“Alim” Konon Part 3

Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?

Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).

Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.

Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"

Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.

Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.

Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.

Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.

Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.

Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.

Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?

Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.

Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.

Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.

Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.

Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.

Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.

Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.

Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.

Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.

Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.

Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.

– Adik Kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,576 Comments

  1. IIUM Confessions sudah jadi pusat luahkan benda-benda seperti ini. Dari luahan terhadap kes pensyarah kahwin dua, sehinggalah kepada kes di atas. Amat menyedihkan apabila admin tak mampu nak jadikan medan ini suatu medan yang berfaedah.

  2. to be honest, cerita ni lagi legend dari novel. yaya sebijik watak keluar dari novel, famili confessor pun.. hehe. sis, jangan lupa ambik balik myvi tu ya (paih xkan berani jadi buruk siku) nasihat sekali atikah suruh dia undur diri sendiri, obviously paih dah bagi hint dalam group whatsapp dia tpi mungkin paih segan nak bagitau perempuan tu yang dia nak selamatkan rumah tangga dia. cakap kat paih, jangan tamak, satu pun tak mampu nak jaga jangan mimpi nak poligami, kalau kau rasa nak kena seksa esok kat neraka sebab tak mampu bertanggungjawab sama rata, jangan mimpi pun. jaga yaya elok2. walaupun ramai orang suruh paih ceraikan yaya, tapi ramai jugak doakan paih berbaik dengan yaya. (antaranya aku, sebab yaya dari awal2 nampak dia tak nak cerai dengan paih)

  3. Aku taknak bash paih ni sangat..aku tak puas hati dan pelik dgn atikah ni. Kau knapa atikah? Dah mulia sangat kau smpai nk kacau rumah tangga orang? Spatotnta since kau dah tahu si paih ni ada bini..kau belah jelah. Yg kau still duk nak paih tu knapa? Species pmpuan tak tahu malu ke? Buat2 la sedar diri..tuje pesanan aku.

  4. Comel je yaya memang mcm watak drama.. Cemerkap semua.. Dan sgt suka bila cerita yaya manja ngn mak dia.. Bestnya.. Saya pun x mampu nak manja2 ngn mak sgt walaupun saya anak plg manja sebenarnya .. Rasanya akan happy ending InsyaAllah cerita ni.. Moga yg perlu berubah tu dapat sedar dan memahami perasaan kaum sejenis.

  5. First, aku seronok bila baca paih mcm dah mula terima yaya bila dia sendiri dah send gmbr dkt group whatsapp..maknanya dia dah sikit2 trima yaya..aku doakan thn depan mudah mudahan btol makan majlis aqiqah..aamiin..

    Second, even yaya ‘lembik’ tapi sekurangnya yaya bukan kaki kikis..atau lebih utama lg yaya bukan perempuan xtau malu mcm atikah..

    Third, atikah tu hati dia x sebaik pakaian dia..dia xpayah nak ckp sedih dgn apik sbb dia dari awal dah tau paih dah nikah..so dia x tau ke meruntuhkan masjid org tu kejam..puihhh…

    Forth, eh tlg laaa ambik balik kereta myvi tu then bg yaya pakai..paih dah bg green light kot..bulan2 paih byr duit kete..duit belanja brg2 atikah pun paih byr..mak oi..senangnye hidup pmpuan tu….ni mmg kaki kikis versi muslimah ke mcm mne..

    Sekian…..

  6. ak BENCI pmpuan bajet alim mcm si ATIKAH tu. woi ko dah bertudung labuh, pgg tittle agama tp ko kuar masok ngn laki tu apa hal. pastu lpas laki tu kawen baaru ko tergedik2 nak usha balik, miang bontot nk kawen. masa mula2 laki tu nak dlu ko xnk. lpas kawen ko plak terhegeh2. ko ni pejadahnya bt mcm ni. dah la guna duit smua laki tu tggung. ko x pk ke ksian istri dia yaya tau x???!!! dia da kawen th x. DA KAWEN! ak benganggg sgt ngn cite bila part atikah je msti bajet alim tahu isi quran hadis itu ini tp diri kau x layak pn senanya! ok hadis couple ngn laki org dosa x dosa, ko jwb sndiriii. wehh mmg ak panas weh sbb apee sbb member ak sndiri pn ramai cmnii. ALIM TAIK KUCING!. yg si paih blh lak buta mata hati dok bg sgala harta kt pmpuan lain. yg bini sndiri dok merana kt rumah. ap punya ust la ni. huh! laki pmpuan sama! kalo da miang ckp ape pon menggeletik jgkkk. puii

  7. Alaaaa… dah nama pun kahwin terpaksa… ingat senang ke nak merela kan hati… memberontak tu biase… tapi keluarga terutama mak adalah senjata paling terbaik nak lembut kan hati anak… aq rasa bkn faiz x blh terima yaya… cume die x nampak sbb hati tgh mberontak n tak nak bkk hti… ahli keluarga yg lain pun kena main peranan… ajak la buat apa2 aktiviti sesama keluarga… aktiviti yg blh mgeratkan sesama korang… doa kan byk2 spaya paih blh trima yaya…

  8. Saya follow dr part 1 lagi..saya doakan yang terbaik untuk Yaya & Paih. Paih ooo paih tolonglah buka mata, & sekarang paih, kalau ko betul2 nak baiki hubungan ngan yaya, tinggal ler terus si Atikah kah kah kah tu…direct jek cakap tok sah duk mengharap kat ko sbb ko nak baik ngan yaya…and ko pon stop lah bg harapan kat si atikah. STOP! Atikah pon, dah lah Tikah oi jangan lah malukan diri sendiri & tunjuk perangai gitu..dah laki orang tikah oit..stop lah..fikir kalau kene kat ko mcm ni? Ko sanggup hadapi ke? Ko perempuan gak kan tikah?Doa lah banyak2 jgn ikut sgt telunjuk syaitan…Buat awak “adik kau”, saya tahu awak geram..sabar. hope adik kau baca komen saudara yg fbnya “YaAllah MakbulkanlahSegala DoaAriffatri”..saya setuju sgt dgn apa yg dia tulis tu…:-)

  9. Sebenarnya Nadiah kan . Dari part2 sebelum ni lg ak disagree dia guna term n emphasis word muslimah pd watak atikah dlm penulisan dia .

    Dah boleh gugur gugurkan dah kot tittle tu .

    “Budget muslimah makin menjadi ” , ayat seterusnya : “ajak lunch sama dan lain2 bertentangan ”

    Tukar je la -> kegedikan menjadi2 . Kenapa kene ada muslimah kt situ .
    Confuse dgn penulis ni .

    • Cara penulisan n pandangan dah mcm level media2 barat/org2 barat punya description .

      A MUSLIM man ….(insert crime he did)
      A man(yg mana bukan beragama islam)…(insert crime he did)

      The whole muslim dpt the blame .

      Oh well nk heran apa . Islamphobia disebarkan dimana2 pun haha . Sedar atau tak sedar .

      Barat dgn level dia .
      Sesama muslim dengan level dia .

  10. Kikis duit suami org, lepastu nak sedih sebab org tu bgtau semua org yg dia dah beristeri. Malu la atikah weiii. Kawan aku niqabis ramai yg baik, kawan dengan lelaki pun tak. Susah ke nak jauhkan diri dari berkawan dengan suami org? Kata hebat agama. Benci betul!

  11. confessor ni kena hati2, aku takut je apa yg kau ckp ni mengumpat. Mengumpat tu maksudnya bila kita cakap pasal sesorg, dgn niat nk memburukkan dia. Kan? Correct me if I am wrong. Coz honestly, cara aku pandang org mcm atikah semakin berubah(ke arah negatif) dari hari ke hari.

  12. Sekor menggatal… sekor bebal.. aku cukup bersyukur ade wanita seperti yaya… kat sini laa suami dpt memainkan byk peranan kpd isteri yg cemerkap sbgai pelengkap dirinya.. satu peluang keemasan.. baru laa sweet selepas nikah.. ^^

  13. Atikah is teruk! Pakai tudung labuh konon tapi perangai tak sehaluan dgn pemakaian. Teruk. Sama la mcm org pakai purdah tapi dok selpie and edit and uplod dkt public. Teruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *