“Alim” Ķonon – Part 2

Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku ("Alim" Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.

Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni.

Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni. Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.

Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.

Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)

Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, "ni lah kawan yg kakak cerita tu" lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.

Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya, cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.

Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik.

Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal arwah mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya, mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, meniggal knp, dh lama ke mnggl, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.

Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye. Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.

Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.

Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn) selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.

– Adik kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,057 Comments

  1. Alhamdullilah. Doakan yg terbaik untul paih dan yaya. Yaya be strong and tough hokkay..iolls sntiasa support even tak mengenali diri mu dan kepada paih, lembut dan bukakan lah pintu hati utk yaya..sudah tertulis, yaya itu jodohmu. Didiklah dan belajarlah utk mencintai. Setiap yg Allah tentukan dalam perjalanan hidup ni ada hikmahnya.

  2. Huhh.. haritu baca part 1 aku rasa macam nak celup paih tu dalam air loji.. nasib la yang part 2 ni paih buat aku lega 0.01% bila baca

    Keep strong yaya.. semoga Allah mudahkan segalanya untuk yaya dan dapat kebahagiaan yang yaya impikan..

    p/s: harap part 3 ada happy ending.

  3. In sha Allah .. bagi masa pd paih tu utk berubah.. sikit demi sikit .. lelaki ni bila syg dia tunjuk pd perbuatan .. yg pentg dia dah ade kesedaran nk berubah..

  4. Kpd paih, sy rasa xde masalah kalau paih nk kawen dgn atikah..yela..love has no boundaries kan..n maybe dia dh kenal atikah dulu sebelum kawen dgn yaya..tp sebelum bk kawen lagi satu, dia kena belajar jaga, cinta n kasihkan yaya sepenuhnya..n make sure family atikah tu tak kepoh2 sentuh hal2 yg jadi sensitiviti yaya..jaga dua dua hati sebaiknya..

  5. Paih sedar diri sikit slps kena brain wash readers kt page nie. Hrp si kwn paih tag name paih lgi n paih jgn nak denied sgt. Paih ingat la menjaga yaya umpama kau menjaga syurgamu. Jgn persiakan jln nak ke syurga. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua reader.

  6. Atikah… klu awak baca ni… mohon jangan kacau life umh tngga orng.. ..kan somi ko kna kacau.. ko bru tau …si paih pun… jgn duk menggedik ngn pompuan lain.. bini dah ada dpn mata.. sbb spesis llki mcm ni laa aq takut nk kawen..ksian bini ko…

  7. Cik atikah.dh tau paih ad isteri buat ap nk hegeh kat laki orang…kau pakai tudung labuh xguna kalo ko dok hegeh laki orang…bukan ap bg ak yaya tu isteri yanh baik..cume lelaki mcm paih je xtahu nk hargai perempuan yg setia sygkn dia… to paih…ko cari perempuan lain pun.belum tentu die boleh sygkn kau mcm yaya syg kn kau…buang ego..xsemestinya tudung labuh tu baik sgt..kalau baik xdenye nk.menggatal dengan kau..

    • Xde.kena.mengena?..if die perempuan yg baik..die kena.accept sape pun.pilihan.ibu paih…patut die undur diri..as kwn kpd paih ..patut dia nasihatkn paih supaya kembali kepada pangkuan isteri walaupun paih tu xcinta kan yaya.. bukannye melayan cinta paih pd dia.. tu salah.. bercinta dgn suami orang sehingga mengguris perasaan istri sehingga menyebabkan punca keretakan rumah tangga org ..itu salah.. lain la kalo isteri tu perangai jahat curang ka..nusyuz kaa..patut laa sisuami cr lain..tp masalahnye..ap silap yaya sehingga diperlakukan mcm tu..nusyuz kah dia?curangkah dia?..kalau die bukn jenis yg pakai tudung labuh..kalau si paih ni didik bimbing yaya dgn elok dgn cra berhikmah..in shaa Allah yaya ikut…

    • Sokong sis ismi. Sebab saya dlu pun ade bf yg akhirnya kawin pilihan family. Saya ambil keputusan undur diri kerana saya hormat keluarga lelaki tu. Dan sebab agama Islam mengajar umatnya redha dengan ketentuanNya.

    • Betul tu! Mak atikah pun lain mcm.. Dah tau lelaki tu dah kahwin, boleh pula tanya soalan2 yg boleh bawak pergaduhan dan menghina. Kononnya klu kahwin dgn anak dia, subur la. Boleh nampak di situ keluarga atikah tu mcmana. Anak dan ibu sama je. Klu dah tau lelaki dah beristeri, knpa nak terhegeh2 lagi. Mcm dia la perempuan terbaik. Kan dosa besar tuh runtuhkan rumah tangga org! Tu dia tak kira pula..

    • Bukan salah kn tudung..tp sikap beliau merosakkn image niqabis dan yg bertudung labuh..bukan nak mengata..sekadar nk sedarkn..dunia skrg.kena bg sentap bru orang nk sedar dgn tindakn dia..

    • sokong akak ismi.sb atiqah berkaitan la yaya sedih ..?? moga Allah sedarkan atiqah utk tdk jd pihak ketiga retak umh tngga ?? sy doakan atiqah jumpa org lain

    • Winn..skrg rmi mggunakn agama..sbb tu nnti Imam Mahadi perwatakn sgt biase smpi org xtaw die Imam kecuali yg diberi ptunjuk..appearance yg biase x brmkna iman pon biase2.. Sedang Mahadi sendiri terkejut mgetahui dia ialah imam.. Maka die melarikan diri kemudian timbul kesedaran itulah takdirNya dan dia Imam pilihan Allah..Imam Mahadi dikatakan org yg “nampak biasa” sehingga Yahudi susah nk kenal n bunuh Mahadi.. Mgkin lelaki yg pakai cap berseluar jeans tu yg xtggal solat jemaah niat pakai cap menutup kepala lbih dri jubah melabuh lelaki skrg.. Moga kita dijauhka dri penunggang agama..dan kita bukanla golongan itu

    • azfar dia dh taw lama lah ..sb dia pnh mai umh paih tu.mak dia yg br taw.maybe atiqah xhbq kt fmily dia duk kwn dgn laki org?? moga Allah sdrkn smua

    • Sokong kak Ismi Janatul Adilah. Tak smstinya yg tdng labuh tu baik sgt. Then lau btul2 dia sorg yg “alim”, knp tak redha dan trma hkikat yg paih tu da jd suami org. Hahaha.

  8. Rasanya.. Ok jangan kecam saya

    Atikah tu tak salah, paih yang salah bagi harapan. Kalau tgk writer cerita, atikah tu siap puji yaya.. Walaupun ada perangai atikah tidakla setuju in first part, dtg rumah paih buka puasa seorang. Tapi at least bukan atikah yg kecoh pasal yaya

    • dia pun dh dpt bhgn dia bila paih ckp org umah dia pun blaja kat usm. mesti terkejut dan malu sgt2. silap sdiri juga cpt percaya lelaki sampai ikut blk umah nk buka puasa. sensorg pulak.

  9. Kpd yg soh yaya cerai dgn paih, bykkan mengucap.. diorg bru nak kenal hati budi, lgpun, famili paih syg sgt yaya.. bg msa utk paih sedar salah dy.. kpd yaya, trskan bertahan n bdoa, smg Allah kurniakan sebaik2 kebhgiaan utk awak.. kpd paih, cuba bukak hati utk terima yaya, dy isteri yg sah, dah tertulis jodoh kome bdua..

    • Kalau akak jd yaya, akak jawab kt makcik tikah tu. “Mcm mana saya nak ada anak kalau anak sedara makcik , kepit dgn suami saya” biaq makpak tikah tu tau depa takpandai jaga anak! Huh! Maroh!maroh! Hahaha

    • drastik sgt tu.. nnt dikecam org ckp menantu kurang hajar… kalau iols, iols jawab gini “sebenarnya, saya masih suci lagi…” pastu nangis2 dan lap airmata sambil2 tu jeling ke atiqah… haaaaaaa baru ada rupa primadona nusantara kan? hahahaha

  10. Paih..paih..mcm mn la ko blh tfikir nk ade wife yg konon alim mcm atikah tu..sdgkan ko sndr pom masih bertatih2 dlm agama..xjln tgjwb sbg suami..belum tentu kalo dpt atikah rmhtgga kamu blh jd perfect..hargaila istrimu yg dah Allah tetapkan tu..jgn nnt yg dipegang xdpt..yg dikendong berciciran..ehh btul x entah pepatah nim..ahhh..xpela yg pntg ko phm ape yg akk ckp ni paih weiii..akk doakan paih bahgia ngan yaya tu..

  11. Percya lah…inshaa Allah nnti dia akan suke si yaya tu…cinta selpas nikah mmg manis dan inshaa Allah kekal smpai syurga…klo x Allah x kan aturkan jodoh mcm tu…allahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *