. Cumanya, silap pertama anggapan mereka mungkin ialah:

1. Mengharapkan sesuatu yang indah.

Mudah kata, Harapan palsu atau bahasa ingerisnya yang sering digunakan oleh remaja muda mudi pada masa kini ialah “fakehope”. Betul, sangat betul.

Pengharapan adalah amat menyakitkan. Semakin tinggi melangit yang diharapkan, bersedialah untuk jatuh pada tingkat yang maha tingginya. Oleh itu, persediaan mahasiswa pada harini ialah pertama, harus bersedia untuk menerima pada keadaan yang paling teruk.

Kata mudah lain, menerima keadaan pasangan dengan keadaan yang paling buruk supaya nanti kita lebih menghargai keindahan walaupun sedikit. Begitu juga dengan alam pekerjaan, sebagai contoh jika anda seorang akauntan. anda tidak boleh berangapan bahawa:

a. Anda akan menguruskan kewangan syarikat

b. Anda akan menghadiri perjumpaan-perjumpaan penting syarikat

c. Anda akan ada meja sendiri.

Kerana apa?

a. Mungkin awak tak ada peluang untuk tengok pengurusan kewangan syarikat sebab ia adalah maklumat sulit

b. Mungkin awak akan menghabiskan masa di bilik fotostate

c. Mungkin awak berkongsi meja bersama 10 Pelajar praktikal yang lain (Seperti yang saya cakap, bersedia untuk menerima keadaan yang lebih teruk)

Kerana apa?

Pada pendapat saya, kalau kita mengharapkan sesuatu yang baik tapi kita tak dapat. Anda dapat jamin reaksi anda atau pun perasaan anda itu terkawal? tidak. Cuma apa yang ingin saya sampaikan disini ialah kita kena bersyukur dengan apa jua keadaan kerana tujuan kita ialah untuk mencari ilmu dan pengalaman. Ingat ilmu bukan sahaja dapat dari bidang yang anda belajar. tetapi pelbagai bentuk ilmu yang boleh kita perolehi. Ilmu harus dengan adab barulah datang keberkatan.

2. Pergaulan

Sepanjang saya menjalani latihan industri (pengalaman lepas) saya sangat risau jika digelar “Intern Bisu”. Apa maksudnya? Diam. Bagi salam tak ada. Masuk pejabat keluar pejabat.

Saya faham, mungkin ada yang tidak tahu untuk bergaul dengan orang yang baru sahaja berjumpa. Terutamanya jika terdapat pelbagai jurang umur itu amatlah menyukarkan lagi proses “Ice Breaking” antara pelajar dan kakitangan yang lain. Tapi cuba buat 3 perkara ini:

a. Bagi salam. (Selamat pagi, Assalamualaikum dan Panggilan nama berserta En/ Pn/ Sir/ Boss)

b. Senyum

c. Dah makan?

sebagai contoh gabungan 3.

“Selamat pagi Encik Rahman” sambil tersenyum.

Lalu Encik Rahman berkata, “Selamat pagi”senyum juga

Awak kata, “Dah sarapan encik?”

Encik Rahman kata “Eh, belum. Jomlah Sarapan sekali saya belanja”

Haa, dah jimat makan pagi bukan?

P/s : Tak jamin okay makan free xD

Cuma, saya nak tekankan disini ialah pergaulan amatlah penting apabila bekerja bersama. Kerana apa? Kita nak bina satu persekitaran pekerjaan yang baik. Terasa kekeluargaan itu ada. Percayalah anda akan rasa tenang bekerja dan nak menuntut ilmu pun mudah.

Kakitangan lain mudah nak mintak pendapat kita atau minta tolong pada kita. Jadi, ingat ye anak-anak sekalian. Pergaulan dengan baik, ilmu datang dalam pelbagai bentuk tetapi Ilmu harus dengan adab barulah datang keberkatan.

3. Tugasan yang diberikan.

Baiklah, jika anda diberi tugasan buatlah dengan sepenuh hati. Kerana apa? Itu ialah penilaian prestasi anda. Pergerakkan anda sentiasa diperhati. Percayalah (Ceh, cakap macam aku ni HR pula). Tak adalah.

Kalau boleh, setiap tugasan yang diberikan buatlah pada masa yang ditetapkan. Kalau tidak ada harus cuba sedaya upaya untuk siapkan secepat yang mungkin sebelum menerima tugasa yang seterunya.

Seterusnya, jika ada kakitangan minta tolong. Terimalah dengan baik. Terima je. Jangan memilih. Nak terima kerja dari Penyelia awak je. Tak boleh macam tu.

Ingat bina persekitran pekerjaan yang baik dan setiap pekerjaan JANGAN CAKAP TAK TAHU. Sebaliknya, cakap SAYA CUBA. kalau tak boleh, barulah berjumpa dengan kakitangan itu dan BERBINCANG. Maka, sesi pembelajaran dapat berlaku disitu.

Mudahkan?

Ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Tapi, ini sahaj dahulu. Jika ADMIN uploadkan. Alhamdulillah, saya seronok. Lagilah banyak saya akan kongsikan.

Hahaha, cuma akhir permintaan saya kepada Mahasiswa yang bakak Graduan. Ilmu datang dalam pelbagai bentuk tetapi Ilmu harus dengan adab barulah datang keberkatan.

– Zaha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *