Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku ("Alim" Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.
Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.
Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni.
Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni. Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.
Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.
Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.
Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)
Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, "ni lah kawan yg kakak cerita tu" lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.
Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.
Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya, cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.
Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik.
Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal arwah mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya, mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, meniggal knp, dh lama ke mnggl, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.
Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye. Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.
Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.
Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn) selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.
– Adik kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mhon sanbung crita awk ni plisss…. mesti ada part 3..
Ahaha dh mcm novel. Nasihat aku utk paih, hargailah sebelum terlambat. Orang baik zaman skrg makin berkurang dh, so jaga lah baik2. Putus je lah dengan si atiqah tu, buang masa je. Kau dh ada family sendiri, focus je lah dekat family.
Nk lg nk lg. Best plak cite ni.
Alhamdulillah.. slow2 la paih berubah.. takpe, lelaki kan ada egonya.. cuma ralat dengan keluarga si atikah ni, kenapa tak jaga perasaan orang tanya macam tu.. especially ibunya.. Allah.. saya doakan semoga perkahwinan yaya dan paih bahagia. Paih, hargai yaya tu ye. Yaya ni wanita yang baik. Telan sikit ego tu ya. Jaga perkahwinan anda elok2.
mg paih blh terima yaya…mg Atikah, tawar hati ngn paih…..perempuan ni, kdg2 dgn org dia cinta, dia blh jd buta….tp, klo ada org blh sedarkan atikah, lg bgus….mg cinta paih jd milik yaya…..amiin
Weyh paih!!! Harap kau baca lah komen2 kat sini… aduhai… knp kau ni ha?? Yaya tu sikit punya baik… kalau kau nk jaga hati mak kau.. kau xkan buat yaya mcm ni… nak kawen lain?? Tikah tu dh knp?? Alim konon… aku menyampah bila perempuan still hegeh2 nk laki org even tahu org tu dh kawen… paih ooo paih… kesian kan yaya tu.. dh mcm penumpang di hati kau je kan… ingt yaya tu pit stop ke hape?? Klu kau abg aku adik aku ke… mmg aku lempang laju2… tahu tak… laki klu buat air mata perempuan mengalir berdosa… die tu isteri kamu bkn nye org luar… geram dh aku nih… nasib family kau tu jg hati yaya… mohon lah kau terima yaya… mohon sgt… bkn senang perempuan nk bertahan dlm keadaan mcm tu… yatim piatu pulak tu… hmmmm… tak paham betol aku…
bole masuk slot akasia..btw.nice story
Ak tertngal daaa..kes ape nii
Siti Hanum tiba2 aku terfollow kisah ni
Ade lg sambungan rupenye,bgs ko tag ak xyah carik(bru dpt line internet ni)
Manja betul perangai si yaya ni ye…btw kalau betul la si atikah tu gila ke paih, noo wonder la boleb tengok family dia camna…bini gini ke kauu cari paih?
Sekadar menghasut…
Haippp brkenan ngn kmnjaan yaya ke? Haha ??
Bahaha…takde la sampai gitu cik…tapi kalau baca confession yang sebelum ni, mesti faham kenapa saya tulis camni… ??
Yup setuju..macm boleh imaginekan kemajaan YaYa tuu..dgn bygn sweet fifteen gtu cm tante tikah anggap..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1034681919947956&id=729187373830747 – part pertama. Hahaha
Bila ada isteri yg baik tu jaga la elok2. Jgn dipersiakan. Bila terlepas baru kau tahu menyesal seumur hidup paih weh. Caye la aku kabo, kau akan menyesal klau kau lepaskan yaya tu. Kpd yaya, klau paih dh lepaskn yaya contact abg ye. Hehe
atikah yg kt kenal pon ske kawan dgn laki org kan? :p Azie Hassan Nur Sabrina
Benci dengan org yg nama atikah…lagak alim semayang ikut time pakai tudung tutup tetek habih tapi kalau dengan jantan menghela tak henggat…tambah dengan laki orang…hish!
kalau nak solat mesti nak pastikan semua tau
Mengedik wasup dengan laki orang…tak jaga batas tak berdosa pulak??
Tak dpt tangkap ada tak episode lalu ?
Nabila Khairudin tolong oi haha telemovie macam ni perlu diikut peredaran semasa nak tau sapa jahat keh3
Kekekeke dah share
Nampak perubahan yg positif.. Plzz update lg..
Isk macam baca novel, kalah slot akasia. Ingat cerita macam ni jadi kat anak Dato pakai BMW CEO company pegi ofis pukul 10 pagi je ke? Mohon ada sambungan
Ok nie sweet.. part 3 please
Tag sikit paih jantan sakai tu. Nak tengok muka jap
Haha..paih dah insaf sikit agak nya..
Alhamdulillah paih dah elok sikit dekat Yaya. In Shaa Allah smoga Allah bukak hati dia untuk terima isterinya sepenuhnya dah bimbing dia sbgai suami. Klau tgk sikap paih ni, dia ni xde la keras hati sgt, lembut la jgak sbb boleh la brubah lpas baca confession adik dia. Cuma mungkin dia pon malu nk tros brubah mendadak. Xpe, step by step, In Shaa Allah lama2 trbuka la pintu hati tu seluas-luasnya. Ramai org turut mndoakn yg trbaik. Btw, mohon update hahaha sronok dah mcm novel. Siap rasa kecewa lgi tadi sbb dah nk habis baca. X puas hehe. Smoga update seterusnya yg bahagia2 sahaja, no no konflik haha. Assalamualaikum selamat hari raya maaf zahir batin
moga jodoh berkekalan paih dan yaya
abg awk ni.. kurang cerdik orgnya ni ( kata bodoh kang kasar plak kan) permata dah dpn mata nak buat hal lg debik kat mata tu kang
Eiybah M Nashir
Macam novel la seyh. Excited aku baca. Sambungan please.
Taknak ckp bnyk just nk suruh smbung lgi jerr
NUr Umy Rahmat
Semoga si paih nih lebih menghargai isteri dia si yaya… buat atikah semoga sedar… x guna nk ngorat paih sebab paih dh ada yg punya…. dan mak atikah pulak semoga sedaq diri skit anak sendiri pn belum tentu sempurna x payah nk condem anak org… bersihkan ati…
Alhamdulillah
Laju je engko bace woii ? btw mat yi ye yat ?
Muhammad Hazrain mat pengantin baru ?
Syamimi Syahira peluang kedua?
Faiz Jaafar Faiz Rahim paih 2.0
Yeahhh
Faiz Rahim paih dah sedar dan insaf nampaknya
Ya, begitulah nampaknya. Harap2 paeh menjadi seorang suami yang menunjukkan tauladan yg baik kpd segenap lapisan masyarakat
Buat buku laku ni erm
Faridzuan Faiz jgan buat dah perangai lama
Mgkin si paih dh jatuh cinta kt isteri dia tu dia try cari topik nk borak n rapat mcm cari pasal etc.. Cuma dia x perasan / x thu nk tunjukkkn perasaan tu. Hope hppy ending part 3 nanti hehe :)
Emma Jj part 2
Bestnya klu bt drama wa..huhuhuhu
Kan3.. Mcm bez je cetaaa.. Hahhaa..
Kan kan kannnnn
Kita doakan yang terbaik utk Yaya dan rumahtangga abg awak.Moga Allah SWT bukakan pintu hati si Paih,lembutkan hatinya,dan belajar menyintai serta bertanggungjawab terhadap Yaya.Dan semoga Paih mula belajar nikmat ber’SYUKUR’ dgn apa yang Allah SWT berikan…Beriman bukan sekadar belajar agama tapi mengamalkan ajaran agama.bukan separuh2,tapi keseluruhannya.Jangan guna agama waktu nak menghalalkan nafsu sendiri saja.Utk awak,adik yg baik,keep on praying utk Paih dan Yaya.Semoga Allah SWT kurniakan rahmatNya utk seluruh keluarga awak.Amin…
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin :-)
Org kata, kawen ni kita kawen skli ngan family dia.
Kalau cmni laa family mak tikah oii, kene lanyak je paih nnti dgn bakal mak mertua. Tp aku harap jodoh ko ngan yaya sampai syurga. Sayang tau , yaya tu satu dlm seribu. Kalau ko tinggalkan dia, ramai rasanya yg sudi petik. Sbb yaya ni baik dan manja. So, jangan terhantuk baru nak tergadah.(betul dak peribahasa ni, maaf cikgu)
Paih, ko xde msalah dgn family yaya sbb dia anak yatim. Maka bersyukurlah.
Dan byak2 la tadabbur ayat2 al quran. Terutamanya surah arrahman yg Allah ulang2 ayat yg sama.
Bini macam atikah tu ke yg kau cari paih..? Yg ganggu jodoh dari Allah. Yg x reti move on. Yg inherited gen mak n makcik2 kepoh dia. Mungkin dia tau byak pasal agama. Tapi dia amalkan part pemakaian je. Dalaman dia (berdasarkan cerita) lebih teruk dari yaya yg kau rasa agama tak sempurna tu paih.
Akak pon nk komen jgk….adeh terjebak plak aku….paihhhhh…..kalo ko nk kat atiqah sbb bole sembang bab agama…maknanyer ko mesti byk tau pasal agama kan….jd…. bile ko tahu byk pasal agama mesti ko tau kan yg agama melarang kite menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal….yaya tu halal buat ko…bukan setakat halal tuk ko ajak bersembang bahkan halal tuk ko sentuh….si atiqah tu yg haraaaaammmmm tu ko sentuh bahkan bersembang pon x bole…kate tahu agama….kate sembang pasal agama…kalo nk sembang pasal agama baik ko g sek pondok mana2 or carik jer ustaz…ko sembang sampai pagi pon xper…haishhhhh….
Win!
Torbaikkkk..(buat gaya mcm boboiboy sikit)
Buat paih jangan ikut nafsu dan bisikan syaitan. Isteri merupakan amanah . Jangan disia2kan. Bimbang di akhirat nanti kita tak mampu menjawab dipengadilan Allah.
kejap2.. ini betul2 ke novel.. mcm novel wehhhhhh………. boleh jadi inspirasi ni.. hahaha *gelak jahat* baguslah kalau paih tu dah berubah dan (kalau) betul2 nak selamatkan marriage dia, tapi macam mana kalau yaya ni dah tawar hati?
Kawin jela 2,3 atau 4…
Paih.. patutnya paih yg kne kenal mcm mana prempuan yg biasa2 ni.. mksdnya yg ilmunya x mcm paih.. x smestinya yg x pakai tdung labuh.. x pakai purdah ni ‘x baik’.. kalau paih nk ciri yg paih nak tu, paih la bentuk yaya jd cmtu.. lain la kalau paih da cuba bentuk, tp x boleh.. tu mmg x boleh nak buat ap la.. tp cuba tu x boleh skali.. kena bkali2.. kalau prempuan yg btol2 ‘alim’ tu.. die xkn sembang ngn laki..
Sibuk je mak atiqah ni..mil yaya steady je..dia yg menyibuk..memang batch makcik dibenci ank muda skrg la..
Part 1
https://iiumc.com/alim-konon/
Bila dah panjang2 mcm cerita rekaan plak kot
Orang ketiga boleh didakwa di mahkamah syariah. Sekiranya suami/isteri buat aduan. Dan org ketiga dikategorikan sbg penjenayah. Nak tahu lebih2 sila google atau tnya pejabat agama masing2, ini aq terbaca dekat newspaper lama dah. Buat “Atikah-atikah” di luar sana sila buka mata dan hati luas2. Kang xpasal2 kena masuk mahkamah. Confessor tolong screenshot tunjuk dekat Paih, Yaya dgn Atikah. Kot2 nak sedar diri sikit.
betul, yaya atau mertuanya boleh saman atikah ni
Jgn sampai kena saman ja
Betul, boleh saman. https://m.facebook.com/bhonline/photos/a.214103550599.173647.214066990599/10152406256405600/?type=3&ref=bookmarks
Paih kalau boleh, Yaya dah cukup, takyah la Atikah tu. Mak aku selalu cakap kalau jodoh anak yatim memang isteri mithali, ini pulak yatim piatu, ko sorang lah ngan mertua tempat berkasih sekarang nak bahagi pulak ngan bakal kedua. Ko belajar agama kan patut ko faham lah ape maksud adil dalam islam kan. Nanti sia sia je ilmu kite belajar tu
The angel haqeem..hohoho
Paihni blajaq pengajian Islam kn? grad dr u mane ea? ad x narrator cite ni gtau kt part 1 dulu.
saje nak tahuu
‘Adik kau’ plisss update lg ya..hakak mcm baca novel lak..hihihi..btw semoga yaya dgn paih ada hepy ending ya..
Paih salah dok sia2kan ape yg baik kat dpn dye, atikah salah sbok2 ngan laki org tnpa selidik ape sbb paih buat mcm tu n ngengade melayan, yaya salah sebab terlampai lemah, belajar utk pertahankan hak diri sendiri, jgn simply2 snang dipjak org. Family please, bagi kekuatan pada yaya k..
Nak baca part 1 punyaaa
Macam crrita jes ni. Hihi