“Alim” Konon Part 3

Hi korang, thanks admin sudi approve ("alim" konon). Part 3 ni aku nak cerita tentang atikah. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi alang2 aku dah mulakan, aku gigih kan jugak nak bercerita tentang siapa sebenarnya atikah?

Okey, menurut tunang aku (Apik,26), 4-5 bulan sebelum paih nikah dgn yaya, paih pernah suruh org tanya2 atikah ni dah berpunya ke belum (apik cakap mcm merisik kononnye), tapi atikah juai mahai, or dalam kata lain menolak (apik cakap, paih ibarat kena rijek), so mungkin sebab ni paih terima je yaya dulu. Tapi dalam masa yg sama paih tetap kawan jugak dgn atikah (kalau aku kena rijek, aku block terus dia dari hidup aku, LOL).

Atikah ni dulu okay ja, tapi lepas atikah dpt tahu paih dah nikah, dia mungkin rasa tergugat, "bajet muslimah" dia makin menjadi2, seolah2 menggoda paih, apik cakap, atikah selalu ajak diorang lunch sama2, selalu ajak diorang teman dia beli brg, alasannya sebab atikah dah anggap diorang ni mcm abg sendiri (serious?). Paih kan memang dah suka atikah sejak dulu lagi, so bila atikah kasi perhatian lebih sikit, memang menjadi lah. Bagi aku tepuk sebelah tgn tak berbunyi, dua2 gatai sbb tu blh cintan cintun tu. Jahat.

Oh yer, apik ni tunang aku, member se-universiti paih & atikah, atikah ni junior diorang, apik & paih memang rapat since sekolah lagi, sekarang kerja pon dekat firm yg sama. Apik ni hari2 tadah telinga dengar suka duka kisah paih. "Konon"

Apik cakap atikah ni selalu cakap dia teringin nak kawen, mcm nak suruh paih kawen dgn dia, bagi hint yg dia nak berkeluarga lah, konon nak dapat pahala berkeluarga pulak, nak lahirkan pejuang agama lah, lepas tu bile sembang selalu je keluar ayat2 yg related dgn kawen ni. Konon sembang2 tentang agama tapi bersulamkan cinta islamik, isu halal poligami. Puih.

Bagi aku benda2 mcm ni sgt tak proper untyk kite cakap dgn org yg berlainan jantina.

Bagi aku, kalau nak dapat pahala, buat lah baik dgn ibu bapa & adik beradik, dapat pahala jugak bagi yg single tu.

Apik cakap, dia dah nasihat paih, tapi paih sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Iyelah, paih kan mmg suke atikah, gadis idaman dia dari dulu. Tambahan pulak yaya belajar, bukan jumpa hari2.

Aku cakap dekat apik, paih tak bagi duit dekat yaya, apik terkejut, sebab paih selalu bayarkan brg atikah. Bukan sikit2 tau, sekali bayar beratus jugak, dan bukan sekali tau, banyak kali dah, paih pernah belikan jam harga RM1k lebih utk atikah, bagi aku, harga tu terlalu mahal untuk sebuah jam je.

Aku memang bengang dgn paih, tapi lagi bengang dengan atikah, mungkin jugak paih suka rela belanja atikah, tapi, atikah tu takkan tak reti menolak? melampau wei, serius melampau. Sedangkan yaya tu byr yuran guna duit sendiri okay. Bukan ke tu tanggungjawab paih? Eeeee geram.

Aku marah apik, sebab dia tak pernah cerita benda2 ni semua dekat aku dulu, but dia cakap, takkan bnda2 cmni pon nak cerita, paih tu kawan dia kan, nanti marah pulak paih kat dia, aku cakap, apa bezanya, skrg blh je cerita dekat aku, apik cakap, sekarang lain, sekarang paih suka yaya. Jeng jeng jeng. Suka?

Apik cakap, dia rasa paih dah suka dekat yaya, sebab sejak dua menjak ni, paih asik sebut yaya, yaya, yaya je. Sikit2 yaya, ada ape2 pon yaya. Dalam group whatsapp sekolah pon paih ada mention pasal yaya. Dah tak malu, dah tak ade rahsia2 mcm dulu. Tapi bagi aku, paih tak layak utk org mcm yaya ni, jauh sgt beza nye. Kalau aku ni yaya, aku tinggal je paih ni.

Jujur ye aku cakap, paih dgn yaya mcm langit dgn bumi. Paih buat kerja laju, pantas, kerja keras, sekali ajar terus paham, tak mudah mengalah, buat kerja sempurna, puas hati lah kalau suruh dia buat apa2.

Tapi yaya tak macam paih, yaya ni pelupa, ajar bnyk kali guna mesin basuh pon dia lupa, padahal mesin basuh automatik, dan tiap kali nak buat air teh pon dia akan tanya 'mak, gula nak bubuh bape sudu'. Padahal hari2 dia buat air. Mak cakap yaya ni suka bertanya, benda dah tahu pon dia akan tanya, lagi satu, dia ni cemerkap, selalu sgt barang dia jatuh, dia pon selalu jugak jatuh, tgh jalan tiba2 langgar meja lah, langgar sofa lah, jatuh tangga lah, memang jenis mcm tu, mak cakap dia ni lembik, lepastu kalau tolong masak, selalunya tolong potong2 sayur, mesti akan luka sikit terkena pisau, dia ni serba serbi kurang cekap.

Mak cakap yaya professional bab mengemas & ambil hati org tua je. Sebab tu mak syg dia. Kdg2 jeles jugak sbb mak selalu utama kan yaya, tapi bila pikir2 balik, xpe lah, yaya kan yatim piatu, kalau bukan dekat mak tempat dia manja,dekat sape lgi kn.

Okey, berbalik pada atikah tadi, menurut apik, masa raya hari tu, budak2 group whatsapp (Group Usrah, apik cakap kebanyakan diorang ni tak tahu paih dah kahwin) bincang2 nak p beraya kat Johor, sambil tu boleh p kenduri kawen one of kawan diorang. Tengah dok bincang2, tiba2 ada yg cakap tak sabar nak makan nasik kenduri paih. Paih reply, tahun depan jemput makan kenduri akikah lah, lepastu siap hntr gambar nikah dia dgn yaya. Wowww. Bold gila. Lepastu mcm2 lah org dok tnya, ada yg dok membahan, ada yg dok alhamdulillah bagai. Kalau lah iium confession ni blh attach gambar, aku masukkan sekali screenshot yg apik bagi kat aku tu.

Haaaa, malam lepas paih hntr gmbar nikah dkt group tu, atikah whatsapp apik, cakap sedih paih buat dia mcm ni (sbb paih bagi harapan kot), kawan2 ada yg tanya atikah pasal paih dah nikah, ramai yg tak sangka sebab tahu paih rapat dgn atikah. Atikah whatsapp apik cakap dia malu, tapi apik kan tak layan benda2 gini, apik siap cakap lgi, tak baik bt mcm ni, lagipon atikah kn tahu awal2 lagi yg paih dh kawen, sepatutnya atikah jauhkan diri.

Aku baca whatsapp atikah tu pon aku rasa bengang, aku cakap dekat apik, ape lah yg perempuan ni harapkan, dengan tenang apik balas, duit & lelaki. Yelah dah bertahun2 dia rapat dengan paih, tambah pulak paih ni pakej lengkap, ada rupa, ada hrta, konon "alim", kalau paih tak lyn dia dah, terkontang kanting lah hidup atikah, sapa nak support dia lagi. Masa ni apik terlepas cakap yg kereta atikah naik tu, beli guna nama paih, paih byr bulan2, time ni aku memang tak boleh tahan marah. Weyh, walaupon myvi je, tapi bulan2 RM500 lebih jugak wei. Bagi aku itu pelaburan yg sia2. Membara hati aku rasa.

Aku cerita benda ni dekat mak, mak tenang, mak cakap mak tahu. Mak tahu? Mak cakap, masa paih nak beli kereta tu dulu, paih pernah bgi tahu mak, ada org bank akan telefon mak, masa ni lah mak tahu. Aku pon tak berapa jelas tentang ni, tapi aku serius bengang.

Aku ada cakap dekat paih pasal kereta tu, korang tahu paih cakap ape? Kalau adik nak guna kereta tu adik pergi mintak dekat atikah sendiri.

Hurm, entah lah wei, tak tahu nak buat mcm mana, benda jadi depan mata aku, tapi aku tak tahu mcm mana nak respon, walaupon hidup kami ni mcm drama, tapi inilah realiti, kesian yaya, hak dia selalu dinafikan. Aku dpt rasa, suatu hari kalau yaya tak baik jugak dgn paih, dia sendiri akan bawak haluan dia.

Banyak lagi aku nak cerita pasal paih & yaya yg dh baik ni, tapi nanti2 lah sebab skrg mood aku nak meluahkan rasa marah aku ni. Grrrrrr.

– Adik Kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,576 Comments

  1. Bila baca cerita ni aku rasa drama lg ape yg jadi kt aku. Bercinta dgn student medic smpi 3 taun. Dr time dia blaja oversea smpi dia da balik malaysia. Tiba2 fmly dia xrestu just sbb aku lepasan dip n ank dia doktor. Pg dinner dgn fmly dia pun mcm fake gila. Siap klua soalan yg perlekehkn family aku walaupun fmly aku semua jns yg bekerjaya. Dr klua naik train smpi dia da ada kereta. Bermati2 fight 2taun utk kekalkn hubungan. Da beli cincin merisik semua. Asyik gado psl fmly dia je. End up aku da xthn aku tros cut relationship mcm tu je. N elok sebulan lps putus dgr2 dia da nk bertunang dgn org lain. N elok bpk dia yg psycho tu restu sbb pmpn tu doktor gak. Pmpn tu saing2 alim gakla. Fmly buasa2 je tp nk letak hantaran smpi 20k. So xde bnd yg drama slm dunia ni. Org2 yg mcm ni mmg wujud. Org yg pndg status,level,harta. Aku klu buat confession kt iium ni mmg rasa diorang baca mmg confirm dpt tangkap siapa yg hantar. Tp maleh sbb aku xreti nk buat jln cite n sbb terlalu byk drama2 bodo sepjg hubungan kitorng. Skrg aku pun da bahagia dgn suami aku. Susah senang sama2. Dr dpt laki yg senang pastu esok2 klu jatuh tersungkur masing2 susah nk bangun balik

    • Ni cite pasal atikah yang tak tahu malu dan kebodohan paih. Aku rasa, ni memang holy hak tuih. Yang hang gi bayar macam2 kat someone that is not even your wife is plain stupid. Pelaburan yang tak bermanfaat dan aku rasa tambah dosa ada lah. Atikah tu aku just nak cakap, don’t be such a woman weh. Sedar lah. What goes around comes around, bak kata justin timberlake.
      Nurul Atiqa drama weh. Aku tengah syok makan keropok sambil baca. hahaha.

  2. Apasal la paih tu, x tahu nk nilai yg mana kaca & permata? Mudah2an slps nie ada kesudahan yg baik cerita diorg. Tggu sambungan akn dtg…

  3. Bukan salah tikah 100%..paih tu konon alim..benda wajib nafkah isteri pun amik mudah…kalau betul alim tahu jaga batas la..xkan kluar duit utk perempuan lain.weh paih.kau igt kau hanya taat pada ibu kau tp isteri kau,kau xamik peduli..nafkah zahir batin xbagi.kau rasa kau lepas syurga? Ustaz aku prnah ckap.mmg xde istilah suami derhaka pada isteri.tapi kalau suami xjalan kan tanggungjawab.abaikan nafkah untuk isteri..suami derhaka pada Allah.ingat tuh ! Kalau rasa ilmu agama tu penuh di dada sgt.smpai nak berkasta2 bagai..sila amal.jgn jadi penunggang agama.

  4. Tbe2 ak rse nak join rembat keta yg atikah pakai tu. bg kat adik kau ataupun yaya. Hahaha. Geram plak, takde pape ikatan tbe dye yg byrkan. Caiss

  5. Geram btl aku dgn si paih dgn atikah ni..yaya deserves someone better,yang hargai dan sayangi dia,dan mampu melengkapkan kelemahan dia…part 4 please

  6. Alahaii kawen pun tak lagi dah beria beli kereta. Cerdiknyaa kerja anda paih oiii. Baik hang bagi mak atau adik hang tuh. Cerdik terlajok. Kah kah kah. Memg alim konon lah ni. Orang alim xbuat kijoan lagutu aihh.

  7. Suka cita ni.. Sila sambung.. Kalo de mana2 director nak amik buat drama silalah.. At least adaptation cte btol.. Hehehe.. Hope paih and yaya can be strong.. N atikah silalah sedar diri n get lost dari idop diorng.. Nyemak..

  8. yaya ni.. kalau apply fasakh confirm hakim proceed. aku rasa dia still stay sbb dia rasa ada family. tp..kalau suami sendiri yg supposed to be supportive life partner buat perangai mcm ni.. mana tak stress. still akan ada rasa empty. rasa losing sanity. fact is she’s just barely hanging on. Stay strong yayaaa. There’s blessing in disguise!

  9. Serius x sangka ada pmpn mcm ni. Munafiq. Paih mmg bodoh. Muslimah apekebendanya kuar ngn llaki, msj ngn llaki, luah masalah pn kt llaki. Bodoh paih ni xdak otak nk nilai yg mna baik yg mna palsu + jahat + munafik. Sedap la telan duit suami org.. modal purdah n ayat islamik ja.. lagi hina dri p******

    • Tp ingat tak semua orang mcmtuu.. Jgn cpat judge sgt sis, sy ramai kawan yg berpurdah mreka semua bgus2..nk ckp semua org lain2..kple sama hitam hati lain2.. Maaf. wallahu a’lam ..

    • Aduh maaf. Saya pun ada ramai senior yang berpurdah dan mereka semua alhamdulillah baik. Lupa nak letak dekat statement atas tu sesetengah. Bukan nak judge ke apa tapi ramai sangat yang depan mata saya ni macam tu ?

  10. Part 1
    Hello semua, Selamat Hari Raya, aku nak share kisah abg aku dan kakak ipar aku. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje.

    Abg(Paih, 26) dan kakak ipar(yaya, 22). Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta, kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu, yaya ni student degree dekat usm, paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu, parents dia meninggal 4 bulan lepas sebab accident.

    Paih ni alim2 sikit, kire geng2 masjid, muka boleh tahan hensem, yaya pulak tak se”alim” paih, hanya budak perempuan biase je, pakai tudung biase je, tak labuh pon, tapi yaya ni manja, putih, gebu, muka manis. Dalam famili aku, paih seorang je yang dah kawin, kakak2 aku masih bujang. Paih satu satunya anak lelaki, ayah kami dah meninggal 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan.

    Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak, mak suruh kahwin, dia kahwin, aku mula2 ingt paih betul2 terima yaya. Tapi paih tak ambil tahu langsung pasal yaya, lepas nikah dia keluar jumpa member, kenduri pon kawan2 paih tak datang, mungkin tak di jemput. Seingt aku, paih tak pernah tidur dalam bilik kalau yaya ada dekat rumah, selalunya paih akan tgk tv smpai terlena dpn tv.

    Baru2 ni, minggu kedua bulan puasa, yaya kan sekarang tengah cuti sem, yaya kalau cuti akan balik rumah kami, malam tu dalam pukul 10 mcm tu, paih balik rumah dia nampak yaya, as his wife, yaya hulur tgn nk salam kan, tapi paih tak sambut pon salam yaya, dia buat tak tahu je. Dia terus blah pegi dapur. Masa kami dok tgh layan cerita dekat tv, paih dtg depan pastu dye sound yaya sbb tak jaga aurat, gara2 yaya pakai baju putih, jarang & tak cukup kain katanya, pastu tak pakai tudung.

    Kami time tu bengang je rase, kakak aku(kak mila, 29) sound terus paih, back up yaya, bodoh ape paih ni, tu kan isteri dia, aurat tang mana, kejadah apa nak pakai tdg dlm rumah, lagipon rumah tu tak ada lelaki lain, hanya paih satu satunya, kakak no 2(kak fatin, 27) lagi seksi kalau diikutkan. Mungkin paih sengaja kot nak cari pasai ngn yaya, tapi yaya diam je, tak ade pulak nak melawan ke nak marah2 ke, dia bt tak tahu je smbl makan kudap2, yaya pon tahu paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

    Esoknya, yaya siap2, pakai lawa2, pakai baju mcm nak keluar, siap tudung belit2 lagi. Mak tanya yaya nk pergi mana2 ke, yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah, padahal kami blh agak yang yaya sentap dgn paih pasal malam tadi. Sejak dari tu, yaya memang pakai baju tutup aurat, xpakai tshirt lengan pendek dah, siap pakai tudung dlm rumah. Kami rasa rimas pulak, kak mila selalu cakap, bukak je lah tudung tu, bkn ade siape pon, tapi yaya selalu cakap takpe, takpe, takpe.

    Paih memang selalu cari pasal dgn yaya, selalu sgt lah sakitkn hati yaya, aku tak pasti sama ada yaya ni jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau paih kondem dia, rilek je aku tgk, takde pulak nak melenting, ke dah tawar hati ke ape aku tak tahu.

    Ada satu hari, awal pagi lagi, paih ada inform mak, yang malam ni ada kawan paih nak berbuka dekat rumah, mak pon cakap okay ja, mak on ja. Hari tu kami pon masak laa lebih sikit. Yelah, ada org nak dtg kan, semua berjalan lancar, dekat pukul 6.30 mcm tu, paih balik rumah, dengan “kawan” dia. Kami ingtkan lelaki, rupanya kawan perempuan, tudung labuh, berpurdah, satu uni dengan paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah. Kak mila dengan kak fatin pergi dapur, tengok2 kan yaya, muka yaya cool gila, rilek mcm biasa, tapi hati siapa tahu kan, mak pulak dah bt muka tak berapa nak mesra, tapi kami sembang ja dengan kawan abg tu, atikah namanya, 24 tahun, sebaya dengan aku.

    Kira dalm famili aku, yaya paling muda, yaya ni kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik, yaya ni jenis yg tunjukkan kasih syg, yaya tak segan nak peluk mak, cakap iloveyou kat mak, cium pipi, kami adik beradik pon tak manja mcm yaya, mungkin sbb yaya anak tunggal kot, kami ni segan sikit, hehe, tapi kami syg mak, syg gila2.

    Lepas berbuka, kami solat siap2, paih jadi imam, lepas tu kami pon sembang2 lah kan, sambil2 duduk depan tv, yaya pon sembang je dgn atikah, kak fatin memang dah bagi hint mcm nak suruh atikah ni balik, dok tanya pkul bapa paih nak hntr balik apa semua.

    Lepas hntr atikah balik, paih duduk sekali ngn kami, tanya pendapat mak pasal atikah tu, mak cakap oke je, tpi cara mak macam malas nak layan, sebab kalau boleh tak nak cakap hal mcm ni depan yaya, tapi paih ni bodoh, pentingkan diri, dia terus ckp, lepas raya kita hantar rombongan meminang ye mak. Mak terus terdiam, kak fatin terus cakap, kau ni memang tak pandai jaga hati org lain ke, kak fatin sound direct paih sampai paih cakap, nada rilek, kalau tak nak pinangkan tak ape, tak payah melenting, paih terus keluar rumah. Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik. Kak fatin dan aku masuk bilik kak mila, kami cerita dekat kak mila, kak mila cakap dia dah agak dah atikah tu ada apa2 dengan paih.

    Kak mila cakap, geram dgn paih ni, alim tapi takkan tak tahu adab2 rumah tangga. Kami sembang2 smpai pukul 3 macam tu, dengar kereta paih masuk parking, dalam 10 minit mcm tu dengar paih panggil mak, mak pon bangun, kami pon pergi dekat mak, mak masuk bilik paih, tengok yaya tgh mengigau ke apa aku tak pasti, tapi dalam tidur dia menangis, mulut panggil mama dye, mama mana mama, nak mama, nak mama, mak kejut yaya, tapi yaya tak bangun2, paih masih ego, paih cakap yaya pura2 tagih simpati, entah lah.

    Paih ni bengong pon ada, mak cakap yaya demam, mak marah paih dekat depan, apa yang kami dengar, paih cakap elok2 dengan mak, paih tak pernah sentuh yaya, paih siap cakap yaya tu dara lagi, yaya tak rugi apa pon. Paih rasa paih x sesuai dengan yaya, mak mengucap panjang.

    Mak tanya kenapa bagi tahu awal2 tak suka yaya, paih cakap, dulu tak nak bangkang cakap mak, paih tak ada pon tinggi suara dengan mak, tapi paih cakap, antara sbb paih tak suka yaya, sbb yaya tak mcm atikah, nk sembang bab ilmu agama pon yaya tak pandai, nak sembang bab hadis pon yaya tak reti, masak pon tak pandai, kemas rumah tak pandai.

    Tapi bagi aku paih tak boleh salah kan yaya sebab benda2 mcm tu, benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh, pendapat aku yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih, paih pon bkn sempurna. Aku kesian dekat yaya, paih mcm jahat sgt, yang paling aku sedih, yaya ada tweet, “first time jadi makmum awk”, “nak salam, tapi takut”, lepas tu ada tweet2 lain, “cantiknye pilihan hati awak”, “sy sudi berkongsi, tpi awk jgn tinggl sy ye, sy dh tak ada siapa”, “tiba2 rindu mama” dan sebagainya.

    Lepas yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan, berbuke di luar, masa dalam kereta mak tanya yaya, takde nak berbuka dengan kawan2 ke, yaya cakap, ada, tapi paih pesan jangan pergi mana2 selain dgn keluarga. Remuk hati mak, mak cakap, pergi je, nanti mak cakap dengan paih, tapi yaya cakap, takpe, takpe, takpe. Paih pulak berbuka sorang2 dekat rumah, mak pernah bukak purse yaya, mak tanya ade RM2 je ke yaya?, yaya cakap, alaaa malu lah mak bukak purse kite, duit kite dah habis byr yuran, malu lah kite, mak tanya paih tak bagi duit ke, yaya gelak2, lambat2 baru cakap bagi.

    Walaupon arwah mak dan ayah yaya tinggal duit dekat yaya, tapi dia bkn jnis membazir, masa kami pergi cari baju raya pon yaya mcm tak minat, yaya cakap baju dia dah banyak, ada satu hari, mak belikan yaya gelang, tapi mak suruh paih bagi dekat yaya, konon mcm paih yg belikan gelang tu, tapi paih ckp, xpyh bagi lah mak, bazir je, abg simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti je lah.

    Aku tak tahu lah paih ni perangai mcm ape je lagi, org luar dok nmpk dye baik sgt, padahal dgn isteri sndri, layanan mcm apa je lagi. Aku mls nk masuk campur, tapi sepanjang yg aku nmpk dgn mata aku ni, paih ni kejam, kesian yaya.

    – adik kau

    Hantar confession anda di sini -> https://www.iiumc.com/submit

  11. Part 2
    Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku (“Alim” Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

    Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.

    Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni.

    Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni. Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.

    Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

    Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.

    Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)

    Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, “ni lah kawan yg kakak cerita tu” lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.

    Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

    Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya, cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.

    Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik.

    Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal arwah mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya, mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, meniggal knp, dh lama ke mnggl, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.

    Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye. Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.

    Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.

    Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn) selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.

    – Adik kau

    Hantar confession anda di sini -> https://www.iiumc.com/submit

  12. drama melayu selalu nampak ni
    -rampas
    -dibuli diseksa
    -hipokrit
    -campur tgn kuarga/pupu/sedara
    -iri dengki
    -mulut jahat
    -mangsa yg innocent
    -lelaki/perempuan yg lurus&bodoh
    -cerita yg xde penyelesaian

    Adoii la.

  13. Masa baca td nafsu amarah aku rasa duk bergolak je…..adik kau, mcmana eh ko sekeluarga boleh xamik action….. boleh tahan plak korang dgn rasa geram je….. aku yg baca pon dh mendidih, aku rasa korang punya mendidih lagi dasat…..

  14. rasa macam cerita rekaan. tapi tetap best walaupun ada yang over sikit. Lepas ni jadi drama kat astro la ni, watak utama Nadya aka Bella from Dia Semanis Honey. hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *