“Alim” Ķonon – Part 2

Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku ("Alim" Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.

Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni.

Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni. Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.

Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.

Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)

Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, "ni lah kawan yg kakak cerita tu" lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.

Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya, cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.

Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik.

Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal arwah mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya, mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, meniggal knp, dh lama ke mnggl, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.

Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye. Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.

Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.

Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn) selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.

– Adik kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,057 Comments

  1. Part 3 pleaseee.
    But yaya, please be strong ok. InsyaAllah Allah bersamamu. To Paih, appreciate la yr wife. Dia dh xde sape2.. Hmm. To adik, mmg kalau terlalu lapar, bdn kita akn terketar2. My husb and i pn mcm tu. Bila dh lapa sgt, shaking abes dh ni. Kena makan. Hoho tak tahulah kalau org lain tak mcm tu

  2. Haha nangis aku part yaya nangis2 smpai trtido tuh.. Hrp blh la update next episode. Moga2 paih tu jd llaki sbenar yg brtggjwb, jga emosi bini, dan lain2. Aku crita yg part 1 kt laki ak, laki ak marah2. Dia kata, “wan bca crita rekaan apa? Paih tu gila ka? Jahat sgt buat gtu kt org? Dh atikah tu plk gedik nk laki org knapa?”. Huu. Xjd nk crita part 2, takot laki ak xmau dgr dh. yela, xkn mcm tu je brubah kn. huhuuu.. Kne ade syak wsngka cket.

    • Wow..lpas dia bca trus mau skit brubah..aku rsa kita kena confess dkat sini problem rumah bior budak rumah bca comment orng lain psal problem rumah kitaa

  3. Kesian anak yatim piatu . Saya dulu pun yatim piatu. Membasar atas Ihsan orang . Insya Allah segala kesusahan Yaya nanti Allah bagi balas dengan kebaikan. Yaya kena banyak bersabar je.

  4. If ada part 3, saya mengharapkan satu perubahan yg baik dari paih. Semoga dia menjadi seorang suami yg bertanggungjawab dan penuh kasih sayang terhadap isterinya yaya..

  5. to adik paih.. mekasih byk2 bg cerita yg ada pengajaran.. bukan cerita yg tak berapa ade value added kat tv tu.. berguna jugak scroll fb ni
    to paih.. jgn lah rosakkan impression #sadoiman sepatutnya #sadoimanbersama lah ngn bini ko tu.. untung ada bini.. sama2 lah aim masuk syurga tu.. ko da ade point byk nk skor ko tau tak.. ak x rekemen ko teruskan persahabatan la kononnya whatever dengan atikah tu.. elok la kawan2 laki ko yg sedia ada.. byk PU/IM lagi yg ko bole duk melawat/beraya umah/berbincang lah hal duniawi ke ukhrawi ke.. mudahmudahan ko dpt petunjuk dan hidayah lah..
    to yaya… keep calm and rock your world.. kalo sedey.. Allah sentiasa bersama kita.. yg ade millik kita sekarang hanyalah pinjaman.. bila2 masa je bole ditarik balik.. yaya kalo baca ni.. memerlukan trip hang out nk menikmati ciptaan tuhan sambil2 release tension n menenangkan fikiran roger anytime oke? of course kene mintak izin paih dulu.. hehe
    disclaimer : ak takde pengalaman ape2 psl rumahtangga/famili nk bg nasihat tp since ak makan garam dulu drp paih ni.. tergerak jugak nk menaip join bg komen.. apa yg baik tu drp Allah yg tak baik tu drp sy sendiri.. mintak maaf awal2 ni. maaf zahir batin selamat hari raya ;p
    note: mekasih la ade fb iium confession ni.. bergune jugak la ptg raya scroll fb ni..haha

  6. first,aku dh follow since part 1.Berkenan betui la dgn si yaya ni.

    Mmg faham bagaimana perasaan yaya.Dahla anak yatim piatu,sekadar nk menumpang kasih syg fmly paih je bukannya berniat buruk pun.

    second,Skitnye hati aku kat part 2 ni.
    Eii mak atiqah ni pehal doo.Eii eii eiii !

    Please smbungan part 3 please.

  7. Sedih bila bc yaya nangis sampai tertidur….sweet mcm baby jer saya bayangkan bila mlm yaya tido atas riba mil sambil mil usap2 kepala yaya…

  8. Paih , lani mgkin hg TAKBUKAK mata lagi . Hg tk nampak sebetoi2nya yaya tu mcm mnaa . Kalau dah nama isteri , hg xbole layan dia mcm bukan isteri . Bab atikah tu , aku rasa ,hg perlu jauhkan diri dari dia . Kalau betoi dia perempuan yang baikk , dia xkn kacau life hg dengan yaya . Perempuan yg baik takkan kacau hak perempuan yg lain . Cukup beruntung dah hg dapat yaya tu . Kesian yaya . Hope hg boleh bukak hati hang untuk sayang yaya . Dia tu dah jadi isteri hg ,bukan baru nak jadi .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *