Allah ni baik pada kita. – https://iiumc.com/forumv2/
Semua orang ada kenangan. Cuma terpulang pada kita, kenangan yang bagaimana mahu kita pilih dan pegang kuat-kuat. Kenangan yang bila aku toleh ke belakang semula, dan membuatkan aku menangis syukur adalah masuk asrama. Aku pernah masuk asrama f 1, tapi berjaya keluar semula selepas buat drama air mata depan abah. F 4, alhamdulillah dapat asrama penuh. Kali ini family memang x bagi chance utk keluar dah la. Aku nangis sampai patah2 spek mata dulu.
Duduk asrama, banyak sgt hikmah walaupun banyak cubaan aku utk keluar dari sekolah tu termasuk tiru tandatangan abah utk berpindah sekolah tapi kantoi. Hehe. Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya.
Solat. Aku belajar solat, aku belajar apa itu jemaah. Sblm tu aku hamba yg tidak solat. Subhanallah. Mengaji. Mula2 terpaksa, esp bila kena hadir bacaan sblm lights off, namun akhirnya terbiasa. Bila tamat spm, alhamdulillah al-mulk, ar-rahman dan al-waqiah dapat dihafaz. Sampai kini, habit baca quran setiap kali lepas solat masih istiqamah, alhamdulillah. Sblm duk hostel, bila mak suh ngaji, aku buat2 x dengar. Teruk kan? Hehe. Aku diajar pakai stokin. Sehingga kini, klau x pakai, rasa macam malu sgt. Dan banyakk lagi hikmah. Aku x keluar dgn 10A+, tapi aku sangat bersyukur Allah bekalkan aku dengan sesuatu yg much priceless drpd degree, master and phd aku bila aku keluar dari situ.
P/s: duk asrama biasala. Jumpa jelmaan, histeria, kau kejar di depan, rupanya dia di belakang, org bisik2 nama kau kat telinga, bunyi mengilai2 tu norma kehidupan hostel. Hehe.
Moral of story, Allah tidak akan meletakkan kita pada suatu keadaan atau tempat dengan tujuan sia-sia, pasti terkandung hikmah. Andai kita sabar, suatu hari kita akan toleh semula dan lihat itu dengan syukur. So, andai adik2 dalam keadaan kesempitan, kesusahan, marah, sedih, dapat course yg kita x suka, pesan pada hati supaya sabar. Allah menyayangi kita dengan hikmah. Cuba gali nikmat yang Allah beri.
"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." Al-Baqarah:155.
– gulagula getah