Assalamualaikum.
Terima kasih IIUMC kalau siarkan cerita saya.
Beberapa hari lepas ada mengadu kat kawan, pasal masalah hati. Aipp bukan pasal cintan cintun couple nak kahwin ke apa. Tapi, soal aku ni pendendam.
Bila aku ada masalah, ada yang aku cerita kat ummi, ada yang aku cerita pada kawan. Tapi ada juga dalam 40% yang aku pendam sendiri, sampai aku jadi dendam. Dendam jenis aku ni aku akan balas balik apa yang orang pernah buat dekat aku dengan perli, sindir. Memang aku akan buat sampai dia perasan dia pernah buat salah dan minta maaf kat aku balik.
Aku tahu aku macam ni sejak sekolah menengah.
Tapi masa tu ego tinggi melangit, aku rasa aku buat semua betul. Jadinya aku taknak berubah. Aku rasa ini dah memang perangai aku, go on jelah.
Bila masuk universiti, aku perasan kawan-kawan sekelas aku punya ego pun tinggi melangit juga. Dah kalau aku terasa hati ke merajuk ke apa nanti, mesti tiada siapa peduli, kan? Mesti diorang buat kat aku lagi dahsyat kan? Sejak tu aku cuba kawal diri aku.
Kawan aku sendiri sampai pernah berterus terang kat aku yang dia taktahan berkawan dengan aku sebab aku suka sindir dan perli orang. Disebabkan dah terbiasa, kadang-kadang aku cakap benda betul pun masih ada yang terasa sebab nada dan intonasi. Betullah, alah bisa tegal biasa.
Bila aku dah luahkan kat kawan aku yang aku nak berubah, dia support aku. First time weh ada kawan nak tolong aku berubah, dia siap kata “its okay pun kalau masa kau marah kau nak lepaskan kat aku, aku takut kau makin galak berdendam sampai mati nanti taksempat nak maafkan orang”. Tudia sentap habis aku.
Aku ambil wudhu’, solat maghrib elok-elok doa pada Allah. Lepastu tergerak hati nak baca Quran. Tiba-tiba sampai kat satu ayat ni, pap! Allah nak tegur punya cerita, rasa nak meleleh time-time tu jugak.
“Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka. . .” (Ali Imran:159)
Terus aku nekad nak berubah, beb. Aku rasa sampai bila nak biarkan hati sendiri sakit kenang apa orang buat kat kita kan? Betullah “ingat jasa orang kat kita & buruk kita pada orang, lupakan baik kita pada orang dan buruk orang pada kita”.
Moga aku terus istiqamah nak jadi orang baik. Dan kau kau pun.
Terimakasih!
– Yahzan.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit