Assalamualaikum.. Pertama sekali aku nak cakap, aku suka baca confessions di page ni sebab ia akan menguatkan aku dan menjadikan aku lebih bersyukur. Orang lain diuji lebih dahsyat dari aku tapi mereka tetap sabar..
Cerita ini adalah tentang aku dan suami aku. Kami diuji dengan sihir pemisah yang dihantar pada suami aku. Pada mulanya aku memang tak percaya. Aku fikir suami aku terlalu depress. Sebab tu dia jadi cepat marah dan moody. Tetapi setelah beberapa siri rawatan islam ke atas dia yang aku saksikan sendiri, ya memang benar suami aku sakit diganggu. Banyak kali ketika berubat makhluk tu akan cakap dia nak kami bercerai.
Dah hampir setahun suami aku sakit dan ada juga dua tiga kali aku sendiri yang meruqyah dia. Tapi sekarang aku tak larat sebab aku tengah mengandung. Sepanjang setahun suami aku sakit ni, tak payah cakaplah berapa banyak airmata yang dah keluar. Bukan airmata aku je tp jugak airmata mak ayah aku dan mak ayah suami. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku tengok keadaan suami sekarang.. Dan hanya orang yang pernah kena sihir pemisah ni faham bagaimana ujian ini.
Aku malu pada diri. Aku kasihan pada suami sebab setiap kali aku rasa perit dengan ujian ni, aku akan cakap soal cerai dengan dia. Tapi tak pernah sekali pun dia lafazkan. Sebenarnya aku tahu, walaupun aku selalu kata pada suami 'saya sayang abang lebih dari abang sayang saya', tapi sebenarnya kasih sayang suami aku pada aku jauh lebih dalam. Dia sangat berusaha untuk selamatkan hubungan ini. Walaupun dia sering diganggu sampai lembik tubuh, dia tetap akan cuba lawan sepenuh hati dia.
Dan pada akhirnya, aku sentiasa cuba positifkan diri dan katakan pada diri pasti ada hikmah yang besar selepas ini. Pasti akan ada sinar yang menerangi kami selepas ini. Allah minta aku sabar dan solat sahaja. Sabar dan solat. Yang lain Allah akan selesaikan. Macam soal mengandung ni pun, aku sebenarnya doa pada Allah nak mengandung lepas suami aku sembuh tapi Allah beri aku mengandung ketika suami aku sedang sakit. Mungkin kerana Allah nak kukuhkan ikatan kami dan beri isyarat kepada aku supaya teguh dengan perkahwinan ini dan jangan bercerai. Orang mukmin itu akan menang akhirnya. Allah takkan membiarkan kesyirikan ini bermaharajalela. Semoga suatu hari nanti suami aku akan pulih sepenuhnya dan kami akan kembali bahagia, malah lebih lagi.. Aku cintakan suami aku sepenuh hati aku. Aku pilih dia kerana Allah. Saat dia melamar aku dulu, mulanya aku rasa teragak-agak. Tapi lepas tu aku solat istikharah dan aku benar2 mimpikan wajahnya. Lepas dapat petunjuk tu, aku kata pada Allah, Ya Allah aku kahwin dengan dia kerana Engkau Ya Allah. Kerana Engkau yang pilihkan dia untuk aku. Aku terima Ya Allah..
Tolong doakan aku ya. Aku yakin suatu hari nanti suami aku akan sembuh juga. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga Allah memudahkan juga urusan kalian aminn.. :)
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
cuba contact nombor ni.. InsyaAllah ustazah ni boleh tolong 0133340347 atau 0195552733(nombor suami beliau) atau 0135083447
bagus..teruskan bersabar n berusaha..di kedah ada seorang waliullah paksu mid bukit tembaga..boleh jumpa dia..
bertabahlah!!
Dah pegi darul syifa? Suami sy amal ayat syifa … (sy tak ingt tak berapa hafal )tiap kali solat dia amalkan…. dia sapu kat seluruh bdn dia.. ayat penghalang di sihir, sy plak tawakal je pada Allah.
102 al baqarah
Ameeen…
Sis bersabarlah…saya doakan agar sis dan suami mendapat kebahagiaan bersama sebagai suami isteri sehingga ke jannah tanpa gangguan
Semoga bertabah sis.
Imaan Syaqiereen
Jus Tembikai Laici cbe bce ni psl sihir pemisah