Waktu aku menulis cerita ni, aku baru je mengelap air mata sebab aku cakap selamat tinggal kat sorang laki tu then dia balas sesuatu yang menyedarkan aku tentang sesuatu.. ALLAH CEMBURU…
Nama aku sarah. Aku pelajar uni lagi. Baru nak belajar erti hidup sebenarnya. Nak kata aku jenis perempuan alim pakai tudung labuh bagai taklah. Cuma aku cukup menjaga diri. Aku bukan jenis perempuan yang mudah menyerahkan diri senang-senang pada lelaki. Sebenarnya ramai yang cuba mendekati aku namun aku langsung tidak tertarik dengan lelaki sebegitu. Sehinggalah…
Muaz. Dia lain dari lelaki yang aku temukan. Ingatkan aku tentang solat, baca Quran (walaupun dia tetap tak sempurna kerana tidak menjaga ikhtilat). Aku suka perbezaan kami. Aku suka cara dia dan aku suka bila dia marah aku sebab aku lewat solat. Dalam pada tu tanpa aku sedari aku dah lain. Sambil baca buku aku pegang fon sampai aku tak tahu apa yang aku baca. Semuanya bagaikan tak masuk dalam otak. Tak berkat mungkin.
Aku dah berubah. Hubungan kami seakan menjadi. Sampailah aku tak tahu di mana silap aku sampai dia mendiamkan diri. Tapi setiap wasap aku dia masih membalas. Cuma aku rasa tawar di setiap kata-katanya. Sekali sekala aku masih menghubunginya. Dan masih aku yang memulakan setiap perbualan. Tapi hati aku masih ada padanya.
Namun sesuatu menarik tangkai hatiku. Aku terbaca sesuatu, "apabila kita terlalu menyandarkan sesuatu pengharapan kepada seseorang, Allah akan timpakan rasa kecewa kerana Allah cemburu hambanya yang mengharapkan sesuatu selain dariNya." Dan aku menangis. YaAllah.. memang aku dah jauh dariNya. Aku selalu memikirnya sampaikan tiada waktu untuk aku mengingatiMu. Sedih aku bila aku.ingat waktu itu kembali.
Aku harus melakukan sesuatu! Walaupun aku sudah tidak berhubung dengannya namun biarlah hubungan ini bertanda walaupun dengan nisan dan memori. Tadi aku text dia, aku cakap terima kasih atas segalanya dan bla2 tamat. Dan ayat balasnya "TERIMA KASIH BANYAK2. SEMOGA INDAH DAN DIRAHMATI JALAN AWAK MENEMUI ALLAH".
Aku positifkan diri. Allah hantarkan dia mungkin untuk menguji aku. Rupanya aku masih jauh lagi dariNya. Memang aku sedih. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang dia juga sedang siapkan diri untuk menemui Sang Pencipta. Semoga Allah pertemukan aku dan dia dengan insan yang terbaik untuk hidup masing-masing. Aku lebih bahagia sekarang.
Yang pasti aku tahu yang ALLAH TAKKAN CEMBURU LAGI SEBAB CINTA AKU HANYA UNTUKNYA..
– sarah