Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku ("Alim" Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.
Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.
Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni.
Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni. Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.
Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.
Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.
Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)
Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, "ni lah kawan yg kakak cerita tu" lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.
Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.
Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya, cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.
Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik.
Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal arwah mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya, mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, meniggal knp, dh lama ke mnggl, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.
Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye. Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.
Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.
Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn) selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.
– Adik kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nak buat drama petang2 boleh tak?
Watak Yaya ni bg pd zizie ezzete..watak atikah bg pd atikah shuhaime hahahahah…paih semua boleh jadi..tapi kalau umur dah byk..rasanya fahrin Ahmad ok kot hahhaahhah..so produser..angkatlah jadi cerita ltak disclaimer tiada kaitan dgn yg hidup atau dah mati!
Bg part 1 please. X jmpa ..
Cari lagi smpai jmpa.. hehe.. no 1 sedih skit
Liz Amin ada smbungan dia ni
tak sabar tunggu sambungan.macam slot zehra
Hehehe tu la
Aduh…. tolong buat part 3 plezz… dah mcm baca novel……
Boleh tahan celupar mulut mak atikah tu erk.. Sakit plak hati aku.. Yaya ni mesti baik n manja org nya sbb tu mak paih pun syg dia.. To paih please hargai yaya.. Kau lupakan la atikah tu, bimbing yaya baik2 okay
And mohon sambungan lagi puhleaseee hahaha mcm drama plak seronok bca
Nur Amanina.. ni episod 2..
Sambungan Petapa Pemalu hehe
waaa.. bestnyee relay yaya n mak paih tu.. mcm mak sndiri … huu… nti aq pon nk gitu gak le..
Paih dlm proses ‘blajar utk trima yaya’. .
#sm0gaYayaTabahHadapiDugaan. .
*tgh cuba bayangkan muka paih bila baca komen2 kt sini*
#teamyaya
Mana nk cari part 1?
Mohon ada part3 pls
Seriusly….
Confession ni dah jd cm novel bersiri plk….
Anyway…. moga pasangan ini diberkati hingga ke pintu syurga.
Aminnnnn…
Atikah sila pergi dari hidup paih..heran aku ada gak spesis mak bapak bole terima nak kawen ngan laki org..byk kot jantan at luar..klau btol awak kuat agama awak tak akan luka kan hati kaum awak sendiri wlpn si yaya nak bermadu org payung emas..sekian..
sambong sambong….
Dari part 1 aku ikut cerita ni. Benda aku tak suka bab paih ni konon nak yang alim iaitu si atikah. Tapi, peliknya elok pulak berpurdah ikut lelaki ajnabi ke rumah tanpa ditemani mahram. Rasanya takde disebut atikah bawak mahram dia. Dan 1 lagi, adakah atikah ni takde perasaan? Tak letak dirinya pada tempat yaya? Apa yang buat dia sampai buta hati hal rumah tangga orang? Susah ke nak jaga hati kaum sejenis? Familynya pun ntah hape2 perangai..Paih pun 1, dah ada yang halal tu ko jaga la dia, bimbing dia, ajar dia selok belok agama. Kata kau alim. Takkan tak tahu tanggungjawab suami kot. Bagi aku si paih ni teruk, dah dapat yg baik nak jugak menggatal. Aissshh . Jangan nanti menyesal. Allah tu Maha Adil.
Just nak cakap, masalah takde anak bukan sebab masalah perempuan je wahai manusia sekalian.
Logiknya, dua2 ada ‘sumbangan’ masing2 utk terciptanya seorang baby kan.
Mohon fikiran kuno yang suka blame perempuan bab2 tak dapat anak ni pupus.
Haha…pandai cik kak yup ada kebenarannya, lelaki pun kdg2 ad gk y inferltility.
Both of them take a role respectively.
Betul2
‘adik kau’… ceritalah mula2 mcm mana dorg blh kawen dlu.. baru lengkp cite.. part 1 pun xde cite ni kan
Wah…nk smbgn lgi
Aaa nanti ada masa sambung lagi!!! Suke pulak baca
Atikah tu tak malu ae..Mari sini aku ganyang die,buat malu niqabis je,not to mentioned all niqabis are bad.
Alhamdulillah…perkembangan yg positive…smoga akn btambah baik insyaAllah… Smoga jodoh yaya dan paih akan kekal hingga ke syurga…aamin… To paih, pilih dengan hati…even aku x knal pon yaya tu, tp dri crite adik kau ni, ak pcaya jdoh pilihan mak kau mmg terbaik…semua ibu tau mna yg tbaik utk anak2 nya insyaAllah..to yaya, doa dan trus bdoa…insyaAllah Allah akan kabulkn doa kau…
#gunafbsuaminakkomen
#smogayayadanpaihkekalkesyurga
Ttgl keretapi. part 1 mne ek? Link meh link
Aku harap si paih tu berubah2 lah tak payah nak egois sangat..orang baca hadis belajar agama kalau belajar saja tak guna tak pakai tak hayati macam debu bertaburan dia tak jadi ilmu bermanfaat pon..jgn rasa kita suci sedangkan kita berlumur dosa…#semogapaihjadisuamiyangbaik
Ahmad Hanafi
Ok dah. Tq Paris. Lega bila dah tau jadi mcm tu. HahahHa
This is my first time ever comment on this page since im addicted to this page 3-4 months ago….PLEASE CONTINUE IT WITH PART 3!!!
Nur Fazilah Fazilah
Mmg mcm drama kot
Raihan Bakri dah ada kesedaran laki tu
Hafiz Zulhafiz
Beb Syarafana Razak
Baca dah td.. Dah mcm novel dah ?
Bagus adik die ni..kalau x,smpai bile2 beliau tu x berubah
Skrg okaylah dah ada positive tu. Slow slow ?
Up
Mana confession pertama,cari tk jumpa :(
Alhamdulillah.. Teruskan usaha anda..
Sama2 kita doakan yg terbaik untuk paih n yaya..
Bleh buat novel dh cte sis ni
mujur la paih lain
Paihhhhhh, klau kau bce komen nie, aku cuma nak cakap, moga Allah berikan kebaikan dan keberkahan selama mana kau dengan yaya…. yeahhhhh
update pleasee
Kisah benar
Aku da knal sorg laki ni.. nmpak mcm alim.. berserban,berjubah, janggut pn bleh ikat dandan lg.. sembg dlm fb smua anta ente ana bgai.. tp realitinya, dh 2 kli brkhwin dan brcerai ada 6org anak.. pndai berbicara tntg sunnah hadis apa smua la.. tp tggungjwb pda kluarga lgsg xda..anak2 trabai..Pkaian sptotnya mncerminkn akhlak kita..
wahai lelaki,anda adalah khalifah di muka bumi ni.. brlaku adillah pda kluarga anda
Wan Nur Syahirah
Love you! Pantas. Ini yg aku suka. Haha
Sabaq Nadia Nabila Afandi Nadiah Shah paih dah baik sket dari duluuuu.
Sampai hati paih ?
Kesiannya Yaya ??
Dah agak dah sooner or later mesti kena tag dekat confession ni punya XD
Siapa ade terbaca komen paih tu mohon tepek sini screen shot. Puas aku scroll 1.7k komen oi. Mustahil bole jumpa. Huhu
hahaha baru nak cari jgk tp bila ckp 1.7k komen, xapalah
Try bukak story ni guna web..mcm ada..
Ada yg dah kata mcm ada..tp huhu byk sgt tu nak cek 1-1.
Aku bc blk part 1 sbb nk cari yg mna satu paih komen hehe..
Xyah updated kalo x beri kesedaran…
Xjumpa part 1…tlg bg link.hee
Tq ..
Buat y tulis…saya mendoakan kebahagian awak sekeluarga dan kak yaya…
Sebagai hamba allah..kita hanya mampu berdoa dan berusaha…
Kak yaya kena berusaha secara halus maksudnya….dari segi cara kita..percakapan..gaya badan…kira cam…pujukkan dalam diam(bukan pakai bomoh)
..insyallah….kak yaya akan temui cinta y kak yaya idam….
Abg paih…isteri anugerah allah….istikarah jalan terbaik..saya tau abg lagi tinggi ilmu agama…
Isteri itu di jadikan dri rusuk lelaki…bukan dari kki..bukan dari kepala…
…..
Suami isteri itu harus bertolak ansur….tahu cara menjaga pasangan..memikat bukan hanya pada wajah…juga pada jiwa…hati dan perasaan….insyallah..andai allah mengizinkan kak dan abg mmg 9bersama…pada jadi pon x kan terpisah….
Saya doa awak berdua..kekal bahagia dengan izin allah….
Peace no war yoo
#ykz
Alhamdulillah…abg paih makin berubah…insyallah…berubah kerana allah..kekal bahagia selamanya
Part 3 pliss plisss . hrap lpas ne paih dah baik dngn yayaa
Wan Umaimah