Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?
Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).
Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.
Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"
Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.
Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.
Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.
Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.
Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.
Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.
Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?
Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.
Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.
Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.
Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.
Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.
Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.
Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.
Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.
Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.
Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.
Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.
– Adik Kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Muaz Muhammad Arif drama dah ni haha
Noor Amnah . Nie part 3 . Kau scrool je ad part 1 and 2 huhu .
kt mana part 1 ng 2 … nak baca
Cta la lg..sy follow ni sbb nk dgr ksah ni ja..mcm bca novel..best..cpt2 smbung ye sal cnta 3 segi ni..atikah ni munafik btol..ksian yaya
Nmpk mcm jodoh mereka kuat n berdasarkn ciri2 mereka, mmg ditakdirkn utk satu sama lain. Bukankah jodoh itu saling melengkapi?
Shami Blurr
Badiuzzaman Zainal Abidin part 3
Aku harap si atikah tu baca la confess ni bia dia sedar sikit org duk kutuk dia. Mmg menyampah dgn org duk bajet2 solehah ni. Guna agama utk puaskan hati sdri. Ciss
Mekyah…follow gop cte ni..haha
Hahahaha. Folo dr part1 lg ?
Sme ya..gram2 ase..haha
Tuu ate.mcm bace novel je asee. Haha
Kenapa rasa macam tak real je cerita nii.. Watak yaya mcm cliche hm
Best cite ni..buat aku tertunggu2 sambungan die..
Selamat hari raya iza..maaf zahir batin..huhunx sgka u pun layan cite ni..geram kan..grrrr
Slamat hari raya maaf zahir batin gak ziela…hehe..tu la,dh cm drama bersiri plak
Kan…bole wat drama dah ni
Owg lain seronok baca, katanya mcm kisah novel. Cuba letakkan diri sendiri di tmpt yaya. Adkah kamu akan masih seronok? Sama2 kite doakan semoga yaya mendpt kebhagiaan bersama suami dan keluarga tercinta. Jaohkan mereka dari mata2 dan hati jahat yg cuba merosakkan. Keep on supporting yaya wahai adik ipar. Yaya dh xde ssape, korang je tmpt dye nk berkasih syg. Tabahkan hatimu yaya.
Tolongla atiqah tu baca confession ni beserta dengan comment section sekali
knp x hide nma tu.. bahaya la… sensetif dgr org nama atikah..plus pkai purdah.. sungguh hipokritttt.. hmmm
Nak sambungan citerr ni. Comel gila yaya masyaallah. Kuat betul yaya ni. Moga bahagia milik Yaya n paih #teamyaya
Adik kau : mintak balik kereta abg paih kau tu.. pergi rumah tikah then ambik balik. Cakap, kereta tu atas nama abg paih.. kalau dia x nak bagi, ajak paih report polis. Kalau dia bg, alhamdulillah.. pastu ko bagi kereta tu yaya pakai sedar skit tikah oi..bertopengkan purdah. Itula time paih nak, ko jual mahal. Paih dh kawin baru tergedik2.. ehh, aku sambalkan jugak si tikah ni..
Shila Fauzi
Macam novel. But truth is hurt. Atikah kena sedar kat mana letak duduk dia. Dan paih pun slow2 merangkak belajar menjadi lelaki dan suami yang baik. #teamyaya
Peh, ni dah bukan confession. Ni kira dah jaja cerita family serata dunia. Stop2 jela. X nampak pun faedahnya.
Tolong tag sy nk baca part 2 …scroll je ke bawah bila dpt bukak tajuk alim part 2 jd hang hp…adoiii nk tau part 2…part 1 dn part 3 dh baca da…
Syahida Ali…bce cite ni..best..nk thu part 1&2…cri kt komen…
Hazwani Amid
last2,sume ni rekaan semata2…lol
uishh.. sampai ber Part2… layan jer
#teamyaya
Seriously Paih tak kisah adik sendiri jaja kisah dia 1 dunia?
Mohon pi ambik kereta tu. Bg yaya guna ka. Hg ka guna en. Duk bg si atikah takda kena mengena sikit pun dgn family hg tu knp. Weyh. Tindakn wey. Bertindak. Paih ni awatlah dungu sgt taktau. Hg dah ada isteri. Atikah tu terang nak kan hg sbb ada duit n rupa. Hahaha malu lah atikah ni teruk gila perangai. Eyy. Aku geram betoilah laki kalau bodoh sampai mcm ni. Permata depan mata duk kejaq kaca.
Sabrina Kamaruzaman Yasmeen Hazirah Roslan
Anyone can get me the 2nd part please. Geram betul terus terlompat part 3. berasap jugakk telinga aku baca part 1 dlu. Xpi terus baca yg dh nk settle down nih rasa macam bnyak part yg miss. Duhh
Ado dalam komen, scroll je.
bereh boh
Dalilah Aqilah Sahrom
Mana david teo ke michael ang ke boleh dah ambik citer ni wat script pastu ambik saharul ridwan jadi paih, janna nick jadi yaya n aida jebat jadi atikah . Kompem2 meletup uolss
Aku tak tau kenapa aku ikut kisah kau . Selalu aku follow kisah yg seram je . Haha .
#teamyaya #teamadikkau
Ramai yg ckp kisah ni drama.. Opinion masing2 kan.. But as for me, i mmg percaya kisah ni.. Sbb hidup kte pn mcm drama kan… Knp i ckp mcm tu? Sbb i pn pnh lalui hidup yg mcm drama.. Klu cerita balik x tahu lah nk nangis ke nk gelak.. So, bnde2 mcm ni xd yg mustahil pun.. Cuma kite tk tahu kisah di sebalik hidup org keliling kite.. Kdg2 bibir tersenyum, hati menyimpan sejuta duka..
#ShipPaihXYaya
En Hanis Kamarudin boleh dah bagi Gen 2 AHE maroon Rim 18 kat yaya. Boleh yaya buat Uber dan GrabCar. Semester nie saje dah 5K outstanding tuition fees yaya
Nur Aina
Aku dah confuse. Berapa segi punya cerita ni.
Nampaknya tak merasa lahirkan pejuang agama la kau atikah oii,,
Aku dah cakapp..lepaskan je yaya tu paih.. Biar aku jaga dia.
cmna nk cri part 1&2?
part 2 yg mana yer
ada sape2 save tak
Noor Azimah Sirajuddin
skrip drama tv3 suku kul 7 ke ni? mcm cite rekaan pn ade
Syima Rahmat
? nanti kang baca
#teamatiqah
pAih..ooo..paihh…ko baca x ni adik ko tulis ni haa??? ko xnak insap2 lg ke?
dahulukan yg halal…buat apa utamakan yg haram walaupun bajet litup bagai… ko xdpt pahala pon ko membela si atikah bukan mahram mahupun isteri ko yg sah tu…
ni yg isteri ko yg dah sah2 mmg sah ni ko abaikan…setiap saat ni ko dipertanggungjawabkan ko tau x???
hai la Paihhhh…ooo..Paihhh…hrp ade la sape2 tag si paih ni kt komen2ni… kalo bleh skali dgn atikah skali… malu ler dik oiii… mengikis jer…. x selari dgn penampilan luaran la ko ni atikahhh…..
Nur Shahirah Zulkiflee Cik Nab Farah Syuhada Roslan
Real story ke apa ni abang kau tak marah ke kau cerita macam2 kat dalam ni? Hahahaha
Lebih baik mampus Je lah cm Tu huhu
Bintu Hanafi
Zaiasra Zainal
Pohon ada produser buat drama.confirm rating tinggi