Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?
Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).
Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.
Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"
Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.
Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.
Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.
Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.
Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.
Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.
Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?
Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.
Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.
Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.
Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.
Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.
Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.
Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.
Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.
Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.
Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.
Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.
– Adik Kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Malunya perangai atikah mcm tu!!!
Weh bes i follow ur bro story dri part 1..bes mcm novel..haha…wait for ur next story..part4..hope happy ending…aminnn…btw rupenye owg alim ni xsemestinye alim ye dak..scary sgt..huuu..
Pemakaian semata xboleh menggambarkan peribadi seseorang sepenuhnya?
Mana nak cari part satu dengan dua ya
Amal Hilmi taip kat search fb ‘alim konon part 1’ nnt keluarlah.
PART 1
https://iiumc.com/alim-konon/
Asnee Yasmin
Makin lama makin mengarut. Ntah ntah korang semua kena tipu je. Hahaha
Abg ni biarlah. Sy ni asterok sy dah buang. Tv sy pula takda ariel yang clear. Tak dapat tgk drama kat tv tau. Baca cerpen ala drama mcm ni terhibur juga saya. Cuba lah faham abg Haniff Sofian
tipuu…drama boleh je tgk.kat utube skrg..berlambak ada…janji ada internet :p Ammar Hafiz Abd Karim
imagination tinggi. cuma kene gilap lebih.
lepastu hire buat fb ads??
Cerai je yaya. Ada ja yg lagi bagus dri paih tu.
Udah terjebak kat ‘novel’ ni. Rasa buang masa je baca..byk lg kerja lain nk buat tp terpaksa gak baca n tunggu next part. Betul atau rekaan cerita ni…kasi cepat sikit next part bole tk?huhu
?
Orang yang duk kata cerita macamni fake, mungkin x pernah jumpa sendiri cerita yang lagi teruk. Adoyai.
selamat hari raya akhi naqibku :D
Selamat hari raya abam majdi n abam ruslan?
Atikah kaki kikis,gatal semua la ad….xsesuai gan pemakian….plz la buka purdah tu
Geram pulak ak gan si atikah…..
mcm cite lambaian ramadhan tu…sebiji la camni..
Nurul Nara
wtf
KAN WTF SANGAT
dah sampai beli kereta kot. sakai punya pempuan kacau laki orang
please smbg lgi..nk tau tntg yaya..utk si “atikah” yg bajet2 muslimah rupanye2 kaki kikis…coiii buat malu wanita yg btol2 muslimah la dia ni…
Nazreen Yimtiyaz Mohammad Zariq part 3333
Tlg share link part 2 pls. Xjumpa cari
Weyh, baik kau ambik kete tu. Bagi pakej sekali kat dia. Tampar and warning dia. Nampak lah yg atikah ni berpura2.
Zihaa Ahmad IV Eyffa Mazlan II ni haa aku cete tu. Part 3
Ohh benda ni haha kk
Believe me, ramai lelaki nk kan si yaya.. klau paih lepaskan yaya, rugi lah dia..
Pergi mintak kereta kat atikah yang bajey alim dan memalukan tuh.. Ceh.. Pakai kereta yang dibayar oleh suami org lain. Please lah… Pergi mintak kereta tuh…
Alhmdulillah dulu saya ucapkan untuk perhubungan Paih dan Yaya yang semakin baik dan pulih…saya doakan Paih akan terus adil kepada Yaya dan berubah ke jalan yang baik bersama Yaha…berubah terus untuk terus menyintai dan tidak menduakan Yaya serta tidak lagi menyakiti Yaya.
Betul sangkaan saya, saya dah pernah cakap…Atiqah bukan perempuan yang baik untuk dibuat dan dijadikan isteri…jenis perempuan bertopeng saja…guna agama untuk pikat lelaki…now terbukti…
Alang2 Paih dah bagi green light untuk sis ambik balik kereta MyVi tu…better pergi ambik segera sebelum terlambat…di sini sis mainkan peranan untuk dapatkan hak Yaya… kereta tu sepatutnya untuk Yaya dan bukan untuk perempuan plastik macam Atiqah tu…pergi ambik sis…pergi…jangan dibiarkan…nanti kereta tu akan jadi sebab untuk Atiqah rapat dgn Paih pula sebab kereta itu atas nama Paih…
Maaflah…saya nampak keluarga sis macam geram saja tapi tindakan tak buat… buatlah sesuatu andai sayangkan Paih dan Yaya… selamatkan dan kukuhkan perkahwinan mereka.. kalau setakat geram saja tak guna dik…
Nauzubillah andai Paih jadi kahwini Atiqah, saya jamin Sis dan keluarga akan kehilangan Paih sebab pastinya keluarga Atiqah akan mengongkong Paih dan Atiqah akan bersikap kejam umpama isteri ke dua yang tamak…saya yakin itu sebab berdasarkan penceritaan sis, Atiqah memang menjurus ke arah isteri species macamtu. Mustahil Paih akan adil dan tak mustahil Paih akan bermasalah untuk balik ke rumah sis lagi…
Sekarang masanya kamu bertindak…ambik semula kereta tu… keluarga Atiqah pun tak boleh dipercaya…inikan pula Atiqah…
SELAMATKAN PAIH DARI ATIQAH
Suruh yaya pkai kete tu supaya yaya jadi cekap untuk memandu
ko mesti penat kn tulis ni, sy baca ayat last je, slmtkn …., nah cendol ckit, penat pale tu miker.
Aku tak penat bro Abdullah Mann…excited adalaa…tulis lagi tapi dah mamai
Ako suka laa post ko..
Positiv,pikir yg baik2 je..
Alhamdulilah..
Semoga paih cepat tersedar dari kelalaian sendiri . Ameen.
Moga atiqah tu bacaa. Ak harap sgt. Harap sesangat.
emosi bhai aku bca komen yg nie. hahahahaha tp setuju!!! adik kau, cpt btindak”
Ya Allah,masih ada orang yg berani bersuara yg betul dan tepat macam ni… Setuju sangat2.. Dik,cepat bertindak.. Pergi ambil kereta tu dan pertahankan hak yaya.. ??
Hahhhhh jmpa kat cni plk…hehe
Betul, aku tengok family dorang ni lebih kepada geram….. mak paih dh awal lagi tahu paih beli keta bg atikah guna, tp mak dia diamkan? Omg…. mak dia patut dr awal tegas kat paih….. adik kau, pegila amik balik keta tu….
Abg aku dulu ada buat gini, bini dia dapat tahu , terus pegi amik kreta tu, jualkan, bahagi duit keta sorang 10k buh lam tabung haji anak anak…..
takot ker nk amik kete…nk mintak tolong sy ambilkan…meh sini pendua ?
suka sangat dengan comment ni, moga paih dan atikah terbaca comment ni, paih tolong buka hati awak tuk sedar, nampak sangat atikah tu umpama perempuan gila harta je
saya setuju pendapat saudara. saya rasa paih suruh confessor ambik kereta tu dari atikah, mungkin sebab dia malu nak ambik sendiri dari atikah, takkan nak cakap ‘aku nak kereta aku balik, nak bagi bini pakai.’ no, paih xkan mampi cakap macam ni. sebab selama ni (dari apa yg saya baca) paih macam banyak menurut kata atikah. which is saya nak sokong kata saudara jugak yang kata kalau atikah kahwen dengan paih, confirmlah family atikah akan control paih, time tu kalau paih dengan yaya belum baik lagi, susah dah nak baik. so bertindak sis. dalam pada tu, nasihat si atikah tu undur diri, mungkin paih tak berani nak bagitau atikah yang dia nak selamatkan rumahtangga dia. sis tolong paih dengan yaya kalau dia orang tak mampu nak buat semua.
Cepat brtindak…jgn biarkan kaum perampas suami org brterusan amik hak org…
Betul akak setuju.. Awk dan keluarga awk kena bertindak skrg… SELAMATKAN PERKAWINAN PAIH DAN YAYA…
Kami semua akan tlg doakan semoga allah melindungi mereka berdua dari perem plastik seperti Atikah..
#akuplakyggeram#
SATU MALAYSIA DOAKAN PRKHWINAN PAIH DAN YAYA #PAIHYAYA4SRC #PAIHYAYA4EVER
#1MALAYSIAGAINSTATIKAH
Btol. Klau paih dh bg green lite g je amek kete tu blik bia si atikah tu sedor diri.
Klau aq jd adk paih aq dh g amek dh kte tu..amek je myvi tu blik n bg kt yaya..
“Maaflah…saya nampak sis dan keluarga sis hanya sekadar lebih kepada geram saja tapi tindakan tidak dibuat… buatlah sesuatu andai sayangkan Paih dan Yaya… selamatkan dan kukuhkan perkahwinan mereka.. kalau setakat geram saja tak guna dik…” totally agree with this statement. Do something, jangan geram je, boleh selamatkan lagi kes ni drpd parasite bernama atikah ni. alim jenis apa kikis duit laki org. do something please. #fightforyaya T_T
Wey..walaupun komen ko panjang..aku gigih baca sampai abes..setuju babe..selamatkan paih dr atiqah
Aamin..smga paih dan yaya akan kekal bahagia hingga ke syurga da smoga atikah diberi keinsafan dan jauhkan diri dr keluarga paih. Ambilla kete tu ye dik
saya sokong. jgn lengah2kan pergi ambik ja kereta kat atikah tu.
Go confessor go!!! Ikut cdgn bro ni. Bertindak sekarang ! Selamatkan yaya! ( kau tahu, aku pun dh mula sayangkan yaya. Aku rasa family kau sangat menarik & bahagia + yaya. Tolonglah selamatkan dari anasir2 negatif macam si atikah tu)
terbaik YaAllah MakbulkanlahSegala DoaAriffatri!!!
adik paih, sila cepat2 ambik myvi tu dr atikah… bg pada yaya… itu hak yaya… dan yaya sila belajar bawak kereta sampai pandai, cekap dan selamat… akak doakan yaya dan paih kekal hinga Jannah… amin
Setuju!!!
Semoga Paih dan Yaya kekal bahagia sehingga ke Jannah tanpa gangguan…ameeen
YaAllah MakbulkanlahSegala DoaAriffatri amin..
#fightforyaya
Hahahhaah. Got hashtag some more ?
Saya Reez sila bg komen anda..x sabar nk baca
hahahahha… saya nak kereta myvi yg installment bulanannya org bayarkannnnnnn
Nadia Rashid
Part 1 dulu rasa macam real. Tapi sekarang ni macam drama Akasia.. *ok, layan je la sambil makan kuaci*
But whtever it is, iolls #teamyaya
#popcorntime haha
#teamyaya jgk✊✊✊
Sokong ! Rasa pun ni dah macam akasia ptg ptg
#teamyaya jugak hahaha plus #teamadikkau
#teamyaya!
#teamyayajugak!
Penulis sdg mengasah bakat penulisannya tu sebenarnya…. hehehe?
Jgn jadi mcm ‘kak hasanah’ sudah laa yer??
#teamyaya
#teamkuaci
#teamyaya dan #teamadikkau dan #teampopcorn
tu la pasal..ke sis ni penulis novel bakat terpendam.?…..
tak ke sat ag apih n apik ke ape tah namanya bergaduh disebabkan ini drama
kan..hakak pun kata, kalau buat slot akasia ni rating tinggi. tetiba ada org kata hakak kutuk confessor. takde pun hakak kata cerita ni tipu. tapi mcm cerekarama dia susun plot. menarik. hakak #teamapik hahahaha
Aku selalu trfikir, paih dh baca bnde ni. Bila jumpa adik dia ni tak awkward ke? Hahaha.
Kadang2 macam drama. Tapi trust me benda macam ni berlaku. Ada je orang sekeliling aku perangai camni. Aku mampu berhuhu je. Nak nasihat xreti cane.
Wey..hidup ni mcm drama kau….aku pun pernah lalui drama keluarge..last2 ..aku diam je..mls nk pnjngkan drama..haha…baek cr duet
Teruskan episode 3.. kitorang sabar.menanti
#teamyaya :D
Mcm baca novel pulak..tp layan
Betul! Saya pon mula2 nampak la keikhlasan menulis masa part 1. Ni dah part 2, part 3 rasa mecam sebuah kisah yg ‘dicipta’ je.. hmm
Aku yakin nie bukan rekaan….tpi tibe2 aku terfikir..paih nie xmarah ke adik dye dok cite pasal kisah dye??
Tapi harap xmarah..sebab aku nk taw part selanjutnye…
Nur Fazilah Fazilah
Apsal yaya jalan pown boleh jatuh sebab terlanggar, lupa macam mana nak guna machine basuh. Aku rasa lah, pendapat aku lah, yaya ni macam ada masalah besar yang dia pendamkan. Pendapat aku jelah k. Aku doakan family korunk bertambah baik. In Shaa Allah.
Bnyk pmpuan mcm nie la.. de kwn tu plk… agy la.. kalo tepuk lengan die secara lembut pun die dah bole jatuh.. prnh jatuh tgga dewan kuliah smpai bersimen kaki.. lpas da taw die fragile mcm tu.. mmg hati2 la bila berselisih..
Ade je org cmtu tp xde benda nk sorokkn..aku dlu cmtu jgk..clumsy yg amat..skrg ni je sjak dh ade anak bru reti nk jalan betul2..tu pn mse dukung anak je la..percentage utk langgar dinding akan jd tinggi balik bile aku xdukung anak..hahaha..jatuh kerap tu sbb bdn xleh nk balance betul2..
Xpelik. Sbb sy pun mcm tu ?
Oh, baru tahu. Sebab yaya tu mengalami masalah besar. Macam effect kat rutin harian nya. Maaf ye. Terima kasih atas komen anda.
Btul jugak.. Kdg org tlalu byk bfikir, jd cpt pelupa n effect kt rutin harian dye..
rasanya dlm hati Yaya ni tgh pendam rasa sedih terhadap Paih tp dia cuba nak hidup macam biasa jugak… so bila hati dia sedih… benda biasa buat pun boleh lupa.. sebab dia pikir banyak tu…
Yaya, tlg kuatkn semangat… ?
X pelik.. sbb lebam saya slalu belum sempat hilang dh ada balik yg baru.. musuh saya furniture2.. hahaha.. pakai spek mata pun still boleh x nampak bnda besar n trlanggar.. ada je prmpuan clumsy and jenis slow nak pickup
yaya kn ank tunggal. mak ayh da mninggal. so bnyk senanya dia pk dlm kpala hotak dia. tgk la da kawen pon x dilayan mcm istri, adik bradik xde.duit blajar ape smua tggung sndiri even laki da kerja. blaja pn x hbs lg. nk luah kt sape smua masalah terbuku tu?? dan lain2 prob ksedihan hdup dia yg kita x th. nmpak cam kcik kn. tp kalo kita la yg dok tmpat dia acane.sakit mental woi
Bkn kate yaya. Aku ni sendiri pon smlm basuh kain hos lupa nk keluarkan. lpstu landing tgk tv. banjir 1 rumah T_T
Hahaha…rmai rupe nye spesis clumsy & pelupa ni…give me 5…
tp kalau selalu pelupa, badan lesu letih & selalu tidur tak sedar & berdengkur better pergi hospital. mungkin ada masalah lain. tak boleh biarkan ya. goodluck utk yaya & paih. Atiqah parasit yg hanya tunggu waktu sama da mahu membunuh hidup orang lain atau dia sendiri terbunuh dgn angan angan brengseknya.
Kalau.berjalan selalu langgar sofa dinding.. Pijak lantai rasa tinggi rendah tb2 jatuh.. Lebih baik.pegi full check up. Ni mmg sintom penyakit serius
aku kdg2 je clumsy tak seteruk yaya ni.. kekdg langgar meja langgar dinding gitu je la.. xde la senang jatuh tu.. and pelupa sikit.. penah dulu goreng apa entah, lepas tu lupa matikan api.. basuh baju guna machine, tp lupa letak sabun.. jemur kain lupa nk angkat sampai seminggu lebih(masa study dok hostel).. lupa off suis, lupa tutup paip bilik air.. skrg kerja, kdg lupa bwk balik wallet, kdg2 lupa apa boss suruh, sampai dia ingatkn.. ? tp skrg dh kurang sikit pelupa tu.. kena paksa otak sikit.. haha
Mmg ade yg cmni. Bg sy org cmni comel. Hehe. #pengaruhdramakorea
rasanya normal la kot, mungkin yaya kurus.. mcm sy.. sbb sy pun slalu jalan2 langgr meja n kusi juga.. pastu jatuh2.. and berkali kali juga basuh baju banjir dapur sbb lupa nk letak hos dalm saluran air.. nasib baik suami sgt penyabar n pnyayang ☺
Nuni Fatin part 3 kak
Cam novel dh cite ni kan..mintak2 ada smbungan lagi secepat mungkin..haha
Part 3..X minat sgt..Nk tau cerita seterusnya..tntng Dorng yg dh berbaik..
Nah Chek Wan part 3
Dah baca sblm ko tagged lagi fat! Hahaaa… Tq anyway
Khalisah Nasir
Nuratikah Baharum Ayuni Aldarawi kesian yaya
Paih. Just let yaya go. She deserves someone better.
bole buat sinetron ni..
aik, ni page krt ka? hmm
page asah bakat penulis novel
Gile la si paih tu..cm nk tampo je dy..bodo gle…..adik paih plzzz amek blik kete tu..bg kt si yaya…tu hak dy..
Eh…kt sni jgk. Hahaha
Baik bagi kat saya. Hmmmmmm. Marah betul yana. Bhahahaha
Mohamad Hairie hahaha..wey aq suke gle bace iium nie..hahah…ko pon sme je tiap post ko like..haha
Mashaniff Mastor awk dh ad myvi..baik bg kt sy…hahaha…mara nie anep…
Diana Andy haha aku penggemar setia iium. Da pernah confess pon tau hahaha
Mohamad Hairie serius beb..post yg mane? nk bce…huhu
Hahahaha…sebelum raya haritu. Jengg3
Yaya Raiyis…pe ko da buat ni…cc Rafidah Rasidi, Syumi Hakada, Izreen Farah
Ko tlg simpulkn.boleh ke.mynpah pnjg sgt ni. Hahaha
Hahaha apaaa ni.aku baca smpai part dia buat air hari2 pon lupa letak gula bape sudu. Pastu x baca daaaa. Bingai namanya ni hahaha
Aku pening banyak sgt Nama..haha..yg penting Nama Yaya Raiyis ada tu?
Fatiha Zin Azman tlg improve skit benda2 nk tag tu.benda byk watak cmni haru.hahaha
Buat summary laaa. Ni cerpen 1000 patah perkataan
nk ckp yg yaya tu klu la yaya shahraya, ammar pasti sgt bertabah dgn ibu die sndri. ???
Ni mesti syumi hakakakada yg tulis
betullah, pakaian tak melambangkan pape. semoga kau atikah berubah. shame on your purdah please. aku bukan nak judge orang pakai purdah. no. sebab aku pun pakai. apa yang kau buat buat aku rasa malu. sorry to say, kau ni memang padan dapat gelaran “penunggang agama”
No wonder la mak atikah nie beria2 duk sibuk hal yaya..
Bagus jugak paih dh start berubah hati.. Bole tahan jugak pemberi info si atik nie.. Hehehe..
Harap yaya dapat bertabah lg.. Semoga kebahagiaan milik mu..
Tuhan akan menghukum pembawa fitnah pd agama mcm si tikah..semoga berubah lah engko
looking forward to watch shahrul ridwan hafiz rosdi aida jebat and amyra rosli for new slot of akasia tv3 at 7pm trolololol
Best giler cerekarama ni. Paih ni dh keje ke? Mati2 aku igt student. Klau student, mna lepas loan kereta kan. Hahaha. Semput aku layan cerita ni. Klau buat drama pkul 7 ptg ni..sahih rating tinggi.
U kan…mmg loyer. Nampak je details2 macam tu. Banyak tengok csi ni. Ok tumpang komen kat sini hahahhaha
Sis, sebelum tulis apa2 pandangan, rujuk dulu tajuk tu. Dia dah tulis kan part 3, so mesti ada part 1 & part 2. Jd rajin2lah baca drpd awal spy faham cerita sbnr sbb semua tu dh diberitahu dlm part2 sbelum ni. Klu semput pun, jgn suka2 kutuk. X ada bezanya drama pkl 7 dgn cerita sebenar di alam realiti. X semua drama dlm slot akasia tu rekaan semata. Ada yg diinspirasikn drpd kisah sbnr. So, nilailah dgn akal dn brsangka baiklah. Tak suka, x payah baca. Jgn buat penulis rasa hati.
dia mcm loyer sama ko la Kheyr Hameed.. sebab keje kat firm.. firm tu lawyer la kan.
Firm ada byk….bukan takat law firm jer…ade engineering…finance…dan lain2…
Skrg paih mgkin dah keja. Tp sy rasa masa dy belikan krta utk atiqah dulu dy masih student. That’s why pihak bank call mak dy. Mgkin mak dy yang jadi garranter.
Sy time student pun..beli kereta atas nama sy sndri..loan mak saya punya..so pihak bnk akn col mak sy tuk berurusan psal loan tu..
Paih tu xsilapnya umur da 28
1. dik..hakak follow cerita ni dari part 1 lagi dik. mana part ayat kutuk tu? cuba tunjuk hakak. bila hakak cakap cerekarama, tak semestinya hakak kata cerita ni bohong. bila hakak kata semput, hakak maksudkan watak2 dalam ni semua memang mencabar. awal part 1 dlu ada sebut pasal paih ni study apa semua, sebab tu ingat dia masih study lagi.
2. sebab cerita ni menarik laa patut buat drama utk pengajaran. dan aku masih tak faham, which part yang aku kutuk confessor ni. rileks dik, jangan terlalu stress. uols lagi la dah misjudged komen hakak. cerekarama pun banyak adaptasi dari reality. hati tu biar tenang sikit bila baca komen org.
Paih umur 26. Myb ada la nak masuk 2 tahun bekerja.
sy baca komen sis ni pun baca gaya positiv je. x pulak gaya mengutuk. sian sis. sabar ye sis ?
Fatin Yusoff
Rushdie Farhan ade part 3 plak
Part 4 please
Tenma, i saw what u did there..haha
Saya buat ape…. ???? *muka innocent* hahahaha
Mane nk cari first and second part?
Type kat search je “alim konon” nnt jumpa
Thank you
Fatimah Zahrah Hashim arghhhhhhhhhhhhh
bangang
yaya bukan clumsy tu… cuba check kat hosp moga2 takde masalah kesihatan
Amiera Fatin mu follow x cito ni? Kalu cita ni rekaan semata2, teman aku sbb aku nk suko dderah.
tolong tag atikah kat sini boleh dak? ahahahah geramnyaaaa aku, naik segala bulu roma aku membacenya weiii. lagi satu, part akhir nanti tolong lah jangan jadi macam kak hasanah, mmg aku tiaw penulis ni.
Abubasyir Azamdarusa
Ye aku bce pon mrah…melampaunye atikahhhh!!!tahu x sbb org cam atikah nie la yg rosakkn wanita yg betul2 muslimah sejati!
Mak Paih takkan tak boleh nasihatkan anak dia. Dah tahu si Paih tu buat tak betul, takkan diamkan sahaja.
Betul tu.. Klu mak saya ?? la mak paih, dah selamat dah paih tuuu dikerjakan hahahahahahahaha ??
Najwa Bakri
Lajuuuuu?