Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?
Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).
Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.
Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"
Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.
Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.
Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.
Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.
Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.
Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.
Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?
Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.
Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.
Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.
Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.
Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.
Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.
Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.
Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.
Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.
Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.
Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.
– Adik Kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Wei Aimi!! Bertambah balek marah. Tak maluuu nye atikah. Cepat la part 4
Cpt plak ko komen. Bkuntum kat cnfession jela. Ha3
takpe doh pasal kete apa sume…biar paih terima yaya tu dulu…nanti pelan2 amik la semua yang paih dah bagi ke yaya tu…kete tu pun atas nama paih…benda boleh setel cara baik…bukan salah atikah sorang gayanya…paih pun bagi harapan, atikah mengharap…tapi nampak dah sinar hubungan paih – yaya ni…keep calm and continue, kalau ada part seterusnya, masukkan k… :)
Ada part 1 x ?
https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/1034681919947956?comment_id=1034693206613494&ref=notif¬if_t=like¬if_id=1467712836324097
part 2 – https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/1037305153018966?comment_id=1037351566347658¬if_t=like¬if_id=1468042875703524
Saya akan selamatkan yaya. Jangan risau.
?
goodluck bro…kahkahakah
tq bob. gua terlepas bab 2.. hehe
Berehhh
Atikah loser ni berangan melahirkan pejuang agama apa benda ni -_- kikis duit laki orang .Fikir baik sangatlah gedik solehah konon .
Sokong
Fatima Absuner, kali ni plot n ayat okay tak? Banyak sangat watak nama sama, penin pala ana, teringat kisah Ant Man yang kau habaq tu. Hmm.
Kau pernah tengok Ant Man ke bro ? Hahah part Louis tu paling kelakar gilaa aku gelak sakit perut ?
Kah3. Tak tengok lagi. -_-
Tengok dkt YouTube laaaa !!! ?? atau online movie123.com
Haha. Dah download lama dah, tapi malas tengok. Nanti aku tengok lepas exam. Tak lawak macam cerita confession tu siap hang. Haha
Eee tolong lah. G lah amek kete kat atikah tu. Tunggu ap ag… Sedak die naek kete free ape jenis manusia lah.. Nauzubillahiminzolik…
Nabilah Yazid Aizatul Nur
Usu Siti Hasmah episod 3.
mcm cite lam tv beb.
Aku harap cerita ni bukan rekaan semata2. Aku dah follow cerita ni drpd part 1 lg. Aku harap ending dia yaya & paih bahagia.
Huhu. In syaa Allah bukan rekaan.
Sedih + sebak sket bca komen2 org dlm ni duk ckp ni smua fake lah ape lah. Huhu. Kesian kt confessor. Kita anggap bnda ni fake. Tp realitinya ad. Sbb sy sndri ade kawan yg alami hdup pnuh dramatik mcm drama2 tv3 tuh. Malah lebih truk. Dorg xde tmpt mengadu. Sbb kdg2 org sekeliling xfaham. So dgn jd anynomous dia mghrpkn sokongn org sekeliling.
Huhu. Septutnya mereka smua tu kena bgi sokongn kt confessor. Sekurg2nya beri dia semngt nak tlog fight hak kakak ipar dia. Or else jgn komen apa2 kalau sekadar menyakitkan hati dia. I know confessor ni mst baca komen2 kita smua kan. Hehe. Sama2 lah kita doakan smoga confessor n family jumpa jln pnyelesaian yg trbaik.?
Btw, sorry sis komen pnjg2 lak kt komen sis ni. Hehehe. #justmy2cent
Sis xnak kecewa sbnrnya sbb mmg sis follow cerita ni dan sgt simpati dgn nasib yaya. Semoga paih terbuka hati dan menjadi seorg suami yg bertanggungjawab pada yaya dan boleh lupakan atikah sepenuhnya! No more atikah dlm cerita ni nnti. Hehe. Kepada kwn awak, semoga dia jumpa sinar bahagia utk dia nnti. Sis doakan baik2 je utk semua. Hehe
Benar atau tidak, kita still boleh ambil buat pengajaran
Menyirappp pulak aku bca ni… sabarlah duhai hatiii…
aku percaya ni bukan rekaan . maka sila update aku dengan part ke -4 okeh
Ommmmooooo next taknak criter psl atikah nak psl yaya plk
Ok nanti part 4 ya.
Amelia Aziz
Melaka
Pedho
Atikah
Bodo
Haha Kak Ainaaaa apa niiii ???
Hohohoo sorry kite emo
Mira..aq xfham citer ni..haha
Kau dah kenapa ahahahaaha
Bt novel pls..hahahaha..confirm aku beli.
Xtahu laa awat makin drama telenovela tv3 nii tapi kalau btul. Paih nii lepaskan je laa yaya tuu. Aku rasa ada jee budak u yaya minat kat dia tapi biasa la minat dri jauh . Hg nii paih kalau dh cinta mati kt tikah tuu jangan laa sampai seksa perasaan yaya. Lelaki yang tak reti menghargai dan perempuan yng suka menyundal memang patut laa bersatu. Oppss
*kalau ini citer rekaan aku akan gelak besar*
Hrp..ni cerita betul..nnti puas marah paih n atikah..jgn pulk plot twist katalm..ini ada lah cerita rekaan pula
Aku nak tunggu part 4 . Harap atikah berambus jauh jauh huhu
Kluar part 4 nt jgn lpe share n mention nme ak.haha
Berehhh haha
Salam sis, sis pun ada ye kat sini.
Dimana ada luahan hati disitu ada sis la?
Hahahaha sama la kita. Jd reja sampai pukul 3am ni tk tidur
Sis mmg waktu tidur mcm org duduk oversea . So pagi mcm ni bagaikan siang bg sis ?
Wehh. Emosi aku bacaaaa. Why atikahhh, whyyyyy. ?
Perampas tak rasa apa apa . Cuba kalau hak dia dirampas. Meroyan 7 keturunan hagaknya
Aku bagi tips kalau korang nak senang cari. Pegi bahagian search kat fb ni then taip je “alim konon” confirm keluar stp part. Kira cofession ni dah top dah dlm iium
betul.. sy pun search gituhn?
Good good! Mmg yg ni dah bole buat drama dah ni. Haha
Invest pd org yg belum tentu jd hak kita tu “bodoh” namanya.
Hakikatnya ramai je ‘bodoh’ mcm ni sis
Episod 3 Alim Konon- Atikah dan kereta itu.
Alaaa ygni pun best tp dah part 3. Aku dh baca part 1 &2 tp xboleh nak tlg carikan link der sbb dah jauh belakang2. Haha Intan Mohamad Fariha Amalina Zoolkafli
bole je cari sis..taip je alim konon
Tenkiu ? Mya Nabilla
Heheh aku pn dh bc dh part 1 n 2 cta ni. Haa ni bru aku bc part 3. Mmg drama sggh ni
Haha aku pun dh bca jgak part 1 2. ?
Part 2 mane? Eh kau ni atikahhhhh!!!
Atikah ni haa ade org panggil..jawab la wei
Jgn wey. Atikah ade myvi. Kang dia pggil geng myvi habis aku hahaha
Haha okok..kang jd pape susah plak..dh la nk posting ni
Aaaaaaaaa…. posting pi mana? Pi mana? Pi mana? Okay2 aku dh bertenang
Ai ai ko ni..langgar dgn myvi kang..
Oi esok sambung oi..pukul 7mlm ok..dekat tv3
Intan Norasyikin part3
Ending msti sweet t.. hahahaha ?
Harap laaa ,kang si atikah tuh buat hal ..paih tersekat tgh2
Jangannnnnnn .. cinta halal msti menang.. hahaha
Lmbt la part2 kau cite ni wei. Bg ending terus boleh? Jenuh ni ha hari2 aku bukak iiumc semata nk baca cite kau. Ahahhaaa… Aku cuma nk tau ape jd dgn paih yaya je.paih nk ke x kt yaya sbenanye.
sabooo…bersambung…zZZZZzzz…huhuhu
mana ada ending lagi tu, kisah nie kan kisah benar, sedang berlaku lagi tu hahahha
Ahahaha lau gitu simpan dulu cite. Bile dh smpai ending sama ada paih terima yaya ke x baru cerita. Berdegup kencang pulak jantung ni ha nk nunggu part by part. Ahahahaha. Gigih aku stalk balik part1 bile die cite dlm part2 paih ade balas komen dgn kwn dia dlm tu. Cari2 x jmpe pun. Ahahaha…
Latest tgh raya tuuuu…ni siaran langsung punyaaa
Cita ni bkn novel,ada ending..hahaha
Rasa cm bca novel kn..
Tahun depan nanti kan “alim konon raya”
Watak utama, paih yaya dan baby.
????? tang raya tuh… hahaha ????
Kalau yaya tu msih nakkan paih…
Rasanya klu yaya tau paih layan atikah cmtu punya tlbih gulaaa, mau hancussss leburrrr xde debu pun yg tinggal kat hati yaya… ??
La hai..nme pon kisah beno..buat besabo gak…ingt senang nk dpt ending dgn laki gini gaye…
Wei Aimi Aziz bce komen diorg. Alim konon raye ???
Tengah shooting lg..hrap bersbar..tq?
Haha , hello ni bkn drama tv nahh . Mohon sabaq satt
makin drmatik la plak.. cuma klau crita nie crita byangan ala2 kak hasanah, mmg aku sumpah la penulis nie smpai raya tahun depan.. haha
haha,bukan novel woi boleh fast forward
???
Laa ending mendenya..sekarang ni tgh in the making..never ending storyla jwbnya slagi paih ngn yaya hidup..huhu
nasib la ayat boleh paham. ni yang cerita mekdi sabah apa tah lagi la tak pahamm grrrrrr -pembaca kau ?????
Sabaq naaa. Cerita dia keluar seminggu sekali tu. Okay la tu. Drama confession wajib mingguan kat page ni. Patut page ni buat cerita ni cerita yg wajib ada update plg kurang 1 Part every week. Takdak tarikh tutup. Sampai tahun depan, 10 tahun depan pun tak kisah. Aku nak tau update hidup depa tiap2 minggu ja. Plus penulisan dia pun bagus. Senang paham hihi
Mne part dua weyh pnt aku scroll. Link plissss.
tah, aku rasa mcm tgok drama, tak zabarr nk tunggu ending
Rileks laa..ingt ni drama petang2 ke?? ??
Hahah..ingt ni drama k..kisah hidup nye sntiasa ad..kalau nk tahu ending..tggu mati nnti la ?
Hahahha lawak. Drama ke yg korang tonton ni
??? aku suke…!
Biar lambat ending..yg penting iktibar dr cerita..ilmu bukan hnya d perolehi d sekolah ..madrasah ..majlis ilmu…ceritera khidupan orng lain juga boleh jd iktibar utk kita
Mama Adam Luqman
Kann dh tentu kisah benar yg sedang berlaku sabar dik..
Cerita ni ongoing laa
Mn part 1 dgn part 2 ek??? ada yg rajin nk bg link x?? ??? tq
Google je link, keluar
Baguihlaa. Dah keluar part tiga
CONFESSOR, AMBIK BALIK KERETA TU
Sapa ad part 2?
Bajet muslimah.
Pakai purdah.
Pancing laki orang.
Ajak laki orang dating.
Kikis.
Kereta, jam, belanja.
Ada sape2 boleh tolong aku sangka baik dengan atikah ni? N awat si paih ni bodoh nau labur duit dengan orang yg takde ape2 hubungan sah dengan dia? Dah kena kikis pun tak perasan. Cinta la sangatttt. Muslimah la sangatttt tuuuu. Ajak dating laki orang boleh pulakkkkk.
Yaya, mai pm akak. Kita kawan. Boleh la akak kenalkan dekat org yg boleh hargai Yaya lebih baik. Ini nafkah belanja pun tak bagi. Heh.
Tudung purdah atikah kalis api neraka sis..
Sekufu katanya. Sama2 ilmu penuh didada
Sangat memburukkan imej muslimah lain terutama muslimah berpurdah. N paling tak boleh blah, kaki kikis. Oh man! Memang sangat menjijikkan perangai. Kita nak mintak jam harga 1k dengan laki pun telan air liur fikir seribu kali. Dia selambaaa aje. Tak de hidung eh? Kahkahkah.
Akak, baik kenalkan saya je dgn orang yang akak nak kenalkan pada yaya tu. Sbb nya, yaya tetap syg paih kot dan pd masa yg sama paih pun syg yaya cuma tak tunjuk. Tp sy takdak sapa nk syg. Kesian lg dekat sy ? haha
sedih FeezaZara Ahmad hahahahhhahh
Aah kak. Sebelum akak kenalkan lelaki tu kat yaya, ada baiknya akak friend dengan saya, lepas tu kenalkan yaya dekat saya. Saya pun USM jugak. Hahahahahaha. Gurau kak.
Nur Hajarul Musa
Tangung la laki die esok…
kena pukau nie..tak pun hidup bertuhan nafsu..akhir zaman..
tapi tak purdah wasap lain jantina pewnn #ikhtilatatikahkauuu ?????
Dr bg dkt yaya baik bg dkt saya kak..yaya dh kawen, sy ja blom kawin2 ni..haha
Nasib baik kerrts tu atas nama Paih bukan Atikah. Kalau tak lagi parok
Amboihhh korang hahaha
Hahahah.. kelakar komen korang ni.. ??
oit kerja kerja. hahahhaha
Wan Mazaziman i tengah ngantok dengar bos cakap apetah dalam meeting haha
Betul! Xtau mcm mana nak husnuzhon dekat golongan berpudah bagai tapi perangainya ya Allah sabaaaaaar jelaaaaaaaaaaa
tinggalkn je pais tu..lelaki bkn sorg..tanggungjwb kt bini x tunai.:im sure msti ada lelaki lg baik utk yaya ???
Cik Ummu Khalsumpart 3 kisah atikah yaya n paih.. kaih baca kaih membara betul hati aku
Abang ko ni kan, maaf cakap la. Dia bodoh. Sebab melebihkan perempuan lain daripada isteri sendiri. Isteri sendiri tak diberi nafkah. Perempuan lain sibuk dibelikan kereta, jam mahal, barang sampai beratus. Abang kau loser duh! Mudah sangat ikut cakap perempuan lain. Memang ‘alim’ la sangat abang ko tu.
Kan dia kata sekufu..kikiki
Klu belanja is3 sendiri dpt pahala berganda ganda. Ini berhabis utk perempuan lain, dpt dosa. Patutnya belanja utk siape lbh berhak, itu pun x tau. Alim ke tu?
Sebab tu dia ckp konon alim
Aimiey Sofieysara
hahahaha yaya ni mcm yaya Nahdiya Binti Hashim je .asik jatuh je ?
Syaidatul Hadrah next episod?
Kak Aimi ???
Oh myyyy, episod Atikah pun ada jugak ?
kannnn dah mcm sinetron . semoga cite ni cite betul la ?
Fia Ezzety uits. Sambungan
Tq kak Husna Hazirah .. Waa .. X saba nak bacee nii .. Hehhe ..
ShermaLyn Syer Muna Mohamad Khairatul Aini Neesa Aneesa
Best giler cerita ni, we want part 4!
Haha cepat2 la bertaubat..
Aq memang anti giler2 ngan pompuan spesis gedik nie… Xkire LA ko free hair k tdung smpai lutut k..klu ko gedik smpai ble2 pon aq mnyampah…pham
Huda Yusoff nahh
Hahahha baru nak tag mg ??? thanks doe .. x masuk noti la
haha
Mohon “atikah” reply. Crita ni dh viral mst ko ada baca kan kannnn kann
Menyirap baca tp lagi menyirap kalau cter ni adalah rekaan. Confessor you better not huh!
Kahkahhh. Da sedap layan cita nih!!
#teamyaya okeh? ?
Naseb baik aku x sebodoh Paih, rela bayar bulanan kereta and bgi jam rm1k bagai. Aku bukan kedekut, just aku tau yg mana okay and yg mana gold digger. Atikah bajet alim muslimah kambing biri2 tu kompem gold digger and suka amik kesempatan.
Aku x paham dengan kebodohan paih ni?
Tazabar tunggu part selanjutnya
actually..paih n yaya tu dh saling mlengkapi antara satu sama lain..
Adik, jgn nipu yer… x baik…jgn jd attention seeker mcm kak hassanah tu…
Kenapa hahah
No need to mention her name pun sis ☺
Aib orang bukan bahan lawak. If she’d repent, you’re punishing her past. You’ve took Allah’s job ??
Just my two cents comment.
Rasenye cite ni betul sis..sbb dah ade yg dpt detect fb2 watak dlm cite ni..huhu
Owh. Okok sis. Kalau penulis baca, saya mohon maaf ye
Zaris Sofiah Andy
Mana part 2 dia! Tk jumpa nakkk baca
Abzarul Amirah Syuhadah Abdullah Iliana Myz Amirah Eddy AQilah Hisham bersambung2 ha cerita ni. Nak tunggu part 4 pulak
Hahahhahaha
Klau aq jadi ‘paih’ aq mintak dia stop.. malu kot cite rumah tangga kita.. dari ape yg aq phm ad je org yg kenal ‘paih’ ni.. soooo.. malu lah.. hahhahaa.. btw aq x bace pon part 3 ni.. lps exam la..
Betul jugak. Skrg ni yg kawan2 paih mesti ramai dah tahu pasal confession ni. (Entah2 part yg last ni nnt dia kata cerita ni rekaan ?)
PART 2
https://iiumc.com/alim-konon-part-2/
Lama tak baca cerita seram.