“Alim” Ķonon – Part 2

Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku ("Alim" Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.

Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni.

Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni. Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.

Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.

Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)

Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, "ni lah kawan yg kakak cerita tu" lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.

Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya, cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.

Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik.

Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal arwah mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya, mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, meniggal knp, dh lama ke mnggl, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.

Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye. Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.

Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.

Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn) selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.

– Adik kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,057 Comments

  1. alhamdulillah la klu paih dh berubah skit… syukur sgt hati dia msh lembut… sisss nk sgt sgt tau kesudahan cite ni. plis plis plis. hopefully ada part 3…

  2. panas lak aty bce story abg kau niyh sis .. lau die abg aq dha lama aq tunje kepala otk die .. bebal thap gaban .. sbb toh la aq x pernah pandang sngt org yg pura2 pkai tudung or what .. ade yg oke alhamdulillah .. tp yg pakai tdung tp perangai nzubilah hnye allah je yg thu

  3. IN PANDAGAN DARI SEORANG LELAKI DAN SUAMI SEPERTI KAU PAIH

    PAIH, aku doakan andai kau sia2kan Yaya dan duakan Yaya…kau takkan pernah tenang dalam hidup…kau takkan bahagia malah kau akan terima khifarah kau…

    Kita ni sama2 lelaki..dan sama2 suami…dosa isteri kita…kita yg tanggung…dosa tak bagi nafkah yg cukup pun kita tanggung dan dosa itu takkan melayakkan kita ke syurga walau seberiman mana pun isteri ke dua…yg tak cukup pun kita tanggung inikan pula tak bagi langsung…nafkah zahir atau batin…ingat senangke nak jadi suami kalau nafkah tak diberi secukupnya? Inikan pula nak berpoligami…lagilah nanya…

    Janganlaa amal poligami walau pun kita dibenarkan sebagai lelaki sebab banyak hati yg akan terluka terutama sekali Yaya…

    Jangan sampai hati Yaya sudah hilang untuk kau Paih…masa tu kau takkan pernah lagi bahagia…

    Cintai dan hargai orang yang menyintai dan menghargai kita selayaknya kerana status halalnya dia untuk kita dan bukan kerana sebab lain…mencari yg beragama hanya alasan saja padahal cara itu paling licik dan paling pengecut bagi seorang lelaki…dengan Yaya sendiri kau gagal didik dan bimbing sewajarnya…inikan pula kau kata Atiqah layak utk itu? Dalam berumah tangga kita sebagai suami yg membimbing dan mendidik isteri dari segi sahsiah dan agama…bukan isteri…jangan ambil mudah isu ini Paih…

    Trust me…Atiqah bukan wanita yang baik untuk dibuat atau dijadikan isteri…dia mungkin nampak baik di dalam pakaian purdahnya serta tahap ilmunya tapi dia wanita yang buta hatinya menilai perasaan kaum sejenisnya (pergi rumah kau sendirian dgn kau jumpa famili kau dan pada masa yg sama ada isteri kau si Yaya, dan dia tahu tujuannya dia dtg ke rumah kau bertemu famili kau utk diperkenalkan sebagai bakal madu kepada isteri yang kau aniaya dari segi nafkah zahir dan batinnya, yg kau abaikan dan nafikan hak dia sebagai isteri dalam menerima kasih sayang dari kau sebagai suami kerana kekurangannya, kiranya berperikemanusiaan ke macamtu? Apa perasaan Yaya? Kau tak fikirke? Atau kau memang berhati hitam….org berilmu agamani diuji dgn ilmunya bro….Come onlaa…as perempuan aku rasa Atiqah patut rasa segan dan kasihan kpd Yaya yg merupakan isteri kau, tapi siap beriak biasa, borak dgn famili dan isteri kau macam org tiada perasaan segan mahupun kasihan akan perasaan wanita lain yg merupakan isteri kau, kau rasa baik ke perempuan macamtu? Cuba bapak kau bawa balik perempuan lain ke rumah dan makan depan korang adik beradik then selamba mengaku ini jodoh dia…best tak kau rasa mak kau rasa? Fikirlah Paih logik sikit)…keluarga dia juga amat mengecewakan…tak reti nak jaga air muka bini kau, takkan yg tu pun kau tak sedar lagi….Allah SWT dah bagi petunjuk di situ… di dunia ni ramai yg bertopeng tunjuk baik melalui pakaian, sikap dan ilmunya namun hakikatnya dia paling keji…jangan kerana kekurangan org lain kau kata dia tak layak utk kau dan kau sakitinya…kerana Allah SWT Maha tahu…cuba baca dan cari kisah Uwais al Qarni…wali Allah yg miskin, berpenyakit sopak, disisih masyarakat namun terkenal dan amat dikagumi di akhirat. Kalau nak dikira tarafnya, dia jauh lebih tinggitarafnya di sisi Allah SWT walau dipandang rendah oleh manusia yg rata2 dikala itu ramai dgn manusia yang nampak beriman… MALAH kisahnya serta namanya disebut Rasulullah SAW sebelum dia lahir lagi…Uwais hidup selepas zaman Rasulullah…zaman Saidina Umar Al Kattab R.A.W. jadi khalifah… Dalan Google banyak…di situ kau akan faham maksud aku…

    ALLAH SWT takkan tunjuk samada hambanya yg mana dikatakan beriman atau tinggi atau rendah tarafnya di sisinya. Penampilan berpurdah or berserban mahupun tinggi ilmu agama pun belum tentu menjamin seseorang itu bertaraf tinggi di sisi Allah SWT. Semua dirahsiakan utk kita fikir dan menghargai setiap makhluknya…dan jangan terkejut andai Yaya lebih tinggi tarafnya di sisi Allah SWT berbanding Atiqah…bila baca ttg Yaya pun aku boleh rasa di mana kedudukan dia di sisi Allah SWT selain dari status anak yatim piatunya.., dia taat, dia tak pernah memberontak malah dia tak pernah menunjukkan marahnya atau meninggikan suara atas ketidakadilan kau kepada dia…dia mengasihi ibu kau walaupun dia tahu kau menganiaya dia, kalau org lain di tempat Yaya aku tak tahulaa macam mana layanannya kepada kau, ibu kau dan ahli keluarga kau ..itu sudah cukup menunjukkan siapa dia di sisi Allah SWT. Itu ciri2 orang yang tinggi tarafnya di sisi Allah SWT. Kita boleh lihat dari akhlaknya bukan dari segi taraf atau tahap pengetahuan ilmu agamanya atau penampilannya. Yaya umpama permata….betapa ruginya andai kau sia-siakan Yaya. HAMBA ALLAH SWT yang diredhainya kita boleh lihat dari segi akhlaknya…bukan ilmu agamanya semata2 sebab berilmu agama tinggi tak semestinya berakhlak mulia…Rasulullah S.A W. pernah bersabda: di akhir zaman nanti, ahli agama pun boleh jadi perosak agama.

    Allah SWT dah bagi 2nd warning ketika beraya dgn memperlihatkan keluarga Atiqah macam mana…

    dan 1st warning pada aku bila Atiqah yg kononnya penuh ilmu agama dan bermoral sangat tu boleh ikut kau sebagai lelaki ajnabi yg bukan mahramnya ke rumah kau tanpa mahramnya ketika dia naik kenderaan berdua dengan kau padahal sebagai org yg beragama, kau patut tahu..gadis yang baik akhlak dan agamanya takkan semudah itu utk naik dan bersama lelaki lain yg ajnabi tanpa mahramnya…

    Samaada kau sedar atau kau memang buat2 tak sedar kerana alpa, riak serta ujub dgn nafsu mencari kesempurnaan agama yg mana aku tak nampak apa yg baik pun utk kau sebagai suami, atau semua itu hanya alasan utk kau halalkan perbuatan kau ke atas Yaya…pengecut dan dayus kau Paih, kau tak layak langsung jadi suami, jadi pondan pun kau tak layak andai begini cara kau melayan isteri…disebabkan ego kau yg kononnya mahukan kesempurnaan yang kononnya kau nampak pada Atiqah tapi pada kesempurnaan Atiqah itulah aku lebih banyak melihat kelemahannya terutama dari segi sahsiah seorang wanita muslimah dan sikap dia sebagai orang yang kau kata kononnya banyak pengetahuan agama…nak tahu apa…PM aku…

    Kalau kau duakan Yaya dan sia-siakan dia…aku doakan kau takkan dapat zuriat langsung, hidup tak berkat, tak tenang dan takkan bahagia dengan sesiapa pun yg menjadi isteri kau selain Yaya…

    Rezeki kita terletak pada sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab secara adil kepada pasangan yang halal dan berhak ke atas kita…

    Stop pretending…stop jadi Faker…buang egotu, berubahlah demi redha dan keberkatan Allah SWT…

    Ada hikmah kenapa Allah SWT sejak awal menjodohkan kau dengan Yaya dan bukan dengan Atiqah…takkan kau tak nampak lagi Paih.

    Allah SWT dah anugerahkan Yaya kepada kau kerana dia anak yatim piatu dan Allah SWT nak uji tahap keimanan dan syukur kau sebagai hamba yg mencari redhanya dan untuk pastikan samada kau layak atau tidak utk redhanya….diberikan Yaya utk kau jaga dan bahagiakan…Yaya ialah VVIP Allah di dunia (semua anak2 yatim piatu ialah VVIP Allah SWT di dunia dan cara paling mudah nak dapat redha Allah ialah dgn berbuat baik kepada mereka, cara mudah lain ialah melalui ibubapa)…Yaya dikurniakan Allah sebagai isteri kau utk kau jagai dan bahagiakan sebagai suami…umpama anugerah utk kau mudah mendapat berkat dan redha Allah dan juga ujian dalam rumahtangga kepada kau kerana kelemahannya…dan Allah memberikan Yaya untuk kau sebagai isteri agar kau dapat membimbingnya bukan menyakitinya…nabi pernah bersabda, sebaik-baik rumah orang islam ialah di mana di dalamnya ada anak-anak yatim yang dijaga dan dilayan dengan baik…

    Kau kena sedar dan faham sesuatu…Allah mengurniakan keredhaannya kepada setiap hambanya melalui cara yg berbeza…ada yg melalui ibu ayah…ada yang melalui sedekah dan banyak lagi…

    Namun aku yakin…jalan keredhaan dan keberkatan hidup untuk kau dah ditetapkan Allah SWT melalui Yaya…bukan Atiqah…

    Dengan keadaan Yaya serta latar belakangnya…disitu kau patut dah nampak kelebihannya…tapi kau bertekad menyakitinya…tunggulaa balasan Allah suatu hari nanti andai kau terus begini…

    Aku sejak sekolah sentiasa berdoa untuk memperoleh isteri dari kalangan anak-anak yatim…dan now aku dapat isteri aku dari kalangan itu sebab aku nampak banyak kelebihannya di sisi Allah SWT andai aku melayan isteriku dengan seadilnya…now aku sendiri merasainya…alhamdulillah…rezeki melimpah ruah malah kalau masa bujang dulu duit aku tak pernah cukup…sekarang aku siap boleh menyimpan sekurang2nya seribu dari gaji aku…bersih tanpa rasa kurang…

    Aku kahwin tanpa sekelumit cinta pun dan tanpa kenal wife aku pun sedalam2nya…semua aturan keluarga…aku sama macam kau…

    Kau Paih, dengan apa kau dah buat?…serious andai kau terus begini…kau akan dilaknati…Allah SWT dah bagi banyak tanda2 dan warning tentang apa kau sedang buat dan aniaya hambanya (Yaya)…tapi kau masih buta dan ego utk menyedarinya…

    Percayalah cakap aku…kau takkan bahagia andai kau sakiti hati Yaya…

    Allah SWT dah bagi banyak tanda2 dan warning untuk kau berubah sebelum kau menerima khifarahnya kerana menganiaya Yaya.

    Jangan kata Allah SWT tak payung!

    Kita kahwin ni tujuannnya kerana tuntutan agama dan bukan kerana mencari kesempurnaan atau nafsu….perkahwinan umpama pelengkap apa yang kurang di kalangan setiap manusia dan itulah fungsi kau sebagai suami kepada Yaya. KAU MELENGKAPI YAYA DAN YAYA MELENGKAPI KAU. Kenapa aku cakap begitu? Sebagai contoh; Kau mungkin anak yg jarang dan belum cukup bagus menunjukkan kasih sayang kepada ibu kau kerana jiwa lelaki kau, walau kau tak meninggikan suara kepada ibu kau namun mungkin belum cukup untuk kau berbakti kepada ibu kau kerana amal kasih sayang itu belum cukup kuat meyakinkan Allah SWT mengurniakan keredhaannya kepada kau atas asbab tertentu, dan kerana itu Allah SWT membawa Yaya masuk ke dalam hidup kau, yg manja dgn ibu kau dan yang amat menyayangi ibu kau bagi menguatkan amalan kau berbuat baik kepada ibu kau…Yaya menzahirkan kasih sayang itu melalui cara dia melayani ibu kau…takkan tak nampak fungsi Yaya dalam menguatkan tali keberkatan dan keredhaan Allah kepada kau melalui redha dan bahagia ibu kau?

    Apapun…aku doakan agar dan semoga Yaya menemui bahagia yang seadilnya untuk dia dan sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT.

    Aku doakan Semoga Paih andai dia tetap menganiayai Yaya dan menduakan Yaya…semoga dia menerima hukuman seadilnya dari Allah SWT serta khifarah atas dosanya kepada Yaya. Ameeen.

  4. Mertua mulut puaka cenggitu kau carik? Ha. Selamat menempuh hidup berrumah tangga la aku ucapkan kalau kau betul2 berniat nak kawin dengan atiqah tu. Cemana kau tengok dia pun aku tak paham. Cinta itu buta kan? Buta pungkoq hang.

  5. Nur Shafiqah Hajar Zaleha Ain Lai Lor n member jemah baru Ahmad Hilmi hahah

    Sbb ak tag korg mase paih tgh jahat (except hilmi yg bace sendiri) ak terpanggil nk tag korg balik time dye da baik skit.

    Moge paih terus baik kesian yaya huhu

  6. Ramai kata mcm kisah novel. Tapi mmg betul pun, jalan cerita ni sama seperti novel2 melayu. Menarik! Tak sangka, cerita ala2 novel ni wujud sebenarnya. Sungguh, tak sangka cerita ni mmg betul2 realiti. Please, harap2 ada sambungan. Hihi

  7. Gigih aku scroll komen nak cari orang nama paeh ni. TAK JUMPA.

    Bro, ini nasihat aku.

    Jangan sampai yang dikejar tak dapat. Yang di kendong berciciran.

    Macam anjing dengan bayang2 la. Nampak bayang2 tulang dalam air, lagi besar, lagi cantik, bla bla bla. Lepas tu, menyalak. Tulang pun masuk sungai.

    Apa pun, samada kau nak terima nasihat, atau nak belajar dari pengalaman pahit, mana2 pun tak ada masalah. Kau lebih kenal diri kau sendiri..

  8. paih aku tahu kau bace setiap komen.ni aku nk ckp.jangan ikot napsu paih..kalau ko kompius,tanye Allah.ade sbb Allah izinkan enko ngn yaya tu jadik suami isteri. dari konfesiyon petame lg aku tahu kau mmg baik tp jgn ego. didiklah yaya tu bebaik.ciptaan terindah utk kau tu bro.

  9. Paih…yaya tu isteri yg solehah..awk blh didik dia sprtimana yg awak nak..insyaaAllah dia taat..itula sebaik2 jodoh yg Allah nk bg. Jgn sia2kan dia..doa pd Allah utk hadirkn rsa cinta dan dihiasi sakinah mawaddah wa rahmah dlm rumahtangga.
    -bkn Atikah dlm cite ni yerrr-

  10. I hope atikah read this, n know everyone hates her, pastu malu sendiri. Dasar perempuan tatahu malu. I hope people surround her yang stumble across benda ni baca, n tahu perempuan ta malu tu dia. Aku ni memang anti sikit dengan perempuan acah2 alim ni

  11. Ha ha…. tgk mak… patutnya tau dah Anak die macam mane…. kalau ambek gak atikah… mmg haru la…. same je atikah ngan mak die nnti…. Atikah tu berlakon je alim sblm dpt kau paih…. sekurg2nya… true kaler yaya… wife kau tu… ade dlm tgn kau….

  12. Hmm…klu tuan pny bdn baca, rasa mcm berbaloi sikit nk komen. Harap mmg betul la dia baca.. Sbb klu mcm ni ceritanya, Yaya ni dah termasuk golongan yg dizalimi…haknya dinafikan. Doa org yg dizalimi bukan blh buat main2. Doanya makbul tanpa hijab. Apa2 je yg Si Yaya terlintas dlm hati, dah jadi doa utk Paih & Atikah.

    Silap kita zaman skrg, kdg2 kita tak sedar kita patuh ckp mak ayah sampai terlajak membelakangi Allah. Secara tak langsung, kita dah letak Allah bwh mak ayah. Cakap mak ayah yg menentukan keberkatan hidup kita, bukan Allah. Kenapa? Sbb kita sanggup buat dosa dgn Allah, demi mematuhi ckp mak ayah.

    Contoh skrg, Paih sanggup aniaya Yaya (nafikan hak Yaya sbg isteri, tak penuhi tanggungjawab sbg suami, meremuk-redamkan hati Yaya berkali2) semata2 nak fulfill permintaan mak dia supaya kahwin dgn Yaya. Sanggup buat benda haram semata2 nak patuh apa yg mak ckp.

    Contoh lain, sanggup mungkir janji dgn isteri kerana nak patuh apa yg mak suruh…sedangkan Allah ckp patuh pd mak ayah dlm konteks yg tidak terkeluar dr syariat Islam. Mungkir janji tu kan dah berdosa..

    Bagi org kafir yg hidup kerana duit, menjadikan duit sbg tujuan hidup, hala tuju hidup, maka duitlah tuhan dia. Bagi org yg hidup kerana mak ayah, menjadikan mak ayah sbg tujuan hidup, hala tuju hidup, maka… siapa tuhan mereka? Nauzubillah…

    Soal patuh pd mak ayah ni, kita dah terkeluar dari konteks sebenar yg disuruh dlm Quran.

    Lagi satu, si Paih ni tak berkenan kat Yaya sbb dia kurang ilmu bab agama, etc. si Paih ni lupa kot, klu ilmu menyebabkan dia & Atikah sombong dgn golongan jahil mcm Yaya, nerakalah tempat golongan yg ‘berilmu’ ni…

    Klu si Paih ni plan nk berpoligami, tny diri sendiri dulu, cukup ke syarat dia nk berpoligami? sblm dia jejakkan kaki kedua ke dlm neraka… secara konsepnya, pemimpin yg gagal laksanakan tanggungjawab n penuhi hak mereka yg berada di bwh tanggungannya, neraka jua tempatnya…

    Mungkin Paih byk belajar teori agama, praktikal dlm hidup sehari2 paih tak mampu apply lagi…

    Paih check diri sendiri dulu sblm check org lain. Baiki diri sendiri dulu sblm ada niat nak point out kesilapan n kelemahan org lain. Kdg2, kesilapan n kelemahan org tu, di akhirat nnt mereka ada jwpnnya. Mungkin kesilapan kita yg berilmu ni, takde jwpn depan Allah nnt melainkan disebabkan sombong n angkuh semata2…

  13. Kan aku dh ckp… lama2 syg… ego jer lebih ko ni paih, dlm hati berbunga2 la tu… tp dr mula dh jual mahal… skrg malu la nk hegeh2 kan… lelaki ni mmg suka pun kt pompuan yg comei n takut2 kt diorang… yg xmatured tu la kiut. Sng dgr ckp dan mudah diajar. Sbnrnya bkn takut tp segan… tanda dia jrg bergaul dgn lelaki dan ada rasa hormat kt ko… klu ko syg kt dia paih, dia akn cinta ko sampai mati paih… caya la ckp aku. Lg penting, mak ko suka dia, ko pun tau kn, redha allah terletak pd redha ibubapa. Ok la tu satu bab mak ko dh redha yaya sbg isteri ko. Nyaman hidup dunia akhirat… lgpn ada ank yatim dlm rumah..dlm hdp… mmg lain sinar dan barokahnyer. Ko tenung2 la paih..apapun aku doakan yg terbaik utk korang. Aamiin.

  14. Part 3 pleaseee. Nak jugak taw progress yaya & paih ni. Hrp2 paih semakin hrgai yaya & brubah jd suami yang baik. Klau dh x maw tu lepaskan ja, x pyh duk simpan, buat sakit hati, buat dosa duk seksa hati & perasaan orang.

  15. Alhmdulillah…ada perkembangan.harap paih terus bukak hati untuk terus kenal yaya n bimbing dier hingha ke syurga.sebagai lelaki..awak ketua keluarga…awak lah nakhoda.kepada paih..hargai seseorang yg ada depan mata.yg jauh dan kelihatan sempurna tu belum tentu lagi bagus bila bersama.yaya tu awak boleh didik ikut acuan yg awak kehendaki.nak dia bertudung labuh..awak boleh suruh dia bertudung labuh..nak dia hafal al quran..awak lah kene tuntun dier..semuanya bermula dr awak.dr cerita adik awak sy dpt rasakan yaya ni seorang yg lembut n mendengar kata.terima lah seseorang yg dah terima keluarga kita dr yg belum kita tahu boleh terima keluarga kita or x.awak boleh bina keluarga islam yg awak kehendaki.in shaa Allah.sy doakan kerukunan rumahtangga awak dengan yaya.aamiin.

  16. Neva take things for granted.ur gifted wife wil bring u alots rezeki.Only u ned to do is to tc and kep loving her.gals is ful of emotion yet strong in life.u leave either u wil leave she wil stil survived as Allah is wif al human being.Appreciate if u cn mke a decision asap so tht u wont hurt ur wife nymore.hopefuly u wil neva regret in ur future tym. Trust me..kalau u jaga ur wife.Allah akan jaga u …May Allah ease evethin for u to make decision and ease evethin for ur wife to fell happy in in her life.InshyAllah Amin….B proud as of now…out of knowing evething she is still wif u..reason y?? Mayb hope…Hope Allah to ease evething for her…Hope u will changed….hope ur parents wil guide u for a better change…. Only sharing a piece of my opinion. Hope u dont mind. Sorry in advanced.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *